BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 28, 2011

Having the family around..:)

Assalamualaikum....


Alhamdulillah minggu baru sudah pun bermula. Untuk di Terengganu, semalam dah hari pertama bekerja. Keadaan di pejabat, Alhamdulillah kerja tengah banyak sekarang. Moga Allah limpahi rezeki buat warga keje maklang termasuk maklang jugak. Kadang sampai terbawa2 balik fikir camana nak solve problem pejabat sampai ke rumah. Lama dah tak sesibuk sekarang dan lama dah tak bawa balik kerja ke rumah. Last wiken terpaksa juga buka kertas keje kat rumah. Sampai terlelap2 masa nak buat keje sampai kena tegur ngan Cik Abang supaya simpan ajelah keje tu dan tido jelaaa...mana tak nya, siang dah full time menjahit mengejar nak siapkan beg2 untuk Alang dan Wan yang nak buat umrah 31.3 ni, InsyaAllah...so, alhamdulillah dah siap dan akan di hantar ke sana 1-2 hari ni. Harap2 mereka suka. Beg bunga daisy utk Wan pun dah siap ( lepas 3 kali tetas sebab jahitan senget masa nak letakkan beg belah atas...:( ), Alhamdulillah...





++++

Minggu lepas ramai pulak tetamu yang datang ke rumah. Bermula dengan hari ahad, Mak De and Mak Long sefamili dan 2 anak arwah BIL dropped by masa on the way balik dari Air Menderu. Tak sempat jamu apa2 pun sebab mereka beritahu maklang nak singgah waktu dah pukul 10pg. Maklang dah pun tiba office. Nasib baiklah pagi sebelum gi office sempat lah masak lemak ketam dan masak lemak ikan tenggiri, so, dapatlah dihidangkan. Ang tak bestnya masak lemak ketam tu tak sedap langsung kata Hakim...hu hu... Kejap aje kat sini, masa maklang balik ofis, mereka pun keluar sekali nak ke rumah Mak De.


Hari Jumaat malam, Busu dan Alan tiba kat sini. Datang pun untuk wiken aje. Dah pun balik pagi semlam. Biasalah kalau Busu datang sini, Wan tak lupa mengirim macam2...he he...seronok dapat hadiah dari Wan dan Atok. Thank you banyak2..

maklang stop sini dulu lah ye...nanti malam kot sempat sambung lagi dgn cerita lain..

have a nice day my friends...tq for visiting.:)

Thursday, March 24, 2011

HK Discovery Part 6: Ocean Park

Assalamualaikum...


Diam tak diam dah beberapa hari tak tengok pun blog. alaaah biasalah kalau dah kat rumah, banyak benda lain nak buat. keje satu hal lagi, bila sampai rumah dah mentally exhausted, malas nak pk nak updet. dok pegang riben aje sebab ada date line nak kena kejar. Before may 1st maklang nak kena siapkan 40 pouches untuk majlis akad nikah anak kawan maklang nun di utara, Alhamdulillah...Insyaallah dan kejar tu. lagipun sekarang maklang dah dapat assistant minta tolong jahitkan pouches. tapi Re maklang siapkan. Kena ada yang standby sebab rasa2nya dalam sebulan dua ni keje akan melambak kat office ( Alhamdulillah..:)), so kemungkinan besar nak kena balik lewat amatlah besar...


Alhamdulillah Allah beri nikmat pada keluarga kami. Along dah dapat result yang cemerlang dan sekarang sedang sibuklah nak isi segala macam borang untuk nak masuk UPU tu...Abah dia pun sibuk sama, apply sana sini untuk dia. Moga murah rezeki dia untuk mencapai cita2 dia...Amin...


