BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 29, 2011

cuti


assalamualaikum semua....


Maklang bercuti seminggu, nanti dah balik dari bercuti, maklang cerita lah ye..


pada yang menyambut hari raya China...selamat tahun baru...:)

take care

Wednesday, January 26, 2011

Training

Assalamualaikum...


Hari ini lah hari paling sebuk sejak mula tahun 2011. Bukan sebuk tentang kerja tapi sebuk tentang hal orang masa ada emergency konon2nya laaa...he..he..konon2 kat office tadi ada buat training for us the emergency response team. Baru training aje in case kalau apa2 jadi we will know what to do. So, at 130 the team assembled kat our EOR ( emergengency Operating Room - maklang kata cam kawan Shrek je bunyinya)...terkejar2 lah nak solat zohor dulu sebab training full sampai kol 430, tapi as usuallah lajak sampai kol 5! Seronok jugak tadi, ada part panic, ada part ketawa sampai nak pecah perut and ada part santai jugak. Part best was management belanja pizza sebab kami semua tak sempat pun nak keluar lunch.

Training mula bila ada berita yang tipu2 tulah kat tv. semua setup by KL ofis. Macam iye2 lah kita tadi. Ada klentong jugaklaa...Confuse samada nak bagi the true numbers or boleh main hentam aje...tapi semuanya OK lah...bila training dah habis Big Boss siap tanya feed back lagi...tapi sebab all went well, kita tak ada lah nak worry.:)


tu dia ada pizza sekotak...maklang jadi log keeper...so keje menulis jelaa...ok gak tu...
ni observers...mereka dok makan je keje..he..he..jgn mare I gurau je..observe pizza, ayam etc...:)

takleh cerita panjang..badan dah nak titon ni. So, before lelap mata, ni nak tunjuk matahari lagi...panas2 ni..baru siap about 10 mins yang lepas. Ok good nite..dah 12:04 dah...kena lelap..besok keje banyak menanti:)


P/s: kalau lah maklang buat Buku RE...agak2 ada tak yang nak beli..he..he...

sebenarnya its on the way dah...tak kira lah ada orang nak beli ke tak, tapi Alhamdulillah the book will be out by next week...kalau ada sesiapa nak, boleh tinggal pesan...tapi buku tu will be published kat negara jiran tau...:) maklang dan Kak Ina dah nak go global dah ni..seronoknya....:):):)

Tuesday, January 25, 2011

REku sayang..

Assalamualaikum...

Ha...ha...semakkan riben2 maklang...ni masa tengah berserabut ..maklang ambil gambar ni pukul 4:30 pagi beberapa hari yang lepas. Semak samun betul. Memang kalau masa nak cepat, tak kuasa nak kemas, tapikan, kalau serabut macam ni memang idea tak mau datang...so, maklang mulalah kemas sikit2..dan Alhamdulillah...keadaannya dah tak macam ni lagi sebab pouches memang dah siap, beg2 kawan2 yang maklang nak visit pun dah siap...:). Kalau tak, mau serabut macam ni jugak design dia...

Seperti yang dijanjikan...ni dia 100 buah pouches yang dah siap dah, dah masuk barber shop. Tukang gunting was Along lah..TQ my dear...lepas ni memang no perobelem lah nak buat kemasan kat jahitan ye:)
Dan petang tadi, or rather malam lepas maghrib, maklang sempat siapkan jahitan ni menjadi beg. Khas buat seorang kakak yang maklang kenal melalui fb. Baru sekali aje cakap kat phone dan kerana jasa baik dia, maklang terbuka hati nak buat untuk dia...Jasanya tetap akan dikenang selamanya InsyaAllah...Siapa dia, nanti lepas maklang dah jumpa dia, maklang akan ceritakan pulak..
Ini pulak maklang siapkan petang semalam. Sempoi aje tuan dia nak. Jahitnya dah lama tapi bila nak buat cover hp ni memang maklang liat. bukan susah pun cuma ntah laa...tak berapa suka nak jahit hp case:(
Ni pun hasil lepas maghrib tadi laa...Suka pulak kat kombinasi warnanya. Mula dulu bunga tu maklang buat utk chairback. Sebab malas nak buat lagi 7, maklang mintak kakak tetas, and maklang jahitkan jadi beg. Ni juga untuk kawan fb yang maklang akan lawat dalam beberapa hari lagi. Syukur dah siap...Dia juga banyak menolong maklang dalam kerja maklang...Siapa dia, nanti kita ambik gambar dia juga, InsyaAllah...:)
Dan ini , hasil jahitan malam tadi. Utk kakak no. 1, dia kata tak apa, sulam ajelah apa yang terasa nak sulam, nanti dia akan jahitkan utk menjadikan sesuatu...
Ini pun sama...
Sekarang maklang tengah jahit bunga matahari utk seorang kakak yang memang maklang tak pernah jumpa pun. Dah beberapa kali dia talipon maklang. 1st time was like 2-3 yrs ago. Masa tu dia kat luar negeri, tapi sekarang dah balik for good. Last week dia call lagi, katanya lama dah dia simpan hadiah maklang tu...meh lahh kita meet up...So, pk pk, apalah yang nak dibalas...he..he..beg RE laa...tapi sempat ke ni.. ni dah dekat pukul 12. Besok mesti sibuk, lusa pula lagi sibuk...hmmm harap2 Allah beri kekuatan utk nak siapkan by Friday morning sebab maklang cadang nak gi jumpa dia on Friday Insyaallah...


