BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 31, 2010

Kerteh bersedih

Assalamualaikum...


Marilah kita sama2 berdoa dan bersedekah AlFatihah buat Allahyarham adek Amirul Ashraf dari tingkatan 3, Sekolah Menengah Rantau Petronas yang terlibat dalam kemalangan jalanraya yang sungguh mengerikan..Sedih sungguh rasanya...Moga keluarga beliau banyak bersabar...

Ini kali ke 2 dalam bulan Januari 2010, 2 kemalangan ngeri yang meragut nyawa penduduk Kerteh.. Kami walau tak mengenali keluarga Allahyarham turut merasa sungguh sedih...

Moga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya...Amin...

Al Fatihah..

Wednesday, January 27, 2010

Kelas RE pada 29hb January 2010

Salam untuk semua,

InsyaAllah maklang dan Kak Ina akan mengadakan kelas sulaman riben ( 1-3 )lagi pada 29hb January ini. Kalau ada siapa yang minat nak join, sila tinggalkan pesan kat sini. Sila lawati blog kami http://ribbonchanteq.blogspot.com utk keterangan lanjut.

Klas sulaman riben mod 4 & 5 juga akan diadakan pada hari yang sama.

Maaf, tak dapat nak updet banyak2 sebab maklang dah jadi macam lipas kudung, kerja terlalu banyak buat masa ni. Mungkin bila maklang nak rest then maklang akan updet lagi, InsyaAllah...

Take care semua, dan terimakaseh kerana sudi nak melawat kat sini...

Sunday, January 24, 2010

Kelas RE

Assalamualaikum...


Hajat hati bila balik dari ofis tadi, nak campak beg and terus baring atas katil. Penat semalam tak hilang lagi. Campur pulak penat dipejabat. Tapi memang tak dan nak campak beg, periuk belanga kat dapur dah panggil. Lupa sebenarnya...Dah cadang nak buat kuah mee rebus utk besok. Bibik dah siap blend kepala udang semalam. Ingat nak buat semalam, tapi keletihan. Memang tak larat lepas seharian melayankan anak2 murid baru belajar. Selalunya ber2 dengan kak Ina, tapi semalam dia tak dapat hadir sebab ada hal keluarga, maka terpaksa proceed jugak sebab bukan senang nak set time yang sesuai utk setiap seorang.

Alhamdulillah the class went alright dan harap anak2 murid semua paham dengan apa2 yang dipelajari, InsyaAllah..


++++++++++

Minggu ni kat pejabat memang sibuklaa...Keje dah mula masuk Alhamdulillah. Kadang2 tu terlalu penat sampai nak terlelap aje kat ofis. Togok kopi bergelas pun macam tak ada effect aje. Tu petang ni maklang berehat kejap sambil mengupdet blog. Nanti malam kalau larat nak mengadap jahitan yang tak habis2 lagi. Tapi Alhamdulillah...rezeki masuk...Mana tau kompol2 dapat lah maklang nak pi umrah lagi ke atau bawak anak2 jalan2 he..he...Moga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga...

So, meh layan gambar2 pulak...

Hmm...ada yang nak cucuk jarum pun nak berpinar mata sebab seharian dok main benag, riben dan jarum...
Tekunnya lah menjahit..
Mata sampai naik juling lah nak buat folded rose...gelihati maklang
Tekun...tekun..jangan terjahit jari udah ler...
Senyum simpul semenya...penat tapi riang ria..Cik Nor yang bertudung coklat tu...kenapa masam aje.?

Main sauk aje tudung wan...so maklang berwarna warnilaa..

Nasib baik dah the end of class, kalau lah maklang pakai kaler2 tak menentu ni, memang jem tak leh pk. Macam pagi tadi, tersalah pilih tudung bunga2 pakai dengan baju bunga2, sepagi maklang rasa tak selesa. Serabut betul! Tengahari bila balik, carik tudung plain, baru rasa selesa..

Setakat ini dulu laa...

Buat murid2 Ribbon Chanteq..moga kita bertemu lagi di wiken akan datang. Hope it will be as fun as last wiken...

Friday, January 22, 2010

Al Fatihah buat Sultan ku..

Assalamualaikum...