Kita sambung cerita kat HK lah ye...Lepas ni tinggal 1 aje lagi..:)



Pagi nak bergerak ke Ocean Park, kami bersiap awal. satu2nya hari kami keluar rumah sebelum jam 9pagi. Lepas breakfast nasi lemak ( kena heavy sikit sebab kat Ocean Park memang dia tak kasi bawa makanan luar sebab itu policy mereka macam yang tulis kat internet laa), kami pun menuju ke Ocean Park. Walau pun memang tak dibenarkan bawa makanan, kami angkut juga sedikit roti dan jem serta mentega kacang, sedikit biskut, dan buah2an. Air pun bawak jugak. Alhamdulillah lepas...taklah strict sangat. Maklang pun dah tanya kawan maklang macamana kalau bw makanan ok tak, dia kata bawak aje...so kami pun gamble jelaa...Alhamdulillah tak ada apa2.


Kami ke Ocean Park naik MTR lagi. Sampai kat Admiralty kami turun. Hari sebelum tu, ada travel agent dah approach kami kalau nak ke Ocean Park boleh pergi dengan dia. Tiket is about HKD250 per person. tapi kalau ikut travel agent tu, dia kasi diskon sikitlaa. HKD220 termasuk tambang pergi. Alhamdulillah lah tak ada problem. Mereka naikkan kami ke 2 taxi and bila sampai kat Ocean Park yang terletak lebih kurang 20mins away dari stesen Admiralty, ada kawan dia tunggu dan prg tu yang bayarkan duit taxi. Kemudian the 8 of us pun di bawa masuk ke Ocean Park.

Wah..memang seronok masuk situ. Macam Disneyland sikit2, banyak kartun2 ni semua. tapi of coz tak ada lah Disney characters.. Oklah tu. At 1st nak sewakan atok kerusi roda tapi atok tak nak. Dia kata dia nak practis jalan sebab Insyaallah nak buat umrah lagi cukup bulan. alhamdulillah dia ok masa kat OP.


1st sekali kami tuju kat bird park dia. ada bird show. Oklah jugak cuma tak faham sepatah haram. Semuanya dalam bahasa Cina, tapi adalah campur sikit2 bahasa omputih. Then dari situ kami jalan2 ke tempat Panda. Memang teruja sangat. then tengok ikan2 emas yang bermacam2 jenis. Memang teruja tengok keindahan ciptaan Allah. Alhamdulillah kami diberi peluang untuk dapat melihat ini semua. anak2 dan bapa anak2 naik lah rides 2-3 jenis kat sini. maklang pun ikut serta, tapi atok dan wan tak naik laa...cuma berehat2 tengok2 apa yang ada kat Ocean Park. Memang tempatnya tersangat besar dan terbahagi kepada 2, satu kat sebelah bukit sana dan dapat pergi kesana dengan menaiki cable car. Ada kot 2-3 km jauhnya...seriau dan kecut perut masa mula2 naik tu...nak2 bila melalui cerun2 bukit dan atas lautan....tapi Alhamdulillah semuanya seronok kat OP.


ni kat luar ocean park...kat pintu masuk

cantek nya dia orang decorate pokok2 jadi dinasour

ni one of the pandas kat Panda Village

suamiku teruja sangat....anak2 pun enjoy

anak2 yang 4...



antara ikan2 emas yang menarik:)
ada show jimnastic kat situ


on the way to the cable car...

excited budak2...




harimau pun didecorate...belakang ada hot air balloon tapi tak leh naik kerana angin kuat


setakat ini sahaja...maklang akan updet bila datang seru lagi...Stanley market pula...

selamat berhujung minggu....:)




Saturday, March 19, 2011

HK Discovery Part 5 : Space Museum, The Longest Escalator, Arena of the Stars

Assalamualaikum...


Semalam, I was too tired to continue. It was again a very tiring but enjoyable day for us!:)


++++++

The walk to the Space Museum did not look that far in the map, but in reality it took us about 15-20 mins before we actually reached the place. It was because we had to go into the subway to cross the road instead of just crossing the main road. Kat sini if tak ada zebra crossing tu tak payah lah nak cross because silap2 kang kot kena saman tak pasal2... Turun naik escalator, tangga, semuanya menyebabkan our legs too tired to even continue walking even further. Having to sit or rather half sitting/ lying on the so very comfortable chair in the space theater made all of us feeling so sleepy:) and I think all of us slept for a few minutes while watching the movie ( entah apa tajuk dia pun tak ingat). Maklang rasa, the ticket which costs us 25HKD per person was a real bargain since we had a good nap and can watch the short movie as well.


kat ladies market...anak2 excited...:)

outside space museum


di hadapan masjid Kowloon...kenangan di sini...


