BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 31, 2010

Bizi bizi

Assalamualaikum…

Selamat berhari Jumaat…Waaaah…seronok ek, cuti hari ini. Tapi bagi kami di Terengganu biasa aje sebab Jumaat memang hari cuti untuk kami. Semalam masa maklang cek kat email office dari rumah ( sebab I kan Mc..), HR ada hantar email kata yang cuti yang kerajaan dah umum tu, tak ada replacement hari ahad sebab ofis KL mmg dah cuti Jumaat, so nak selaraskan, cuti umum digantikan jadi cuti tahunan….hmmm sedih gak sebab ingatkan anak2 tak sekolah, tapi mak anak kena kerja. Office Cik Abang memang ganti dah….so tinggallah mak aje yang kerja. Tapi bila petang bukak lagi email, HR hantar revised email kata, cuti pulak sebab Terengganu dah umum cuti umum on 2nd tu…Yeay…


Malam semalam tak sempat nak updet. As usual sekarang ni cepat dah ngantuk. Dok makan ubat je kot sebab tu. Plus penat agaknya.


Semalam ingatkan bolehlah berehat. Tapi Alhamdulillah…maklang tak berapa batuk dah. Alhamdulillah ubat yang Dr Raj bagi tu sesuai ngan maklang. Sikit2 adatlah , InsyaAllah by the time habis makan ubat, batuk dah hilanglah hendak Nya…


++++++++

Pagi semalam, maklang ingatkan nak masak dulu sebelum bawa anak2 yang 3 ke sekolah. Hmmm..terlewat lagi. Gara2 makan Zrytec. Memang out terus! Tak sempat nak masak sebab kakak pun baru aje keluarkan ayam! Berdengkang kerasnya. Nak potong kecik2 bite size memang lah tak dan! So maklang potong aje bahan2 lain. Siapkan. Nanti balik dr sekolah boleh masak. Dalam hati, kol 10 dah boleh balik.

Unfortunately, masa sampai kol 9 ( dah lambat 1/2jam!), rupanya ada taklimat. Tapi tak lama lah. Kol 10 baru keluar. Dahlah dtg lambat makanya dapat no.13 laa. Maya masuk kelas 1 inovatif. Mula2 tgk list ada 46 students. Semua yang dapat 5A dari sekolah rendah Rantau petronas, semua masuk situ. Tapi cikgu kata ramai yang keluar ke sekolah berasrama. So, tinggal Cuma lebihkurang 13 aje kot ( masa maklang register tulaaa).PK Hem, Puan Hajjah Helmiyah tengah bagi taklimat sementara Puan Hajjah Jamilah...tengah gode PC ...apa masalah tu Cikgu? Puan Helmiyah baru aje bertukar ke SMKRP. Dia pun dulu, satu kelas ngan maklang masa sekolah menengah ...Alhamdulillah boleh dia pantau anak2 maklang jugak...kecik nya dunia...:)



Selesai kat skolah ingat singgah jap kat MM. Nak cari kain utk tudung Maya. Bukan apa, kain yang maklang beli mula2 tu payah nampaknya Maya pakai pagi tu. Kainnya nipis , so kat atas kepala tu tak berapa cantek. Tak apalah , nanti senang petang ni jahitkan lagi 3 yang baru. Kita jahit sendiri insya Allah taklah payah keluar duit utk tempah. Kain Angah pun kena jait jugak tapi tu tak urgent sebab kain Along ada. Nasib baik size sama.

Then ke TMC, shop sikit and by the time tiba tumah dah almost 12. Masak pulak! Nasib baik Angah tolong. Or else entah bila boleh makan. Lepas masak, sambung pulak buat kacang pool, then lunch, then masak pulak pasta. In the mind, thinking kak liza nak datang and petang memang tahu Kak Asmah nak dtg. As usual, kalau nak ada org datang, takut lah makanan tak cukup. Lagipun anak2 ni kalau tengok makanan yang dia suka…dia tak kira..:). Tak lah penat sikit untuk anak2.
our lunch yerterday, lauk campak2...:)

Terkejut maklang, masa tgh buat pasta, tak aleh2 mak Enon kata dia nak balik. Laaa..maklang ingat dia nak balik Jumaat! Sedih gaklah macam abrupt sangat. Puas pujuk baba tapi baba berkeras nak balik. Dan Kak Liza pun tak jadi datang sebab tujuan utama dia nak dtg is nak jumpa Mak Enon…:( So, kensellaaa…


Kak Asmah and abg Man tiba kol 6 lebih. Lepas mereka solat, maklang jemput mereka makan…Seronok tau kalau kawan2 yang dtg makan masakan kita. Tak kiralah sedap ke tak, janji ada usaha nak jamu kan. Alhamdulillah tengok Kak Asmah suka kacang pool tu. Siap Tanya resepi sekali!

