BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 26, 2010

lasik...paklang...

LASIK Part 1 out of 3.

Hari ni Pak Lang diundang menjadi penulis jemputan kat blog Mak Lang ni. Kali yang terakhir Pak Lang dijemput ialah ketika Mak Lang menjalani pembedahan tulang belakang, kurang lebih 2 tahun lalu.

Semalam Pak Lang menjalani ‘pembedahan’ LASIK untuk membaiki mata supaya tak payah pakai spec lagi. LASIK ni buat di Eye Clinic gi UIA Indera Mahkota. Hajat nak buat LASIK ni dah lama, tapi tak dapat ilham untuk teruskan. Tak sampai seru lagi kata orang.

Suatu hari, masa jumpa Dr Mona, di klinik dia di Kerteh ni, dia recommend untuk buat LASIK kat UIA. Bukannya recommend buat LASIK, tapi, buat LASIK kat UIA. Sebabnya pemeriksaan sebelum LASIK tu amat menyeluruh, untuk mengurangkan kebarangkalian keberkesanan LASIK ni. Orang putih kata ‘reducing the probability of error’.

Bila dah dapat hasrat tu, Pak Lang pun pergilah pemeriksaan awal ‘initial assessment’. Pergi ni masa temankan Maklang yang kena kerja di Kuantan beberapa hari Jumaat yang lalu.

Dalam Pemeriksaan awal ni, Optometrist bertugas di klinik memeriksa mata, nak tahu tahap kekaburan kita. Ada juga mesin yang mengukur tekanan dibelakang mata, ketebalan kornea dan sebagainya. Kalau kurang tebal kornea tu, mungkin lasik tu tak bolehlah. Pemeriksaan awal ni mengambil masa dua jam aje, Sambil-sambil tu Optometrist bertugas tu pun interview kita untuk memastikan hasrat kita tentang LASIK ni.

Selepas pemeriksaan awal ni, kita jumpa doctor untuk dibagitahu keputusan tu. Pak Lang punya power agak tinggi > 500 dicampur dengan astigmatism dan rabun dekat (kerana usia yang semakin matang he he) menjadikan LASIK ini bertambah menarik untuk Pak Lang. Doktor kata Pak Lang menepati sasaran untuk menjalankan LASIK. Maknanya, tak susahlah sangat, dan tak banyak kesusahan (complication) nanti.

Untuk mengetahui perihal selanjutnya, kenalah menjalankan beberapa ujian menyeluruh yang mengambil masa 4 jam. Tapi ujian menyeluruh ini kena bayar RM 600. Bayaran ni akan termasuk dalam semua bayaran untuk LASIK yang waktu ini ialah RM 3500 untuk kedua-dua mata.

Ujian menyeluruh ini, termasuk dalam PART 2 ye, dan pembedahan LASIK tu nanti Pak Lang cerita dalam PART 3 ye.

Besok Pak Lang kerja….dengan tak pakai spec he he he. Nanti Part 4 Pak Lang cerita kan tentang kesan-kesan tak yah pakai spec ye. Selamat malam.

Tuesday, May 25, 2010

LASIK

Assalamualaikum...

Maklang baru aje selesai bersiram. Keluar pejabat jam 530ptg . Tapi masuk rumah dah pukul 830 malam. Kecoh pulak petang ni. Kononnya nak berehat2 masa buat facial. Nak tenangkan fikiran kejap. Serabut rasanya bila pikir tentang kerja kat rumah yang makin banyak. Nasib baik kat office taklah sibuk sangat. Bolehlaaa..


Bila sampai rumah tadi maklang pun komplen laa...hmmm nak berehat tenang2kan fikiran pun asik kena call aje..Kol berapa mak nak balik? mak kat mana?... He..he..nak buat macamana kan...mak lah katakan..seme nak mak..baik anak, baik bapak anak..tapi kira ok lah tu...Syukur, mereka memerlukan mak...:)


++++++

Tu satu kisah, ni satu kisah lagi. Cik Abang sejak 2-3 minggu lepas asyik berangan aje. Berangan tak payah pakai dah cermin mata lagi. 2-3 minggu lepas dia dah buat screening mata kat UIA Kuantan. Tak beritahu pun kat maklang ni. Lepas tu dia dok kata dia risau laa...Ingat kan risau kenapalah, rupa2nya nak buat operation mata. Nak betulkan kanta mata dia supaya dia tak perlu lagi pakai cermin mata dia..Mana taknya without the glasses dia memang tak nampak...power sekitar 600-700. Hmmm...Kalau tak pakai cermin mata tu memang teraba2..Last 2 weekends masa maklang pergi kerja kat Kuantan, dia pergi buat preop kat sana. Kalau dah lulus semua thorough checkup baru boleh buat. Kalau tak lulus memang tak boleh buat laa...Alhamdulillah, pagi tadi dia dah pun siap buat LASIK dia. Sukaaa sangat...




