BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 30, 2012

Goyang kaki

Assalamulaikum...


Wah wah...sekarang ni sedang membina lemak lagi. Sekarang dah ada pembantu yang setia kat rumah...hehe..Along semalam jadi driver, hari ni jadi waitress ...marah pulak mek tu nanti...






Makan pun dia serve sampai ke dalam bilik. teringin nak makan kek...so, dok main2 kat FB and dia sape maklang...hhmmm..thank you lah serve tea kat bilik ...sambil2 makan sambil menonton video dan menjahit...3 dalam 1..hehe..memanglah membina badan sekarang ini. Sungguh bahaya utk kesihatan...kena cepat2 naik itu threadmill...Ya Allah mohon kuatkan hati hamba Mu ini utk terus mengexercisekan diri...Amin...


ALhamdulillah cushion cover ini sudah selamat di pos ptg tadi. Diharap akan tiba pada tuan punya sebelum hari kawin dia 5 May ini...dan harap2 dia berpuashatilah hendaknya











InsyaAllah besok hari pekerja. Maka tukang sulam ni akan bercuti dari menjahit utk orang lagi agaknya...seronok pulak menjahit utk rumah sendiri. Terasa kesantaiannya. Alhamdulillah kusyen ke2 utk rumah sudah hampir selesai. InsyaAllah nnt nak sambung jugak laa...Lepas tu , berangan lagi nak jahit kusyen panjang seperti di atas lagi 2 bj utk kerusi kat ruang tamu lagi. Lepas tu berangan nak jahit alas meja makan pula...berangan panjang nampaknya maklang ni. Moga Allah beri kesabaran dan ketekunan utk menyiapkan pesanan sendiri dan kawan2...InsyaAllah..:)


Selamat hari pekerja utk semua pembaca yang di kasihi...:)

Jumpa lagi InsyaAllah...

Sunday, April 29, 2012

Time off

Assalamualaikum...


Hehe ..ari ni mood baik punya. kenapa ek? entah!


Pagi2 lepas siap buat sarapan, masak asam pedas tenggiri ( ari ni tak sedap sebab tawar..) and tauhu goreng dengan kicap bango dan of coz lepas sarapan bersama Cik Abang dan Along, maklang sambung menjahit laa...

Tengah seronok menjahit kusyen cover yang ke4 dalam masa 4 hari kot...semangat makcik wiken lepas!...dapat pulak mesej dari anak murid maklang nak datang beli riben. Alhamdulillah rezki ada hari ni...Lepas dari itu, maklang dan Along keluar konon2 nak pergi gunting rambut yang dah makin menebal ni...Along pon dah bising kata lama dah nak gunting rambut. Setiba kat situ, kedai pulak tutup. So, maklang ajak dia ronda kat tepi kuala nak beli ikan. Masa tu dah pukol 10:00 lebih agaknya.. Ikan yang naik pagi dah abis..Jommm Dhirah kita ke Kemasik. Semenjak tak keje ni ada 2-3 fon number pok-pok jual ikang maklang simpan. So lepas dah call Pok Itang kat Kemasik and konfem ada ikan, kami pun zoom ke sana. Alhamdulillah ikan kembong keras2 lagi. Maklumlaa baru naik dari laut. Beli jugak entah apa nama ikan yg berwarna warni. Lepas dari situ, singgah L-mart pulak nak beli sayur2. Jommm Dhirah bawak mak ke Paka. Konon2 nak beli udang. Wah berjalan sakan ari ni. Sampai Paka tengok ikan layu2 je...beli kangkong dan cencalok je kat Pasar Paka. Dalam perjalan balik, singgah pula kat Pasar Kerteh. Beli udang putih 1.5kg dan 1kg ikan cencaru. Sejak bibik dah balik ni, maklang kenalaa menyibuk kan diri kat dapur, or else kesian jugak kat kakak. Alhamdulillah siap lah goreng2 sayur dan ikan fresh just in time sebelum Abang balik for lunch.