Anak2 2-3 hari ini macam berperang aje. Mak pun naik suara laa...Sibujang pulak tak boleh salah sikit, agaknya sebab dia tak sihat. Asyik hangin je and marah2...punya lah tak tau kat mana circuit yang rosak, tu yang dia nak marah agaknya...


Ok sini dulu, enjoy2 lah the pics...:)

Sunday, January 23, 2011

Jumaat dan Sabtu

Assalamualaikum


Ingat2 malam semalam nak lah mengupdet blog sebab malam semalam macam free sikit. Maklang tak menjahit pun malam semalam sebab maklang keletihan. Rasanya penat hari jumaat tak hilang lagi. Mana tidaknya lepas dah menyiang ayam, ikan, udang dan sotong, maklang masak pulak bukan 1 -2 jenis tapi ada kot lebih 8 jenis. Jem kaki ni berdiri lama2 depan tungku dapur.

Sebab apa masak banyak? sebab nak buat persediaan untuk seminggu sekiranya maklang tak sempat nak memasak. Macam maklang kata ari tu sekarang waktu dah naik sekolah ni bz melampau terkejar ke sana kemari aje....pulak2 sekarang ni Hakim dah banyak homework, so memang dengan mak sekali sibuk buat homework. Jahitan pun banyak tu yang tak terlarat sangat. Tak terima tak sedap pulak sebab org mengharap sangat ( tak perasan eh...he..he..)

Pada Jumaat tu maklang masak ayam masak lemak kuning, kormak ayam, ayam masak serai, rempah untuk buttered prawn, sos utk masak tomato dan masak kicap. Sos2 dah siap senang, nanti kakak tinggal goreng ikan or ayam or even udang and terus aje masukkan kat dalam sos. Kira the major part dah siap laa. Sekarang pun nasib baik Along tolong2 kat dapur sebab dia dah tak sekolah. Tengahari Jumaat tu, maklang goreng lala , sayur bayam rebus, sotong celup tepung bersos lemon...






masa Cik Abang ke pasar tani, dia jumpa buah putat ni..tak pernah nampak kata dia. dia kata makcik yang jual tu kata, buah ni belah 4 buat ulam. Cik Abang makan laa..tapi maklang tak berani makan, takut tak tertelan. Rupa dia pun pelik, takut dah makan kang perangai pun jadi pelik. Mana tau kan...he..he...



Petang Jumaat walau dalam keletihan, maklang paksa diri maklang menjahit the pouches. Alhamdulillah masa tu tinggal 7 aje lagi yang tak siap dijahit. So, petang tu selesai lah 100 pouches dan Alhamdulillah Along tolong2 gunting kan misai dan janggut2 pouches tu...Besok bila semuanya dah masuk dalam beg untuk dihantar ke KL, nanti maklang tunjuk lah kat sini ye:)..InsyaAllah...


Sabtu pulak kami ke Kuantan. Tujuan utama nak lawat FIL yang baru warded sebab ada jangkitan kuman dan juga gula tinggi. Tapi sebelum melawat dia ( waktu melawat pukul 1:oo pm), kami singgah ke khenduri bekas ofismate cik Abang. dua2 suami isteri sepejabat. duduk pun sebelah2, akhirnya naik pelamin bersama. ALhamdulillah. Tak sempat bergambar bersama sebab masa kami tiba pengantin tengah ambil gambar dgn romantiknya kat atas katil...he..he...

Lepas dah tengok FIL kat spital, rondaan di Kontan pun bermula. 2 mesin jahit dah masuk dock. Taukey tu kata, mungkin mahal sebab board dia yang kong...Alamak kalau makan beribu, baik maklang trade in aje, tapi tgk pulak berapa harga mesin yang nak di trade in tu:). kalau mahal sgt tak kuasa nak tambah utang lagi...

