BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 30, 2011

Cerita basi...

Assalamualaikum...

Hari ini cita2 maklang besar...besar yang teramat...InsyaAllah nak updet blog yang dah seminggu lebih maklang tinggalkan. Kalau ikutkan cerita mmg teramat banyak nak cerita tapi masa amatlah limited sekarang...macam biasalaaa...apalagi kalau bukan melayan anak2 dan meng RE. Kebetulan semalam maklang dah deliver 13 buah beg kecik dan besar serta 10 buah pouches kepada yang menempah. Lengok jugak mencari idea agar semuanya berbeza antara satu dengan lain. alhamdulillah...Ini pun banyak yang tertunggak. Berharap benar pada yang menempah dapat bersabar. Ada yang RE nya dah pun siap di buat, tapi belum dijadikan beg lagi. Kawan maklang yang tolong jahitkan beg tu, mesin dia dah kong. Belum betulkan lagi agaknya...
So, terpaksalah menjahit sendiri...



Last week, masa hari raya kat sekolah memang bujang maklang menang. Dia bawa balik RM10 dan kueh sekotak. Suka sangat! Tak rugi pakai bedak mak. Hari tu dia happy sangat2. Alhamdulillah berbaloi.


Minggu yang baru berakhir ni pulak mmg lah sibuk dan menyibuk. Hari Isnin Mulan ada ajak pergi makan kat rumah dia dan juga Saz ada buat bacaan Yaasin sempena anak nak periksa. alhamdulillah dapat maklang rebut 2-2nya walau tak puas bersembang dgn kawan2 di mahligai Mulan sebab nak kejar ke rumah Saz. ialah maklang pun nak gak baca2 Yasin sebab Angah pon peksa juga minggu depan ni, Insyallah. Moga anak2 kami berjaya memperolehi yang terbaik...Amin..

Hari Rabu pula ada kawan yang menempah ayam bakar. malangnya pukol 915 gitu letrik tak ada..dah lah tengah bakar kek. Nasib baik kek tak batat! Ayam pula akhirnya di bakar atas stove. Baru aje nak meniaga, macam tu pulak jadinya...Tapi Alhamdulillah...semuanya dapat disiapkan mengikit masa yang ditetapkan..


Maklang dah cuba letak gambar ayam bakar tapi gambar dia teruk sangat. kenapa entah tak cantek langsung. apa prob dgn blog ni agaknya entah...huhu

Tuesday, September 20, 2011

Bujang melawa

Assalamualaikum

Alhamdulillah pagi ni senang nak kejut sibujang. Ingatkan dia pasal nak gi sekolah ada jamuan raya, pakai baju Melayu Raya. Wah..sejak malam tadi dia dah bersiap. Baju dah suruh bibik gosokkan, brooch dah sangkut kat songkok...kasut mana nak pakai pon dan minta tolong kakak siapkan. Perkara biasalah tu kalau si bujang nak melawa. Sah2 ikut Abah and Angah dia. Hmmm..semuanya nak kemas dan menarik..teringat kata2 arwah MIL..yg Cik Abang kalau pasal bergaya...bukan main...hmmm...lama dah MIL pergi. kadang2 teringat kat dia. Moga dia tenang di sana..Amin..Al fatihah buat MIL..


++++++

Baru selesai memasak ni. Terrrajin nak berblog. haha..perkara yang jarang2 berlaku dalam kamus harian maklang...

Lepas hantar anak2 ke sekolah tadi, maklang cek- in kat bilik jahit. Dari jam 745 lebih kurang sampai 915am, sempatlah sambung2 beg 3 biji. Alhamdulillah...nanti kakak dah letak butang dan kemaskan boleh lah di pos.

Kemudian turun pulak masak. Hari ni macam biasa, tak tahu nak masak apa. Pikir punya pikir maklang buat sup petola dgn telur dan kononnya ikan kembung pais. Entah apa rasa sebab baru 1st time buat ..hehe..main campak2 je .. Maklang, Maya dan kakak masih berpuasa. Angah tak puasa sebab rasa dah tak sedap badan. Maklang suruh dia jaga kesihatan sebab takut demam. Periksa tinggal beberapa hari aja lagi. Moga anak ke2 mak berjaya macam kakak dia. InsyaAllah..