Bila tengok dia buat, maklang pulak rasa macam nak buat aje...Pulak tu bila selalu sangat tak jumpa letak cermin mata kat mana. Sampai Cik Abang kata spek tu kena gantung kat leher, selalu benar tak jumpa tak ingat letak mana..Tapi tak boleh lah buat sekarang sebab kena mengumpullah pitih nya dulu...



Sebab dah kena LASIK...maka beginilah rumah orang yang berpantang sebab LASIK...anak2 ketawa terbahak2 tengok abah..ada yang kata macam Ultraman, ada yang kata macam Bidaman la...macam2 budak2 ni kalau pasal mengusik abah dia..Tapi Abah relax aje...tak payah pakai spek laaa..tu yang penting!:)






+++++++++++

Salah satu sebab mata maklang pedih ialah sebab banyak menjahit iye jugakk.. Nak buat macamana, orang dah tempah...tapi maklang enjoy...dan salah satu sebab maklang updet blog ialah sebab nak merehatkan mata jugak laa...







+++++++++

Ini pulak maklang saje2 nak letak gambar satah. Cik Abang beli masa dia on the way balik dari Kuantan petang semalam...Memang feberet dia ni...makan sampai kenyang...lain tak nampak dah...





Sekian buat kali ini, maklang ada baaanyaaak lagi nak jahit...

Saturday, May 22, 2010

Family Day Out

Salam...

Hari ini maklang berehat sikit.

Lepas balik dari Kuantan semalam, memang rasa nak berehat laa..Tapi dalam rehat2 pun sempat jugak maklang siapkan 2 beg yang dipesan oleh kawan2. Tapi belom 100% siaplah masih ada kemasan yang perlu dibuat...

Ni gambar semalam. Maklang tengok makin tembam sibujang ni. Semalam pagi dia tak mau pi taekwando tapi lepas puas dipujuk baru nak pergi. Tak ada lah nak terkejar nak ke Kuantan sebab waktu melawat pun pukul 1:00kan. So pagi relax2 dan cadangnya nak singgah sekolah Hakim nak bawak dia sekali. Tau2 bila tengah nak siap, dia dah sampai ke rumah. Maka maklang hangkut dia sekali. Bukan main suka lagi manja maklang sorang ni. Yang lain sibuk sebab nak periksa.. Maya pula ke tuition dia...


Kesian kawan maklang tu. Memang teruk keadaan dia. Tapi maklang salute tengok suami dia. Tabah betul nampak dia. Cuma anak perempuan dia aje yang nampak sedih sangat. Sedih maklang tengok mereka. Moga ibu mereka sembuh dengan segera. Kami masuk dalam ICU cuma sebentar. Doa kami buat teman yang terlantar sakit...

Selesai kat hospital, Cik Abang turunkan maklang kat rumah 'sepupu' maklang. Apalagi kalau bukan nak menambah koleksi kain maklang. Tapi kali ini bukan untuk koleksi, tapi untuk nak buat RE aje. Kain memang tak ada yang tinggal utk kaler cream. So, borong lah sikit. Sempat juga belek2 kain untuk nak buat baju Melayu Cik Abang dan Hakim. Kain Viscose sebab kain ni sejuk kalau dipakai. Memang Cik Abang pun suka kain jenis ni sebab nampak kemas bila dipakai. Kira nya ni preparation untuk Hari Raya lah ni. Untuk anak2 perempuan maklang, tak siap apa pun sebab kalau untuk mereka, senang aje, boleh jahit sendiri InsyaAllah.