Then melawat sepupu di Kamdar laa...cari kain kaler cream utk nak RE, tak ada pun. Yang ada cuma 1 meter aje...Kebas ajelah. Selesai kat situ barulah balik ke Kerteh. Sampai pun dah dekat pukul 6. sempat beli lemang kat Bukit Anak dara, tapi tak elok lemang dia. melekat kat buluh . Lain kali tak boleh beli lagi kat gerai tu. ( lemang di tganu ni murah 3 batang cuma RM10..kalau kat KL ke, hmmm sebatang rm 10 kot!). Sempat jugak bawak Hakim jumpa Dr. Raj sebab batuk dia teruk sangat walau baru kena sehari. Kesian dia. Dia kata sakit2 perut dan dada bila batuk. Tonsel pun dah bengkak!

Malam melepek sebab fenin. Letih sangat gaknya...dan malangnya dibawa sampai ke pagi...:(

Malam ni if sempat maklang nak selesaikan RE yang nak kasi kawan maklang. InsyaAllah petang besok boleh lah jadikan beg...harap2 lara lah nak menjahit!:)

Friday, January 21, 2011

Muaknya menjahit...

Assalamualaikum…



Dah 2 hari tak update. Dah 2 hari badan rasa tak sedap. Lagipun maklang tersangat sibuk. Kalau ikutkan hati nak campak aje apa ada dalam tangan tapi apakan daya, dah terpaksa jugak siapkan sebab maklang cuma ada seminggu aje lagi sebelum nak deliver the pouches. Alhamdulillah cuma tinggal 14 aje yang nak di jahitkan jadi pouch. Ada 3 aje yang belum di RE. InsyaAllah hari ini kalau maklang tekun, bolehlah siap semuanya. Lega rasanya, InsyaAllah. Dalam pada tu, maklang kena juga buat lagi 2 hadiah utk kawan maklang yang maklang nak visit . 1 dah hampir siap, yang satu belum nampak bayang. Harap2 minggu depan maklang tak sibuk dan tak penatlaa…


Hari Rabu lepas, waktu pukul 12 tengahari, maklang mintak keluar sekejap. Nak pergi majlis kecemerlangan SPM dan PMR. Angah tahun ni ambil PMR. Kenalah belajar kuat2 Ngah. Kena sama ngan Along punya result. Kalau tak, malu lah Ngah…Petang tu, maklang balik, maklang jahit 20 pouches. Lepas tu, sempat jugak maklang RE kan beg untuk kawan maklang tu. Malam as usual lah, sambil maklang mengRE tu, sambil mengadap Hakim buat homework. Hakim ni, kalau buat kerja sekolah OK, taklah liat nak buat homework. Tapi kenalah kita ada sebelah dia. TV pun tak on, malam tu. Anak2 yang lain aje, kalau buat keje sekolah nak dengar lagu. Lagu Korea. Masa malam rabu tu Hakim tidur lewat. Dekat pukul 12! Homework siap lambat sebab lambat start dan sebab petang tu Hakim main basikal sampai dekat maghrib!( basikal dia baru dibaiki..tayarnya pancit)



Semalam dapat lagi jahit 11 buah pouches. Tu pun dah mengah semacam. Tak dapat jahit banyak sebab keletihan masih terasa. Pulak pagi semalam maklang tidur salah bantal! Teleng kejap. Ni pun ok dah sikit sebab Cik abang dah tolong urutkan malam tadi. Or else, sure senget lagi...



Semalam yang best, lepas balik ofis, mesin jahit maklang sampai ...Alhamdulillah...tapi takleh nak memesin terus sebab nya mesin tu terlalu laju. Dengan nak cepat menjahit pouches ni, maklang rasa tak sempatlah maklang nak practice menjahit kat mesin besar tu. Harap2 maklang akan cepat lah membiasakan menjahit guna mesin tu...:)


Malam kami ke PH. Maya tak ikut sebab dia dah pengsan dulu...letih sebab siang nya ada merentas desa..





Lepas dari PH sempat maklang main2 kain pulak sebab sangat teruja nak buat Biscornu ni...Alhamdulillah walau senget2, maklang tetap suka..Ada lah tempat parking baru untuk my jarums:)

OK sini dulu. As usual, jumaat memang is a bz bz day for me.....Masak2, jahit2 and kalau sempat kemas2 bilik jahit yang dah macam tongkang pecah...hu hu ....

Tuesday, January 18, 2011

Musim bunga dah ke?

Assalamualaikum...


Sempat jugak ambik gambar Hydrangea maklang yang sedang berkembang...Alhamdulillah...Sekarang ni macam dah musim bunga pulak..Banyak bunga yang berkembang di taman...dan biasa nya kalau spring ni banyak orang bercinta...:)..selingan aje ni...

Hari ini ok ok je. Anak2 bangun agak susah pagi tadi sebab semua tido lewat semalam. Hmmm..bila pagi2 cari baju, baju pulak tak de. Sebabnya Maya lupa nak beritahu kakak yang hari ni ada merentas desa, so kena pakai baju sukan jugak. Nasib baik semalam dia pakai baju sukan sekejap aje sebab tak jadi merentas sebab hujan, or else mau dia menangis. Knowing Maya yang tersangat amat melampau cerewet dia mmg susah sikit nak nego... Abah dia kata, hmmm..pening kepala layan Maya masa nak beli baju Kadet dia. Sampai 3-4 buah kedai pegi baru lah dia puas hati...Tapi nak buat macamana, layankan aje.