( I am already back in the house..arrived at around 4pm just now and now I am trying to finish updating this blog which was left untouched since last Monday!)


After the short movie in the space museum, we visited a few other areas in the museum which show the history about how men encountered space etc. Hakim was so excited because there were so many things that he could play and experiment with. Dia sempat naik pakaian yang digunakan di bulan...

Lepas dari situ, kami bergerak pulang dan selalunya nak balik ni tak lah susah sangat nak cari MTR sebab masa datang tadi dah cuba ingat2kan mana jalan yang di lalui..


Malam lepas dinner, lipat2 baju yang dah di cuci and then berehat laaa...:)



hakim nak etah aperkenama dia...konon2 jalan kat bulan lah tu...semua dia nak cuba.:)




abang, atok dan Wan bergambar dengan roket...Abang nak terbang ke mana tu??


maya dan hakim naik bus 2 tingkat pun excited...

on the way to the longest escalator in the world. lepas turun MTR kat admiralty kami naik Ting- Ting orang sini kata ( tram lah tu..:)), and we headed to the Central Market. Ingatkan ada apa lah kat situ...kot2 ada market cam Ladies market tapi tak ada apa pun...naik ting-ting, turun kat central market and then naik longest eacalator. Tak sempat naik sampai atas pun (800m long), kami turun kat masjid Jamia nak tengok masjid lama. Tengah ada membaik pulih masjid, took a few photos and we headed to the Museum of Medical Science. Maklang tak pergi pun , cuma Cik Abang dan anak2 sebab nak turun bukit cerun takut pulak tergelincir, so maklang, atok and wan just waited kat atas bukit tu...Akim kata...tak best pon Mak...:(. Dari situ kami naik cab menuju ke Masjid Osman dan Amar lagi untuk nak makan Dim Sum yang kami missed 2 days ago...Macam piranha...Kejap aje, 20 dimsum lesap....It was 3:00pm...Pass the lunch time...:)

gambar diambil dilanding antara escalator yg terpanjang di dunia...



Maya posing depan kedai Maya...kat Hollywood Street

On the way the Museum Medical Science...Along kata tak pernah tengok sign board senget cam ni...


Isnin: The longest Escalator, Museum of Medical Science and Dim Sum

tingginya dim sum..one bekas contains 3 biji dim sum...

kejap dah lesap.sedap2 semuanya..harga ranges from HK 10 (kot) ke HK25

nasi goreng seafood to go with the dim sum..sedap yang ni

ayam goreng ni tersangat gareng..




lepas makan kami bertolak ke Ferry Pier nak ke arena of the stars..naik ferry ni best sebab dapat menikmati keindahan HK...memang cantek sangat2..


canteklah jugak ambil gambar ni guna camera handphone. kalau guna DSLR, lagilaaaa...

kat tepi pantai

kat arena of the stars...tersangatlah ramainya manusia...siap ada one chinese girl berlari2 datang kat maklang nak ambek gambar sekali...:)


hakim ngan bruce lee


dari sini kami pulang ke 'rumah' dengan menaiki mtr lagi....lewat malam itu...tiba rumah dekat pukul 8 malam..


Next: Ocean Park..best!



Terimakaseh kerana datang sini...maklang harap apa yang dipaparkan akan dapat membantu sape2 yg nak ke HK...( macam maklang refer jugak kat blog2 mereka2 yang sudah ke sana...it was a great help:). TQ...)

Tuesday, March 15, 2011

HK Discovery Part 4:Ladies' Market and Space Museum

Assalamualaikum...


