BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 28, 2011

Bunga2 berkembangan...lagi

Assalamualaikum...

Malam ni maklang nak amek masa sikit laa...nak updet blog ni kejap. Sedar tak sedar dah 4 hari tak updet. as usuallaaa...alasan nya sibuk sesangat. Sampai tak dan2 nak updet. Sebab banyak pulak yang nak kena maklang siapkan . One of them is my beloved sis punya laaa...dia punya dah siap dah, katanya kawan dia nak, tapi ni tak tahulah macamana, jadik ke tak kawan dia ambil ni. Kalau kawan dia tak jadi ambil, maklang nak jual aje kat blog. tengoklah macamana nanti.


Macam biasa, Jumaat sibuklaa. Tapi Jumaat yang baru lepas ni, maklang siap cepat. Tak beli banyak barang sebab fridge masih penuh. Alhamdulillah lega bila dapat check out dari dapur cepat. Banyak jugaklah maklang dapat menjahit hari Jumaat. Begitu juga hari Sabtu, maklang dapat siapkan beg2 telekong 3 buah, dari tengahari sampai lewat malam. Sabtu pagi kena panggil gi check distribution board yang contractor baru deliver kat opis ( opis maklang nak tambah staff so, kenalah dibesarkan lagi, amek rumah kedai 2 buah dibelakang ofis sekarang.. Alhamdulillah...)

Lepas dah tengok2 DB tu, maklang sekeluarga gi amek spec kat Kijal. So, maklang, angah dan Maya pun berspec barulaa...Kira Maya pendatang baru laaa dalam dunia memakai spec ni...seronok benar dia bila pakai specmata ( kata org Ganu). Kalau maklang laa...memang malas. Tak suka betul and most of the time memang tak pakai pun unless nak drive. Alhamdulillah mata ni masih boleh melihat dekat. kalau membaca or menjahit masih ok without speckmata... so, sekarang jom kita jamu dengan gambar2 sekitar last wiken...:)


ini dia hasil2 beg. tuan dia dah nak pindah Miri, barulah terkejar2 nak jahit. yang putih tu dah lama siap tapi yang ceklat tu baru aje dalam seminggu dua. lama betul dah dia tempah, sejak raya puasa...

yang ni pula baru 95% siap. tinggal matikn jahitan dan tampal butang aje, baru siap maghrib tadi:)


ni breakfast hari sabtu ...sempat buat mee mamak melayu...Cik Abang nak makan cepat, so, memang mencampak2 je dalam kuali pula

Sebenarnya ada 2 beg lagi dah siap. Entah letak kat mana agaknya, tak ambik lagi gambarnya. nantilaa ye, kalau letak semua kat sini, nanti entry akan datang tak meriah pulakkan...

Yang ini pula, maklang mula jahit pagi semalam before pergi office..
My WIP...harap2 malam ni can selesai
rezki pagi tadi, maklang terima beberapa buah buku dari Publisher di Indonesia, Dian Rakyat...InsyaAllah ada rezeki adalah buku masak pulak ye...


Teruja sangat nak ambil gambar bunga hydrangea ni..memang tengah lebat sangat2. Memang bersyukur dengan nikmatNya..Moga rezeki dan kebahagiaan kami sekeluarga juga berbunga2 macam pokok bunga ni...




Sekian buat malam ni, ada rezeki kita jumpa lagi di lain malam ye:)


Terimakaseh kerana singgah kat sini..jemput datang lagi...

Thursday, February 24, 2011

Happy 10th birthday Hakim Sayang...

Assalamualaikum..


Kejap aje masa berlalu. Dah 10 tahun dah bujang mak yang manja ni. Kami tak beli kek kali ni tapi macam biasalah hari ni ada ayam bakar. Agak mudah sekarang sebab sekarang anak2 yang 2 sulong dah pandai buat ayam bakar. Mak tak payah sibuk duduk dapur lagi nak melayan kat dapur..Alhamdulillah..Maka siaplah 2 ekor ayam bakar. Ramai dapat rasa termasuk ustadz yang mengajar ngaji petang tadi. Maklang sempat gak kasi kat kawan baik maklang. Dah kata nak buat sebab anak dia balik dari asrama hari ni. Bukan main suka dia tadi. Menjerit2 panggil maklang...tapi rupanya Along ..he..he...muda kejap maklang tadi...