Hakim was ok tadi pagi walaupun tidurnya tersangat lewat semalam. Selewat emaknya ..sempat jugak takutkan dia dengan Ngangkung semalam...kelakar budak sorang tu...penakut tak leh cakap punya budak...seronok kacau bujang mak sorang ni...


Pagi tadi yang tak best was Atok and Wan dah pun balik ke Jb. Petang tadi dah selamat sampai JB. Atok kata, dia rindu sangat ngan Alman. Masa dia berbual ngan Si Aman semalam, macam sebak aje dengar. Aman tu cucu feberet Atok. Kali ini lama betul Atok berjauhan dengan Aman, lebih sebulan dah rasanya Atok tak balik Johor...rindu sangat kata Atok. Agaknya at this time mesti Atok tengah bergurauan dengan Aman


As for Maklang, tak ada apa interesting pun. Dah wrapped up pun tender evaluation tadi. The rest keje macam biasa aje. Yang tak best tu, batuk masih macam tu jugak. Puas makan ubat Dr. , Maklang telan ubat batuk ibu dan anak...at least lega lah sikit...Alhamdulillah..

Tengahari tadi balik and had lunch with Along. Maklang dah masak ayam ketumbar ni since last weekend. Mula Along rasa OK jelah mak, tapi eh, nampak cam bertambah2 pulak..Berkenan lah tu...he..he..kenalah maklang ingat kan apa yang maklang campak kan dalam kuali masa masak hari tu...

Petang lepas kerja, sempatlah maklang menjahit lagi 20 pouches..Alhamdulillah...ni nak mintak Along bersihkan lebihan benang kat pouch yang masih berjanggut bermisai. Misi tengahari tadi ajar dia menjahit guna mesin, ingatkan bila balik ptg dapat lah siap alas dalam pouches tu, tapi hmmm...siaplah 5 ke 6 je sebab dia kata jahitan berkedutlah mak...tak pelah asal dia nak pegang mesin tu..Nanti nak ajar dia jahit seluar pulak and then baju kurung...

Part best pagi tadi, maklang dah pun call kedai yang nak jual toy maklang sebab Boss besar sudah bagi lampu hijau...tapi lampu hijau kat purse maklang pulak berkelip2..hu..hu...tapi tak pelah InsyaAllah selesai, pouches ni dapatlah maklang tampung separuh dari harga dia.Lusa baru dapat toy tu...moga2 toys yang lain pun akan segera pulih kembali...


Sehingga berjumpa lagi, ingat nak start on design simple untuk beg maklang nak kasi kawan yang maklang nak jumpa 31hb ni nnt. So, cuti pouch kejap malam ni....:)

Selamat menyambut hari Rabu...tak sabar nak tunggu Rabu malam Khamis...:)

Monday, January 17, 2011

Nasi tupe..dan kecewa...

Assalamualaikum...

Hari ini hujan lebat sejak pagi lagi. Masa nak hantar anak2 kesekolah hujan lebat sampai tak nampak jalan. Memang kena drive pelan2 takut nanti kalau kereta tercampak...memang ngeri sebab atas jalan ada banyak air....dan kalau banyak air tahu ajelah kalau kita tersimbah kat atas kereta, sure tak nampak nanti...pernah terkena lansung tak nampak sebab terlalu banyak air... bila on the way the way nak balik ke rumah, ada kerete terbalik 'turtle'...rasanya masa pergi tak nampak pula, mesti kejadian baru berlaku...harap2 tak apa2lah kat pemandu dan penumpang..kesian...


Kat ofis pulak sibuk sikit je...kena buat tender evaluation pulak. Memang tak berapa nak gemar buat benda ni pulak2 dah bertahun tinggalkan dia. Memang kenalah duduk dalam bilik tender je. Tak boleh nak bawak keluar dari bilik tu. Ni pun tak siap lagi sebab ingatkan nak taip siap2 petang tadi tapi tak de pulak laptop ofis. So, kerja2 di tunda sampai besok.