Kak Asmah dan Kak Asmah, having late teatime...1st time makai kacang pool!


my pasta hentam..entah apa rasanya...Hakim pun menyebok makan sekali lagi..
My kacang pool set...enjoy looking aje lah ye teman2 alam maya...:)

Lepas mereka pulang, maklang mulalah menjahit lagi. Sekarang pouches dah yang ke 53/100. Harap2 long weekend ni bolehlah maklang siapkan 20-30 RE…barulah boleh bernafas lega…Masa ke MM semalam tu, kain maklang pesan dari Kamdar Kuantan tak ada. Maka mengkoreklah perca2 kain yang sama dgn harapan cukuplah nak buat lagi 14 buah dgn warna yang sama. Dan berkat doa, cukup2 je. Legaa...ni pun nak kena kejar jugak sebab ada pulak beg due 12th ni.... Untuk alas katil pengantin pun kainnya belum dapat lagi...Nasib baik lama lagi baru nak siap...

Wednesday, December 29, 2010

Batuk

Assalamualaikum...


Tadi pi klinik lagi. Lepas dah 3 minggu makan ubat batuk dan 2 kali makan antibiotics, tak baik2, maklang pi Klinik Dr. Raj kat Awana. Kali ni sebeban dia bagi ubat..macam biasalah...dan harga semuanya boleh dapat 8 keping large Pizza kat Pizza Hut! Nasib baik company bayar...




Dr kasi MC 2 hari. Takut sebenarnya nak cuti sebab rasanya bulan ni aje dah banyak hari ambik MC. Terbabas kang naye je kena tolak gaji...Adoiii...Nasib baik masih ada 2 hari lagi. So, penutup tahun ni dengan cuti. Punya lah tak sihat tahun ni...Last ambil MC tak banyak pun. Tapi tahun ni ada kurang sihat sikit..Nak buat macamana, nak bahagian masing2..

Bila balik rumah relax2 lah dengan bujang maklang. Tadi masa dia nak angkat air sembahyang, dia pulak jatuh kat bilik air. Kesian dia. Melalak dia...:(



Malam pula, Along buat stew guna daging kambing. Maklang makan 2 keing kecik je sebab dah makan sup ikan merah.


Hari ini production RE kurang lah sikit..tukang jahit tak berapa sihat...hu..hu...


Besok pagi pulak, walaupun sedang MC terpaksalah bawak budak2 ni pi sekolah. Maya nak register masuk form 1. Bila orang tanya...Maya dapat sekolah mana? Maklang jawab..Maya dapat sekolah Rantau Petronas aje...anak2 org lain ramai yang mintak nak masuk asrama, tapi anak2 maklang semuanya tak mahu! So, maklang kata kalau result tak baik...then baru masuk asrama....:)

Tuesday, December 28, 2010

Mak dan bapa angkat

Assalamualaikum...

Lewat update hari ini..keje banyak...tapi sebelum merepek maklang sekali nak ucapkan " Selamat Hari Lahir buat suami yang tercinta.Moga hidup sentiasa diberkati Allah dan dimurahkan rezeki...Amin...

+++++++


Hari ini maklang terlewat bangun. Nasib baik Cik Abang talipon kejut bangun. Biasalah kalau dia bertugas jauh, mesti dia talipon pagi2 takut tak sedar...haaa..betul pun pagi ni, agaknya sebab tidur lewat dan terjaga awal sangat sebab banyak nyamuk, bila dah lewat pagi baru terlelap...jadinya apalagi terbabas...