Selesai solat Jumaat, Cik Abang ambik maklang semula. Kami pi makan kat New Horizon. Maklang ajak makan kat situ sebab dah pernah makan masa ada meeting dikawasan sekitar Kuantan. Officemate yang bawak. Chinese food tapi owned by a Malay man from Kelantan. Memang sedap2 makanan dia. Entah berapa kali Cik Abang dok sebut...Sedap...sedap...Tapi memang sedap. Makanan pun boleh tahan aje harga dia. Set for 2-3 person RM57 aje. Ada 4 dishes. Memang se'eh lepas makan..



Ini ikan siakap bersos mangga..memang highly recommended.

Dan ini pula udang goreng dengan nestum...Maklang suka...:)

Kami singgah rumah datol semalam. Datok nampak sihat Alhamdulillah.

Tiba Kerteh dah nak masuk waktu maghrib. Maklang spend the rest of the night with my RE..tu pun jahit separuh tertidur...Cik Abang pulak...pecah rekod! Dia siap kata...best jugak ek FB ni...he..he..baru terkena lah tu...:)

+++++++++++

Hari ini konon maklang berazam nak jahitlaa as usual. Tengahari pulak dah plan nak bawak anak2 pi makan kat SR...Selagi tak bawak...mereka tak puas hati sebab dah 2 kali berturut2 pergi ber2 aje! he..he..

Masa masuk MM, ada pertandingan spell-it-right. Anak kawan maklang menang 3rd place semalam. Nak masukkan gambar, tapi bila upload gambar jadi terbalik...tak de rezeki laa...



+++
Kami makan yang offer aje. Lunch set for RM12 jer...Tapi kenyanglaaa..




Ini black pepper chicken. Oklaa...


Ni maklang dengan yang tercinta...


Maya lepas balik dari sekolah tadi..


Ini Hakim dan kawan Hakim , Daniel, yang datang untuk nak main2 Wii dengan Hakim pagi tadi. Kami bawa Daniel pergi makan sekali...

Ni dua anak gadis maklang...senyum meleret si Angah sebab nampak foooood...he..he..

+++++++++

Ni lah beg2 yang maklang cerita tadi. Masih ada 2-3 order untuk yang ini. Cantek pattern dia. Bukan nak puji diri sendiri..sebab ini pattern maklang ikut dari Ina. Dah dapat kebenaran baru buat..tapi maklang masuk2 sikit lah sendiri punya jugak...TQ ina..




Dan ini pula kecik je beg nya. Bunga sepenuh2 nya. Kawan maklang tempah untuk nak dibuat hantaran kawin nanti..InsyaAllah...





++++++++++

Balik dari MM tadi, kami lalu2 kat kawasan Kemasik dekat2 MM. Nampak sebuah rumah yang hampir siap. Kami ambil gambar ni sambil tertanya2...Inikah rumah orang yang tinggal kat Paka tu?



Sekian buat kali ini...InsyaAllah akan update lagi...

Terimakaseh kerana sudi datang kat sini...

Thursday, May 20, 2010

Ya Allah hamba MU mahu terbang ke sana...

Assalamualaikum...

Sejak dari malam semalam maklang rasa sungguh risau.

Hari Ahad lepas, Atok, Wan, Alang, Uncle Jai, Ucop dan Min Min dah berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah. Sebelum Atok pergi, maklang dah berpesan pada dia untuk menggunakan kerusi roda ketika bersai. Lutut atok tak berapa kuat sekarang. Ingat lagi masa kami pergi bercuti, Atok memang tak mau guna kosi roda, tup2 bila pulang dari Currumbin Park, malam tu Along kena urut kaki atok sebab sakit. The next day, barulah dia nak berkerusi roda. Dia tak nak menyusahkan anak cucu agaknya...

Maklang mulanya tak berapa risau sebab sebelum Atok berangkat dia kata rumah dia dengan Masjidilharam dekat je. Lebih dekat dari tempat yang kami tinggal tahun lepas. Tau2 bila dah tiba , dia kata kalau nak balik or pergi tu dia ambik masa 45 mins utk nak sampai. Tu pun sebab banyak kali berhenti sebab tak larat nak jalan jauh. Kesian Atok dan Wan. Pulak sekarang ni musim panas. Memang maklang bimbangkan mereka semua. Macamana lah Alang nak jaga semua dengan anak 2 yang masih kecil. Uncle Jai pulak tak berapa sihat sekarang ni.