Marilah kita sama2 menghadiahkan Al Fatihah buat Almarhum Sultan Johor...Sultan negeri maklang dilahirkan dan dibesarkan...

Moga rohnya di tempatkan bersama2 orang2 yang dikasihiNya...Amin...

Thursday, January 21, 2010

Hakim Oh Hakim..


Assalamualaikum...

Lama jugak rupanya tak mengupdet. Mana tidaknya tiap malam maklang mengadap jahitan. ALhamdulillah siap jugaklah 2-3 tempahan. Ada jugak yang dah di pos. Sekarang sedang menjahit tudung bawal putih yang maklang tunjukkan dalam n3 yang lepas. Bila dah siap keliling tudung, nampak macam kosong, so, ni nak tambah pula dengan sedikit bunga tabur dan juga manik. Harap2 dapatlah siapkan dalam 2-3 hari ni. Lepas tu nak start table runner dan nak habiskan tudung bawal utk chef pulak. Doakan tangan maklang boleh gerak macam mesin, InsyaAllah...

Minggu ini kat ofis memang sibuk. Alhamdulillah berkat doa2 semua pekerja ( agaknya laa), dah ada banyak jugak job yang di awardkan kepada office kami. Moga ofis kami lebih success dari tahun depan, InsyaAllah...


Tak ada apa nak cerita sangat dalam N3 ni cuma nak catat sedikit kerenah anakanda bongsu kesayangan maklang laa...


+++++++++

Situasi 1

As usual kalau nak kejut Hakim untuk bangun pagi memang lah teramat payah. Satu pagi beberapa hari yang lepas, Hakim solat Subuh dekat pukul 8!


Mak.: Kim...cepat lah solat, dah lama habis waktu ni.

Hakim: ( Sambil jenguk2 kat tingkap sambil pegang sejadah)...Mak..matahari belum terbit laa..Hakim tak nampak pun matahari terit!

Mak: Laaa...dah terang benderang pul 8 pg matahari dah terbitlah tu...dah siang laaa..

Hakim: Ok laa.Oklaaa...


Gelihati tengok dia. Agaknya dia misunderstand yang kalau matahari terbit tu bila dah ada merah2 kat kaki langit. Ataupun dia saje buat tak paham sebab dah lewat!


Situasi 2:

Satu pagi dalam kereta, on the way nak hantar Hakim kesekolah agama.


Hakim: Mak...Akim rasa Akim macam tak enjoylah sekolah. Akim rasa macam tak nak sekolah.

Mak: Ok lah, kalau tak nak sekolah mak berenti kan Akim sekolah jelaa..Pastu mak kawinkan Hakim , nak tak?

Hakim: Mana boleh mak kan Akim kecik lagi kan...

Mak : Tau tak pe. Kan ke rugi kalau Akim tak sekolah. Kalau Akim sekolah senang aje Akim nak hadiah. Akim tinggal belajar rajin2, mintak Bidaman, mintak game apa pun mak kasi..

Hakim: Ok..Ok laa...Akim pergi sekolah laa...


Senang aje nak pujuk dia. Kadang memang gelihati tengok dia. Sebab sukakan sesuatu, dia sanggup belajar rajin2 atau pun baca buku sebanyak yang dia janji dengan mak dia semata2 nak beli apa yang dia nak.

Sekarang ni dia tengah target 1 buku game utk birthday dia. Sebab takut orang beli dari kedai tu since buku cuma ada 1 aje, dia kata, dia dah sorokkan buku tu belakang2 supaya orang tak beli...Lurus betul anak mak sorang ni...he..he..


Selamat berhujung minggu. Bagi maklang wiken ni sibuk rasanya sebab ada kelas RE kat rumah maklang, Doakan moga maklang boleh mengajar dengan sempurna. InsyaAllah...

Monday, January 18, 2010

Hari Akujanji SMKRP 2010

Assalamualaikum...

Nak updet kejap aje...ada 2-3 beg nak kena kemaskan. Customer maklang no. 1 dah sibuk bila beg dia nak siap. Selagi tak siap, memang pening. Tapi bak kata Along, kalau mak buat untuk customer mak yang ini, mak dapat penat jer mak...he..he...nanti dah siap, maklang akan tempek kat sini laa..