Terkejar2 laa...memang plan nak buat mee goreng for breakfast dan juga nasi kerabu untuk lunch. Sebab mak enon dan baba ada, naklah spesel sikit...rupa2nya baba tak pernah makan nasi kerabu walau pun bertahun dah duduk di Kerteh b4 dia berpindah ke KL..he..he...so ari ni 1st time dia makan nasi kerabu..




buat mee 3 bungkus, maka adalah belen2...kakak terus simpan dalam fridge sebab dia suka sangat mee goreng..sejak dari masa mula2 dia sampai Malaysia..

dalam pada maklang sibuk tu, sempat gak maklang belek2 yang in, now tgh tung





Alhamdulillah sempat maklang buat serunding kelapa dan kuah dia. Tinggal ajelaa lepas dah tumis tadi biar kakak tunggu sampai pekat. Sempat gak potong kan kacang dan timun. Kesian kalau nak kakak buat semua...Memang sedap lah makan tadi tengahari sebab lama dah tak buat. Serunding kelapa resepi Wan tapi kuah dia maklang modify buat macam kuah kawan maklang buat...Alhamdulillah selamat by nite time...:)


Sebab sekarang mak Enon dan baba ada, anak bujang maklang teruja sangat. Maklang kenal mak enon dan baba sejak mula2 kami pindah sini lagi. Kebetulan masa maklang mengandungkan Maya, mak Enon juga mengandung. Sua2 anak ke3. Tapi rezeki tak menyebelahi mak Enon kerana dia keguguran dan maklang Alhamdulillah dapat sorang lagi...So, mak Enon dan baba minta izin kalau boleh mereka buat Maya macam anak angkat.

Bila kak Maya ada mak and baba angkat, makanya bujang maklang pun teruja bebenor...

so, semalam masa jalan2, mak eonon konon2 merisik2 laa...ada tak org yang nak jadi anak angkat mak Enon. apalagi bujang senyum meleret2. Masa dia cerita kat maklang tu nampak sangat dia nak menahan kegembiraan dia. rasa cam nak pecah muka dia sebab dia menahan excited dia. Mulanya macam tak mo . Petang tadi pulak dia kata baba nak jadi bapa angkat dia..lagilah dia suka...Alhamdulillah..:)

Gelihati tengok org yang excited sangat ni..


Ini pulak pouches ekspree untuk kwwan di NS

yang ini pula 4 pouches yang dah siap.


Untuk hydrangea tu, maklang baru siap yg ke 42. Harap maklang dapat selesaikan dengan sempurna..


p/s kalau ada ayat yang tak sempura, maaflaa...dah tak leh buka mata dah ni...selamat malam semua

Monday, December 27, 2010

masak2 and jahit2

Assalamualaikum...

Maklang tersangatlah bz semalam. apalagi kalau bukan pasal masak dan menjahit.

Cik abang nak makan rojak india. Sekarang ni kalau buat rojak india, kena buat banyak. semua dah pandai makan. kalau dulu buat tak habis2 lah pulak...Alhamdulillah mak enon dan baba yang sampai malam semalam dapat gak rasa rojak india tu. Kak Liza pun dapat rasa sebab masa kami keluar malam tu, kami singgah kat rumah kak liza...he..he..rezeki tu..




Selesai masak kat dapur, maklang menggunting kain untuk nak buat samping Hakim. Tersalah gunting pulok...terbuang lah kain tu...nasib baik banyak kain...menggunting yang lain laa...rasa susah benar buat samping Hakim sebab buatnya sekali sekala je...Alhamdulillah lepas maghrib tadi dah siap semuanya...





at this time, anak2 yg 2, Hakim and Maya keluar makan ngan mak Enon and baba, maklang dan angah dan along makan nasi goreng and ayam lada hitam version Angah ...boleh tahan..tq angah..
konon2 dinner in bed...sekali entah macamana, nasi goreng along tumpah terbalik sepinggan atas alas katil maklang...alahai anak ku sayang...siaplah malam ni semut gigit kaki mak...kesian along, kena lap2 alas katil tu...harap2 tak adalah semut merayap atas katil nanti...

Sekian saja buat malam ini...Untuk suami tercinta..Selamat menyambut ulangtahun yang ke....he..he..moga panjang umur, murah rezeki dan moga jodoh kita berpanjangan serta berbahagia dunia akhirat...I love u sayang...

Saturday, December 25, 2010

Le tour d'Terengganu..