Hari ini...macam biasa akan bermain dgn riben lagi. Kadang ilang idea dah nak lentok rose atau tulip atau matahari ke arah mana. Moga Allah beri ilham yang terbaik utk hari ini...Amin


Terimakaseh kerana melawat teratak maklang...moga hari ni baik utk semua:)

Monday, September 19, 2011

Full house:)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah it is Monday again. The house is once again quiet after a full house last weekend. My darlings came back last Thursday, arriving quite late at around 12 am. They drove back with 3 of Dhirah's ex-schoolmates and with Yusof too. I was so happy that nite to see all of them! Alhamdulillah..

As usual, when all are around, I am the most busiest..hehe...cooking of coz! What else would a wife and mother do for their loved ones after so long being apart! Although I met Dhirah last 2 weeks at Wan's, it is not the same as having her back in the house. And of coz when the hubby is back, I just love to serve him the food that I've cooked! And he specifically requested that the food that he eats has to be by me. If not all, then the main dish should be by me. Alhamdulillah...I just love to do all that..

Friday macam biasa is pasar tani day. I took a Friday off from the pasar tani. So, Abang went with Along to see whats available..Foodlaa apalagi. Dhirah nak sangat makan laksam, nasi dagang and all...I asked for nasi kerabu, but they bought nasi dagang for me and both Abang and Dhirah claimed that I said nasi dagang instead of nasi kerabu! what a slip of the tougue..and the mind and tongue did not coordinate...huhu..I think I have to cook nasi kerabu this week...terasa sangat nak makan...:), InsyaAllah.

Friday tu ramai yang nasib tak baik. After lunch of kerabu mangga, tahu goreng with sambal kicap cili api...ramai yang kena sakit perut. Siap2 makan...Adoi...perut sudah bagi signal. Then later that nite Along, Abang and kakak kena attack yang sama. Kami cuba nak tengok apa lah yang menyebabkan semuanya sakit perut. lepas dah elminate one by one...rupanya sambal kicap cili api punya hal...huhu...sori2 laaa...agaknya sebab kicap tu dah lama buka botolnya dan dah lama tak pakai! since dah tak ada kicap cap Bango, so terpaksa lah pakai ABC yang kepekatannya agak sama...serik rasa nak makan.

Wani, hubby, Najib and along came to our house late Friday evening. Jamu mereka makan lontong. Alhamdulillah...Terasa sangat nak makan lontong tapi perut terlampau kenyang sebab we went to a friend's house sebab ada makan2. Sedap jugak makan rendang dengan pulut palas.

==


Come saturday...I was alone again. Cik Abang went to attend a get-together with year 1980 SMART alumni in Kuantan. Along went out to see some of her friends. So lunch was a mere nasi goreng sotong yang kakak and Angah masak. Oklaa sebab that morning I went out with Abang, Hakim and Yusof for some nasi lemak and roti canai...Lamanya tak makan roti canai... Tengah berangan nak buat sendiri ni and store dlm fridge!...InsyaAllah

I checked-in the kitchen around 3:40 pm that Saturday, when Abang wanted to eat pisang goreng. So there I was till around 530 doing some cooking with the help from kakak. Bibik was not well so I asked her to rest ( which I do not know if she was resting or not...! Susah sgt nak suruh rehat!) Along pulak sengaja nak suruh mak buatkan ayam bakar...Dhirah tak nak yang biasa pakai bbq sos tu mak...Dhirah nak yang mak buat yang mak mixed the spices sendiri...hmmm...macam2..then nak buat mac and cheese sebab tengok kat FB ada kawan yang buat. Maklang mmg tak pernah buat sendiri. Dhirah and Alang pandai laa sebab I am not into cheese so much.. .So, lepas buat the white sos, Along lah continued with the baking of the M&C. Sempat gak kacau2 pengat pisang and also the puding kastad yang tak berapa nak jadi...So, that nite was a big feast for us laa...Ustadz pulak langkah kanan sebab when we were about to eat, Ustadz pon sampai:)...So we invited him as well and the ngaji session was after dinner! Alhamdulillah



abang put a hand in the kitchen the last half hour. he made this pan fried steak...wow...sodap you sekali sekala merasa En. suami masak...Love you ...:) n TQ


Abang said that this campak2 salad and pasta was exceptional...haha..paling senang...bukan apa tu..lama sgt dia tak makan kot!


our 3 big casserole full of M&C. Malam tu 2 hampir 2 licin. Satu lagi simpan utk nak bawak balik ke KL:)


My puding custard yang indah rupa ajer ..huhu


Ini mmg sodap!

