BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 23, 2012

Kembar 3 seiras tapi tak serupa

Assalamualaikum...

Malam ni sangat teruja..hehe... Akhirnya siap pon si kembar 3...dan sempat siapkan 1 yang kecil. besok pagi InsyaAllah boleh hantar kat Kak Shima. Masih berbaki sebuah lagi yg tak serupa langsung dan ada lagi beberapa pouches yang kena siapkan...:)...boleh senyum sekejap sebab tak perlu buat pattern yang sama ..huhu ( masih ada yang mahu pattern ini..Alhamdulillah:)





dan petang tadi maklang dapat buat Ala-ala Vietnamese Noodles..hehe...sebab tak puas makan kat Resipi Rahsia...maka paklang kata...buatlaaa..Alhamdulillah Allah beri ilham... resepi ada kat sini:)

http://daridapurmaklang.blogspot.com/2012/05/ala-ala-vietnamese-noodles.html

( Vietnamese noodles tak tahu nak cari mana..so maklang guna kuew teow..boleh jugak laaa kan..Alhamdulillah:)




Selamat malam...jumpa lagi InsyaAllah:)

Sunday, May 20, 2012

Terbang ke?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah hari Ahad lagi. Tak sedar rasanya...Have been very busy lately...with sleep. Dalam keadaan cuaca yang tersangat panas sekarang ni asyik2 mengantuk aje. Nak2 lepas makan tengahari sambil2 dok menjahit ni pasti nak terlelap:)

Tulah rasa cam lama dah tak updet blog. Memang betul pun. Tapi tak ada yang interesting pun...hehe..makan , jahit, kemas2 sikit then pusing2 macam tu...masa pulak terbang aje..kejap2 dah berganti hari...


Oklaa sampai sini aje dulu..maklang nak bersihkan diri nak tidur dah kejap lagi..InsyaAllah...

Wednesday, May 16, 2012

Kita rancang Allah yang tentukan:)

Assalamualaikum...


Maaf. Kita merancang Allah yang menentukan. Ingatkan nak buat kelas wiken ni tapi tak jadi pulak. So kelas kena tunda pada 26.5. 2012. Kalau ada sesiapa yang nak join 26.5.2012 ini...silakan...

Monday, May 14, 2012

Kelas Asas Sulam Riben

Assalamualaikum...

InsyaAllah 1-2 hari ni maklang akan sibuk melayan anak2 untuk persiapan hari guru. Malam ni melayan membalut hadiah...:)

InsyaAllah , maklang cadang nak buat kelas sulam riben  di Kuala Lumpur pada hari Sabtu ini, 19hb Mei 2012. Kalau ada sesiapa yang berminat, sila hantar email ke nazdin_2000@yahoo.com utk keterangan lanjut.


Terimakasih...Moga berjumpa lagi..InsyaAllah

Sunday, May 13, 2012

Tak produktif

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...walau pun hari ni maklang tak ada menghasilkan apa2 dari RE...maklang rasa bersyukur kerana dapat buat benda2 lain...


Semalam seharian melayan RE so hari ini maklang tak layan RE...tapi rasanya kejap lagi memang kena layan. Semalam dah ada orang tanya bila beg dia nak siap. Tadi petang baru nak gunting...


Hari ni memang tak pegang lagi. Mabuk batik tadi pagi. Semenjak musim panas ni memang lah kerjanya pakai kain batik dengan baju pendek aje. Memang tak semonggah. Tak kuasa nak pakai cantek2 kat rumah. Asal bersarung sudah. Teramat panas sangat. Tak kiralaa kalau baju dah lusuh pun. Sauk jelaa asal rasa selesa dan sejuk. Sorilah nak pakai baju lengan panjang ni.

Sebab sedap pakai kain batik musim2 panas ni, maka sejak hari jumaat maklang dok pakai kain batik yang dijahitkan getah. Tadi pagi marathon menjahit sampai 6 helai. Alhamdulillah siap...

 

lepas  lbhkurang 2.5jam siap 6 lai..oklah kan:)

Selesai menjahit, maklang gi buat grocery dengan Along. Sempat gak singgah kat Romantika. Dapatlah beli bekas2 utk nak isi bahan2 jaitan maklang yang sekian lama bersepah2...dapat juga beli hadiah utk cikgu lelaki. Yang utk perempuan dah dibeli masa kat KL aritu. Kena cepat2 sebab belum masak and darling dah nak balik lunch!