Selamat pagi!. Maklang tengah bau makanan...Shhh...I belum bersiram lagi.... baru selesai masak ...pagi ni...makan baked beans 3 tin with roti and telor mata lembu, soup cambell 2 tin with 1 tin button mushroom ( nak kasi muai). I ate roti with telor and sos je sebab I do not like the rest that much...:). Sempat jugak masak untuk dinner, which is a must everyday sebab by the time balik, semuanya kelaparan.. malam ni InsyaAllah crab stick with cili, ikan tenggiri berlada and dori masak tomato with oyster sos. ikan dori tu resepi made in HK sebab bahan tak complete, main campak2 apa yang ada asalkan edible ok kan? then malam nnt baru goreng sabah vege with some udang... he he...the food tu macam kita masih kat Malaysia aje...nothing Hong Kong -iii...


++++


Last nite, I couldn't even opened my eyes. Too tired after a lot of walking again. Alhamdulillah everybody was excited and happy apart from some small compalints...mak...akim laparlaaa...angah hot kejap kat Maya sebab Maya kata dia yang pilihkan Angah punya puncher yang bermacam2 jenis tu:) Anak2 kalau tak bertengkar memang tak sah. Jangan Mak and Abah anak yang bertengkar sudah lah kan...jem semuanya...


Angah has just gone back to sleep. Too tired I guess. Maya is back to her ironing. Abang is cleaning the already 80% clean kitchen..Biarkan dia...asal dia happy sudah. memang nothing new, when we go jalan2 he likes to clean clean clean and clean a lot.... maklang can blog he he..Alhamdulillah...:)


We started off at 10:00 am yesterday. Again by Aqua blue Residents' shuttle. HK5 per person. The journey took us about 20 mins before reaching the MTR at Tsuen Wan. Then we took the MTR to Mongkok ( I told my kids kat sini can speak pelik2 pun tak per coz they don't understand us but Angah said...Mak....kat sini jangan cakap cincin tau sebab makna dia teruk!)..We turun at Mongkok where the Ladies' Market is located. We reached there too early. Not all stalls dah bukak so, we had to tawaf twicelaaa ..kat sini macam pasar malam biasa laaa...minus foodlaa but with lots and lots of things to see and to buy. Mabuk you...the kids bought a few things. Along got herself some shoe laces, angah was sooo sooo very happy to finally got what she wanted. A set of punches yang banyak pattern tu. Opening price was HK430 but Abang got to bargain to 260HKD. Wah..bagus tu..dia dok kata nak lah Mak...so, pandai dia pujuk abah and dapat pun. I was not holding much money, so kena tanya banker laa...Kat Ladies' Market ni nak tanya harg pun takut sebab bila dah tanya and tak mo beli, nnt dia akan cakap bahasa dia laaa...complain kot sebab tye aje tp tak beli. so, sebab tu laa I tak membeli. Malas nak tanya and takut laaa...Abang bought 2 pieces of paintings. Cantek2. They cost him HKD 250 tak silap. As usual laa, bila jalan2 macam ni friends and relatives are always on my mind. Kalau nak beli untuk semua, tak muat beg laa... Ada lah beli tshirts for my nephews, ada juga ingatkan gak nak belikan for my MOPU team...( he ingat je..nak beli tak tau if muat tak beg:)..


About 2 hours there, then we headed for Kowloon Mosque via Mongkok Station - Tsim Sha Tsui Exit A1. Macam biasa ingat kan dekat tapi jauh lah juga. Tiba Mosque. solat zohor and there we met a lady from KL. Ramah jugak. Asal dari Dungun. Keciknya dunia.

We took a few photos there. And then ingatkan nak cari makan kat Chungkin House. Keluar aje dari masjid ada orang Pakistan nak usher kita makan kat kedai dia. Tapi abang was adamant nak makan kat Chungkin house, thinking that kat situ ada HK muslim food. But bila tiba kat situ, ada makanan Pakistan jugak! So, kami ate roti and kaya from our most setia makcik Kanteen. Alas perut jelaaa...alhamdulillah with 2 pieces roti, biskut2 yang ada, kenyang lah perut kami and we walked to the Space museum...


to be continued laa...nak mandi...nak gi jalan, and I am not ready yet. Bus kol 1000 nnt...will follow with some photos later Insyaallah...