Alhamdulillah dapat gak Ustadz maan bersama...

Angah mmg enjoyed the food. yusof je byk menung..ngantok lagi kot!


Maya kalau kenyang...happy:)



ngantuk sangat ni...sebab nak makan pon kn dukung ke dining room


Semalam I made cookies lagi. Along nak Famous Amos choc chip. Buatlah 2 adun. Pukol 11 dah siap sekerat and kakak continued. Sebab semua tray dah habis. so, nak tunggu shift tray lain...lama lah pulak. I had to complete some more RE for a friend. Dia nak besok. Now, I need to add some more manik to make it look nicer. Air pulak tak ada semalam...Alahai...nasib baik by Zuhur dah ada air. Alhamdulillah...


Petang dah tak best! They went back to KL around 5:20pm. Waited for Angah to come back from school but she arrived late. about 5 mins after they left Angah pon sampai...hmmm..tried to call her but dia tak ada bawa phone. Kesian tak dapat jumpa Abah and Along...


So, today InsyaAllah will be a full day with the RE. Need to complete jadi bag 1 RE or kalau sempat 2. need to assemble a few RE kits..insyaAllah..I am all to myself today. Masak pon sempoi2 jelaa utk bujang as the rest are fasting today InsyaAllah:)


My REs pulak:)



pokok ceri ni tanam hari jumaat petang...sabtu malam dah berbuah!


ni pom baru semai..:) dah berbunga


bluberries ni kalau boleh by this week nak jadikan beg


matahari pun kembang jugak last wiken:)




Yang ini dah sampai kat tuan dia..Alhamdulillah

and gambar ni maklang terima malam tadi...TQ Fauzi for the lovely pic
may you live happily ever after:) amin



utk my ex schoolmate..sorilaa lama baru nak siap:)

Tuesday, September 13, 2011

Food dan RE

Assalamualaikum...

Kejap nya dah nak rabu semula... Maklang nak updet dah beberapa hari tapi Mim Alif Lam sin betul. Tak kuasa nak menaip sebab jari jemari nak exercise ngan riben dan benang. Alhamdulillah terlaksana dah keje2 menjahit cushion utk pengantin. InsyaAllah besok dia nak datang ambil sendiri. Dia call tadi pagi, so maklang pun berangan lah nak hadiah bantal RE sebuah! Sebenarnya dah lama berangannya tapi tak pasti nak buat cushion RE atau nak beri hadiah lain aje. Entah macamana, lepas dia call tadi terus datang ilham...dan Alhamdulillah nak nak siap pon. Insyaallah besok pagi boleh di jahit jadikan sarung cushion pulak. Selain itu selama maklang tak berblog banyak jugaklah REnya yang siap.. Alhamdulillah...ada kot jahitan sulaman yang siap sekitar 6-7 keping utk dijadikan beg:)...seronok bila dapat idea tau...:)


suka pulak tengok bila dah nak siap...mulalah berangan utk sendiri tp bila ek?


utk ni pun dah ada yg booking:) Alhamdulillah


yg ini pula ada yang pesan:)

Sempat jugak maklang buat biskut raya yang ditempah oleh seorang sahabat lama. Yang sebenarnya dia tempah sebelum raya lagi and nak ambil lepas raya. Tapi biasalah kita manusia biasa, bila dah terleka , langsung terlupa. Dan bila dia datang kemari bertanyakan kueh, maklang katalah lupa. Nasib baik dia kata tak apa, dia nak ambik wiken yang baru lepas ni. Alhamdulillah sempat lah maklang siapkan skitar 300 keping!

Wiken lepas pulak, bibik buat nasi lemak bungkus dengan daun pisang, nampak sedap betul kata kawan maklang yang melihatnya di FB. Maklang pun jemputlah dia berbuka di rumah. Memang lah rezeki dia, ada pulak kawan nak kasi nasi dagang. Dapat lah merasa semuanya, dan nasi dagang tu mmg sedap . Alhamdulillah:)



ni marble cake, dapat resepi dari my best fren Najwa. Thanks Naj...:).dah lama nak makan, so buatlah sendiri:)


ni pulak wajik deghian yang Abah zino poskan semalam. Murah rezeki Zino sekeluarga. Insya Allah....terimakaseh banyak2:)



Terlebih rajin, buat karipap pada hari Ahad lepas...huhu



Angah pon terrajin..siap buat pizza



Ini pula nasi dagang lagi...sodap


ok selamatlah semua...mata dah ajak sleeep..:)

Wednesday, September 7, 2011

Lonely

Assalamualaikum...