Alhamdulillah, maklang teringat pada seorang kawan yang maklang kenal kat sana. Siapa lagi kalau bukan Cik Lie kita dari PDKM. Maklang cuba YM dan tinggalkan message kat chatbox dia. Tapi mungkin Cik Lie sibuk, terasa lamanya lah Cik Li nak jawab. Masa petang sebelum tu, maklang dah mintak Alang tanya2 kan hotel tempat Cik Li kalau2 dapat.


Tak sabar rasanya nak tunggu Cik Li reply. Alhamdulillah, Cik Abang ada simpan no. Cik Li. Maklang terus aje call dia dan mintak book kan bilik. Tapi Cik Li kata kalau nak bilik kurang2 kena book 2-3 hari sebelum sebab penuh. Nak buat macamana orang pun ramai. Tapi Alhamdulillah dengan berkat usaha dan pertolongan dan doa dari kami semua, dapat la Cik Li reservekan bilik utk mereka. Tak apa lah kalau duduk sebilik pun, mintak extra bed, maka InsyaAllah selesa lah. Nak kata mampu sangat tu tidak lah, tapi maklang rasa kesihatan kedua ibubapa yang dikasihi tak terbanding dengan sewa hotel tu.

Syukur Alhamdulillah jam 2 lebih waktu sana, Atok dan semuanya dah pun settle kat tempat baru. Seronok sangat semua nya dapat duduk dekat dengan Haram. Maklang pulak rasa seperti mahu terbang kesana waktu ini untuk nak join mereka semua. Ya Allah moga kau limpah kan rezeki buat kami dalam masa terdekat, dan jemputlah kami untuk menjadi tetamu Mu lagi Ya ALlah..sesungguhnya hambaMu ini amat merindui untuk ke rumah mu...

Syukur pada Allah kerana memberi kami pertolongan melalui Cik Li. Moga Allah memberkati pertolongan Cik Li pada keluarga kami. Terimakaseh banyak2 Cik Li. Doakan maklang dapat ke sana juga ek..

Terimakaseh jugak kerana update maklang tentang family maklang kat sana. Semuanya sungguh bersyukur kerana kali ini walau pun 2 hari berpenat untuk ke masjid, rupanya Allah ada surprise yang lebih besar untuk mereka...Amin..Amin..:)

Tak nampak pulak siapa yang ada dlm taxi tu...mana icop, min2 wan alang dan uncle jai?


Lega bila nampak gambar Atok..

Itu Atok dengan kerusi yang juga digunakan sebagai tongkat.,

( Gambar2 ni maklang copy dr Cik Li...TQ Cik Li)

+++++++

InsyaAllah besok maklang dan Cik Abang akan ke Kuantan nak visit kawan yg juga merupakan AJK PIBG yang accident petang selasa lepas. Khabarnya teruk jugak. Moga2 dia dan keluarganya tabah...Amin...

Wednesday, May 19, 2010

Productivity

Assalamualaikum..

Hari ini productivity sungguh tidak bagus. Nak buat macamana, mata tak leh nak bukak langsung especially lepas makan tengahari. Semalam kata sebab panas badan jadi letih, tapi hari ini hujan turun dengan lebatnya pun masih lagi mengantuk! Sungguh maklang tak gemar bila badan memang tak berapa nak function. Rasanya sebab dah 2-3 hari asyik tidor less than 6 jam. Sebab tulah jadik gitu agaknya. Jawabnya malam ni kenalah tidur by 11:00pm. Masalah nya bila dah tiba waktunya, tangan ni macamm degil je tak mau letak jarum. Asyik nak menjahit aje. Pulak2 tu bila tengok jahitan masih macam tak gerak2 lagi!

Pagi tadi ada majlis solat hajat untuk anak2 tahun 6. Maklang dah mintak excuse dari Boss untuk nak join solat hajat ni. Boss kata Ok. Alhamdulillah. Kiranya hours yang kita keluar tu pandai2 lah ganti. Kebetulan masa maklang outstation last week and this week maklang tak claim OT, so, kira dah terbayar laa..Lagipun bukan selalu, sekali sekala aje..


Petang tadi pun mulanya ingat nak balik dari office awal. Tapi sebab mata tidak larat, maka seawal 520 maklang dah angkat beg, shut down pc dan terus jalan kaki ke office abang yang terletak about 300m away. Konon2 nak mengloose2kan all the muscles lah ...Lepas ofis kami terus menuju ke MM sebab nak tukar mee kuning yang kami beli semalam. Masa nak goreng pagi tadi dah ada pulak cendawan. Nasib baik 1 aje macam tu!