Cik Abang nak keKL pulak tu. So, memang kena cepatlah. Alhamdulillah bila dia balik maklang dah siap masak. Paling senang sebab buat paprik udang je:). Lepas hantar Cik Abang ke pejabat, ( dia nak terus ke airport KT dgn taxi dari ofis), maklang sempat singgah menyopping tupperware. Baru aje cik abang kata...wah abang tak de ni sure nak merayau kan...hehe..belum pon dia terbang, isteri tercinta dah merayau dah...pastu satu sen tak bawak!. Bukan apa kedai tupperware tu kat laluan nak balik rumah aje...Alhamdulillah apa yang diidamkan dapat. Maklang teringin nak tambah koleksi tupperware besar2..konon2 senang bila nak buat makan2 kalau ada yang tempahan...InsyaAllah...:)


Petang pulak gi ke MM gi ambil langsir, beli wrapperlaa...etc. Dari MM pegi ambik sikecik. Alhamdulillah kete2 yang cedera aritu dah balik kat rumah...Hmm...pening kepala bulan ni pikir pasal kereta...Tak apalah asal tak ada yang cedera dah bersyukur banyak pada Allah...Alhamdulillah...

 Bila mklg call Cik abang if dia dah sampai KT, dia kt meeting dia cancel...dah dia dah sampai Marang bila dapat tahu meeting kensel...So berpatah balik laa ke Kerteh. Sian dia penat. Tapi tak pelaa...suka kalau dia ada rumah...kalau jauh2 ambe tak suka:) Alhamdulillah...



Oklah...nak bersiram ..dah lewat dah ni...:) sehingga berjumpa lagi jika umur panjang...:)


Friday, May 11, 2012

Rezeki dari Allah..Alhamdulillah:)

Assalamualaikum...


Maklang tak sedar and lupa maklang tak update blog dah 3 hari! Punya laa sibuk mengalah kan masa maklang kerja dulu.

Hari Rabu lepas, maklang mula sambuang semula menjahit table runner yang dah terbengkalai sejak bulan 12 hari tu. Banyak2 nak buat RE ni paling maklang tak sukalah kalau buat table runner. Rasa macam tak siap2. Ni ada tengah buat 1 lagi pun sekerat jalan aja. Malas sungguh.


Hari Rabu lepas, klas agama kensel sebab ustadz ada hal. So, pagi tu tak kemana lah cuma menyebokkan diri memblend perencah2 dan buat sambal nas lemak. Cg sekolah tempah masakan utk makan pagi hari Khamis. Tengahari Rabu, cg kata nak tambah pulak meehoon lada hitam. Then kawan call pulak nak tempah kek coklat. Petang kawan call pulak nak beli pouch nak kasi kawan yang nak pindah. Menggigil jugaklah bila rezeki nak masuk banyak2 dalam masa sehari! Alhamdulillah...ALhamdulillah juga dapat dilalui dengan sempurna. Terimakaseh Allah kerana memudahkan segalanya:) ...








Alhamdulillah pagi2 lepas Subuh tinggal masak nasi lemak, letakkan santan dalam tumisan masak lodeh yang dah dibuat petang semalam dan juga masukkan meehoon dalam perencah. Tapi malangnya taak dan nak pergi sekali dengan anak2 masa ke sekolah. So, Along pergi hantar kat sekolah semula dalam pukol 8:30pg.



Sibuk betul semalam. Lepas memasak, maklang sempat siapkan sarung bantal yang kawan tempah. Beriya2 lah maklang siapkan. Tau2 bila dia tengok, bukan size yg itu yang dia mahu. Dia nak bantal panjang, huhu...so maklang kenalah buat yang baru untuk dia. Yang dah siap tu maklang akan jual...sedih betul! mmg salah sendiri pon. tak cek buku order ...terlupa langsung tentang size cushion tu...










