BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 29, 2011

Di KL semula

Assalamualaikum...


Hehe..Teka maklang kat mana? Kat campus UM... Semalam balik lah jugak ikut suami tercinta dan anak2 yang dikasihi. Tunggu punya tunggu budak2 balik dari shopping entah apa2, dengan Busu and Ti Lin, at last pukul 5:00 ptg baru kami bertolak balik. Ada pulak sepupu maklang datang nak melawat Atok sebab masa Atok masuk "kospital"- Aman speak, dia tak sempat nak menjengah Atok. Dia bawa goreng pisang dan keledek goreng. Masa nak menghidang, tercurah kicap atas tangan maklang..lupa kat JB makan goreng pisang/ keledek goreng dengan kicap. Kalau kat Terengganu makan dengan sos lada...


Kami singgah solat kejap kat R&R air Keroh. Mak aiiii...penuh! Adalah dalam 5-10 mins tunggu untuk nak dapatkan parking. Ada pulak parking yg kita tengah tunggu, kereta lain pulak masuk. Sabar ajelaaa...Nak buat macamana...some people...R&R Air Keroh ni OK, tapi bab nak ambil air sembahyang punya laaa sedih. Air dia halus nya....lama nak siap angkat wudhu, dalam toilet ok pulak. Kalau lah pihak PLUS dapat betulkan paip air tu pasti perfect tempat solat tu...Lepas selesai solat kami bertolak semula ke KL....Walaupun kereta banyak, moving laaa...Dan alhamdulillah selamat sampai kat GP around 9:13pm.


Lepas dah makan , maklang mandi mandalaa...Ingat nak menjahit, tapi macam tak ada mood aje.. So layan TV kejap sampai pukol 11:30pm. Budak2 yg kecik 3 orang ( Akim, Ucop and Min) refused to sleep. Ni mesti sebab dalam kereta semuanya tido aje sampai lah kat Air Keroh R&R. Dah puas tido laa tu agaknya....


++++++++++++


Tadi pagi masa tengah buat breakfast, Alang minta maklang cepat siap. Ingatkan nak kluar pukol 8am. dia kata mekanik yg betulkan kereta dia ( bumper dia koyak- kena hari Khamis lepas), dah tunggu kat rumah Alang. so cepat2 lah siap, ingatkan nak hantar Alang and Along ke UM aje and then baliklaa, tiba2 Along ajak maklang tunggu dia kat UM ni ha, tunggu sampai dia habis kelas. Kelas start kol 10 and habis pukol 1..so disinilah saya tak ada buat apa...tadi pegang riben kejap tapi cam tak ada mood gak. tu yang main2 kat blog ni ha...hehehe...Dapat lah merasa dok kat kolej...sejarah berulang kembali...2o tahun dulu ( or less) dok kacau alang kat Kolej Kinabalu dia....sekarang turn along pulak...

Oklah nak layan merlin kejap sambil paksa diri menyulam,...or else bilalah nak siap...dah nak muntah buat kaler yang sama aje....ada kusyen 1, Table Runner lagi 70% tak siap, dan 2 chairback utk set yang sama belum siap...Mampu kan aku???? Doakan ye:)..InsyaAllah...


Salam hari Selasa yang meriah utk semua....:)



Monday, November 28, 2011

Cuti di JB dan RE

Assalamualaikum....


Nak balik KL ke tak ek? Rasa macam malas nak balik. Rasa macam nak duduk kat rumah mak lama2 sikit. Rindu jugak sebab balik JB ni setahun sekali. Tapi tahun ni Alhamdulillah dapat balik 2 kali. Tapi kali ke 2 ni kejap sangat. Cuma 3 hari. Tapi kalau tak balik nnt kesian pula kat anak2 kena balik sendiri dengan abah mereka. Kalau abah tak apa. Dah biasa sorang2 kat KL pun. Tengok lah kejap lagi macam mana rasa hati. Allah pasti akan bagi petunjuk...


Kejap lagi pon nak start packing baju2. Masukkan je 1 tempat. Sebelah2 kan baju sendiri. Kalau tak jadi kang, tinggal keluarkan aja sendiri punya. Anak2 pasti nak balik sebab kat sana ada swimming pool. Sejak dapat kebenaran boleh masuk swimming pool dgn seluar track bergetah dan baju Jersey serta tudung, waaaaah...semuanya bersemangat nak mandi termasuk maklang sendiri...hehe...tapi belum masuk lagi. Nantilaaa bila balik sana nanti boleh try hehe...lama tak berendam dalam swimming pool.