+++


Tengahari tadi ada majlis akujanji untuk murid2 yang nak ambil SPM dan PMR. Masa nak start majlis semua kena berdiri...lamanya tak nyanyi lagu negara ku...kelakar pulak rasa...Memang tiap kali bila ada majlis cam ni rasa sebak semacam...kenapa entah...

Ni maklang tempek gambar sekitar majlis tersebut..

macam james bong pulok anakku ini..never say never...terharu maklang baca apa yang ditulis..biarlah ianya menjadi rahsia...Insyaallah mak dan abah doakan kejayaan Dhirah dunia akhirat...
Ibu2 atau bapa2 naik ke pentas dan anak2 memberi surat akujanji kepada ibu atau bapa mereka..
Macam pesyen show pulak...mak2 tengah tunggu anak2 naik pentas
gelap gambar ni...tu maklang tengah baca akujanji dhirah..

murid2 tingkatan 3 dan 5 sedang berikrar di atas pentasanak sulong kesayangan mak dan abah sedang berikrar, sempat snap. Mereka berdiri belakang maklang
Along jugak yang steady kan...moga anak2 tersayang maju jaya dalam peperiksaan yang akan datang..

Saturday, January 16, 2010

Excited Part 2

Assalamualaikum...

Dah malam baru terasa...terasa penat sebab semalam petang kami ( maklang, paklang, Maya dan Hakim) pergi jalan2 kaki lebihkurang 6km. Jalan punya jalan sampai terlebih penat sangat sampai hari ini. Siang tadi tak terasa pulak. Ni baru pukul 9 mata dah layu semacam. Tapi tak boleh tidor lagi sebab dah kena 'bersih'kan benang2 kat pouches dan beg yang maklang nak pos besok..

Anyway, tu kisah semalam dan nanti lepas update ni.

Ni maklang nak cerita kisah excitement maklang...he..he..SyukurAlhamdulillah atas rahmatNya...

Patutlah sejak semalam, maklang terasa excited. Entah rasa tu takleh nak cerita. Rupa2nya ada aura dari Mekah..

+++++

Pagi tadi anakanda tersayang no. 1 dengan rajin nya dah siapkan English breakfast.




selesai satu bab, maklang tak yah sibuk2 nak masak breakfast. Bolehlah menjahit. Ingatkan nak selesaikan jahitan untuk beg2 yang dah ber RE...cadang2 lepas solat zohor. Lunch pun tak payah masak, cuma beritau bibik buat sup ayam campur dengan fish ball dan isi ketam. Letak pulak lada putih dan sayur2 lain laa...Sempoi je. Anakanda no. 1 nak makan. Dari semalam dia dah mintak. Selesai lah bab masak ari ni. Memang cadang nak jait enjoy2 main2 ngan riben...Bestnya...




Cik Abang pulak dah bawak anak2 ke MM sebab nak main bowling, tapi nasib tak menyebelahi mereka sebab kompeni minyak dah book lanes kat situ, ada tournament pulak...

+++

Itulah dia, kita merancang, tapi ketentuan semua dari yang di atas sana...

Jam 12 lebih Cik Abang balik. Hakim naik atas dengan hp Abah dia kata, Mak...Abah kata baca sms yang 2 yang no 601 tu..ooo...ingat kan apa tadi..Terkezut maklang bila tengok dari Cik Li dari Pengalaman di Kota Mekah. Memang ada maklang baca updet kata Cik Li jalan2 tapi tak sangka Cik Li sudi nak singgah kat teratak kami..Alhamdulillah. Terus updet kat FB. Lepas tu tinggallah FB, maklang nak masak buat tetamu dari jauh...Paklang pun excited sekali. Bincang2 nak masak apa, so we settled with mee mamak with lots of udang dan ayam bakar 2 ekor. Terimakaseh suami ku kerana nak tolong belikan barang2 tu dari kedai..

Sedang maklang masak2, Puan Rina talipon kata nak join..silakan...then Kak liza dan Ibu Sara. Malangnya Ibu Sara tak dapat hadir sebab ada urusan anak2...So, hampir jam 4, paklang pi ambil Cik Li kat McD...