Lepas siap semua, maklang ke klas agama. Habis kelas kelas agama, kami bersurai dan ke PMo nak dengar ceramah Ustadz Azhar. Maklang memang suka dengar ceramah dia kat Youtube..Alhamdulillah diberi peluang utk dengar ceramah dia live:)



Berkejar dari PMO then kesekolah ambil Angah . sebelum tu hantar kusyen cover yg salah tu ( masa ni tak tahu lagi salah!),  lepas tu terus ke opis abang. Masa tu dah dekat 2:30pm. Almaklum ada kereta 1 bj je...so terpaksa lah keliling kota nak ambik orang. gigil dah sebab table runner masih belum bersambung...Alhamdulillah petang @ 5:30pm. kusyen, runners dan buku serta kits yang dipesan dapat di pos...tau2 maklang terlupa jugak tu nak siapkan beg yang dah separuh jalan siap!






Sempat
jugak siapkan 1 bag masa hari birthday...Ingatkan nak buat utk sendiri teringat kat mak sebab lama dah tak kasi dia beg...so InsyaAllah nnt bila dah siap boleh kasi mak...lagi pun besday dia dah dekat:)



 


Sekian dahulu...cepat benar rasa ngantuk...moga dapat bertemu kembali:) InsyaAllah...

Tuesday, May 8, 2012

Surprise!

Alhamdulillah...dah bertambah usia setahun lagi dan semakin dekat dengan mati...Moga2 hidup yang mendatang akan diberkatiNya dan masa yang ada akan dapat digunakan dengan lebih bermanafaat.

Terimakaseh banyak2 pada anak2 yang dikasihi kerana buat surprise makan2 untuk mak. Love you loads..

Sunday, May 6, 2012

Malang tidak berbau

Assalamualaikum


Semalam tak ada mood nak update. Maklang tidur awal malam tadi. Penat dan tension agaknya.

Kereta kecik Along yang baru aje balik dari spital last week kena sakit kuat lagi semalam. Alahai...macam terobek hati maklang bila tengok pintu belah driver terkepak ( terkaypak) tak leh nak tutup. Adalah salah seorang yang tak ada lesen saje2 turun kan handbrake and put on reverse dgn pintu kereta terbuka! Lepas tu kereta tu undur laa...and yang malangnya pintu tu mencalarkan kereta kat sebelah dia. And juga the bumper yang baru betul tak dan 2 bulan. Sungguhlah malang mmg tak berbau! Innalillahiwainnailahirojiun...Tapi syukurlah tak ada apa2. Terkejut jugak dengar anak2 menjerit semalam. Kejadian cuma di garaj rumah sahaja! Hmmm....duit kalau nak keluar tak kira masa kan...Tak apalaa asal anak2 tak apa. Itu sudah seribu rahmat. Alhamdulillah. Tengahari tadi Cik Abang dah bawa kereta kecik tu ke spital dia..huuhuuu..sian kete kecik tu..Moga lepas ni tak ada apa2 laa.. Maklang nak amek gambar pon tak sampai hati..:(



Sebelum dari kejadian sedih tu, Cik Abang ada buat steak. All on his own. So, tukang masak biasa dapat cuti dan merajinkan diri menyiapkan jahitan:) Alhamdulillah...


Hari ini pula pagi2 maklang dah mengkuew teow...Alhamdulillah walau pun lembik sikit sebab dah dicerai beraikan dan disimbah air oleh kakak...Kuew teow kalau dah masuk esbok dan dicuci memang lembik nyek bila di goreng. Tapi kalau digoreng cepat2 taklah dia hancur...:)

Then terus aje masak simple2. hari ni bendi rebus asam dan ikan kerisi berlada je. Lain2 maklang panaskan lauk2 yag banyak dalam esbok tu.

Lepas tu apalagi...sessi menggunting kain utk persedian kelas nak buat beg besok dan juga gunting2 kain2 tebal utk ada yang tempah...Dapat lah maklang siapkan juga separuh jalan sebuah beg dan separuh jalan 6 bj pouches. Dan yang best sekali hari ni setakat ni 6 buah pouches lagi susah siap disulam:) Alhamdulillah... ( ada lagi 23 buah plus 100 lagi huhu)





Insyaallah kalau mata larat nak gak jahit 1 lagi...:)


Setakat sini dulu..rajin2 lah dtg melawat sini :)

Saturday, May 5, 2012

Main warna dan riben

Assalamualaikum...