Kadang2 lama2 jauh dari rumah ni datang perasaan rindu nak balik sana. Apa nak buat kan...tempat yang kita dah lama duduk. Semua orang ada perasaan yang sama. Rindu kat katil. Rindu kat mesin jahit. Rindu kat kerusi tempat menjahit. Tapi tak ada pulak rindu nak kerja kat opis semula...hehe...dengan apa yang ada harap2 dapatlah menjana ekonomi sendiri. Dah biasa hidup dengan duit sendiri ni rasa tak seronok pulak nak minta2 duit orang. walau pun dapat tak banyak mana, tapi hasil keringat penat lelah sendiri, nak beli apa2 pun tak lah rasa bersalah...Sebab tu lah kemana pun pegi, jahitan mesti dibawa. Alhamdulillah dah nak siap jugak table runner yang maklang start di KL Khamis lepas ~ dah hampir selesai 98% sulaman riben dia. Tebal jugak bunga2 tu...Tapi tadi, bila tengok benda tu kena hempap dan penyek bunga2 maklang...sedih nya rasa. salah sendiri jugak letak benda tu atas kerusi. Tapi takkanlaaa tak nampak, tebal pulak tu...bukan runner aje. Cushion cover sekali. Terjerit maklang tadi tengok benda tu bawah ponggong orang! Terus rasa down sangat. And tak ada pun nak kata sori. Yang heran tu takkan tak terasa langsung bila dah terduduk atas benda setebal tu...Rasa macam tak ada rasa belas pulak kat kita ni...huhu...Nasib baik bila cuba nak kembalikan kebentuk asal bunga, hilang kemek2 bunga tu...Alhamdulillah...kalau tak tadi, mau menangis tengok hasil kerja selama 4 hari terbuang macam tu aje....


Anyway, lesson learnt ...lain kali kalau menjahit jangan sepah2 kerana penat menjahit tu orang tak rasa macamana kita rasa...so jagalah harta benda sendiri...jgn harapkan orang...


Selamat bercuti hari ni pada yang mendapat cuti ganti...Maklang nak mengubat hati yang agak tercalar ni bila tengok sulaman maklang tu...huhu..Moga Allah beri kesabaran..Amin


Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum...


Alhamdulillah 1 Muharram 1433 dah hampir menutupkan tirai. In fact waktu ni pun dah masuk 2 Muharram. Maklang dan keluarga sempat lah membaca doa penutup tahun 1432 dan doa awal tahun 1433. Cik Abang yang mengetuai doa penutup tahun dan kemudian kami mengaminkan doa kat TV jugak. Atok ke surau, sementara kami anak beranak bersama Wan dan keluarga Busu hanya di rumah. Busu pun tak ada di rumah.

Alhamdulillah 1432 yang berlalu telah ditempuhi dengan tabah. Kalau ikutkan banyak jugak yang dilalui terutamanya dalam soal kerjaya. Siapa sangka tahun 1432 ialah tahun terakhir maklang akan meninggalkan jawatan sebagai jurutera di pejabat tersebut. Allah telah menentukan segalanya. Segala apa yang berlaku adalah qada' dan qadar daripadaNya. Yang pasti ianya adalah yang terbaik buat kita..Redho ajalah...dan bersyukur..InsyaAllah semuanya akan dilalui dengan tenang...Begitu juga, telah 1 tahun kami berpisah tempat...ialah suami di Kuala Lumpur dan maklang serta anak2 masih menetap di Kerteh. Kalau di renung2 , lama nya 1 tahun tu dan bukan senang nak melaluinya sendiri. Kadang2 datang resah di hati sekiranya tidak dapat menjalankan tugas sebagai ibu dan isteri dengan baik. Maklumlah terlalu banyak hendak difikirkan. Kadang2 tersimpan terbuku di dalam hati. Nak luahkan perasan pada siapa pula kan. Nasib baik ada juga kawan2 yang memahami keadaan yang memberi semangat kepada maklang. Alhamdulillah...Allah beri kekuatan...:)