===========

Pagi tadi, maklang ikut Hakim kesekolah. kalau biasa lepas hantar anak2 ke sekolah, maklang akan balik rumah dulu untuk siap2 nak kepejabat, tapi hari ini, maklang dah siap awal lagi. teruja nak tengok anak bujang jadi maskot rumah hijau...mak pun sama menyibuk laaa ni..he..he..

malam semalam maklang tak menjahit sangat sebab nak siapkan songkok untuk bujang. dah nak dekat maghrib cikgu dia datang rumah, mintak tolong decoratekan songkok. Hentam ajelaaa...
2 jam jugaklah maklang dok main kain2 , felt dan glue. akhirnya siap juga, Alhamdulillah...
kakak Hakim pun teruja tengok Hakim pakai spec itam ni. Dia pun nak gak pakai dengan topi Mickey dia///
Memang rasa seronok bila dah transformasi kan the songkok:)

Ni dia...superhero tembam...
Ni maklang tgh siap2 kan dia. semuanya melekat guna safety pin...punya lah halus safety pin tu...
Lepas dah bubuh misai, mak conteng muka Hakim lagi...lupa yang dia nak kena pakai spec:)
ada aje aksi dia...++++++++++++

Pagi tadi maklang bercita2 nak siapkan jahitan ni, tapi masih lom sempat sbb petang tadi dok jahit beg, then maklang kazen maklang , Abang Man, came...thanks for staying the nite here

Harap2 bolehlah siap benda ni...takut nak sampai hari Jumaat...sebab memanglah teramat sebuknya....:(

Tuesday, February 22, 2011

Baru

Assalamualaikum...


Alhamdulillah..hari ni maklang menaip menggunakan laptop baru. Tak ada dah gangguan lagi mengatakan ada disc error. Hmm..syukur dapat approval dari Cik Abang. Kalau dapat hadiah lagi bagus. Ni approval je. Mau pakai mau keluar duit poket sendiri laa...apalah salah nya kan, dah penat2 keje, dapat satu hadiah untuk sendiri lah pulak....:)


Semalam ingatkan nak updet gak, tapi maklang sibuk sikit melayan adinda maklang kat JB. Lepas dah sembang ngan dia, solat Isyak and then sambung lah menjahit. Dah siap pun pouches tu. Siap tampal ros je. Malam ni maklang nak letakkan reben pengikat dan masukkan pouches kedalam kain lining. Besok lepas balik dari pejabat baru lah nak siapkan semuanya. Harap2 sempatlah untuk nak dipos kan hari Khamis.


Yaasin dia, maklang dah beritau Busu supaya dia balut sendiri. InsyaAllah dia OK kot. Maklang tak sempat nak buat semua sebab ada banyak jahitan menunggu. Harap2 lepas ni pun dapat lah maklang siapkan beg untuk kawan Alang. Wiken akan mula jahit beg2 untuk kawan di KL dan ada beberapa beg lagi nak dijahit. Harap2 lah wiken ni tak sibuk sangat macam wiken2 yang dah lepas. InsyaAllah...

setakat ni dulu laa...nothing interestinglaa 2-3 hari ni..penghidupan macam biasa aje...hidup dengan riben2 dan manik:)

Sunday, February 20, 2011

Indahnya ciptaan Illahi...

Assalamualaikum...


Dah beberapa hari maklang tak updet. Macam biasa...alasannya maklang sibuk menjahit laa. Tiba2 Alang call suruh siapkan sarung kusyen untuk pengantin. Dia kata nak kasi kawan dia punya adek. Terkejarlah maklang. sedang sedap2 menjahit, terpikir nak letak manik gold. Bila cek ada sejemput aje. Pesan kat Cik Abang yang berada di KL untuk tolong belikan. Maklang call kedai kat KL and minta dia siapkan. Sungguh lega bila dia nak tolong ambilkan di kedai, tapi bila dia bawa balik rupanya silver yang dapat, bukan yang gold. Alahai...hasrat hati nak siapkan tak kesampaian laaa..Kena tunggu lah sikit lagi, minta tolong belikan yang lain...:). Kalau tak dapat jugak, maklang tabur sikit2 jelaa buat syarat...Aci tak?