Assalamualaikum...



Alhamdulillah...akhirnya le tour d'terengganu yang bermula jam 10 pagi akhirnya tamat jam 5:20 ptg dan sekarang yang mengambil bahagian sudah lega boleh berbaring sambil merehatkan badan dan minda sementara pasangannya sedang mengupdet blog! anak ke 3 entah kat mana sekarang...tengah tengok Tv agaknya. cuma dia seorang aje yang nak ikut! yang lain nak rehat aja kat rumah!


Maklang, Cik Abang dan maya pergi ke KT tadi pagi. Memang dah lama cadang nak pergi ke khenduri Din, engr yang sedepartment dengan maklang... Alhamdulillah kami tiba jam 12.00 . Seronok dapat tengok Din jadi pengantin...dan of coz dapat makan...

Sempat jugak maklang jumpa Boss maklang dan 2-3 orang dari pejabat.


Lebihkurang jam 12:50 kami bertolak balik . Singgah kat Marang untuk solat jamak taqdim. Alhamdulillah dah selesai bergerak semula dan sempat berhenti kat Kelulur gerai 008 yang ada keropok lekor yang sedap! Belilah 4 bungkus keropok kering dan sedikit keropok lekor.

Kemudian meneruskan perjalanan untuk ke rumah ke 2. Kami singgah kat Dungun ambik mesin jahit tepi yang dihantar service. Lega mesin dah siap. Sekarang ada 3 mesin jahit tepi kat rumah...jahit jangan tak jahit! he..he...1 maklang pinjam dari Wan, 1 Alang punya dan 1 sendri punya...Alhamdulillah...nak kena ada spare kalau ada problem senang. Wan punya entah bila boleh hantar balik, tapi Alang punya tu macam nak buat harta je sebab dia pun tak menjahit pun!

Then kami tiba rumah pengantin, Hafiz dan Hakimah ( ofismate) di Paka, lebih kurang jam 3:30pm. Memang tak makan pun! Maklang sempat jamah lengkong, ambil pisang sebiji dan minum air sirap segelas. Cik abang dan Maya pun sama...perut tak leh terima pun! Adalah dalam 15 mins kat situ.

Rumah ke 3 di Kg Baru Kerteh, kami tiba hampir jam 4. Cik Abang ambil adalah 2-3 ketul kecik, ambik nasi sikit, tapi maklang dan maya tak makan pun...adoiii...perut sudah sakit...:(. Adalah 10-15 mins kat situ gak.


Rumah ke 4, ialah rumah Cikgu besar sekolah Maya dan Hakim. Setibanya kami di kawasan khenduri, DJ kata...kami mengucapkan terimakaseh atas kesudian Tn Hj. N dan isteri....laa terkejut maklang...dah lah kita tiba lewat, ada pulak yang jemput macam tu kat loud speaker...he..he..rupanya cikgu2 sekolah yang kontrol jadi DJ...sempat lah kami amek2 gambar...atas pelamin lagi you...Cik Abang kata...ha...ni kira our 19th anniversary picture lah ni:) . Cantek khemah dan perhiasan kat khenduri Cikgu besar. Anak pertamalah katakan..
ni si maya comel...ambik gambar kat gerbang..
ini bilik pengantin...cantek betul..
ni pengantin lama...19 tahun 1 bulan 3 hari..Alhamdulillah...
Lagi pengantin lama...


Potong kek pulak ( cikgu kata...untung datang lambat...org tak de, kita pulak yang beriye bergambar he he:)
Serba pink cikgu2...yang no 2 dari kiri cikgu besar..
Maya pula kat bilik pengantin

Moga semua pengantin bahagia sehingga ke anak cucu...

Friday, December 24, 2010

Apa Hakim buat hari ni...

Assalamualaikum...


Kami baru tiba dari KL malam tadi. Penatnya ya amat. Bertolak pun dah lewat. Maklang saja nak balik hari Khamis. At least boleh rehat lagi 3 hari kat rumah. Kalau terkejar2 lagi mau badan jem. Dahlah 2 hari lepas maklang ber MC. Batuk tak hilang2. Bila batuk kuat sangat pasti berdarah hidung. So maklang cuba tak mau batuk. Antibiotic dah bertukar tapi tak jugak baik. minta juga ubat telinga dari Alang tapi tak jugak dia nak hilang. Mungkin kena jumpa Dr. Raj kat Awana Kijal baru batuk nak hilang. Memang biasa kalau kena teruk2 camni, maklang akan pergi jumpa dia. Alhamdulillah sihat Allah berikan lepas berusaha makan dengan ubat dia.