Doa maklang moga 1433 akan menjadi tahun yang lebih baik buat kami sekeluarga. Moga perkahwinan yang dilalui akan menjadi lebih bahagia, moga anak2 akan menjadi anak2 yang lebih soleh dan solehah yang berjaya dunia dan akhirat, begitu juga kami suami isteri akan menjadi seorang suami yang soleh yang mempunyai isteri yang solehah, rezeki yang melimpah. Juga doa buat ibubapa yang dikasihi, dilimpahi rezeki dan rahmat Allah serta kesihatan yang baik. Juga buat adek2 yang tersayang, moga berjaya dunia akhirat dan memperolehi kebahagiaan berumahtangga ( dan mendapat calon suami yg baik dan soleh:) dan doa utk semua muslimin dan muslimat...moga doa2 kita di kabulkan InsyaAllah dan Allah ampun dosa2 kita...Rabbana atina fiddunya hasanah wafilakhirati hasanah wakina 'azabannar....Amin..


Selamat menyambut Maal Hijrah 1433...

Friday, November 25, 2011

Jalan2 cari kawan lama:)

Assalamualaikum

I have been blessed with sleep for the past 2 days. All because of the cough syrup that I have been taking..Alhamdulillah I am much better now. Today I hope I will not have to take the cough syrup again or I will delay the submission of the 'packages' to my clients. I always try very hard to meet the deadline if they have any. I have completed the RE for 2 cushion covers and 2 tiebacks for the wedding at the end of December. I hope I can complete sewing them into the cushions and tiebacks soon, InsyaAllah. I am currently working on the orders for Christmas...which I am way way behind!




++++++

Two days back, after fetching Along from her classes at UM, I went to Tesco to do some groceries. Then we stopped over at Mak Teh's Clinic. It has been ages since I last met her. I think probably it was during Wani's wedding end of last year! We do call each other once in a while. Time is just so limited whenever we come down to KL. So many thinsg to do in just 2-3 days break in KL. Now that we will be here for more than a month, I have much more time. Alhamdulillah. It was just a brief meet as Mak Teh have patients waiting for her. Then we headed to Taman Bidara at Selayang. Dhirah wanted to see the house which we stayed when she was small until before we left for Kerteh. We have sold the house to a Dr., if I am not mistaken. Our neighbour, Anna and Sri is still staying in there. She could not remember me! After a few moments only did she remember when I told her who I was! hehe...How time flies she said...Waaa...dah besar semuanya. Her son who used to be Along's friend pon has turned 20! And we have all grown more 'matured'!

Then we dropped by at Kak Janah's house which is a few houses away from mine. She is a very peramah lady. Although we became quite close only for a while, she still remembers me! Alhamdulillah. It was a brief meet also. And sempat laa exchange phone numbers! Who knows kalau2 nak ke Terengganu, boleh lah singgah!


we saw this house at the simpang masuk...wah...cantek betul...!



Ini kak Janah and her hubby...taking care of cucus and anak2 jiran ....dah pencen keje dah....kata kak Janah:)

Seronok petang tu! After that sambung tido laa!


++++


Semalam pon the same, after ambil klong dari school, after I took my lunch, immediately ngantuk because of the cough syrup! Again sleeping like a log for 1.5 hours! Rugi besar, but Alhamdulillah...the cough is getting better.


Later in the evening, we went to the Big Bad Wolf book fair. Apalagi...berkotak2 buku di bawa pulang. We spent like 2 hours plus kat situ! For me what else...Craft books laa...Ni yang nak buat ke Book Access pulak nak cari buku lagi!


seronok sangat dapat buku2 murah..

After that kami singgah kat kedai AbahKaya...makan malam at 10:30pm. Alang , Lan and Min joined us . Ucop dah tido masa tu. Sedaaaap makan kat situ!




lapar...lapar....


InsyaAllah malam ni kami nak balik JB. Lama dah tak balik JB. Seronok! Doakan keselamatan kami ...


Have a nice break over Awal Muharram...Selamat menyambut Awal Muharram. Moga Allah Permudahkan perjalanan hidup kita semua...Amin...Jangan lupa baca doa Akhir tahun dan Awal Tahun ye:)

Tuesday, November 22, 2011

genap 20 tahun

Assalamualaikum...


Alhamdulillah pagi tadi at about 11:38am , maklang genap 20 tahun menjadi isteri kepada Paklang...syukur Alhamdulillah walau banyak rintangan suka duka pahit manis di tempuhi kami bersukur kerana diberi sebuah perkahwinan yang bahagia serta dikurniakan 4 cahaya mata yang baik2. Alhamdulillah. Doa kami semuga perkahwinan kami kekal bahagia sehingga ke akhir hayat dan seterusnya dibawa ke syurga, InsyaAllah..