Wiken as usual, teramat sibuk. Memasak apa yang patut untuk seminggu. Sejak bibik duduk KL and kakak je tinggal, maklang kenalah involvekan diri lebih sikit kat dapor tu... budak2 pulak cerewat..nak mak gak yang masak:). Apa nak buat masak jelaa..pastu bekukan di fridge. Nanti bila weekdays tinggal pilih je mana nak. Senang kerja. Semalam pun maklang buatkan mee rebus tapi makan hari nilah sebab kuah mee kalau dah bermalam memang lebih sodap. Waaaa..Memang sedap tengok anak2 dan Cik Abang makan. Rasa puas hati maklang. Alhamdulillah...

Sekarang ni tengah jahit pouches utk busu. Kaler memang lain dari yang lain. nanti maklang paparkan kat sini bila dah siap, InsyaAllah...

In the meantime, jamu matalah dengan antara bunga feberet maklang...bunga tiga bulan aka bunga zaleha akak hydrangea....mekar kat taman maklang...Alhamdulillah...terimakaseh Allah kerana menghidupkannya kembali...Suka sangat...:), and thank you Pak Omar kerana tak jemu nak buatkan pokok kesayangan maklang ni berbunga2 :)


beratur pokok bunga ni kat pagar depan rumah:). berangan nak beli lagi nak tanam keliling rumah...bilalah gaknya tu...
Lama tak tengok pokok ni mengeluarkan bunga sebanyak ni. Lebih setahunlah dia sakit sebab terkena racun pokok...Alhamdulillah dah sihat kembali.

Wassalam...dan selamat malam semua...:) Ros merah di pouch sudah melambai2 dah...

Monday, February 14, 2011

Selamat ualngtahun ke 15 Angah

Assalamualaikum


setiap tahun pada hari Valentine's kami pasti beli kek. Memang kami sambut lah sambil nyanyi. memang sesuatu yang wajib setiap tahun. kalau tak maua mukanya cemberut kata orang Indonesia...Sebabnya hari itu juga adalah tarikh hari Angah dilahirkan. Malam sebelum tu, angah dah mintak kek tapi maklang saja usik2 dia kata tak mau beli kek...hmmm apalagi cemberut dong mukanya...he he...Tapi lepas balik ofis petang 14hb, maklang pergi jugak ke MM belikan dia kek. Barulah nampak manis sikit muka dia!




Paksa dia senyum sikit jadiklah...:)
Kaklong pulak dengan rela hati membuat kan shepard pie utk adeknya...

sedap jugak tapi ada sikit mashin you...

Maklang pula mula jahit yang dibawah ni 2 malam sebelum maulidur rasul tapi siapnya baru semalam. Entah bila nak jadik beg ni..
dan tengahari semalam start yang ini pulak untuk Alang nak kasi adek kawan dia...
malam ni ingat nak siapkan 1 pun jadiklaaa..Ini tinggal letak2 manik jer...


Hakim masih demam, tonsil bengkak and Cik Abang batuk2...Moga mereka cepat sembuh..Amin..

Setakat ini dulu, maklang nak jait lagi...:)

Saturday, February 12, 2011

shopping, mengajar dan berjumpa publishers di Jakarta

Assalamualaikum...

Dalam 2-3 hari ini maklang dapat 2 approval besar. Yang paling besar ialah Cik Abang dah benarkan maklang kompol, ikat kemas dan dispose magazines O&G dia yang melambak2 dalam rumah ni. Alhamdulillah akhirnya. Kalau dulu kata nak buang, mau telinga dia merah. Masa nak minta approval ni kena cakap baik2 tau...he..he...Along is so happy..kaya kata dia. Sebab bila jual mmg berkg lah beratnya...and dapatlah duit poket sendiri sikit!

and the 2nd approval ialah macam kak Erna kata...belilah yang baru maklang..Alhamdulillah approval dah dapat since Khamis..Yahoo...and Hakim pun dah book PC ni..Minta2 senang sikit laaa tak ada lagi pop up screen kata ..your hard disc is bla bla bla...Insyaallah...Tapi lom order pun lagi. nanti2laaa ye...


+++++

Kita sambung cerita bergambar di Jakarta lagi, part akhirlaa ni...