Sunday, March 13, 2011

HK Discovery Part 3:Tuen Mun Town

Assalamualaikum,...


Rest...We need to rest our legs today. Yesterday's walking was too much for us. With the back problem that I currently have and abah's and mak's knee problem it is not ok for us to continue walking like yesterday. so, it was a taxi and tram day today.


We left the apartment about 10:30 am today. No rushing at all. After having breakfast of cucur udang and angel hair goreng from yesterday's leftovers, we took a Taxi to Tuen Mun Town. Two taxis for the 8 of us. Abang with Maya, Angah and Along, whilst I was with Abah and Mak and of course my bujang manja. It was a short ride which cost us approximately 50HKD ( RM 20.00) from the apartment to the Mall. Abang told me that this is the biggest mall in the New Territory. Yes, it is big alright. 4 interconnecting buildings and it is really BIG. It was a santai walk in the Mall. Wan bought a few undergarments, abang bought some socks. I did not get anything for myself. Tak de yang berkenan di hati.


We spent a few hours just walking and looking around and noticed that the Mall was arranged according to the types of things that they sell. On the ground floor, most of the shops sell electrical goods, 2nd floor sells makeups for the the ladies etc. The food stalls are on the 4th floor but of coz, we did not buy anything.

Before leawing the Mall, atok and Wan and my dear Abang terpikat with the luggage just outside one of the big stores. The price was reasonable..so we took home 2 hand luggage and one bag. Oklah...and the 2 youngest siap berebut, who should pull the bags...It was amost 1 pm...and Angah started to open up her canteen bag. Every time when the younger ones start to tarik muka, we know that the makan time is approaching. After 1 ZIP chocolate and a few pieces of Oreo, barulah boleh senyum...


We walked out from the Mall towards the tram station which is just across the road. Before boarding the tram, it is advisable to check the credit first. We weren't sure camana nak top up Hakim's ( tak tahu why his was less than the rest!). so, we paid the normal ticket for him. it is all about honesty here. Nobody will know if you do not pay when entering the tram, no guard , no turstile...u can enter the tram and then pay by ouching yr card on the machine, but then again nobody will check if you do not pay! ( But mana lah tau maybe there is something yang boleh monitor if the passenger pays or not!)



Not knowing where we were supposed to go, we turun at the ferry pier. then we took a rest kat situ. Just sitting on the bench, enjoying the view ad the Wan Wan the kids bought at the Mall.... then it was pusing2 in the Pier Mall. Oklah..Hakim kata..Mak..macam kat GM Plaza. We even found an Indonesian Toko...and since we arrived..we met quite a few Indonesians...even Malays jugak masa kat The Peak..but maklang rasa the Indonesians are friendlier that Malaysians kat sini..


Lepas the pusing2 there we headed for home..Luckily I had prepared meehoon goreng earlier on. the kids were starving!


I slept after lunch...enjoying too much of Angah's massaging my tired legs..then it was RE time again. Abang, Maya, Hakim and Along went to get some bread at the Piazza later in the evening.

Angah and Along are now busy cleaning the chicken for tomorrow's lunch/dinner which I will prepare in the morning, Maya has just finished ironing the partially dried clothes ( she is sooooo happy that today she finally could use the iron...sebelum2 ni its either the bibik doing it for her at home, or Mak yang gosok when we go jalan2:)

Oklah till we meet again besok, Insyaallah...( rasa stiff pulak tulis omputih ni...lama benar tak write in English except when writing technical things masa kerje!)


aMaya tengah tengok2 all those benda2 comei kat kedai. sorang dapat 50 HKD to do their own shopping! alaong and angah bought head phones gambar kartun apa entah...memang comei

Atok and Wan tengah choose the bag
just a view outside the Mall
melambak bus 2 tingkat kat sini...on the way to the ferry pier
Sampai kat Ferry Pier makcik kanteen beroperasi lagi
makan wan wan...suka benar dapat beli sebanyak tu!
Toko Indonesia kat Ferry Pier
Gantung baju kat cermin kat ruang tamu...sila ignore sotong tersebut ye..sib baik gambar golap sikit!