Seronoknya kami...makan2, bual2 pasal pengalaman Cik Li di Mekah dan kembara Cik Li kat seluruh Malaysia. Almaklum...celebrity lah katakan. Dapat gak temukan 2 celebrity terkenal...he...he...


Ha...itu dia tetamu2 kami sedang menjamu selera. Terimakaseh Rina utk anggurs tu dan Kak Liza utk salad buah tu...
Sekali lagi kita posing, kata paklang..
Sempat jugak maklang kacau2 kan sagu, makan dengan susu cair dan gula merah
Chef tersohor pun ada tu...
Paklang tengah serve...silakan..silakan ..makan...

Sudah mula makan...makan lah...sedap ke tak tu..maklang masak jer...apa yang sempat...
Tu dia...gunting pun naik ke meja...nak gunting ayam sebenarnya...

Dah nak siap makan, kami posing2laa...
Posing lagi...harap2 tetamu2 kenyang semuanya...

Alhamdulillah...buat susah aje Cik Li dengan mug ni...
Dan paling istimewa, kain Kaabah...bila cium cebisan kain ni...terus rasa dah sampai kat sana...maklang tampalkan dalam Quran yang maklang selalu baca...jadi adalah sesuatu dari Mekah..dekat dihati ini...
Terimakaseh Cik Li, Nazir, Kak Liza dan Rina...kerana sudi datang tadi ..Rasa gumbira sungguh...dan maklang berharap Cik Li dapat doakan moga kami dapat ke tanah suci lagi, Amin...

Nanti balik sini singgahlah lagi kat rumah maklang ye...


+++++


Tak abis lagi ni...satu lagi excitement, maklang dapat call dari jauh...dengar macam Kak Sherry kata dari europe. Dia kata dia suka baca blog maklang...Alhamdulillah, dah dia nak order beg RE maklang, dan dia kata dia ingin nak jumpa maklang bila dia balik sini...Teruja sangat rasa, tapi maklang tak tau macam mana nak get in touch dan berharap kak Sherry dapat hantar mail ke maklang...Terimakaseh kak kerana sudi nak talipon maklang dari jauh2...:)


++++

Syukur Alhamdulillah atas segala limpah rahmatNya...Amin...

Friday, January 15, 2010

Excited

Assalamualaikum...

Seronok ...seronok...seronok...Sebab apa? Sebab hari ini hari Jumaat dan hari ini maklang bebas melakukan apa sahaja yang maklang suka nak buat. Bukan maklang aje, sesiapa pun yang tak kerja pasti seronok nak buat apa2 yang mereka suka..

Pagi2 ni sambil tengok dan dengar Ustaz Zalizan kat Tanyalah Ustaz kat TV9, ni maklang bolehlah berceloteh kat sini...

Malam tadi tidur tak berapa lena. Ada kawan kita yang bergumbira, berterbangan sambil menyanyi lepas tu menggigit orang nak tidur. Geram betul. Semalam tak spray pun bilik ni. Dah agak dah, mesti ada gangguan.... So sebab dok terjaga jaga ni, kepala ada senoneng sikit. Tapi tak mengapa...hari ni maklang excited.

Sikit je sebab kenapa maklang excited. Maklang nak jahit tudung Kak Yong yang dia dah pesan about 1 yr ago. Bagus kan maklang, simpan bertahun tempahan orang. Tapi nasib baik kak Yong bersabar...Terimakaseh Kak Yong :)


Tidur pun tak lena, dah lah kena gigit nyamuk, tapi sebab RE, semuanya tak kisah...he..he..InsyaAllah nak mereka reka lagi bunga untuk tudung...moga di beri idea oleh Allah swt, InsyaAllah..




Lagi 1 excitement ialah nak jahit 2-3 beg yang RE nya dah siap. Waaah...plan macam pinggang banyak kuat nak menatap depan mesin jahit. Tu je...he..he..

Hari ni pun maklang bercadang nak masak sesuatu yang nak buat anak2 dan suami yang dikasihi excited nak makan...bukannya apa...lemon chicken, udang butter dan tahu lembut. Sayur campur kot. Lama tak masak yang lavish2 untuk mereka. Semangat hari ini...