Selepas dari Majestic, Maklang ke Pondok Indah Mall sebab dah ada rancangan nak jumpa Manager yang buat buku maklang tu. Kejap aja makan kat Jco. and lepas bincang2 untuk buku ke2, kami bertolak balik. Kak ira hantar maklang kerumah Wan Sara. Penatnya...lebih dari kerja kat sini..Almaklom sampai dekat kol 9...

The next day, selasa, kami ke mangga 2...Alhamdulillah lah Cik Suami dengan rela nak bawa isteri dia ni shop. And I did,sampai lupa lagi yang baggage tu dah nak berat dgn alas2 katil:). We leave Wan's Sara's place around 10:oo am and naik taxi Bluebird. It took us around 1 jam baru tiba. Ongkos buat taxi lebihkurang 120K rupiah rasanya...memang sempat lelap matalaaa...he..he. nasib baik ikut jalan tol or else macet laa. Tiba kot 11 lebih sikit. Ingat nak carik renda, tapi renda tak jumpa, jumpa tali2 beg. Mak oi, banyak betul maklang beli. Then cari magnetic buttons unintentionaly and slide utk bags. Macam2 kalau bleh nak dibeli. Cik Abang pulak kata...tak pe, beli je jangan risau Abang angkat. Tau2 dah terlalu berat sampai tak terangkat. Maklang yg memang tak leh angkat ni pandang jelaa...
Dah penat beli2, kami naik ke tingkat 5, solat jap and then cari tempat makan. Masa tengah nak cari tempat makan jumpa benda ni ada tulis mimin, teringat lak kat min min
Maklang makan makanan sunda
ada mee HOTPLET...saje amek gambar . Abang tak makan yang ni. Dia makan ayam n nasi entah lauk mana entah, and we had pencuci mulut...nasi goreng with tempura
we had tempura ikan and udang for our pencuci mulut - Abang kata tak ilang2 perangai buruk since masa baru kawin, we had beef steak at Eden and had nasi goreng for pencuci mulut. Ha..ha...ingat lagi dia...all those sweet and funny memories...:0), then we continued to shop sikit je sebab dah nak ptg and takut trapped lagi kat traffic. Plus pegangan dah makin berat...Maklang pulak tak boleh nak angkat berat...tau ajelah pinggang I ni...kan..




Rabu was another hectic day. Kami ke kantor Kak Ira around 7.25 from home and reached the place about 9:10am. Mak oi...risau nya sebab klas dah start. Memang terok jem tu...Alahai, nasib baik maklang dah minta kak ira yang mulakan dulu. Kali ini ramai juga yang dah berumur. Paling senior berumur 72 tahun! tapi sungguh bersemangat..Alhamdulillah..

Klas habis awal. Lepas klas terus aje ke Senayan City. Ini kali ke2 maklang kesini. Shopping mall ni besar and cantek. Lebihkurang macam Mall kat KL yang ada Tangs tu..apakanama dia..We had lunch kat situ. Mahalnya. A plate of rice plus ada daging and sikit acar gitu kena 164K plus for 2 persons. Kat Read Bean, tak silap nama dia. Lepas dah hampir selesai barulah publisher untuk buku masak datang.


wah Kak Ira, belek jangan tak belek kontrak tu. Alhamdulillah semuanya dudah selesai, ada rezeki akan adalah resepi aneka masakan melayu tak lama lagi, InsyaAllah



Bersama Ibu nining and Muthiah, pegawai2 Publisher buku masak. Ramah semuanya..:) Ole2 maklang cuma keropok Terengganu aje..:)



Lepas the 1st meeting, kami solat kat sana. Besarnya tempat solat and cantek dan bersih. best and selesa sangat. Alhamdulillah. Dari situ kami ke PIM lagi. Nak jumpa Ibu Yani, boss pada manager yang kami jumpa pada hari Isnin. Alhamdulillah Ibu Yani ramah sangat orang nya..:) Dan sungguh bersemangat untuk kami mulakan kerja2 untuk buku 2. Harapan kami buku 1 akan mendapat jualan yang baik InsyaAllah...Moga Allah beri kami lebih idea untuk berkarya dengan lebih baik lagi, Amin...
Ibu yani order macam2..katanya mari kita coba makanan di sini, apakah sama dengan di Malaysia? Tapi maklang makan memang sedap...sedap selalu...:)Alhamdulillah...