Habis tukar mee tu dan beli baju tidor Hakim ( baju tidur Hakim sekarang seksi sangat, ketat metat!), kami lalu kat depan SR. Cik Abang kata ada RM5.oo voucher. Jom kita pi makan , Cik Abang kata...So, menapaklah kami ke situ. So inilah hasilnya...


Yang bestnya bila nak makan, maklang sms kat Angah...he..he..naik angin anak mak sorang tu..Jangan lah marah, sekali sekala, apasalahnya mak and abah berdua2an...he..he..



Cik Abang minum kopi je, and maklang air kosong...nak jimat2 tau tengah2 bulan ni...:) But sebenarnya maklang tak suka sangat minum kopi or teh unless terpaksa kalau ngantuk sangat. Nak beli iceblended...hmmm...budget kurang pulak...:(


Dan we shared this chicken cornice, sambil makan sambil test apa ingredient dia. Mana tau nanti boleh buat sendiri kat rumah!

Bila balik rumah Along dah marinate lamb chops. Abah dia dah janji nak buatkan. So, just b4 maghrib, Cik Abah dah siapkan makanan untuk dinner. Thank you my dear. It was good...Tapi...kena ingat takut Mr. 'G' datang menyerang...he..he..



Sedaaaap...:)

Oklah takat sini dulu, maklang nak menjahit lepas2 ni...dan nak berazam utk tidur awal malam ni:)


Tuesday, May 18, 2010

Kerana Cuaca kah?

Assalamualaikum...

Semenjak dua menjak ni maklang rasa tak berapa selesa laa.. Baik kat rumah mau pun kat office. Kenapa tak selesa? Kerana rasa melekit betul badan ni. Memang tak suka kalau melekit2 berpeluh ni. Mungkin kerana cuaca yang teramat lah panas kat Kerteh yang tak boleh nak diexplain. Kalau boleh nak duduk depan kipas and aircond aje. Nasib baiklah siang hari kat office. Tahan lah sikit tak perlu nak on kan air cond. Bahang panas kat Kerteh ni memang lain macam. Panasnya sejak dari terbit matahari sampailah ke besok pagi dan seterusnya. Bukan macam kat KL, kalau siang panas sangat, malam pasti hujan InsyaAllah. Kat sini ini jarang sekali berlaku, tapi syukur jugalah sebab dah beberapa hari kebelakangan ni jumpa jugaklah hujan.

Dan apabila cuaca yang panas yang menyebabkan belengas ni, mulalah badan cepat rasa letih. Malam2 seawal 8;00pm mata dah layu! Macamana nak siap keje2 yang ada...risau dah ni sebab banyak yang dah dekat due date nya...

Anyway, maklang nak tempeklah beberapa hasil kerja tangan maklang yang siap beberapa wiken yang lepas..selamat menjamu mata..


Beg ini ditempah oleh kawan maklang. Mula2 dia kata nak kasi kat murid dia yang nak grad. Lepas tu dia rasa dia nak, tapi last2 dia bagi Mak dia sempena hari Ibu. Alhamdulillah dia dan ibu dia suka..


Ini pula ditempah oleh seseorang dari Perlis. Menggigil nak menjahit ni sebab mak dia kata anak dia cerewet. Harap2 lah anak dia suka dengan beg ni..

Yang ini pulak ditempah oleh adek ipar maklang. Terkezut dia bila dia tengok benda ni besar...he..he..tak pelah banyak boleh isi barang..( barang2 bersepah belakang 'diaper stacker' ni tolong ignore ye..:)


Setakat nilah dulu, reben2 maklang dah melambai, mata pulak dah mengkuyu...Adoi...

Friday, May 14, 2010

Misi berjaya...

Assalamualaikum..


Alhamdulillah walaupun perancangan untuk nak buat kek dan menjahit tergendala, maklang bersyukur kerana hari ini kerja2 pejabat dapat diselesaikan dengan jayanya..Amin..

Bertolak seawal 6:40 pg tadi, kami tiba di Kuantan office sebelum jam 8:00 pagi. Terimakasehlah wahai suami tercinta kerana sudi nak drive kan sampai ke Kuantan. Taulah pagi2 ni kena lah nak drive cepat sikit ( kalau maklang drive, selow lah sikit kan...:)),sebab ada mesyuarat kat Jabatan kerajaan lebih kurang jam 8:30 pagi. Lepas Cik Abang dah hantar maklang, dia terus ke UIA kerana ada urusan sendiri.