Wan dan Atok dah balik dah dari Kelantan. Terkejut masa balik tadi bila nampak kereta Atok dah park kat garaj. Terlupa betul. Walhal petang tadi masa kat office memang ada cuba call wan nak tahu dia kat mana. tapi tak berangkat pulak. Lepas tu langsung lupa nak call semula. Wan dan Atok bawak balik nasi tupang...memang sedap tu...dan tiap kali mereka kesana, memang mereka akan bawa balik nasi tupe ni...kalau ada nasi dagang beras merah alangkah enaknya..lupa pulak nak kirim beras merah kat wan. Tapi dapat 3 helai kaftan baru...thank you ibunda tercinta...:)


Nampak gaya malam ni selai pun pouch tak bersulam. Lepas dah siap jahit 16 buah pouches lepas makan nasi tupe tu,maklang rasa tak larat nak tengok jahitan dah. ( dah total 40 yang dah bersiap jahit laa...tapi belum kemas lagi laaa) Tu yang mengupdet blog ni...Dan satu lagi ...maklang kecewa lagi sebab satu lagi mesin maklang merajuk...Hu..hu...memang lah kena nak carik mesin yang kuat sikit...Sapelah nak sponsor duit muka....kalau adakan ke best...doa2 lah moga ada yang permurah...:)



ini pulak roti yang kakak buat semalam...Tersangatlah fluffynya...


++

Hangin pulak ngan budak2 ni. Dah pukol 11 malam tak tido2 lagi. Besok nak kejut bukan main liat. Mana nak masak, mana nak layan kejut bangun. Kadang sampai 5 minit dok pujuk suruh bangun tak gerak2...Ni dah naik suara baru nak dengar cakap, or else dia main2 lagi berebut nak masuk bilik air sebab nak angkat wudhu'..Sabo jelaa...Mata mak pun dah berair dah ni...mengantuk sangat dan penat...So, malam ni nak tido cepat laa...:)and cepat is less 1 hr b4 midnite...Good Nite All...and salam semua..

Sunday, January 16, 2011

biasa2 aja.

Assalamualaikum....


Hmmm....Semalam tak sempat nak updet. Waktu siang maklang sibuk macam biasalah. Lepas dah buat breakfast terus aje masak untuk lunch. Breakfast was mee goreng and for lunch maklang buat chilli crab. Lepas tu, terus mengadap mesin. Alhamdulillah semalam sempat lah menyiapkan pouches . Takat ni baru 24 aje yang dah jadi pouch, ada lagi 76 nak jahit. Harap2 dapatlah siap by Wednesday next week. InsyaAllah. Ada jugak kawan yang mintak siapkan beg telekong dia 3 biji. ASAP kata dia. Nak ASAP apalah gaknya ek...mata I yang berasap nanti...Issshh...kena sabar lah sayang...


Semalam tengahari, kami pergi ke rumah kawan yang buat tahlil sempena seminggu mak dia meninggal dunia kerana sakit cancer usus. Sempat jugak maklang melawat jenazah sebelum dikebumi last week. Alfatihah untuk beliau.

Lepas dari sana, maklang and Cik Abang balik rumah ambil anak2. Mereka ni kalau pergi rumah orang tak mau ikut. Tapi kalau kata nak pergi MM, tak sabar2 nak ikut. Biasalah kalau dah masuk supermarket ni, seme kalau boleh nak masukkan dalam teroli. Penuhlaa...as usual. Tapi kalau pergi dengan Abah, memang kena kemas aje teroli nya, kalau ngan Mak, tak kisah, campak ajelah masuk teroli tu..nak cepat balik! he..he... Semalam jugak first time kami hangkut beg2 dari rumah sebab kalau tak ada beg, then kena bayar RM0.20 seplastic. Nasib baik beg2 tu cukup.

Rasa tak sihat pulak semalam....hu..hu...maklang tidur lepas makan ubat . Nasib baik dah malam lega sikit..Alhamdulillah...Dan malam tadi anak2 dara maklang yang buatkan dinner. Homemade beef burger ( patutu berejam baru dapat makan! - and habis 2 ketul besar tenderloin abah!) dan garlic bread. Thumbs up untuk anak2 mak...
Pagi tadi , Along tolong buatkan tortilla isi ngan ayam. sedap sungguh...Maklang kata dari dia pergi kerja, baiklah dia tolong2 keje rumah. Tak payah lah maklang nak terkejar2 nak hantar ambik dia kat tempat dia keje..thanks for helping out.

Ni dia, abah tengah enjoy his breakfast pagi tadi..berdua ngan Mak sebab anak2 semua dah kesekolah..

Ini pulak teko yang telah di lestarikan. tutup dia pecah gara2 Angah tak perasan benda tu kat tepiiii meja...Hangin kejap mak..Tapi bukan nak cerita pasal tutup teko tapi nak cerita pasal tutup mulut teko...lestari kan sebab tu botol ubat, letak kat situ sebab selalu sangat lalat masuk...gelis jer...







Ni balik petang tadi sempat jugak maklang jahitkan 2 helai kain samping untuk Ucop, maklang hentam aja size dia. Harap Ucop muat.