Anak2 yang 2 kecik pulak excited sangat. Maya nak gi tuition utk yang pertama kali. Ni tuition lain. Kat rumah pun ada tuition. Tiap kali ada tuition Maya excited semacam. Harap2 bila dia excited, pelajaran dia Ok laa..InsyaAllah...dan moga dia berjaya dalam UPSR dia...

Si Hakim pulak, entah kenapa, tak aleh2 nak sambung pulak Taekwando dia. Last yr tak mau pergi langsung. Kami ikutkan je. Asal dia nak. Kalau nak paksa tak jadi nanti. Mungkin ada kawan2 sekelas dia yang join , tu yang dia seronok sangat. Dan jugak dia tak sabar2 nak pergi bowling. Siap dah buat janji dengan Abah dia, tapi entah bila dia nak pergi tak tau laa. Asalkan dah berjanji, dia dah excited sangat.


Nak selit sikit..Ustaz kata, mandilah sunat Jumaat kerana ia mengkafarahkan dosa dari satu Jumaat ke satu Jumaat yang satu...

Oklah...ni je celoteh maklang buat pagi Jumaat yang indah...Semuga semuanya berbahagia di tempat bekerja atau berehat bersama keluarga..

Wednesday, January 13, 2010

Nyaris...

Assalamualaikum...

Malam ni rest kejap. Baru sebentar maklang kemaskan cushion covers kat bawah ni dan masukkan ke dalam kotak. InsyaAllah besok nak dipos lajukan ke Brisbane, Australia. Entah berapa agaknya postage nya. Moga2 diringankan timbangannya..



Add Image
Tersyok sendiri pulak bila tengok hasil jahitan sendiri. Berkenan dengan kombinasi warna. Alhamdulillah menjahit REnya pun senang sebab kainnya lembut sungguh. Allah sememangnya memberi pertolonganNya kerana menjahit kusyennya pun mudah sekali. Tak perlu buka 2-3 kali nak2 tang part zipnya sebab jahit atas kain tebal ni masalah sungguh untuk maklang...Apa2 pun Amin..kerana sudah selesai dan maklang ucapkan terimakaseh kepada Ana kerana mempercayai maklang untuk menjahitkan kusyen ini untuk hadiah harijadi buat kakak ipar nya...Maklang harap Ana puas hati dengan hasil kerja tangan maklang...

++++++++


Petang tadi lepas pejabat, maklang pegi date dengan Cik Abang. Apa lagi melayan hobby dia lah. Kalau ikutkan malas nak pergi sekali sebab memang pasti balik ke rumah lewat. Tapi lepas dah dipujuk masa lunch tadi...Tak nak ikut ke Abang...teman Abang jalan2 kat Dungun....?? Layan suami...??? Hmmm...Ku turutkan juga ajakan suami tercinta...

Hobby Cik Abang apa lagi kalau bukan tengok tanah. Last Friday dia pergi dengan Hakim ke Telok Bidara, dekat Dungun. Kali ini pergi lagi ketempat yang sama tapi tuan tanah yang berlainan. Lot tanah tu betul2 depan pantai. Memang maklang terpegun tengok keindahan alam ciptaan Illahi. Dengan hempasan ombak ke pantai memang menenangkan...Jiwang kejap tadi , masa Cik Abang dok berbual dengan tuan tanah, maklang pergi kesebelah pantai tengok laut. Sememangnya cantek sekali...

Lepas dari situ, kami singgah kat kedai mencari bahan utk Yaasin yang dalam progress. Apa yang dicari tak ketemu. Cuma dapat glue aja. Hampir 7:15pm kami bertolak balik . Biasalah jalan balik ni agak gelap. Nak2 jalan kat Bukit2 tu. Sebab nak kejar kan waktu solat, maka kereta macam nak jadi helikopterlaa ( kalau kapalterbang laju sangat lah pulak!). Sambil2 tu kami berbual lah tentang hobby Cik Abang .