Maklang dan anak2 buah sebenarnya risau juga takut mensyuarat kali ini tak dapat nak selesai dengan baik. Tapi dengan kuasa Allah bukan saja kami dapat jumpa dengan penolong jabatan, tapi dapat jugak jumpa Boss dia. Syukur atas segala pertolongan Nya..Bila keluar dari Jabatan kerajaan tersebut, semuanya tersenyum dan tak habis mengucapkan syukur...

Lepas meeting no. 1, kami terus ke pejabat 1 lagi utk nak attend meeting no. 2. Untung jugak kerana orang yang kami nak jumpa dah pun ada kat luar office dia. Memang terus ajelah berdiskusi. Lagipun ini sambungan dari projek yang maklang dok sibuk2 last year yang suspended dulu. So, pegawai2 ni semua dah kenallah maklang. Mungkin pun berkat hari Jumaat, makanya mudah perjalanan kerja. Syukur pada Allah....

Selesai meeting , kami balik ke office. Ada perbincangan kejap. Then collegue maklang hantar maklang ke UIA untuk nak jumpa Cik Abang. Ingatkan urusan dia dah selesai, tapi belum lagi rupanya. Kami lunch bersama sebelum dia solat Jumaat. Maklang pulak tunggu kat surau. Nasib baik maklang bawak bekalan RE maklang...boleh lah melayan benda tu sementara Cik Abang tak selesai lagi..

Sebelum balik ke rumah kami singgah MM kejap sebab nak beli bahan2 untuk nak buat kek. Konon2 nak dating laa he..he...Tapi sedang kami jalan2 ke Food Court nak alas perut, kami kena sergah dengan anak no.2, rupa2nya dia pun ada sekali kat situ sebab nak beli barang2 untuk kelas. Lupa yang dia kata nak pi situ ngan kawan dia. So, tak dapatlah nak dating...he..he..

Alhamdulillah tatkala ni dah pun sampai kat rumah. Sedang merehatkan diri sebelum nak selesaikan pouches yang masih berbaki 3 lagi...

Selamat berhujung minggu semua dan selamat Hari Guru untuk semua guru2 yang dikasihi..Jasa mu kami kenang...:) dan moga Allah mencucuri rahmatNya kepada mu..Amin

Wednesday, May 12, 2010

Berkerja - kejaran.

Assalamualaikum...


Hari ini banyak penat ooo...Baru aje tiba dari Kuantan jam 630 lebih tadi. Bertolak ke sana sekitar 11 lebih dan tiba dekat2 pukol 1.oo tengahari. Meeting mula pukul 3;00ptg kat Jabatan Letrik. Kira2 danlah untuk nak makan dan solat zohor. Maklang singgah rumah kawan yang dah 30 tahun tak bersua muka. Berubah jugak perawakan kawan maklang yang dah pun bergelar Datin sekarang. Tapi cara cakap dan gelak memang tak ubah. Sekali2 teringat masa muda2 dulu. Ialah tak boleh sembang lama, dalam 2.10, maklang dah bertolak keluar untuk ke pejabat cawangan Kuantan yang terletak about 5 mins away. Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk bertemu muka. Kawan maklang kata nanti nak mai Kerteh jugak bila anak dia balik dari luar negeri bulan Jun nanti, InsyaALlah..



Ini Cincang kata dia...Quinin campur dengan air batu bandung, tak pernah merasa lagi sebelum ni..




Kami bertolak ke pejabat Letrik dalam 2.30 pm dan tiba di sana sebelum pukul 3.00pm. ALhamdulillah perbincangan lancar. Tak ada masalah cuma kena perbetulkan sikit sebelum nak hantar semula utk approval. Dah memang rezeki agaknya, kami dijemput minum petang kat situ. Ada sambutan harijadi. Dapat lah merasa makan mee soto.




Ni pegawai yang melayan kami tadi...terimakaseh banyak2 ye..

Mee soto..

Pukul 4:45pm kami bergerak balik ke pejabat diKuantan. Pukol 5:00 pm pun maklang bertolak balik Kerteh. Alhamdulillah...Tapi letihnya ya amat. Bila pikir nak ada meeting lagi kat Kuantan Jumaat ni tambah lah letihnya maklang...Habis plan ingat nak layan buat kek untuk hari guru kena tunda ke hari Sabtu. Minta kebenaran nak amek leave in lieu Boss macam tak kasi aje, so caj lah OT. Tak pelah jugak, boleh buat tambang pi jalan cukup bulan May, InsyaAllah...

Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Ibu di Kuala Lumpur

Assalamualaikum...


Penat sungguh rasanya hari ini. Badan rasa macam nak demam. Maklang sebenarnya baru aje tiba dari KL flite petang tadi. Semalam tengahari maklang ke KL kerana ada meeting pagi tadi. Tu pun berkejaran sebab nak solat zohor dulu. elok2 selesai solat, nampak macam ada tanda darah kat kepala. Darah nyamuk gamaknya. Apalagi, terpaksa solat semula. Maklang tiba kat airport KL 25 mins sebelum nak berlepas. Tiba KL jam 5.05pm. Masa nak naik lift nampak ada msg masuk dari kawan maklang. Pasal nak reply msg punya pasal, tak menyempat, terus tersalah naik lift. Keluar lift, pusing the other away, naik lift nak ke ERL. Elok2 keluar dari lift kat platform ERL, ERL pun tutup pintu...Hmm..nasib2...terpaksa tunggu lagi 15 min. Lewat lah tiba kat hotel. Berkejaran pulak nak solat Asar. Nasib baik sempat.

Malam maklang memang dah berjanji dengan kawan lama. Kawan yang dah lebih 20 tahun. Memang gang maklang rapat jugak dengan gang abang sorang ni. Alhamdulillah isteri dia pun yang memang ramah pun mudah rapat dengan kami. Kebetulan pulak nama dia sebijik sama dengan nama maklang.


Ini abang Kuch yang bermurah hati belanja maklang...murah rezeki dia...:)


Ini isterinya..baru bersua muka kali ke 3 tapi macam dah lama kenal sebab selalu gak bertemu jari kat FB..he..he.

+++++++++

Selesai solat maghrib, sekitar 830pm, dia datang jemput maklang kat hotel. Sebenarnya serba salah gak nak pergi sebab takutlah orang nak sambut Hari Ibu dengan isteri tercinta, tak aleh2 ada pulak sorang ibu dari Kerteh ni menyibuk! Tapi lepas dah diconvince, ok tak apa2, maka maklang pun menyibuk laa.... Tak buah tangan apa pun untuk mereka cuma beberapa biji coklat cup cake yang tak berapa naik..hu..hu...

Memang tak tahu hala tujuan, sekali Abang Kuch, bawak maklang pi makan kat sini...


Lama betul tak makan kat sini ada kot 15 tahun! Punyalah lama. Alhamdulillah...ada gak org nak bawak..Murah rezeki mereka..:)



Maklang MMS gambar ni kat Cik Abang..he..he..anak2 geram aje...tak pe..InsyaAllah..mak buatkan nanti...lagi original punya...


Ini gambar kami bertiga...berbual2 punya berbual kisah semasa, sedar2 orang dah nak tutup kedai. Memang seronok kalau bukak kisah lama masa kat Uni dulu...he..he..

Bila balik, maklang dapat hadiah Hari Ibu cum Hari Lahir dari mereka, cantek sangat alas meja tu, macam tau je kita suka..TQ all. Gambar dia besoklah pulak di upload ye..

Pagi tadi pun dapat hadiah gelang tangan 2 utas dari Sabah. TQ mak Enon dan babah. Gambar tak ambik lagi. Besoklah upload jugak. At least ada gak gambar nya untuk entry tersebut, Insyaallah

Petang tadi pulak dapat hadiah ni dari Wan dan Atok dan 3 helai kaftan, dah masuk bakul dah nak basuh. Besok kalau bibik dah basuh dan gosok, bolehlah maklang bergaya...Terimakaseh atas semua hadiah2...Maklang sukeeeee...senyum sampai nampak gigi!