Kak Ira, sempat tunjuk samples utk nak buat dalam buku seterusnya.. maklang pulak akan buat design and apply pada begs and perkakas rumah, Insyaallah..:)

Ini dia, Ibu Yani the director, Yuni (manager- tudung oren), kak Ira ( baju biru) dan yours truly...konyang makan malam tu...:)


Hari Khamis was a relax day, kami ke Tamrin City petang tu. Shop sikit2 baju batik untuk a few frens yang jasa mereka kami memang kenang sentiasa. Thank youlah kerana tengok2 kan anak2 kami semasa ketiadaan kami. Moga Allah balas jasa kalian.

Ahamdulillah baggage tak excess. Maklang doa doa dan doa moga semuanya ngam2 Alhamdulillah..

Sempat jugak bergambar dgn my dear Cik Abang masa kat airport..



Ini pulak hasil jahitan menggunakan mesin baru tu lepas balik dr Indon..Lajunya tak terkejar!Dan ini akan digunakan untuk kerja2 maklang hasil dari Mangga 2...Seronok sangat...:)

Oklah...Salam Maulidur rasul buat semua...:)

Friday, February 11, 2011

Mengajar RE di Jakarta

Assalamualaikum...

Apakabar? Moga Jumaat yang mulia membawa seribu kebahgiaan buat kita sekeluarga dan semua umat Islam di dunia...Doa maklang moga yang baik2 je untuk kita semua..Amin..


Malam tadi maklang dah upload baaaanyak gambar, tapi entah masa nak shutdown sebab tak larat nak bukak mata lagi, tak perasan yang blog tak save automatically. Tau2 bila maklang nak type semula lepas dah bersiap2 nak tido, bila buka PC balik, ilek semenya, so kena pk apa nak merepek lagi pagi ini...

Malam tadi kami gi makan PH. Along belanja separuh. Dia dapat banyak gak duit. Senang dia keje ngan PC dia. Cikgu2 adalah minta tolong buatkan utk sekolah dan utk keje2 cikgu. Senang laaa duduk umah dapat duit. Sekarang pun senang sikit dah. Along dah pandai bawa motor . Merempit ajelaaa dia. Semalam dia sempat merempit ngan kakak pergi beli telor ayam. Tak payahlah mak nak sibuk2...Lega banyak you. Tunggu pulak dia pass lesen kereta, lagilaaa boleh relax...tak yah kejar2 nak hantar adek2 kesekolah. Tapi bila dia dapat kemana2 ( insyaAllah...Ya Allah moga Along lulus cemerlang, amin) balik to square 1 laaa.
apart from pizza, kami order a few side orders...nanti nak cuba buat nasi ni..enak sekali dong
kita tunjuk gambar maya dah kenyang...senyum je..samalah ngan adek dia..
ni b4 dapat pizza..macam terlebih asam keping je ye:)))

+++++++++

Baliklah ke cerita kat Jakarta. Kami ke sana ber5 je..Wan, Atok, Abah, Mak dan Hakim je. Along tak mo ikut..asik Jakarta je kata dia...Angah nak ikut..dia tye cikgu , cikgu kata takleh cuti sebab ada peksa TOV, tau2 by the time maklang nak gi, peksa habis..punyalah dia frust. Nak book tiket, abah kata tak yah laaa..sian Angah. Si Maya memang dari awal tak nak sebab Maya ni gila sekolah...rajin ya amat...Baguslah tu..tapi jangan sekejap je dah...Bujang maklang jangan cakap laa...sebut je Abah ajak ke sana, dia dulu angkat tangan. Sebenarnya tak ada plan pun, Cik Abang yang ajak. Mula ingat nak ke KK, tapi sebab lama tak jumpa Wan Sarah, we decided to go to Jakarta laaa..And of course Cik Abang kalau kemana2 package utk Atok dan wan mesti included..Alhamdulillah..