Sedang kerete tu memecut, tiba2 nampak ada 2 ekor makhluk Allah ni lenggang lenggok cross jalan. Nasib baik maklang terperasan. Almaklum jauh dan gelap. Dan kereta tengah laju. Suspense jugak! Kalau tak tadi memang adalah perlanggaran antara anak dan mak lembu dengan kereta kami. Kereta belakang kami pun laju jugak dan nasib baik dia sempat break dan membelok ke kiri sikit. Kalau tak tadi memang kecelakaan lah kami. Syukur tak ada apa..


Tu je nak cerita sebenarnya..Otak dah slow dan mata dah kuyu..Lepas ni memang nak carik bantal...selamat malam semuanya...

Monday, January 11, 2010

Bz setiap masa..

Assalamualaikum...


Maklang kesunyian hari ini. Ye..hari ini dan esok. Sebab itu kena membizikan diri. Bila Cik Abang tak ada bersama, rasa sunyi pulak....dah terasa rindu walau baru pagi tadi dia terbang ke KL atas urusan kerja. Anak2 adalah ni bersama, suruh solat dia buat lagu rap pulak...Sabor je laa...kang mak tinggi suara kang, moncong jadik sekaki! Itulah dia bujang maklang...


Wiken lepas maklang sibuk. Sebab tu tak ada updet. Ni pun kejap aje ...

Mana tak sibuk, plan2 nak menjahit macam2.

Hari Jumaat, Wan Pari, Tok Uncle dan Aiman singgah kat rumah maklang. Bawa tauhu, taugeh dan lontong kiriman dari Wan..Alhamdulillah.

As usual, Jumaat sibuk menyiang ayam, ikan dan udang. Masak soto untuk tengahari. Nasi impit ( lontong ) dari Wan tak cukup sebab ada 3 aje, so, ptg khamis dah mintak bibik tolong buat lagi 4.

Tengahari pulak kawan Wan Pari yang also Cikgu Along datang. Lama mereka tak bertemu. Seronok bersembang dan makan2. Alhamdulillah.

Wan Pari dan keluarga balik ke KT lewat petang. Bila mereka dah pulang, maklang sambung menjahit. Alhamdulillah siaplaa sebuah beg lagi, dan beberapa pouches. Malam maklang menjahit RE pulak.

Sabtu lebih sibuk. Masak asam pedas ikan tenggiri utk lunch dan buat kacang pool utk breakfast. Selesai di dapur, maklang report duty kat bilik jahit. Seronok sebab 3 anak2 manja berkumpul sekali kat bilik jahit cum study. Adalah masa dengan mereka. Cik Abang pulak melayan TV kat bilik dan Angah pulak melayan Fb agaknya kat bilik dia.

Alhamdulillah sempat lah maklang siapkan alas katil berbantal 6 yang maklang potong beberapa hari sebelumnya...Syukur...

Ni dah 2-3 hari ni , maklang sibuk pulak wrap kan yaasin utk perkahwinan sepupu maklang. InsyaAllah raya China ni akan berlangsunglah majlis sambut menantu.

Kalau ada sesiapa berminat, Yaasin ini boleh jugak dibuat utk tanda mata untuk majlis cukur jambul ke, majlis baca Yaasin ke...Kalau berminat, maklang boleh buatkan. Harga sebuah RM4.50 sahaja...

Ni nak sambung pulak menjahit tag nama kat baju kadet Along yang baru ambil dari tailor petang semalam...

Selamat malam semua, jumpa lagi dilain waktu, InsyaAllah..

Thursday, January 7, 2010

Cuti- cuti Malaysia Dec 2009 - Cameron Highlands

Assalamualaikum...

Lambat hari ni nak updet. Maklang pergi ke MM dengan anak2 tersayang dan suami tercinta lepas dari office tadi. Anak2 sibuk nak beli file dan bahan2 untuk sekolah pulak. Selagi tak dibawa, tiap hari mereka mengengek. So, bila dah ke sana, kami makan kat PH. Lagipun nasi ayam yang bibik masak tadi dah habis. Pulang tadi dah dekat pukul 8.oo.

Ni nak masuk gambar pun ambil masa yang agak lama. Nampaknya nak menjahit pun lambat lah ni. Nak kena siapkan kusyen kawan yang tinggal sikit lagi ni supaya besok maklang boleh menjahit dgn mesin aje. Jawabnya kena tidur lewat lah nampaknya malam ni...Jom kita layan gambar kat CH pulak hari ini.