Saturday, May 8, 2010

Alhamdulillah...bertambah setahun lagi umur maklang..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bertambah setahun lagi umur maklang...Syukur ke hadrat Illahi keran mengurniakan kesihatan yang baik dan keluarga yang bahagia. Syukur kerana punya suami yang bertimbangrasa dan sangat bertanggungjawab terhadap maklang dan anak2. Memang itu yang dipinta setiap kali selesai solat dan juga bersyukur kerana diberi rezeki yang tak pernah putus..Syukur kerana punya ibubapa dan adek beradek yang maklang sangat kasihi..Shukur atas segala2nya...Aminn

Pagi tadi lepas menonton Tanyalah Ustadz..maklang masuk ke bilik jahit...Terkejut bila nampak yang di bawah...Seronok sangat rasanya...Thank you Angah. Patut semalam dia nampak sibuk semacam. Rupanya ini kerja dia...




Sempat jugak snap barang2 jahitan maklang yang tengah serabut...Mesti Wan pening bila dia tengok sepah camni...Alhamdulillah tinggal 10 pouches lagi belum bersambung..


Maklang tak masak hari ini. Memang rest day betul. Rest kat dapur jer, tapi kerja kat bilik jahit tak leh tinggal..Tengahari lepas solat anak2 dan cik Abang dah cadang nak belanja maklang makan. Kami pi makan omputih kat Residence Paka...Lamanya tak kemari..

Macam-macam gaya anak2 ni...

Biasalah bujang ni memang manja aje dengan Along dia..

Kembang setaman di Maya tu



Fish and chips maklang..lepas dah habis...cam tak cukup jer..



Ini second serving untuk Cik Abang



Ini maklang share dengan Maya



Ini kami share2 beramai2



Ini gaya suami tercinta..:)

Lepas dari Residence kami ke MM. Nak ambik kek kat SR. Cik Abang dah tempah.

Sementara dia ambil kek, maklang dan anak2 ke Popular dan bertemu dengan Blogger Popular Puan Silversarinah..sempat gak sembang2 jap..



p/s Simah...tudung tu cantekkan..


Ada gak tadi Kemasik Idol sedang berlangsung kat MM..Kadang dengar sedap mereka nyanyi, kadang tak sedap...kami tak tunggu pun cuma dengar masa dok pilih2 buku..

Sebentar tadi upacara tiup lilin macam biasa. Saje suka2. Lepas tu sesi makan2 lah pulak..







Sedapnya...:)


Buat ibu2 yang maklang kasihi, Selamat menyambut Hari Ibu dan buat Mak yang tercinta...hanya ucapan Syukur yang dapat anakanda ucapkan buat Mak..Moga Mak panjang umur, murah rezeki dan diberi kesihatan yang baik...Amin...

Friday, May 7, 2010

Meh makan Nasi Bukhari

Assalamulaikum..

Alhamdulillah, malam ni perlu nak rehat kejap, sambil melayan blog pulak. Pagi tadi maklang cepat2 masak sebab pikir nak menyiapkan pouches 45 buah weekend ni. RE nya dah siap 42 sebab dah mula jahit since 2 minggu lepas. Tu pun celap celup je. Ada masa pegang, tak ada masa tolak tepi, pegang yang lain pula. Alhamdulillah adalah kerja nya juga.

Pagi tadi, jam 10:30pg dah selesai masak semuanya. Breakfast mee putih berperencah sotong Comet ( org sini panggil) - squid kecik, dan juga jemput2 letak sotong lagi untuk Cik Abang. Yang sebenarnya nak menghabiskan sotong tu. Entah beli dah 2-3 minggu lepas, so, since kalau tak buat macam ni sotong tu akan kesejukkan aje dalam peti ais ..kesian dia. Sambil2 tunggu Cik Abang balik dari hantar Maya tuisyen, maklang sambung masak untuk tengahari. Sebab tak ada idea nak masak apa, maklang hentam masak nasi Ala-ala nasi Bukhari. Hentam jer...he..he..Lauknya cuma ayam masak madu , ( masih ada dalam fridge so maklang tinggal tambah perencahnyalagi utk nak banyakkan..)




Sempat jugak tadi maklang jamu Chef tersohor, Kak Liza makan sekali...


Petang pulak layan lah pouches dari jam 3 sampai pukol 7, siaplah cuma 9 buah aje. Penatnya rasa. Yang lain besok lah pulak. Pinggang dah jem sangat rasanya...:(. Yang tinggal tak siap sepenohnya...adoiii banyak lagi tu!

Hari ini pun, Rm terbang melayang2 sebab mesin basuh rosak. Nak baiki motor dia aje,harga macam mesin basuh semi auto. Lepas ni kalau mesin tu rosak lagi memang maklang jual jadi scrap metal laa...:(