Minggu ni pulak, minggu Hakim kena hafal sifir. Beriya2 dia hafal sifir sebab nakkan imbuhan. Nampak susah dia nak buat math kalau tak hafal sifir ..so untuk nak mendapatkan 'mood' dia nak hafal sifir maklang kenalah bagi imbuhan untuk dia...Suka benarlah dia...So, sejak dari malam semalam, asyik dengar dia menghafal aje..InsyaAllah dapatlah tu...:)


Oklah nak sambung jahit pouch. Cik Abang baru aje beritahu wiken ni dia ajak gi Kuantan pulak. Ada ex anak buah dia kawin..Aiyoyo..nampak gaya kena marathon gila2 jahit pouch minggu ni sebab wiken dah sibuk nak ke Kuantan...Ya ALlah moga Kau beri kekuatan kepada ku untuk menyiapkan kerja2 ni...Amin...

sehingga berjumpa lagi...:)

Friday, January 14, 2011

tak cukup ongkosnya dong..

Assalamualaikumm


Baru dapat update...Dah dekat pukol 11 dah. Jawabnya lambat lagilah tido malam ni. Maklang terlalu sibuk hari ini. Pagi2 tadi sebelum ke pasar tani dengan Along, lepas breakfast nasi lemak kakak buat, sempat lah maklang pegang RE. Siaplah jahitan RE untuk 2 pouches sambil2 menonton Tanyalah Ustadz dengan Atok dan Wan. Wan dan Atok dah pun ke KB tadi pagi. Ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan hari Ahad nanti. Pergi hari ini pun sebab nak attend khenduri tahlil pakcik sedara yang passed away a few weeks back. Atok kuat nak pergi khenduri tu sebab masa pakcik meninggal atok tak dapat nak attend. Pukol 12 lebih mereke dah pun selamat tiba di sana..Alhamdulillah...


Apa2 pun hari ini macam biasa adalah hari paling sibuk dalam seminggu..buat maklang laaa..Mana tidaknya, pagi2 dah ke pasar nak beli barang keperluan untuk seminggu. Jadinya tak perlu lah nak ke kedai lagi bila hari kerja. Beli punya beli, hmmm tak cukup duit nak bayar duit ayam yang maklang dah tempah...Malu aje..Ingatkan duit cukup. Masa maklang pergi beli bantal kekabu 3 biji, maklang tengok2, cukup kot duit...Tapi alangkah malangnya...kurang RM 10 duit nak bayar ayam. Biasanya kalau beli 3 ekor dalam RM45, tapi hari ini RM 55! Terkezut I. Tapi tukang jual kurangkan jadi RM 53. Biasa dah tu..memang selalu dia kasi diskon RM2. Tapi duit masih tak cukup lagi. So, janjilah nak mai minggu depan InsyaAllah nak bayar duit utang tu. Elok2 maklang nak naik kerete, kawan ofis maklang, lalu sebelah maklang...dia park kereta kat sebelah maklang, makanya I pinjam lah dari dia. At least tak lah lama sangat berhutang! InsyaAllah Ahad boleh kasi balik...:)..Takut sebenarnya nak hutang2 ni...nak2 kalau beli makanan kan...:)


Lepas dari pasar, apalagi, menyiang membersihkan ayam dan ikan serta udang dan masak beberapa jenis lauk untuk minggu depan, so that tak kelam kabut pagi2 bila hari sekolah...masak masak dan masak, pukol 3:00 baru selesai makan tengahari sekali...So, tengahari tadi, kami bersantap dengan nasi goreng ala2 mexico..kaklong lah suruh buat ni..konon nak macam kat nandos...suka benar budak2 ni..maklang pulak tak lalu sangat makan nasi pakai butter dan olive oil...kembang tokak den!:)Untuk ayam dia pulak, macam2 maklang letak, dan ketika di bakar..harumnya menusuk jiwa! Alhamdulillah....:0)



ayam bakar ..resepi campak2 pakai herbs omputih

nasi goreng Ala Mexico


Satu set untuk Along..


Petang tadi, sempat gak main riben...maklang dapatlah jahit 12 pouches...Alhamdulillah...So ada 88 buah lagi belum berjahit..target kalau dapat sehari 20 kan best...cepat siapnya..
Yang untuk di Re..Alhamdulillah tinggal lebih kurang,,,,6 buah lagi kot!Alhamdulillah...

Thursday, January 13, 2011

Lambat

Assalamualaikum...

Apakabar? Harap semuanya sihat. Maklang ni batuk masih tak ilang2 lagi. Kejap dia elok sikit kejap dia batuk terok. Bab yang tak tahan tu bila batuk berterusan. Sekarang kalau tidor malam, maklang sapukan vicks kat kerongkong dan dada...macam budak2 pulak. Agaknya stress pun ye jugak. Penat sejak anak2 masuk sekolah ni. Mana tidaknya berkejaran sejak awal pagi. Mana nak siap masak utk pagi and mana nak siap masak untuk tengahari.