--------


Alhamdulillah tahun ini kami dapat sambut bersama. Tak macam tahun lepas, sorang di KL, dan seorang di Kerteh. Memang plan tahun ni nak bersama2 di sini. Tu yang cepat2 belum cuti sekolah, kami dah pon sampai di KL. Cik Abang belanja makan, kali ini bukan ber2 ( memang dah lama tak makan ber2-an pon sebab trailer selalu nak makan bersama:)), kali ini kami makan ber10, termasuk anak2, Alang, Ucop, Min dan juga Alan. Tengok mereka makan pon seronok...Alan yang mula2 kata tak pernah try Dim Sum bukan main seronok lagi makan...Hmmm entah berapa bekas agaknya di ulang2 ambil dari tempat letak makan...Alhamdulillah kenyang semuanya...


Lepas balik makan, semuanya tersadai macam ular sawa. Maklang 'terpaksa' merajinkan diri nak lipat baju...bibik2 bercuti semuanya...balik ke Kg. Pandan. Kakak ada ramai sedara so bibik Alang dan bibik kami ikut kakak balik Kg. Pandan. Hari sebelumnya, maklang dah hantar mereka kat Jalan TAR dan mereka naik bus ke Kg. Pandan.


Dalam pukul 2:oo, maklang , Cik Abang dan Angah bertolak ke KLCC. Nak gi tengok concert orchestra kat KLCC punya MPO. Wah seronok dengar lagu2 classical ni. Teringat masa zaman muda2 dulu masa Cik Abang bawak maklang gi kat dewan Philharmonic kat jalan Ampang tu...apa kenama tak ingat dah. Beberapa kali jugak lah pergi masa awal perkahwinan. Bila dah dapat Along tak pergi dah. So, sempat menjiwang laa petang tu kejap!:)



Alhamdulillah ..terimakaseh wahai suami untuk segala2nya...ILU



dah macam kembar dah...Alhamdulillah


Dim Sum..memang meriah betul tengok anak2 makan


Alang and Min


Ni orang yang nak cuba2 tapi dia yang sedap sangat makan



Semangat lan...jangan tak semangat:)



Maya pon sama tu!


Semalam petang, Cik Abang dah kasi maklang hadiah sebentuk cincin belah rotan. Nak belikan gelang pada mulanya tapi harga emas terlalu mahal. Lebih sebelah tangan...last2 tak jadi so 10% dari harga gelang pon jadiklaa hehe..Alhamdulillah . Tapi cincin terlalu besar, so dia dah bawa pi tukarkan..Dapat jugak sepasang selipar dia belikan lepas tengok konset. Dia nak belikan 2 tapi rezki tak ada sebab size tak ada utk kakiku yang comei ni...huhu..Sedih juga tahun ni tak dapat nak belikan hadiah utk dia. Tapi dia kata tak pe, jangan risau...Abang dah belikan hadiah utk sendiri.:).


Tp Alhamdulillah ptg tadi dengan pertolongan Alang dapat gak maklang belikan hadiah sepasang selipar utk dia..
++++++


Hari ini turn Hakim and Maya pulak tgk konset classical music tu. Memang anak2 maklang enjoy jugak classical music ni terutamanya si Hakim. Memang ikut abah betul tu.:).

Tak sangka pulak masa, Cik Abang balik dari tgk concert, anak2 dah belikan kek utk mak dan abah. TQ lah. Mak and Abah sayang anak2 dan doakan kami bahagia selamanya...dunia akhirat...Amin....

Friday, November 18, 2011

Cuti2 Kuala Lumpur, part 2

Assalamualaikum


Hari ni dah Jumaat. Dah 2.5 hari kami tinggal dekat2 dengan awan. Hari Rabu lepas, kami berpindah lokasi. Maklang buat 2 trip nak hangkut anak2 and the bibiks from PJ ke rumah burung kat Golden Prince ni. Hujan lebat betul masa tu. 1st trip was Ok. Tak sesat. Konon 2nd trip, on the way dari PJ nak ke GP ni nak ikut jalan dalam kat Mont Kiara tu, hehe...terpaksa tawaf 2 kali sebab silap exit. Tu yang takut nak bawak kat KL n. Kalau tersilap mmg laa akan makan masa agak lama. Nasib baik masa tu org belum keluar ofis lagi, or else tidur dalam kereta agaknya..