Another day has gone by. How fast time flies...I am now back into the 'RE' mood and when I am into it nothing else matters...alhamdulillah...At least I could forget that I am alone at home ie. without the kids and dear Cik Abang who has gone back to KL to 'cari makan'. Alhamdulillah...

Nothing much has happened when no one is at home! Only the bibiks doing their chores downstairs and me RE-ing in my room with the TV or PC making some noise ! I usually tune on to tonton.com.my to watch some dramas/ documentary. Sometimes i do chat with my sis or friends just to get out of the boredom for just being alone in the room..


This is the one of the cushions. Still too botak without the extras:)



Yesterday I completed some REs. A friend is getting married next week so I need to get them done by this weekend. Hopefully the cushions will be in the mail latest by Tuesday next week, InsyaAllah. I have completed one without the manik embellishment ( which will be done by my helper) and will try to sew another one by today. Alhamdulillah I also completed one more RE for a small bag and now I am on another simple one for a friend. Today the agenda is to complete the 2nd cushion cover for the wedding. Then it will be for Kak Huda...Hmmm...That is a big task because of the size of the bag! I actually have made some of the roses, but took 4 of them to 'betulkan' my old old cushion:) and Alhamdulillah the cushion has a new look now. Maybe one of these days when I remember, I will post it here, Insyaallah...


Yesterday Rya came to visit. She had called me earlier saying that she wanted to drop by as she had to send her child to taekwando at a school nearby. It was her first visit here as I had only known her since a few months back when she took my RE class sometime in June. Alhamdulillah the student - teacher relationship has bloomed into a kakak-adek- friend relationship. She was fascinated with our teratak and said that she would not sell this house if she were to own it...We are actually comtemplating too... there are too many sweet memories to let go...hmmm..Insyaallah, Allah will decide for us. Istikhorah is a must before we make the decision to sell it off and we hope our move to KL will also be a good move. We can never know the future but we are hoping for the best for everyone...InsyaAllah.

I think I better stop now before my 'tongue' gets berbelit...he he...lama tak cakap omputih and it seems that my vocab is getting worse. I am still praying for the best for the family and may good things and more rizq will be on its way to our family, InsyaAllah ...Amin...

See you when I see you:) and thanks for dropping by:)

Monday, September 5, 2011

Raya raya

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah 2 hari kami sampai kat rumah. Perjalanan dari JB ke Kuantan mengambil masa lebihkurang 4 jam. Banyak kereta tapi taklah jam. Syukur Alhamdulillah. Cik Abang yang memandu sepanjang jalan, maklang tanya2 jugak kalau nak tukar, tapi dia tak nak..Alhamdulillah...boleh lah maklang bertidur2an...he he...

Kami singgah Kuantan sekejap. Dapatlah jumpa Datok, Pak Chu, dan Maklong sekeluarga. Alhamdulillah...

Sempat jugak singgah di Kamdar Kuantan kejap nak carik kain yang perlu.:)

By the time tiba rumah pukol 8 mlm, kakak dah siap masak nasi. Tinggal panaskan lauk aje.

+++++
Semalam tengahari sepupu maklang stopped over for lunch. Maklang masak mee kari je. Pagi2 dah siap masak and continued with the sewing laa...


Semalam maklang bermarathon menjahit sulam. Tempahan utk dibuat hantaran kawin kena sampai kat KL latest by Wednesday.



Dan since Cik Abang nak balik malam ni, makanya kirim dgn dia lebih selamat InsyaAllah..At this time dah selesai dah semuanya. Dah masuk dalam beg dah:) Alhamdulillah...:) siap jugak lah tu.

Ptg pulak kawan maklang datang ke sini. Kak Liza pun ada..

.