Saturday, March 12, 2011

HK Discovery Part 2: The Peak

Assalamualaikum...


Adoi..sakitnya pinggang maklang. Ada agaknya berjalan lebih 5km hari ni...mau lebih. Jem pinggang maklang, sakit lutut atok dan wan, bisa tumit Cik abang...anak2 pula ada yang nangis sebab jauhnya perjalanan... yang muka masam sebab penat tok sah cerita laa




kat bawah tanah ni
Nak tau kenapa? kami pergi jalan ke The Peak...memang pergi jalan literary laaa...Mulanya naik bus dari apartment..Cehh...konfiden betul. Turun jam 10, bus baru aje berlepas. So, naik balik. Pukol 1050 turun semula.Best je, minibus dia..relax aje, bukan macam minibus kita kat KL...Tiba kat tempat turun nak ke Metro,entah apakenama dia, kami pun mula menapak nak naik metro. Naik metro ni(MTR) ni, tiket dah dibeli masa kat airport, Octopus, macam Touch and Go kita laaa. Oklaaa senang nak jalan..Touch and Go ajelaa..Ingatkan MTR senang lah sikit sebab ingatkan...ingatkan je...laaa...dekat..rupa2nya ..mak oi..besarnya..memang besarlah tersangat2..nak menapak dari satu MTR ke satu..alahai..jauhnya...kesian atok, sampai terdengkut2. Keluar dari MTR , kami jalan2 kats hopping Mall dekat2 situ. Kononnya nak naik tram, maka naiklaaa...kejap aje, jumpa seorang perempuan Indonesia, dia kata dia pun nak ke The Peak, Keje kat situ gamaknya. So, kejap aje naik tram, kami turun kat Admiralty ( ye ke bang?), jalan dan jalan lagi across IFC building ( tallest building kat HK), barulah tiba kat stesen bus. Naik bus No. 1 utk ke The Peak. Bus ni ambik orang cukup2 ..semua kena duduk. No diri2. Oklah tu. Tempat duduk agak sempit untuk kami duduk 2 orang, tapi duduk ajelah...masa nak naik atas, jalan memang macam ular kena palu...mak oi...ngantuk nya mata...sampai nak terlelap nak tunggu sampai atas. Agaknya ada kot dekat 40 mins baru sampai. Sempat lah intai2 keindahan bandar HK dari atas bukit. Maklang tengok penempatan dan pembinaan macam kat UK dulu...macam laaa..agaknya sebab British Colonial kot dulu. Jadinya kebersihannya pun elok laa jugak. Batu2 tepi bukit disusun rapi macam kat kawasan perkampungan kat UK. Maklang suka tengok pemandangan nya...Cuaca pun sejuk sedang2 aje...so, taklah nak berbolot sangat..Cik Abang and Angah relax aje, pakai baju besa aje...Kami sempat makan2 sebab ada kantin bergerak. Angah letak tuna sandwich , oreo, pisang, kaya pun ada dalam beg dia. Waaah...kami alas perut kat The Peak. It was fun!