Yang best sangat hari ni, maklang start menjahit sebiji kusyen utk rumah! Alhamdulillah dah 1/2 siap dah. Tak kira dah asyik jahitkan utk org aje, bila lagi nak menjahit utk rumah. Cik Abang kadang2 ada juga cakap2 bila laa nak buat utk rumah...secara tak langsung laa...hehe..Sendri mau tau laaa...takkan lah rumah orang aje nak cantek rumah sendiri tak berbela..hehe.. InsyaAllah tahun ni dapat buat langsir baru selepas lebih 5 tahun langsir tak berganti....tu pon tempah je kat kedai:) In fact, langsir yang tengah pakai waktu ni maklang beli 10 tahun lepas. Alhamdulillah masih boleh pakai lagi. Ini pun buat sebab naklaa berganti. Kaler pepel pulak sebab sofa pun tahun ni nak pakai sarung kaler pepel...wah wah semangat nak raya...InsyaAllah chair back cover yang berRE yang maklang jahit 2 tahun lepas akan dapat disambung dan dipakai tahun ni. Rasa macam lama sangat tak berganti yang baru...InsyaAllah moga dapat mencapai hasrat.


Inilaa ni bakal menjadi penyeri ruang tamu tahun ni, InsyaAllah dapat buat 2 buah dah seribu rahmat!

Ok sekian bicara malam ni. Ada hal nak kena siapkan sebelum nak beradu malam ni...Selamat malam semua!:)

Saturday, April 28, 2012

Sibuk

Assalamualaikum...

I have been rather busy for the past few weeks... Alhamdulillah bibik has safely arrived in Solo. In fact we sent her home...Maam memang cari chance nak berjalan... The fare to Solo was extremely cheap...so maam cuba2 test water lah kot2 boss kasi ikut...Jom...kita pergi jalan ke sana nak tak? Boss kata...Jommmm... Tak sangka test2 water dapat rezki nak ikut. We went there for 4 days and 3 nights je. Bila wan and atok heard that we wanted to go, Wan pon kata...nak ikuuuutttt.... hmmm Wan ni...kami nak hanimun laaa... hehe...dok usik Wan... tu pun dah dpt approval dari anak paling kecik..dia kata OKlaa...mak nak pergi ngan Abah pergi laa...lagi pun dah lama mak tak gi jalan ngan Abah...bila approval dah dapat...Alhamdulillah...dapat mak gi jalan2 ngan Cik Abang...dan Atok dan Wan...


Seronok dapat tengok tempat orang. We went to Yogya jugak. Penatnya... We went to Bobbudur, Prambanan again sebab Atok and Wan tak pernah lagi sampai sana...The trip was very tiring. Just imagine, keluar hotel pagi2 and balik dah lewat2 malam...Tapi enjoy sakan laa maam, this time ber2 ajelah katakan...:)


Maklang dah 2-3 hari ni melepak sikit. Menjahit pon boleh relax2 sebab org yang tempah alas katil utk kawin kata wedding dia ditunda hingga akhir tahun...Hehe...boleh lah maklang jahit yang lain2 sikit2. Muaknya menjahit yang sama aje setiap hari....


Setakat ni dulu bicara kali ini. Gambar tak upload laa...malas sebab asyik masuk gambar sekerat2 and gelap huhu...

Sehingga berjumpa lagi di lain waktu...InsyaAllah...

Sunday, April 8, 2012

Bising...

Assalamualaikum...

Silap letak title the last time maklang update blog ni. Senyap betul selama 3 minggu. Mungkin sebab tajuk tulaa...memang malas nya nak mengupdate. Keje pon banyak. ada banyak2 beg dan pouches yang maklang kena siapkan before today sebenarnya. Terkejar2 menjahit sulam. Beg nya tempah kat kawan. Or else lagi tak sempat. Tapi sebenarnya dah pon di pos kat kawan di JB minggu lepas. Punya lah dia suka masa dapat the bags! Alhamdulillah



Maklang ni sekarang tengah tunggu Cik Abang balik dari lunch. Sampai mengantuk2 ni. Manalah buah hati ku sayang yang tak sampai2 ni. Biasa dia talipon. Hari ni senyap je. Kot ada meeting. Tak pelaa Insyaallah jap lagi sampai laa tu...Tak ada masa apa pon ari ni sebab banyak sangat 'stock' dalam esbok tu. So keluarkan sikit laa utk makan tengah hari. Dah minta bibik goreng ikan selar celup tepong dan buat baby kailan celur aje...


minggu ni minggu last anak manja kat kl peksa...lepas tu dia balik rumah ni and sure dia bua bising kat adek2 dia...Insyaallah..


Ok takat sini dulu..Nak merawat mata yg sangat mengantuk..ZZZZZzzzzzz