Sebab tak sempat dah nak masak pagi2 sebelum pergi office, maklang sekarang kalau jumaat sambil2 membersihkan ikan2 dan ayam, maklang terus menumis masak lauk2 untuk seminggu. Tapinya maklang taklah letakkan ayam atau ikan ke udang ke dalam tumisan tu. Kiranya maklang buat base aje dululaaa...Bila tiba hari nak makan kakak akan masukkan ayam atau ikan atau apa2 lah yang patut. Memang senang banyak lah kalau seme dah siap by Friday. Bila hari tak kerja, maklang akan masaklah the very same morning. Anak2 pulak kalau pagi2 makan nak lain2. Masa mood maklang ok, maklang layanlah satu2, mood tak ok, nasiblah, makan apa yang dah masak...he..he..lagipun manalah nak sempat nak buat macam2 early in the morning kan:). Kalau bibik Narsi memang dia layan, sampai maklang tegor dia...bibik jgn manjakan sangat anak2 saya...jangan buat dapor ni macam kantin:). Bibik kadang tu manjakan sangat anak2 tu...

Sejak sekolah ni maklang dah pernah terlewat 2 kali...Adoilaa...melompatlah dari katil. Lepas subuh kalau boleh nak terjun je dari tangga nak ke dapo. Hmm...nasib baik 2-2 kali taklah sampai sekolah 735. Kalau sampai waktu tu, memang laa kena fine agaknya budak2 ni. Pulak Angah dah jadi pengawas..takleh lambatlaa...


Yang kelakar, semalam maklang cerita kat ofismate maklang yang semalam pagi maklang tersedar jam 651am. Pagi ni pulak bila maklang tiba office pukol 820, dept maklang gelap lagi. Heran jugak apasal tak ada yang datang lagi. Rupanya adek yang duduk dekat2 maklang tu kata, dia terlewat jugak pagi ni. Sedar2 dah pukol 800..he..he..suboh dinasour lah jawabnya..


+++

Habis cerita lambat, ni nak updet RE pouches. Maklang nak kena siapkan about 16 more aje..InsyaAllah malam ni berangan nak buat lagi 5-6. so tak boleh leka. Bila dah siap pouches ni maklang nak venture into telekong making business dengan kawan maklang insyaAllah. Nak jahit telekong yang 2 lapis. Plain telekong with renda aje...Kalau ada sesiapa yang nak tempah...hantar lah email ke maklang. Kainnya dari bahan cotton yang bidang 60 inci dan rendanya selebar ~3inci macam yang kait tu..


Oklah setakat ni dulu, maklang ada banyak kerja...nanti cerita lagi..:)

Tuesday, January 11, 2011

Banyak hal..:)

Assalamualaikum...

Banyak hal yang menggembirakan berlaku hari ini ..Alhamdulillah...:)


Pagi, as usual, lepas solat Subuh, maklang akan turun ke dapur tolong kakak buat breakfast, or the other way round, maklang yang buat and kakak yang tolong. Anak2 ni kadang nak mak jugak yang buat kan. seolah2 macam ada aje yang tak kena kalau bibik or kakak buat.Kadang biar aje. Kita nak gi kerjalaaa..nak make up pun tak sempat tau...any way, semalam Along dah request nak nasi goreng yang guna daging cincang. Dia panggil nasi goreng USA...maka siaplah sekuali nasi goreng USA ...untuk breakfast dan bekal anak2...Alhamdulillah..selesai...:)..sampai ke petang Along dok sebut...macam nak lagi jer...

Wah pagi tadi, ada orang teruja sangat ngan baju kadet dia. Almaklum Along dan Angah pun sama, so...Maya pun nak sama...Nilah baju yang mahal sangat tu...


Hakim rasa tak best sebab ada PJ so takleh lah melaram ngan baju PBSM cuma dapat pakai t-shirt PBSM..
Tapi lepas PJ kat sekolah, dia ganti pakai baju PBSM yang lengkap...wah..hemsem anak bujang mak...:) suka beno tu!


Tengahari sedap makan hari ni. Maklang buat nangka masak kari. Ada daging seme...menjilat jari...Hakim yang biasa tak suka nangka pun sedap makan....tapi tak tahulah, daging je or nangka tak diambil...sama lah tu..

Alhamdulillah pukul 620 lebihkurang puan Zar dari http://ibuika.blogspot.com singgah kejap aje..

Tak ada prepare apa sgt..Sian Zar jalan jauh2 tak ada yang special.
Tapi maklang sempat lah goreng mee dan buat cucur lepas balik ofis.



Just nice, angkat mee terus dah boleh jamu..

Itu dia Ms. Zar kita...akhirnya tiba jua kat umah maklang..so ni dah kali ke2 kita jumpa...:)



dapat hadiah sehelai kaftan dari Zar, TQ so much Zar...


oklah, kena tekan butang publish cepat2 b4 mata ni tutup...aaah...ngantuk lagi malam ni...2 je RE siap!:(

Monday, January 10, 2011

Main Riben lagi

Assalamualaikum...


