BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 24, 2011

Penangan Briani

Assalamualaikum...


Alhamdulillah sudah 3 hari berturut nampaknya mengupdet. eh apa kena ngan tuan rumah ni? Angin baik laa ni. Plus penat fikir nak ribbon pattern lagu mana. Tinggalkan kejap laa...hehe..

Semalam tak banyak yang di achived. Biasalaa kan bila Cik abang ada..ada je keje maklang. Semalam malas. Breakfast makan cucur sotong dan bubur nasi yang bibik buat. Lepas tu menjahit sambil tgk You tube Ustaz Azhar tu. Boleh gak dapat pelajaran. Kadang tengok cerita2. Tengoklah apa yang terasa nak tengok sambil menjahit:)

Hampir pukol 12 barulah masak sebab nak makannya pukul 130 bila bujang balik. Lagipun ayam belum lembut. Pagi baru kluar dari icebox. Cik Abang pun baru balik dari kedai pukol 11:0 lebih. Dia nak makan ayam madu, tapi maklang offer nak buatkan briani yang dah lama di idamkan tu...hehe..sayalah yg mengidam:) Alhamdulillah kali ini jadi sedap dari yang maklang buat last week. All because of the rempah. TQ lah pada Kak Ha dan Angah ( anak kak Ha) yang menghantar rempah tu. Rempah briani dari Batu Pahat Johor ni memang paling best. Masak menjadi je...but of cozlaa kn letak segala macam tok nenek yang dah ada dalam resepi. Alhamdulillah sempat jugak maklang belajar dgn arwah mak Kak Ha, Mak Tok, yg telah pun pulang ke rahmatullah lebih kurang 3 tahun lepas...Alfatihah pada arwah Mak Tok dan moga ilmu yang Mak Tok curahkan dapat lah memberkati Mak Tok di sana...Amin...Kalau nak tahu resepinya boleh ke:http://daridapurmaklang.blogspot.com/search/label/Nasi



Ha.ha...lepas dah pekena briani..mata mulailah me-layu-kan diri..tersengok2 menjahit...Cik Abang pun sempat belayar masa tengok TV..Alhamdulillah maklang sempat menyelamatkan diri dgn tidur sambil duduk sebab kalau baring, mau 2 jam tak bangun! Dan sampai kemalam aroma air mawar nasi beriani terbau2 kat ruang makan...sedap sungguh!

Setakat ni dulu...Moga hari Isnin membawa ceria buat semua...


Dan semuga Allah permudahkan Along menjawab soalan periksa dia...dengan sebaik mungkin...Amin...mohon doakan juga..Amin.

Sunday, October 23, 2011

steak daging

Assalamualaikum...

Kejap aja Sabtu berlalu. Sudah pagi Ahad. Hari ini Angah tak ke sekolah. Tak ada buat apa pon katanya. Baik dia duduk kat rumah...

Maklang ni sebenarnya tak ada idea dah nak menjahit pattern camana. semalam pon macam kabur2 aje. Pagi semalam berbaring2 kejap lepas dari pegi makan roti canai. kena hujan lagi semalam...hmmm...rasa sejuk nya sampai ke tualng. Langsung rasa nak demam...doa2 semuga cepat lah kebahnya. bila nak sampai ke malam, Alhamdulillah macam dah kebah sikit:)

Malam tadi malam berehat...makan malam pon Cik Abang and Angah yang masakkan...maka mak boleh lah menyambung jahitan yang terbengkalai. Alhamdulillah siap 1 utk nak buat beg...:)


inilah dia steak kambing n lembu...dan salad kentang...sedap tapi takleh makan banyak sebab takut darah melompat tinggi...kang lain pulak jadinya..





Ini pulak beg yang maklang jahit hari khamis lepas. jahitan semalam belum di photo lagi. malasnya nak bangun gi ambil gambar..


jap lagi konon2 nak buat briani ayam. Rempah yang kawan maklang janji nak bagi dah pun dapat ...Alhamdulillah...harap2 sedaplaa nnt beriani. yang buat last week tak brapa sedap...


Oklaaa..dah lupa nak cerita apa lagi bila Cik Abang nak guna pc.....wassalam..

Saturday, October 22, 2011

bunga-bunga cinta

Assalamualaikum..