+++++++++++

Kami tiba kat CH dalam pukul 3 lebih. Memang sejuk kat sana. Tengok lah temperature kat luar was 16 deg. C. Sejuk you...Rasa cam kat luar negeri pulak...Terus terindu masa2 belajar dolu2.

Kami naik ke CH ikut Simpang Pulai. Oklah jugak sebab jalan tak terlalu berbelit2. Takut jugak muntah dan mabuk. Tapi Alhamdulillah sebab cuaca agak sejuk, melayan perasan konon2 kat luar negeri kami terlupa jalan macam ular kena palu...he..he..

Singgah kat Brinchang. Mabuk tengok sayuran. Memang kami nak beli sayur untuk nak makan tengahari. Nasi memang sedaplah sebab dah masak kat hotel di Penang pagi sebelum bertolak. Lauknya ada rendang dan sambal ikan bilis dari JB ,yang Wan buat. So, tinggal goreng sayur ajelaa...Singgah kejap kat Tanah Rata nak beli bawang dan lain2 bahan sekejap. Setiba di apartment kami, ( kami sewa kat Prima Villa di Tanah Rata. Booking dah buat lebihkurang 2 bulan awal dapatlah murah sikit. Biasa RM500/nite utk apt 3 bilik with dapur dan living room, tapi kami dapat RM350/nite),maklang dan Aunty Leen sinsing lengan mula bersilat dengan periuk belanga. Perut seme dah berkeroncong dan kami semua makan tengahari lewat hari tu.
Sedapnya sayur fresh. Maklang ketuk bawang putih dan goreng dengan oyster sos, lada putih dan sikit gula...Laku...



Petang semuanya berehat . Tapi maklang dan paklang sempat keluar ke Tanah Rata utk nak beli2 lagi sikit. Bekalan mesti cukup untuk nak masak pagi besok tu. Sempat jugak maklang cari kek untuk nak celebrate anniversary Busu dan Tie Leen yang ke 9. Alhamdulillah...










Setelah 9 tahun mendirikan rumahtangga, adek Bongsu maklang dah ada 2 anak lelaki dan sorang lagi dalam perjalanan tapi tak mo keluar dari perut Busu...( ampun tuanku...lama tak sakat u...)

+++++++++++




Besok pagi lepas dah breakfast dan masak ikan yang paklang beli dari pasar utk makan tengahari, kami keluar. Entah apa nama tempat ni. Memang mabuk kami tengok bunga ( asik mabuk je maklang!). Ada lah jugak mengangkut beberapa pasu kecik cactus. Biasalah kan, laling kata jangan beli, dia beli gak...last2 nak bawak balik Kerteh tak muat kereta, so sekarang ni adalah kaktus tu sedang menunggu untuk dibawa ke mari dari rumah Wan kat JB.








Memanglah mabuk dan geram tengok bunga2 an..ni..






Awww...ibu tercinta bergambar sebelah bunga2...memang dolu2 kami panggil Wan, Cik Bibah bunga2, sebab Wan suka buat bunga2. Jual bunga kertas jugak..Sekarang dah turun kat anak dia lah pulak!




Cik Maya pun suka bergambar kat bunga2. Itu sempat nak makan apa ke nama tu candie floss atau kami panggil alos semitai...masa kecik2 dulu...ada India angkat Tin biskut and jual kat kg2.







Lagi bunga2. Tak dapat nak tunjuk seme kat sini. Tapi maklang memang amek byk gambar bunga utk menjadi inspirasi utk menjahit RE maklang.







Kudup bunga matahari ni memang saja maklang ambil sebab masa kat CH maklang jahit bunga matahari. So, siaplah kudupnya malam tu..








Sempat jugak maklang bergambar bersama yang tercinta.








Dan snap gambar Atok dan Wan sedang berehat








Then kami ke KEA farm. Memang menggila tengok sayuran. Walhal lebih mahal dari kat bawah...Tapi mabuk punya pasal...hangkut jugak. Yang paling best was cendawan goreng tepung kat jalan masuk nak ke KEA farm ni. Memang sedap. Satu bungkus RM2.50 tak silap. Tapi meamng lah sedap. Strawberry celup coklat tu taklah sedap mana. Jagung manis tapi sebatang sampai RM3 tak silap. Mahai betul wooo..