Tengoklah nanti kalau tak kebah jugak, Ahad nanti maklang nak ajak Cik Abang bawak maklang ke clinic dia...bukan tak leh bawa kereta sendiri tapi saje ngada2 nak manja...:)

++

Siang tadi, before Cik Abang balik dari pasar, maklang sempat menjahit kejap. Masa maklang menjahit tu, bujang maklang sempat nak menyibuk jugak menjahit. Dia sekarang tengah suka buat cross stitch...he..he..ni yang ke 2 dia buat tau. Seronok pulak nampak dia ada minat , tapi dia kata dia malu mak cerita kat orang kerana dia menjahit. Laaa..apa salahnya kan...asal ada hobby tak kiralah apa pun. Tapi rasanya yang ke2 ni, dia macam dah malas aje nak menyiapkan nya..


Bila dia tengaok mak dia ke dapur, dia pun sibuk nak menolong, so Mak suruh Hakim buang kulit bawang pulak:). Rajin dia hari ini...entah apa lah kenanya tu...kot2 ada udang disebalik batu...:)

Petang tadi kami pergi shop kasut sekolah kaler hitam pulak...hmmm...nak sekolah ni, duit mengalir cam air! Maklang sempat jahit 3 helai tudung sekolah Maya, dan gunting kain sekolah Maya. Tak cukup kain pulak nak buat pinggang dia...kena belilah pulak kain...kalau nak tampal kain lain tak cantek lah pulak. So, minggu depan ni sebuk dengan kain Maya, kain Angah dan samping Hakimlah nampaknya...dan dalam pada mak sibuk nak siapkan baju sekolah...Maya kat....Mak..mak tak nak ke buat kan Maya pencil case baru...aduhai anakku...kesianlah kat Mak ni Maya...nantilah tengok camana, kalau larat Mak jahitkan utk Maya ye, sayang..



+++++++++


Masa di KL, kami sempat ke KLCC sebab Hakim nak sangat pergi Petrosains. Kami lunch kat Nandos. Anak2 enjoy sangat makan...as usual, dan for the 1st time maklong tengok Ucop makan berebut2! Sementara anak2 ke Petrosains, mak pulak pergi tengok wayang cerita Tron...memang sedaplah bagi maklang yang suka cerita merepek ni..



Sekian lah buat kali ini. Maklang nak solat isyak jap dan kalau larat nak sambung buat pouches yang akan due early Feb. Ada 100 bj nak buat, siap sulamnya baru yg ke 30 kot!
Adoiii...banyaknya lagi...:(

Selamat berhujung minggu semua

Tuesday, December 21, 2010

Majlis bertandang Wani @ Penang

Assalamualaikum...


Apakabar? maklang lama tak bersiaran sebab maklang dah seminggu lebih tak sihat...Memang lepas khenduri kat rumah Wani , maklang sakit. Pergi kerja pergi jugak, tapi kat ofis kepala senoneng semacam. Tak larat sangat sebab dok telan ubat batuk.


Agaknya sebab maklang terperanjat lepas jatuh kat masjid Kemaman. Tak nampak ada air kat pintu nak masuk dalam masjid. Tak pakai cermin mata. Lepas ambil wudhu menuju keruang solat ada tangga, masa tulah maklang tergelincir, langsung slide uncontrollable and langsung macam orang ski, jatuh terlentang. Maklang baring je terus kat situ kejap. Ada jemaah yang nak tolong, tapi maklang baring. Takutnya Allah aje yang tahu. Sebab maklang memang sangat berhati2 ketika berjalan. ALmaklum kita ni dah ada problem slip disc. Naudzubillah kalau tak boleh jalan...Ya Allah aku mohon bantuan Mu Ya Allah berilah aku keselamatan dari benca musibah dunia dan akhirat. Amin...