Bila Cik abang ada
Hati jadi berbunga
bangun pagi dah mengada-ngada
konon rajin nak mengupload bunga2:)


( tajuk N3 tak ada kena mengena ngan N3 pon..nak uplod bunga je...sebab ada gak yg terdekat sedang dilamun cinta...hehe..all the best for her..)

ha ha...maklang pagi ni terrrrrrrrrrrrrrrrrajin nak memblog. Badan tak berapa sihat 2-3 hari ni sebab hidung dah semacam lepas tekak dah rasa 2 macam semenjak 2 menjak ni. Tu kena rest tu.dah bagi indication tak boleh keje. Ni kalau degil kang, kena tidor pulak 1 hari. Maklang ni sejak 2-3 tahun ni tak boleh kena ujan sikit pun. sekarang ni pulak musim hujan, tempias sikit pun dah rasa tak sedap. semalam dah mula telan ubat, tapi nampak nya selsema dan batuk nak mari jugak! pagi ni nampaknya pon nak ujan lagi. tapi kalau ujan pun biarlah lewat sikit sebab ingatkan nak keluar nak makan roti canai. dari minggu lepas Angah dah ajak. ingat nak pergi last Sunday, tp tayar kereta pancit masuk paku. patut pon bila bawa kereta rasa tak sedap aje...nak reverse pon rasa berat aje. bangun pagi Ahad tu, kakak cakap, tayar kereta flat abis. nak hantar budak2 ke sekolah, terpaksalah pinjam kereta kawan kejap. ada hikmah tayar pancit, kawan dtg rumah, duduk2 sementara cik abang guna kereta dia. sempat dia tempah 2 helai tudung bawal Alhamdulillah...memang betul kata orang, kalau tetamu datang bawak rezki:)


ni maklang mula buat 2 malam lepas...ramai pulak yang suka...Alhamdulillah...:) mulanya pucat lesi..lepas makeup n lipstick merah tua..Alhamdulillah


yg ni lemah lembut...org ni minta buat kan 5 buah beg, baru siap 1...huhuhu..bilalah nak buat ni??


Hari Khamis, kazen maklang singgah lunch kat sini. dia ada keje kat kemaman, dia call saje je...nak lunch kat sini..kebetulan tak ada masak apa...lepas dari surau, maklang masak sup ayam je...kesian abang Man...tapi Alhamdulillah tengok dia makan bertambah2 walau lauk sempoi je:)




Hari Khamis lepas kawan2 maklang yang dari Uitm shah Alam yang lalu sini ahad lepas, yang singgah kejap tu, singgah lagi. Seronok jumpa mereka. Kawan yang dah kenal lama masa kat US tu cuma sorang tapi kakak lain yang semenya lecturers EE kat Uitm tu, mudah mesra:). sebelum mereka tiba, maklang meronda cari ikan. Mulanya ingat nak belikan ikan2 yang mereka pesan, tapi 2 hari berturut ujan turun. tapi alhamdulillah ada juga serba sedikit utk kawan lain yang pesan.. dia tgk kat fb je..and kebetulan dia keje kat Shah Alam and tinggal di Puchong, senanglaa nak ambik dari kawan2 yg kemari...kakak ni semua dah borong ikan di pasar Dungun...mahal jugak, maklang mengshopping kat Kuala Kerteh n Kuala Kemasik...murah lagi di Kuala Kemasik..



sempat bergambar hari Ahad lepas...sambil2 melihat RE maklang



hmmm...ijau2 ikan kembong dan kerisi tu memang sedap sgt, beli2 terus masuk tong...semalam dah goreng yang dibeli khamis lepas


Hujan dah turun lagi...tengkujuh dah mula lagi...seronok juga musim ujan, cuma bibik suka mengeluh sebab baju dia tak kering:(...jadi ke tak nak menroti canai pagi ni...tengok jap lagi..moga reda, InsyaAllah

Wednesday, October 19, 2011

Report 1 minggu:)

Assalamualaikum..