Ingat2 nak update malam tadi. Tapi maklang tengah seronok sangat main warna dan menjahit. Almaklumlaaa baru2 cuba benda baru. Jahit punya jahit dah hampir 11:30pm. So, tak kuasalah nak menaip lagi. Baik tido. Semalam pun dok meleka menjahit...mandi pon dah lewat..Ish ish...tak elok untuk kesihatan...2 hari ni rasa tak sedap badan...padan muka...

Ni maklang letakkan gambar2 mainan maklang...mmg enjoy betul..sampai Angah bising...habislaa alat2 sekolah dia maklang kerjakan...hehehe




Lepas dah siap no.1 , maklang buat pulak yg kedua...kaler2 background dia...


 



Yang 2 atas ni pun maklang mula paling awal...tengok orang punya cantek2 so apasalah kita cuba sendiri pula...Nampak cam best je...tu yang maklang cuba pula kat bunga daisy dan bunga ros..hehe..




Sebelum maklang main2 riben dan mewarna semalam, sempat juga maklang buat nasi ambeng. Serunding kelapa dah siap 2-3 hari lepas, yang lain2 buat pagi semalam...Sambal udang pun yang sambalnya left overs tinggal masuk udang nya..Makan sebungkus nasi ambeng ni kenyang sampai ke malam..Alhamdulillah...


Hari ini Paklang kata dia nak buat steak...So kita tunggulaa apa jadi hari ini...dapat ke maklang bercuti memasak???? Kalau dapat cuti memasak...maklang nak main acrylic paint pulak, InsyaAllah...Doakan yang terbaik utk kita semua..

Terimakasehlaaa kerana sudi menyinggah kat sini:) Jemput datang lagi:)

Wednesday, May 2, 2012

Selow


Assalamualaikum..


Wah2 maklang sekarang asyik dok relax je ...semua gara2 2-3 minggu lepas dok marathon jahit set pengantin yang mulanya nak bernikah awal Jun...tup2 dia kata dia nak tunda ke December...Lega betul masa tu....macam nak campak segala RE ...tak perlu nak kejar2..punyalah maklang stress...huhu..so sampai hari ni masih belom siap lagi set itu...hehe

Dalam pada menjahit utk  pengantin maklang sempat gak siapkan table runner ni untuk kawan maklang. Dia dah pon menjadi student maklang dan Alhamdulillah hasil2 dia cantek2...

Tapi table runner yang kat bawah ni hasil kerja maklanglah..bukan dia punya:)


Sejak semalam kurang produktif. Table runner yang mula  semalam pon jahit nya selow betul...kalau orang baru belajar menjahit pun tak se selow maklang kot. Entah..malas pulak maklang minggu ni...nak kena rest kot...


So petang tadi betul2 rest. Pergi layan Avengers ngan anak no 1 dan 4. Maklang ni memang suka layan cerita merepek macam ni...Tak yah susah2 pikir masalah dunia..Pikir masalah luar dari dunia je...hehe

Oklah sampai sini je report maklang hari ni..saje je nak updet...hehe



Tuesday, May 1, 2012

Berendam

Assalamualaikum...

Hari pekerja hari ini. Dah nak habis pun...


Kami pergi berkelah tadi pagi. Malam tadi konon2 macam semuanya nak pergi...Mak ni bangun lah cepat nak goreng mee dan nak buat tuna. Tapi tuna tak jadi pun buat sebab mayo dah abis. So, maklang terkial2 laaa buat kentang oregano with burger bites..tup2 tau2..yang no 2 dan 3 tak nak pegi...melambak mee tak habis tadi..huhu...

Tiba aje kat pantai maklang snap ini  gambar...cantek sungguh ciptaan Ilahi...Subhanallah


 Bila dah nak berendam, Cik abang snap gambar kami...cuma berempat aje kami tadi sebab yang 2 kat rumah lebih suka berenang atas ...


ini lepas dah berendam selama 45 mins..bset dan letihnya sampai ke malam...so maklang ucap semalam malam dulu lah eh..besok sambung cerita..InsyaAllah