First day kat sana- Sunday- lepas2 dah breakfast seme, kami ke Cipadu. Tak plan nak beli baju2 pun sebab yang beli kat situ a few years back masih banyak lagi. Entah bila nak siap tak taulah tu..SIL kirim. Tapi as usual, bila pilih untuk orang kita pun menyebuk laaa...Maklang carik gak renda2 sebab masa nak ke situ, banyak sangat nampak renda tergantung2..tapi bila tengok kat main area dia tak de pulak. Pusing2 jumpa kain denim yang maklang pernah beli dari Mulan. Apalagi maklang belilah dekat 9 m. Mula ingat nak sikit sebab Wan Sara dah jatuh hati ngan beg maklang..So, tak sampai hati...maklang rancang nak buatlaa...Alhamdulillah sampai hari nak balik siap 2. Cumanya kena hantar kat orang betulkan jahitan sebab jahitan mesin Wan Sara tak cantek...
gambar blurrr..ni entah sape yang punya..Wan Sara terpikat 2-2, tapi rasanya last2 dia amek yang sunflower...satu utk kak yudi menantu dia. wan sara tunggu maklang sampai siap masa nak jahit beg..tq aunty!
+++++++

Ni kat Cipadu...Pening tuan kedai melayan customers..
anak customer dah komplen...bila mak nak siap ni...lama nya..Hakim dah panas ni....
Customer pening pilih2 bunga apa nak pilih....tapi seronoknya bila Cik Abang kata..belilah lebih sikit...he..he...Sebab nya, dia selalu kata, tak ada yang baru ke lagi sebab balik2 pakai yang sama aje kat rumah. Maklang suka yang 3 je kat rumah sebab ada frills ...yang biasa ada..cuma tak berapa suka...so, bila dah dapat hangguk besar...boronglaaa..masa tu lupa kalau baggage kang excess!

Isnin...pagi2 kami bertolak ke kawasan Pancoran. Hari, adek ipar Wan Sarah yang hantar sebab ofis dia dekat2 situ..Sempat lah tidor berkeruh sementara nak sampai kat situ...30km je, tapi dekat 1 jam lebih2 baru tiba..kalau bertolak lebih lewat mau 2 jam gaknya..


seronoklah jumpa kak ira for the 1st time...happy sangat...Cik Abang dan Hakim hantar maklang kat situ, lepas dah makan sikit,mereka pergi jalan2 kat kota Jakarta...terpesona tengok air kacang hijau. sedap rasa macam bubur kacang..:)
1st student datang, bawa beg ni. dia buat sendiri sulamnya. Maklang pun pelik, apasal nak blajar lagi. rupanya dia terpikat dgn bunga2 Malaysia yang besar2..dia kata dia tak pandai buat bunga besar! Beg dia tempah kat tukang jahit beg..

Ini pelajar maklang..ada yang muda ada yang agak berumur ( lebih2 kurang I ler tu...). Herlina nama yang muda...memang suka bertanya. Masa maklang cakap beg dia cantek...dia kata tak apa Bu..nanti saya pesan buat ibu sebagai cenderahati...cam tu lebih kurang dia kata...he..he..Alhamdulillah kalau dapat. Memang handy betul...ramah sangat dia...
Kesemuanya 8 orang student maklang pada hari pertama - 31st January 2011. Teruja benar mereka belajar buat ros. Semangat betul. Ibu ros paling senior, umur dia dekat2 ngan umur Wan...memang bersemangat mereka semua. Maklang pun tak menang tangan nak mengajar...Alhamdulillah by end of the day, ros yang nak sangat mereka belajar tu, dapat lah mereka buat..

Sekitar jam 12:00 , buku maklang tiba...Alhamdulillah teruja sangat. Allah akhirnya mengkabulkan doa kami ber3 untuk mempunyai buku RE...Perjalanan nak buat buku was not an easy one. Especially masalah gambar sebab semua guna gambar yang ada dalam simpanan. So, gambar tak dapat sharp laa..Main email2 je...InsyaAllah ada rezeki , buku ke2, produk2 baru aje yang akan kami hantar ke sana untuk di foto..

Petang lepas klas, kak ira bawa maklang ke Majestic. Ni macam kat TAR laa..banyak kedai kain and ada beberapa kedai jual barang jahitan..Mak oiii..butang2 dan renda2 dari dinding ke dinding. Maklang beli sikit je sebab tgh berangan nak ke Mangga 2 besoknya..Alhamdulillah darling kat OK je..jom ke Mangga 2..

Tassel pun banyak..tapi tak secantek yang Aunty leen buat untuk maklang...


Ok kita stop sini, maklang nak gi pasar tani jap. kalau tulis panjang kan...tak jadik pula nasi ayam kat dapor tu..jadik nasik itik je pulak...


Selamat bahagia buat semua:)

tq melepak kat sini..luv u all..:)