alhamdulillah..panjang umur juga nak berjumpa lagi. Ni paksa2 nak menaip nak bercerita lagi kat blog ni...hehe..biasalaa sejak dah duduk rumah ni tak terkejar masa. Alhamdulillah dengan tempahan RE yang ok-ok, maklang tak lah boring duduk rumah. Seronok menjahit kat rumah ni. Tak ada nak pening2 pikir pasal keje lagi dah. Cuma tak boleh lah nak menjoli laa...macam masa keje dulu...anyway...tak apalaa dah puas menjoli selama bekerja...hehehe..now dah tak berapa nak sedih dah pikir tak keje. Happy adalah..Alhamdulillah. Diam tak diam dah dekat 3.5 bulan maklang menjadi suri rumah sepenuh masa untuk suami tercinta...suka sangat. Akhirnya apa yang diidam2kan selama 20 tahun berkahwin ni Allah makbulkan juga:)

selama seminggu lebih maklang tak bersiaran, banyak jugak dah maklang accomplished. Minggu lepas ada 2 sessi mengajar. hari rabu dan khamis petang. seronok bila ada datang nak belajar. macam2 lah tengok jahitan student2 maklang. ada yang tak ingat camana nak cucuk riben, ada yang main taram aje menjahit. pendek kata memang macam2 laa...hehe..gelihati maklang. tapi yang paling best ialah bila tiba2 suasana jadi sunyi sepi...sunyi sepi sebab seme dah masuk dalam riben..khusyuk laa tu:)..as usual kalau buat kelas memanglaa lajak waktu...hari ke2 lajak sampai nak dekat maghrib..apa2 pun maklang bersyukur sebab murid2 dapat apa yang diajar...Alhamdulillah

Ini hasil kerja maklang minggu ni..ada slow sikit...ada lagi 2 jugak dah siap...tinggal mati2 kan je:)



ini utk beg- dah jadi beg pon dan dah dipos pon:)


ini utk kusyen, 1 lagi dlm process dan yang sebelah ni utk table runner pun kena mati2kan je:)


tu cerita hari rabu khamis. jumaat macam biasalaa...sibuk2 memasak utk anak dan suami yang jauh dimata.

hari sabtu kami berpicnic di pantai kemasik. seronok berendam. air sejuk je...sedih gak..tak lama lagi kot2 tak sempat dah nak berendam..huhu..tapi InsyaAllah bila2 balik sini, masih boleh berendamlah kot...

petang sabtu kami outing pulak kat PH..lama gk tak bawak budak2 ni gi makan kat luar..sebab tiap kali abah balik wiken, mak nak masak utk cik abang...asyik2 tertangguh je:)

maklang bawa bekal roti, kentang dan sosej, manakala kawan maklang bawak meehoon, keropok serta kek


cantek gambar ni walau pun gelap sebab cahaya matahari



kami singgah beli ikan kat kuala kemasik...murah about 30% dari yg di pasar!


ahad pulak cik abang dah balik...bersendirian lagi laa maklang...ni dah nak khamis dah..insyaallah lusa jumpa pulak ...tak sabar gak nak tunggu dia balik...

lupa nak cerita..selesai PMR aritu, maklang ada buat makan2 sikit utk geng2 bloggers...segera buat hari selasa sebab chef celebriti dah nak berangkat ke KL hari Selasa malam...dari nak buat sessi pagi je...rupa2nya melarat sampai ke pukul 430 pm bila cikgu Angah datang. datang nak tempah beg je...so maklang ajak sekali lah mereka makan...


begitulah report maklang untuk seminggu..jumpa lagi bila maklang dapat pujuk jari jemari maklang ni menaip

Tuesday, October 11, 2011

Selesai sudah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah selesai sudah PMR Angah. Moga usaha dan doa Angah dan ibubapa sekelian utk anak2 diberkati dan dikabulkan oleh Allah swt. InsyaAllah...Amin..

Alhamdulillah selesai juga maklang berulang alik 3-4 kali atau lebih ke sekolah yang terletak lebih kurang 6km dari rumah. Walau pun periksa dah habis, doa dan solat hajat tetap diteruskan moga yang memeriksa kertas periksa Angah lembut hati dan moga cita2 Angah nak memperolehi seperti Along akan tercapai InsyaAllah

+++++


Tak tahu nak updet apa sebab rasanya baru sangat maklang updet jumaat lepas. Sejak 2 menjak bermalasan nak updet blog ni rasanya macam tak ada idea nak tulis apa. Biasa aje tak ada apa nak cerita sebab routine maklang tak berubah. Lepas balik dari hantar anak2 ke sekolah, samada maklang masak2 atau terus menjahit sambil tengok TV9 yang ada rancangan agama. InsyaAllah sedikit sebanyak boleh lah menambah ilmu pengetahuan maklang yang cetek ni. Lepas tu continue menjahitlaa sampai petang dan last sekali pergi ambil Hakim dari tabilas.