Sepanjang 4 hari kat sini, memang laa progress menjahit ada kurang sikit. Tempat duduk tak selesa. Almaklum utk org yang sakit pinggang ni memang kena duduk betul2. Keras sgat tak boleh, lembut sangat tak boleh...sedang2 je. Tapi Alhamdulillah siap sebiji dah kusyen cover. Payah sungguh nak meng matchkan warna...huhu...Alhamdulillah pagi tadi dah pon siap.


Ini pulak alas piano. Panjang nya nak jahit! ada dekat 180 inci of tulips ni..huhu...InsyaAllah kalau tekon 2 hari lagi boleh siap sulam... then sambung balik utk kusyen yang lagi sebiji. Ada gak pengikat langsir utk match dgn kusyen. utk org kawin...:)



at this moment, Akim, Min, Lan, Ucop tengah jadi ikan kat bawah. sejak dari pukul 8 lebih tadi. lepas dah naik mulalah lapar sekali lagi. Tadi b4 pergi dah buatkan mee goreng. kalau naik kang lapar, boleh makan mee yang ada sikit lagi tu. Or else roti pon ada...Duduk kat sini sebab dapur dekat sangat ngan ruang tamu...makannya banyak wooo...tukang masak puas nak pk nak masak apa...


Oklah sini dulu...nak kena jahit lagi laa...kena siap banyak lagi ni... have a nice weekend

Wednesday, November 16, 2011

Cuti2 Kuala Lumpur

Assalamualaikum...


Alhamdulillah kami dah nak bermastautin di KL buat beberapa minggu InsyaAllah. Since Maklang tak keje ni bolehlah nak berlama kat sini. Come tahun depan, cuti macam biasa aje..sebab Cik Abang dah mula keje di Kerteh semula by 1.1.2012. Alhamdulillah...Allah mengkabukkan doa hambaNya ni. Doa yang mahukan keluarga kami bersama semula di Kerteh. Syukur sangat. Dalam masa maklang berkemas nak berpindah dan dengan hati yang tersangat berat...tiba2 datang berita yang sangat tidak kami sangka. Abang dapat offer berkerja semula di Kerteh. Dah Alhamdulillah semuanya telah Allah susun dengan sebaik2nya...Teringat kata dari Abang supaya jangan risau bila dah tak berkerja...Yakinlah yang rezeki Allah tu akan ada dimana2 pun..insyaAllah...dan itu lah yang maklang cuba yakinkan dah redho dengan apa yang telah berlaku dan menimpa keluarga kami...Alhamdulillah berkat doa kami sekeluarga..akhirnya Allah telah mengkabulkan doa2 kami...

---------


Kami tiba di Kuala Lumpur 2 malam lepas. Baru nak duduk beberapa minggu kereta dah penuh macam nak pindah...aduhai...Macamana tak penuh! Segala makanan dah memenuhkan semuanya..Habis segala makanan di bawa sebab kalau kat KL ni maklang tak tahu mana nak beli barang2 masak. Pelan2 laa kot2 nanti boleh ke Tesco dekat2 rumah. Almaklum...takut jugak nak bawak kereta kat KL . Ni pon baru2 ni je maklang gain the confidence utk nak drive semula. Sejak berpindah ke Kerteh, macam takut semacam dengan kereta2 yang banyaka di KL. Tapi sekarang dah oklaa nak ronda2 kat Jalan TAR nak shop kain2 sikit utk kerja maklang ni:)


kereta kecik ni memuatkan 4 orang dewasa dan 1 budak nakal minmin, Abah, Angah dan 2 bibiks


kereta ni memuatkan Maklang, Along, kakak, Maya, Hakim, Alan dan Ucop serta beg2 tu semua..:)


Ni belum nak pindah. Just imagine kalau pindah macamanalah agaknya kan?
-------------------


Pagi ni Alan akan ikut Wan dan Atok balik setelah bersama kami di Kerteh sejak raya haji yang lepas...seronok dok ramai2 masa raya haji. 2 antara 3 adek2 maklang beraya di Kerteh bersama Atok dan Wan. Memang meriah sangat. Sempat jugak bawak budak2 melihat acara korban kat masjid Mizan:)...( by the time maklang habis menaip..Alan had changed his mind..tak nak balik pulak)