di stesen bas nak ke The Peak

Kejap aje kat The Peak. Maklang sempat lah tengok2 souvenirs utk kawan2...tengok jelaaa..nak beli teragak2, pulak tak ada pegang duit pun. Semenya ngan my darling. Tak pergi pon madame Tussaud's. Maklang dah pergi masa kat London dulu, tapi anak2 belum lagi. Atok ngan Wan kata ..tak payah laa...It was quite late masa tu..waktu solat pun macam dah nak habis. cepat2 tunggu bas nak ke Causeway bay. dengan confidentnya naik bus yang on the other side. tau2 bila dan sampai bawah and tengok2 rupanya kita dah pergi ke tempat berlawanan arah. nasib baik ada HK lady yang beritau ...that Times Square tempat kami nak tuju adalah kat arah berlainan..Mak oi....turun kat Pacific Mall and rehat2 kat situ. Nak cari MTR ke Causeway Bay pun payah..sebab asyik turun naik escalator kiri kanan...entah kat mana. Masuk exit lain2 tengok kat route dia tak ada pulak causeway bay yang kami nak tuju tu. Tanya2 org HK ni pun kita pun tak paham. Cam ayam ngan itik..sesat kejap. rupanya untuk nak ke causeway bay guna MTR yang sebelah lagi satu...jalan lagi...tengok atok dah terdengkot2..maklang punya pinggang pun macam dah jem. Tapi Alhamdulillah kami tiba kat Causeway bay. Dah sampai Causeway bay...jumpalah Mall dia. berpusing2 tak jumpa exit. rupanya exit dia kat Crawford Lane.

siap ambek gambar map MTR sebab dah sesat!



MTR dia....sayup mata memandang..bukan main panjang..bujang steady je..tak mo pegang ..kang jatuh tergolek, mau sampai Malaysia sebab MTR ni panjang benor!




Pakai Iphone cik abang nak cari route untuk ke Wan Chai road sebab kat situ terletak masjid. memang kena kejar waktu solat. Takut by the time tiba dah nak dekat maghrib pula. Ingatkan nak naik taxi aje, tapi tengok orang beratur...mak ai...sampai maghrib pun tak sampai. Alhamdulillah kami menapak pelan2 jugak laaa sebab atok dan wan nampak macam tak berapa kuat dah..Ceh...kata atok dan wan..maklang pun rasa tak larat sangat. sambil2 dalam hati berdoa..Ya Allah temukan kami dengan masjid...sebab tak tahu jalan pintas...kami pi tawaf dulu before sampai ke masjid. Bila nampak muslim HK ladies...leganya rasa. Sempatlah kami jamak zohor dan asar sekalian. Masjidnya besar juga. Kat tingkat 6 ada tempat makan. Ramai orang indonesia di situ. sempat jugak maklang tanya kat mana nak dapat ayam dan daging. Anak2 mmg tak boleh survive kalau tak ada ayam.. dan alhamdulillah org Indonesia tu siap kasi peta nak ke sana. Dekat benar dgn masjid. Kat pasar Wan Chai kat tempat jual daging ada satu dua kedai muslim. M. Naveed nama kedai yang kami pergi. Kami beli daging satu kati dalam 90K HKD. Ayam seekor, HK45K. Apalagi maklang beli ayam 3 dan daging dekat 1.5 kg. sempat beli taugeh, kucai dan a few other sayors...Oh ye, we crossed over kat pasar ikan and bought about 1.5kg ikan tenggiri. yang tak best tu kat kedai tu ada jual kodok. Angah dah nak muntah tengok ...mmg geli laa...tapi buat tak nampak laa...lega dah dapat makanan basah ni ..so no more pasar shopping. kami langsung balik ke masjid and makan kat sana. Nak tercekik makan in 20 mins sebab dah janji nak amek taxi at 630pm....Oklah the food, tapi mahalnya...makan ayam sekor yang dikukus ngan halia, nasi 7 mangkuk keci, brocolli sauteed with bawang putih dan kari ayam serta soup jagung was almost HKD 400!. ( about RM120 laaa).

cantek je, taugeh dia tersusun....:) tapi jualnya sedikit2 je, taklah bertong2 cam kat Malaysia


sedapnya tengok tomato ni..masih fresg bertangkai lagi..



We took 2 taxis home. Finally we could sit and enjoy the view. The trip cost us about HKD 250K ( for 1 cab) ( including the cost for the toll).


Alhamdulillah all of us are at 'home' now. Abang and Along and Maya are all in lala land. angah is now massaging Wan's leg after massaging Atok's. Hakim is now singing and not crying anymore...perut dah kenyang and hati pun senang!.