Hari ni pun ada yg datang...alhamdulillah. Kalau raya ramai jugak yang bertamu ke teratak kami:)..Syukur Alhamdulillah:) TQ Allah


Sehingga bertemu lagi:) Terimakasih kerana sudi singgah sini:)

Friday, September 2, 2011

Selamat Hari Raya




Assalamualaikum..


Rasanya masa terlalu cepat berlalu. Hari ini sudah hari ke 4 kita menyambut Syawal yang mulia, dan Ramadhan juga telah berakhir...sedih meninggalkan Ramadhan yang mulia kerana belum tentu kita akan dapat melaluinya lagi tahun hadapan. Berdoa lah moga dipanjangkan umurnya moga dapatlah kita melaluinya lagi dan dapat menggandakan amal ibadat kita insyaAllah.



Rasanya tahun ini adalah tahun maklang paling letih sangat. Agaknya sebab terkejar2 menjahit baju2 anak2 dara maklang yang tak siap lagi. Hmm..sibuk sangat2 sebab banyak tempahan RE dan kueh raya ...Alhamdulillah ada juga rezeki walau tidak bekerja sepenuh masa seperti tahun yang sudah. Dan paling menggembirakan tahun ini maklang tak perlu nak submit request utk cuti...Alhamdulillah...tahun depan belum tentu lagi. Tengok nanti keadaan ekonomi macamana. Kalau Ok, mungkin akan terus bekerja dari rumah aje. Dan sekarang ni, doa maklang adalah kearah itu dan moga Allah akan mengkabulkan doa2 maklang, InsyaAllah...


Seperti biasa, pagi2 raya, maklang akan bangun awal sikit laa untuk memasak juadah pagi raya seperti ayam serai, lodeh dan sambal kacang, tapi tahun ini m biological clock terlambat sikit. Pukl 6:45pg baru laa repot duty dan alamat nya terlepas lah nak ke surau utk menunaikan solat hari raya di sana. Takkan nak tinggalkan bibik sendirian masak kat rumah. Walaupun ada Aunty Lin dan Alang, masing2 ada anak2 kecik yang kalau nak attention, tak kira nak jugak:). alhamdulillah sebelum pergi solat sempatlah Abah , Mak, abang, dan anak2 makan dulu ...


Dan lepas balik dari solat Aidilfitri adalah sesi yang paling best sekali. Sesi bergambar yang paling dinanti2..macam2 perangai anak2 sedara...gelihati melihatkan telatah mereka. alhamdulillah berjaya jugaklah nak suruh mereka posing cantek2 sikit..





Lepas sesi bergambar...sambung lagi makan. then bapa/ mak sedara dtg dengan anak2...then adalah budak2 datang beraya. sempat juga berehat sebentar, then datang lagi sepupu maklang, diikuti dgn bapa saudara sefamili besar. Malam sunyi sikit. maklang goreng telur dadar dan goreng sayur sawi pendek dengan oyster sos..dah tak sanggup nak tengok rendang dah:)..Laku pulak tu..


Mak dan Abah tercinta



bersama suami tercinta dan anak2 yang dikasihi

Raya ke 2 pagi, tak kemana2. Ada ex officemat dtg.. lepas dia balik, kami pergi ke rumah Wan Pari. Wan Pari dah pindah ke Johor... Dapat makan laksa dan rojak sedap. Dapat jugak resepi dari dia. Resepi kuah rojak petis yang berlainan dari yang arwah MIL buat dan juga resepi kek buah. Insyaallah dah balik nanti maklang nak cuba laa...


Then pergi melawat Adek Abah dan abang Mak...

Malam berehat aje kat rumah..

Semalam ptg kami ke rumah sepupu maklang. Hajat nak makan beriani tercapai..Alhamdulillah.. Terimakaseh Puan Nora dan en. Man kerana menunaikan hajat maklang..:)

Tengahari sebelum tu, dapat berjumpa kawan2 sekolah yang dah 30 tahun terpisah...Alhamdulillah. Kami makan kat restoran di Hotel Mutiara. Seronok bertemu dan malamnya mereka ke rumah maklang menjamu selera...Tersengih2 je maklang tengok kawan2...Seronok...

Takat sini dululah ye..di akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Maafkan salah silap maklang sekiranya terkasar bahasa atau ada yang menyinggungkan perasaan teman2 ..jaga diri baik2 sehingga kita bertemu lagi di lain masa...:)