Cik Maya pakai baju tebal Wan. Sojuk you..Cam kat London..













Ni cauliflower purple tak biasa nampak...kiranya macam jakunlah sikit!




Si kenit yang sungguhlah energetic. Kalau Abah dia tak pegang...mau dia berlarian cam tak ingat punya..






Cik Maya lagi bergambar dengan bunga2an

Lepas makan tengahari kat apt. kami keluar ke rumah kawan Wan. Kak Hanim sama2 ke haji beberapa tahun yang lepas sedang bekerja kat Hospital CH. Sempat la kami bergambar kat taman diluar rumah dia.






Maklang nak gak bergambar...teruja tengok bunga lily ni. Putik bunga lili nilah yang dikeringkan di masak air. Sedap jugak kalau digoreng. Kimcham tak silap nama putik lili tu.




Besok pagi kami pergi cari tempat untuk strawberry picking tapi tak ada strawberry pulak. Dapat bergambar dengan kaktus jadiklaa..




Dua dara dan 2 bujang bergambar..kat taman bunga






Sempat jugak beratur atas tangga bergambar lagi..ni kat tempat Strawberry kat Brinchang. Masuk free. Tapi mabuk kat sini. Bunga cantek2...











Tengok tu tomato banyaknya...geram. Memang sedap betul tomato kat sini...manis sangat.



Semuanya ada strawberry...



Sempat dia usik atok pakai handbag.
Strawberry sundae. Rm 6. kot. Tapi berbaloi!







Turun dari Brinchang kami singgah kat tempat wajib bergambar - Old Smoke House. 4 tahun lepas kami ambil gambar kat sini jugak. Masa tu kami ber6, tapi kali ni maklang dapat anak baru dah ber7. Maya yang hilang..

Pasangan romantis. Cik Abang paksa I pegang2 tangan dia tu...
Biasalah, Akim kalau tak merjuk tak sah! Merjuk sebab dia tak dapat nak snap gambar. Sebenarnya lapar tu!
Keluarga Busu.
Like father like son..part mana??



Lepas bergambar kami ke Taman Sedia borong jam Strawberry. Murah kalau beli jam kat sini. Pulaknya bumiputra punya. Memang berbaloi. Kalau beli kat pasar malam harganya lebih mahal by RM1.00 tak silap. Tapi memang maklang recommend untuk nak beli kat sini. Agro kat Taman Sedia.


He..he...semuanya meng 'dog' Alan dan Hakim yang merjuk...lapar tak boleh cakap tu...

Waaaa..pasangan bahagia...Alhamdulillah..Moga panjang umur, murah rezki dan diberi kesihatan yang baik..


Aaawwww...manjes..



Ni kat Agro di Taman Sedia




sempat makan2 kat sini...jangan tak tahu..acar strawberry pun ada.



+++++++++



Sebelum nak bertolak balik, paklang dah kasi sorang sebiji pil mabuk. Tiba kat Bharat teh kami singgahlah. Cik Along sibuk nak makan scone. 2 for Rm 12. Mahai betul Tie leen belanja 3 serving share2lah kita..Sedap gak laa..

Lagi gambar 2 sejoli.


Bujang tu merjuk lagi ke...tiap kali datang sini dia merjuk. 4 tahun lepa sada gambar kat sini..Merjuk gak. Tapi masa tu, kurusnya lah Hakim dan Angah pendek lagi masa tu!
Sampai aje kat Tapah R&R, Cik Abang bentang sleeping bag dan comforter dan kami bukak bekalan.. dan soru laa..apa lagi...









Kami tiba KL jam 4:30pm...Seronok betul jalan kali ini..Alhamdulillah...



InsyaAllah kalau punya kesempatan akan updet lagi. Tapi bila belum tahu sebab besuk rasanya tak nampak ada masanya . Banyak yang perlu di jahit..




Selamat berhujung minggu semua...:)


Sebelum tutup tirai...ni adalah 2 product yang siap masa cuti2 hari tu..Insyaallah besuk mau jahit kasi jadik kusyen cover..