+++++++++++++


Last Thursday, maklang ke KL. Nak menuju ke Penang kerana ada majils bertandang Wani. Alhamdulillah perjalanan kami selamat. Kami tidur semalam di KL dan bergerak ke Penang petang besok. Memang lebuhraya sibuk. Agaknya hujung minggu. Hujan pulak lebat. Takut aje. Maklang yang dok telan ubat batuk aje, memanglah mamai2 je. Alhamdulillah kami tiba menghampiri jam 11 malam. Atok dan Wan serta ahli keluarga yang lain dah tiba awal.


Tak kemana pun. Memang berjalan2 sekitar hotel aje. Memang meriah lah bila semua dah berkumpul. Maklong and family, Mak Ngah and family, Mak Teh and family, kami seluarga, pak Chu dan Mak De sekluarga semua ada. Datok sudah pasti tak ketinggalan sebab ini cucu pertama datok kawin. Dapat orang Penang...Alhamdulillah..:)_


Kami kerumah pihak lelaki tengahari Sabtu. Memang sedaplah makan tu. Sebab Cik Abang duduk kat meja pengantin, maka kami semua dapat merasa lauk pengantin. Mana tidaknya, Cik abang siap serve untuk semua kaum keluarga yang duduk dimeja depan meja pengantin. Lepas majlis berlangsung, kami balik ke hotel. Apalagi, bila perut kenyang, mata pun senang nak lelap!




Malam kami makan at Subaidah. Kali ini trip Pak Teh dan Cik Abang pulak yang jadi host. Thanks Pak Teh and Cik Abang...he..he..moga murah rezeki semuanya.

Ahad pagi anak2 sambung berenang lagi. Maklang dan Cik Abang sempat gak ambil angin kat tepi pantai. Jalan2 pimpin tangan kat tepi pantai...lama tak jalan tepi pantai...bukan lama tak pimpin tangan tau..he...he...

Tengahari kami semua check out. Lepas makan, anak2 nak naik feri bila balik ke tanah besar. Kami jumpa balik Pak Teh and famili...hmmm...walhal merka cek out dulu...biasalah anak2 ni, kalau dah jumpa, havoc balik kat atas feri. Nak2 si Pipa yang ever so peramah. Ajim nampak takut sangat...asyik pimpin tangan mama aje...Kami berpisah lepas kat tanah seberang, masing2 menuju haluan masing2.


Perjalanan agak slow sebab ada accident dekat ngan kuari ...entah km keberapa entah. 3 tempat R&R kami rasa nak berenti, tapi semuanya packed. Last2 berenti kat Tapah. selit2 parking sebab jam dah 5 lebih dan belum bersolat lagi. alhamdulillah, hasrat nak bersolat dapat dilaksanakan. Dan selepas memborong buah2an kami pun bertolak menuju KL. Dan selamat tiba jam 7:30pm.


Hari ini maklang masih cuti lagi. Walau macamana pun, batok masih ada dan badan tak berapa nak kuat. Kadang2 masih terhoyonh hayang melawan kuatnya ubat batuk.

Maaf tak dapat nak letak gambar banyaksebab ni pakai pc Cik Abang. nanti dah balik rumah dah pakaiPC maklang, InsyaAllah bolehlah tepek gambar lagi,...:)

Ok sini dulu, nak siap2 masak jap and then nak siap ke KLCC, nak bawak anak2 pergi Petrosains...Hakim lama dah mintak nak ke situ sebab kakak2 dia semua dah lama dah sampai petrosains...:)

Thursday, December 9, 2010

Kerana Ngangkung


Assalamualaikum…

Hari ini cuaca lembap je. Malam tadi hujan lebat sangat. Bermula dari jam 10 lepas kami balik dari MM. Maklang menjahit sampai pukul 12 malam sambil updet blog etc. Tengok CSI jugak entah ulangan rasanya. Anak2 tak boleh tido sebab excited. Ketawa kami tak habis lagi ingat pasal cerita Ngangkung tu. Memang bestlaa…kalau tiket free nak gak tengok sekali lagi..he he…tengahari tadi masa balik lunch pun terdengar kakak dok bercerita kat Along padal Ngangkung. Along rasa cam nak pergi je..