Cik Abang pegang kaki lembu masa melapah. By the time kami tiba lepas sesi makan and bergambar...lembu kami dah selamat sampai ke syurga...No4....tak apalaa nak buat macamana, pemergiannya tak dapat kami saksikan..:(. Moga Allah terima korban kami..Amin



macam berjanji tanpa pengetahuan kawan ex-office maklang, dia melapah lembu kami..Alhamdulillah..



lepas makan, anak2 sedara dok pelok2 dengan fav paklong mereka...nak2 si kecik Minmin and Aman.. Maklong pon tak leh share Paklong ngan Aman...hehe..kelakar betul Aman ni


Pagi Raya lepas makan, kami nyanyi Happy birthday berkali2 utk Atok yang dikasihi..Aman pulak perasan kita nyanyi kat dia...

Alhamdulillah kerana beri Abah @ Atok kesihatan yang baik. Moga Panjang umur, sihat sentiasa, murah rezeki dan hidup diberkati sentiasa untuk Abah @ Atok yang dikasihi...Amin


Sekian buat hari ni...entah bila angin R nak tiup lagi utk maklang updet blog ni...:) Selamat bercuti semua utk ang bercuti dan selamat bekerja utk yang tak cuti:). Take care:)

Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum

Akhirnya kini pasti...tapi InsyaAllah akan cuba nak menulis kat blog ni. 2-3 hari lepas dah beberapa kali cuba nak updet. sekerat jalan je...pastu boring, tutup PC and buat keje lain. Maklang pun agak sibuk sebab dok kejar nak siap kan beberapa buah kusyen dan table runner., gambar dalam camera lagi, and tak tahu kat mana benda tu. Malas nak cari. yg kat phone ada tengok if rajin maklang upload


masa cuti deepavali, kami ke KL. Sejak tu malas nak updet. Camana nak updet? Bila cuti RE tertinggal. bila balik sini gabra banyak tak siap. Padan muka. Ni pon tengah malas nak jait tapi terpaksa jugak. Alhamdulillah sempat dah maklang siapkan table runner and hantar kat rumah kawan. Dia nak guna jugak semalam sebab dia ada buat khenduri solat hajat sikit utk anak dia yang nak SPM. Moga berjaya. Lepas dari khenduri, tengahari tu, sebab maklang puasa, maka balik dari khenduri, maklang titon laa. Lately ni rajin pulak tido petang sebab ujan2 ni sejuuuuukkkk je..Ialah org tak keje:).



Malam tadi, darling I dan anakanda dan Alang dah sampai kat sini. Anak2 Alang dah ada kat sini ikut kita orang balik, last Saturday. Seronok benar si minmin...dan ecop. Ialah dah dekat seminggu tak jumpa mummy. Mummy pon ke KB masa Ecop n minmin kat sini...Mommy jaga orang exam tak silap maklang...


Tadi Busu and kompeni sampai. Tiket bas cuma sampai kuantan aje sbb last minute punya keje...lagipon nnt busu boleh drive bila balik JB ngan atok, insyaAllah. so My darling pergi ambek dia kat sana. Seronok ramai2 kat sini. Pak Ngah tak dapat nak kompol ada hal2 yang tak dapat nak dielakkan...

Alhamdulillah, rendang ayam kampung dah hampir kering ( tutup dulu,besok sambung panaskan dan kering kan), ayam dah separuh masak utk ayam serai besok. Lodeh, sambal kacang tu, kerja utk besok pagi. Ingat nak buat sambal tumis jugak, tapi terlupa pulak sebab tadi sibuk buat nasi kerabu juga... sebab ramai berpuasa hari ni and nak puaskan hati atok sebab semalam nasi kerabu dia beli sejemput je RM4.00! hmmm tu lah dia kerteh! Semuanya mahal...tapi kami sayang kerja...:)



Moga doa2 kita dimaklbulkan Allah dihari Arafah ini...YA Allah...Kau peliharalah kebajikan kami sekelaurga serta sahabat handai muslimin dan muslimat,dunia dan akhirat..Ya Allah kau kabulkan lah doa2 kami ya Allah..sesungguhnya kami insan yang kerdil yang hanya mengharpakan kasih sayang dan belas kasihan Mu Ya Allah...
Ok laa takat ni dulu, nak sambung keje semula...sementara tu...selamat menyambut hari raya aidul adha....maaf zahir batin...