Kadang2 ada gak kawan2 yang datang ziarah. Maklang ni memang malas sangat nak kluar rumah. Tak iye iye memang tak keluar. Nak-nak wiken bila Cik Abang balik, kadang tu kalau tak keluar sampai hari Isnin seterusnya sebab kena hantar anak2 ke sekolah. Hmm..dok rumah lagi best. So sebab banyak sangat dk dalam rumah, maka terjadi lah peristiwa2 kat dapor...macam2 rasa nak masak, cuma masa aje tak mengizinkan..Tapi Alhamdulillah jadilaa
jugak:)




semalam buat Hummingbird cake..rasa dia sedap gak...1st time cuba. ada pisang ada nenas..sekali rasa cam lepat pisang pulak...







konon2 nak buat raviolli...bentuk olah sendiri..tp ada jugak orang buat cam ni. kalau kat buku yang maklang tengok cam bentuk empat segi. Cik Abang kata raviolli ni sama je ngan wantan. Cuma rempah ratus daging letak parsley dan oregano. Betullah tu..Alhamdulillah anak2 suka...:)


Sehingga berjumpa lagi di lain siarang. Terimakaseh singgah sini:)

Friday, October 7, 2011

santai je...

Assalamualaikum...

alhamdulillah dah Jumaat dah. Ni break sekejap dari memasak. Pusing2 cari resepi. Konon2 nak buat ravioli hari ni. entah jadi entah tidak. Anak sulong nak makan ni. Kena juga usaha buatkan. Daging pun belum keluarkan. Kang ilang kisah nak buat raviolli jd karipap bulat pulak. maya tanya...camana mak nak buat bentuk bulat tu? mak nak guna cetak tartlaa...cetak yang ada biku2 tu...haha..raviolli pesen barulaa...jap lagi google lagi resepi cari yang senang. 2-3 ari lepas dah google nampak senang resepi tapi tak bookmark pulak. Jap lagi mmg kena turun masak jugak. Ni pon dah pukul 10.00 lebih

Balik dari pasar tani lepas breakfast sempat masak sambal udang utk nak ke KL dan masak lemak kobis yang angah dah beberapa hari sebut. Lately ni sejak mak tak keje...seme kalau boleh nak mak yang buat. Ada aje komplen kalau bibik yang masak. muka kerepot2! hmm...semua anak2 macam tu agaknya. Along pun dah kata, kalau mak tak keje..mak masak utk Dhirah je eh...

Last week, sempat jugak maklang buat kan sardin roles utk anak2 . suka nya makan berebut2. Tapi bila dah sejuk tak mau pulak. Alhamdulillah laa mereka suka. 1 tin sardin tu dapat buat about 30+ gulung. Oklaa tu.


Angah hari ni relax sikit dari last week. Kesian dia PMR. 1st day pg, gelabah jugak mek tu. Maklang sempat gak jaitkan beg dia...konon2 nak ceriakan dia utk nak PMR.
Harap2 Angah berjaya cemerlang InsyaAllah...


Dan pada hari jumaat ni baru laa dapat rehat tak payah keluar masuk rumah banyak kali. Jumaat lepas teruk sgt. 7 kali pergi balik layan anak2. Tapi nak buat macamana...dah tugas..buat ajelaaa


setakat ni dulu...ayam2 dan ikan2 tengah tunggu nak kena masakkan...anakanda kat KL nak dimasakkan apa agaknya utk mggu depan...sambal udang dah siap..buat telor ikan masak lemak kuning, ayam cashew nut, ayam masak merah dan ikan percik kot...alahai ..bab pikir nak masak apa ni yang melemahkan ni...

selamat berhari jumaat dan terimakaseh kerana sudi singgah sini..