Sungguhpun cerita Ngangkung tu kelakar, tapi ada gak hantu2 yang seram. Maklang ni memang penakut, time kluar hantu tu tutup lah mata..he..he.. Takut terbayang pulak nak tido malam. Masa tengok Ngangkung tu Hakim siap cakap….kang Hakim takut mimpi pulak mak…And mak being mak cakap kat Hakim…baca aje ayat kursi and ayat Quran sure lari. Kakak pun nyampok kata…alah Kim piat aje telinga hantu tu suruh dia keluar cam kat cerita Ngangkung

Macamana pun putera macho mak tetap penakut. Boleh dia kata kat Along..Along, Along tolong syampoo kan rambut Hakim tak sebab mak suka kalau rambut Hakim wangi…Pandai betul dia cari alasan! All of us knew that dia takut, and Along buat2 tak nak tolong…Selagi tak kata ye, selagi tu lah dia tak masuk bilik air…bertuah punya budak..So, terpaksalah Along teman dia mandi sambil syampoo kan rambut dia..kelakar budak sorang tu.

+++++++++

Itu cerita malam tadi. Hari ini belum Ngankung lagi. Takut nak usik dia lagi, ada nanti tak jadi kerja kena teman dia kesana kemari….

Maklang pula sejak malam tadi senoneng semacam. Agaknya sebab bertudung dari pagi sampai ke malam. Kepala naik pening. Masa ke MM tu tak ganti baju pun..and of coz tak bersiram..tu gaknya yang buat pening. Hari ni dari pagi sampai petang rasa tak best. Cuaca pulak bermuram durja. Mata ngantok semacam!







Sempat juga nak siapkan RE tu..Tinggal kelim baju je...Alhamdulillah...dapatlah nak tunjuk RE sempoi ga

Wednesday, December 8, 2010

Harry Potter & Ngangkung

Assalamualaikum

Alhamdulillah selesai sudah SPM Along. Sekarang tinggal berdoa aje moga2 dia dapat keputusan yang cemerlang...

Masa maklang pergi k esekolah Along tadi pagi, maklang dok usik kawan Along...sape nak pergi tengok Harry Potter malam ni..aunty belanja...knowing that only a few je yang habis exam hari ni and one of them is my dearest daughter...Bukan anak je lega..mak anak pun lega, tak payah lah nak berulang ke sekolah b4 start kerja and sekali lagi tunggu dia masuk dewan waktu tengahari...Dah 3 harilah lunch dalam kereta dengan dia...he..he...then tunggu dia solat kat surau sekolah, bawa naik kereta ke sekolah ( surau sekolah terletak between sekolah menengah dan rendah) and then tunggu sampai masuk dewan, barula mak lega nak gi ofis pula.


So, besok pagi boleh relax serelax2nya dan boleh memasak utk lunch b4 ke office and waktu lunch boleh relax makan kat rumah ngan anak2...:)


+++++++++++


Petang tadi lepas office, memang dah cadang nak bawa Along tengok HP. Kami dah pergi dah last week, so Along sorang aje laa...Malas nak pergi balik, maka maklang hangkut semuanya termasuk kakak tengok Ngangkung. Mula dulu masa tengok ad dia kat TV macam malas je nak tengok lawak yang tak berapa pandai...tapi lepas Cikgu Along kata best, maka berkobar2 lah nak menonton...He..he...gelak pecah perut esp bila si Pendita tu nak ambik gambar untuk nak masukkan kat FB...kelakar sungguh..patut pun kutipan was like 3.6M within 6 days...memang best...fully recommended. Pergilaa nonton kalau nak lapangkan fikiran...:).Lagipun cerita ni penuh dengan mesej yang mendalam...


Sebelum Me- Ngankung, kami sempat soru kat MM... Maklang makan thosei je and teh tarik yang diidamkan sejak malam sebelumnya, maya & akim makan sizzling yee mee, kakak and Along teh tarik je...Kenyang lah perut...so tak payah nak berpopcorn dalam panggung...:). Lepas dah soru, solat maghrib pula. Sebab Ngankong start at 820pm, maklang sempat menyulam kat ujung food court sementara anak2 n kakak pergi Toy'r us kejap. ( By this time along dah halfway ngan HP..start at 7pm)



kakak tak suka thosei..suka posing je
Maya with her yee mee and kakak
Sempat completekan jahitan ni yang dah 3/4 siap tadi
dan yang ni sekerat jalan...:)


Dan ni pulak...bunga straw yang ada angkut2...banyak betul angkut kat2 rumah kayu maklang ni...kadang kakak and bibik geram aje sebab tak habis2 nak bersihkan sarang angkut2...