Maklang tengah ngantuk ni. He..he...tak mandi lagi ni lepas balik dari office. Hmmm...melayan si bujang nak photostat buku dia...siap cakap, mak nanti mak balik jangan matikan enjin kereta tau...Hakim nak pergi copy buku. Cikgu Adham dah kata besok mesti nak ada buku...buku latihan dia tak ada stok, so kena copy buku latihan kawan dan dibind sekali

Kebetulan petang tadi ada pulak discussion, so terlewat lah sikit. Dia pun hari ni tak ke tabilas sebab balik dari sekolah pagi lewat sangat. Sebab lambat, masa maklang tengah cakap2 ngan boss , dia call lagi. Terpaksalah maklang undur diri..

Dekat sejamlah tunggu orang tu fotokopi...sempat maklang copy kan gambar RE maklang dalam PC tokey kedai nak mintak print kan gambar2 RE maklang...nak compile laaa nak buat satu file on my RE je...mana tau cita2 nak buat buku satu hari nanti akan termakbul, InsyaAllah...


Malam ni maklang berangan lagi..berangan nak buat 5-6 pouches lagi. Malam semalam jahit sampai pukul 1 pagi pun dapat 3 aje. ( dah nak mula yg ke 75/100 lah ni:)Mana tidaknya, sekejap kang nak kluar ke Mc D laa, kejap kan no1 kacau, kang no2,3, 4 pun kacau...macamanalah nak siap..macam sekarang ni ada 2 tengah mengacau mintak ajar keje sekolah...so, nak kurang kan kacauan, maklang mintak anak dara yang dah habis peksa ajar adek dia...he..he..Lega I...boleh main2 riben lagi...tapi memang kena supervise jugak..tengok kang dia ajak adek dia main pulak...so, mak macam jadi gurubesar lah ye...:)

Alhamdulillah RE2 maklang yang dibawah dah selamat sampai ke tangan tuan dia dan beg tulip dah pun di poskan...:) harap2 mereka puas hati...







setakat ni dulu maklang merepek ..nak solat Isyak jap, then bersiram baru lah menjahit....harap2 angan2 menjadi kenyataan..Amin...

Sunday, January 9, 2011

Masa..

Assalamualaikum,

Maklang dah on 72/100. Harap malam ni kalau dapat capai 75/100 pun dah Alhamdulillah sangat. Macamana lah nak gerak cepat. Bukannya dapat mengadap setiap masa. Kalau mengadap pun ada aje distractionnya...Kadang2 bercakap2 dgn adek maklang kat fb. Kadang2 anak2 datang kacau. Nasib baik Cik abang understanding, kalau dia nampak maklang bz, dia pun tak adalah nak mintak buat kan apa2...sebab selalunya dia kenyang dah..sebab dah kasi makan siap2 barulah pegang keje2 maklang...

Biasanya selesai solat isyak dalam pukol 9, baru dapat pegang . Tu pun kira cepat dah tu...Macam malam ni pun kejap2 lagilaa baru pegang nya...


Petang tadi sesampai kat rumah...wah best nya, Along dan kakak dah siapkan pie. Sedap makan.







Inti dia, maklang dah buat pagi semalam...and sebab2 benda2 macam nilah yang melekakan maklang...like semalam, I was in the kitchen dari pagi lepas breakfast sampai dekat tengahari baru selesai. Lepas satu- satu maklang buat, inti apple pie untuk roti ( which is on the sour side- hu hu) and the inti for the chicken pie!). Masak pulak ikan siapkap sos asam with bunga kantan...memang macam2 nak buat if dah kat dapur tu...enjoy ...:)


Kejap lagi roti2 diatas akan mengeluarkan bau yang sangat harum ketika dibakar ..meh lah kita sama2 menikmati keharuman bau roti yang dibakar...

**********

kita flashback hal semalam. Anak2 yang 2 kecik gi Kemaman beli baju unit. ya Allah mahalnya sekarang. masa along and Angah dulu baju RM80 je sepasang sekarang dah RM12o sepasang. 50% increase tu..Macamanalah orang2 yang tak berapa nak mampu beli. Sure kesian. Poket kita yang mampu ni pun terasa kebocorannya...hu hu..

tapi yang best sekali, Maya laa..excited sampai terlompat2 bila dia pakai baju kadet dia..and my Hakim looked so grown up bila dia pakai baju PBSM dia...macam tak percaya he is almost 10. Sekejapnya masa berlalu...Moga2 semua anak2 mak dan abah menjadi orang2 yang berjaya dunia akhirat...Amin...


Oklah jumpa lagi...have a good week ahead untuk semua...