Maklang pula nak sambung sikit lagi meng RE...entah tak sempat sekuntum dah nak join Cik Abang ..he..he..Hopefully tomorrow, there will be more to look at and there won't be too much walking ...mau lusa melepek tak leh bangun...


Photos will follow later...tak leh upload pulak dr iphone ni...

HK Discovery Part 1: Hong Kong...

Assalamualaikum...








<
Maklang baru tiba Hong Kong petang semalam. Percutian yang telah di rancang sejak 7 bulan lepas kot. dapat tiket murah terus mintak tolong Busu yang book kan. alhamdulillah cuma abaout 400+ perperson. Cuma rumah dan kenaikan tak masuk bill. Dan bill untuk sewa rumah yang agak memeningkan kepala. Tapi bila tiba kat sini semalam, we are satisfied. Alhamdulillah. Ada 4 bilik bilik tidor . ada katil cukup utk all 8 of us. ada dapur, segala piuk and utensils semua siap. Sabun mandi , sabun basuh baju semua lengkap. Padanlah dengan harga sewa yang kami bayar. About 1,700+USD for 7 days. Alhamdulillah. Yang best boleh masak kat sini.









Kami bawa piuk nasi, pinggan2 dan periuk stainless steel dan sedikit kelengkapan dapur utk masak walaupun tahu kat sini seme ada, tapi rasa payah pulak nak menyamak sebab tak yakin apa yang telah dimasak dalam periuk belanga tu semua. Oklah. Kalau jalan2 ni maklang biasalah kat dapor. makan kena siap dulu supaya jalan2 kang senang. takut nak makan sembarangan sebab kita kan kena jaga makan... yang best tu bila jalan2 ni Cik Abang I rajin mengemas.. So, bila maklang dah selesai masak, ada yang tolong kemas....he..he... Sekarang sementara nak menunggu anak2 siap, ( dan maklang siap juga sebab lom bersiram), rehat kejap nak updet blog. Apt ni yang bestnya WIFI pun ada. So, lappy anak2 semua bernyawa laaa...:)











Dari rumah di KL semalam bergerak ke LCCT. Cik Abang drive kereta kami sarat. ada 6 beg besar, 6 orang besar2 dan 3 orang yang sederhana besar tersumbat dalam kereta. Sure polis yang tunggu kat LCCT tu terkejut...mak oiiii...ramainya yang keluar dari kereta ni...he..he..The flight was smooth laaa, apart from a delay about 30 mins. maklang siap membuat bunga riben dalam plane. Kurang boringlaaa...4 jam tu nak habiskan masa...sambil2 tgk muvi kat lappy yg along bawak. Sedar2 dah nak sampai aje. The food in flight pun dah pre order, so tak lah lapar...:). Credit to AA sebab kali ni kami pergi, the air hostess was extremely nice and peramah...rasa cam dah kenal lama jer...:)









Tiba HK 550pm. Kat immigration no problem. sesuatu yang kami kesal was tak bawak pre cooked meals. Kalau tahu tak payah lalu kat kastam nak cek barang, sure dah ada ayam masak serai, daging goreng, or other makanan yang boleh di freeze kan. Lain kali sape2 nak datang, bawak jelah apa yang teringin. ni kat sini kena sibuk masak pulak. ( maklang bw beras, mee hoon, spaghetti, roti , tuna, sos - kira about 40kg worth of makanan dalam tin dan pinggan tupperware dan periuk nasi and utensils) Semalam lepas sampai dari airpot kami naik mini bus. Kena 800HKD ( about RM320 laa), kami masuk apt, then keluar jalan ke supermarket beli barang dapor. Oklah harga barang2 taklah mahal mana. Banyak jugak lah lebih untuk tahan seminggu. InsyaAllah tak payah ke supermarket lagi...









Oklah sini dulu, nanti bila ada masa lagi, akan updet berserta gambar lain pula...kalau tak kang kena tinggal pulak:) selamat bercuti sekolah:)