Entah dah berapa lama dia melekat kat situ, kakak baru jumpa...maklang geli benda2 ni...yulk!


Ok sampai sini dulu, baju maklang nak pakai jumaat ni belom siap2..besok dah Khamis. kain dia pun belum jait. Jawabnya besok memang kena marathonlaaa...hu hu


Selamat Hari Khamis semua...take care...Wassalam

Tuesday, December 7, 2010

nasi tomato

Assalamualaikum



Seronok tak kerja hari ini. Lepas memasak untuk makan tengahari, maklang menjahit lagi. Buat sebulan dua ini, memang penuh dah dengan menjahit. Kadang mata kelabu asap sebab dok tenung riben. Kadang datang jugak pening kepala. So sebelum melarat, sebab rasa nak muntah dah tengok riben , baiklah berenti kejap. Kita blog kejap...

Mula menjahit benda ni tengahari tadi..tak siap2 lagi...

Angin rajin datang hari ini. Campur pulak rasa guilty sebab sejak SPM ni, maklang sama sibuk melayan buah hati no. 1 nak peksa. So, tengahari tadi kami makan nasi tomato, berlauk kari daging dengan daun selasih bersama dengan kacang botol goreng dengan ikan bilis dan kacang tanah. Elok lah tu, Dr dah suruh jaga makan, kita makan lagi benda2 cam ni, tapi pandai2 laa..jangan lah sampai berpinggan2...he he..Anak2 sukalah tu...Along especially. Cik Abang di KL lagi. Angah pun waktu ni dah sampai kat KLIA..entah2 tak habis lagi makan BK ngan Abah dia..:)Rindu kat Angah..apalah cerita dia kat Jepun tu...

Nasi tomato dengan kari daging dan telor berdaging...resepi baru minggu ini, Maklang makan masa kt Sara Thai di Kuantan last Friday, so, bega2 lah resepi:)


siap jugak jahit 2 kusyen untuk Wani petang tadi jugak. Mak De dah ambik pun untuk di bawa ke Kuantan besok..Harap2 Wani suka:)

Kalau kat kedai ST tu, nama resepi ni...Telor Beef steak tak silap...


Lepas dah lengoh menjahit maklang buat lagi pasta macam semalam. Along nak lasagna pulok. Yang lain tu kalau makanan camni...bukan main lagi:)

Terpaksa guna fettucini ( yg leper tu kan) dan ada bow pasta...lepas tu letak white sos, tomato and kentang hiris. Lepas tu parut cheese then bakar...Hmmm...takut tgk budak2 ni makan...:)


Mata dah nak lelap. Tapi rasanya nak tahan sikit lagi, kalau boleh nak siapkan gak jahitan tadi. 17.12 ni banyak sgt yg due...


Sehingga berjumpa lagi...:)

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah pun masuk tahun baru Hijrah. Alhamdulillah kami dapat berkompol membaca doa akhir tahun dan awal tahun tadi. Kami baca dulu then ikut pulak kat TV sebabnya Kerteh masuk waktu maghrib dulu dari KL. Moga tahun mendatang akan lebih baik buat kita semua dan moga kita dapat melipatgandakan amal ibadat kita, InsyaAllah...

+++++

Petang tadi lepas balik kerja,terus aje masuk dapo. Semenjak 2 menjak ni rasanya layanan untuk anak2 cam kureng sikit. Apart from mee kari , tak ada masak makanan yang pelik2 untuk mereka. So, maklang cuba ingat apa yang maklang makan kat SR tempohari. so, amek susu, butter, mushroom, lada hitam, potongkan bawang besar dan masukkan ayam serta, camporkan tepong ngan air, kacau2 atas api perlahan, jadilah soso cam kat SR. tapi tak lah makan cam roti. Maklang minta kak rebus pasta...he he..Alhamdulillah dapt thumbs up dari Along:). Bukan senang nak dapat thumbs up dari dia!..Syukur Alhamdulillah...



Lepas tu ingatkan nak menjahit baju kurung utk anak2 utk nak pakai masa khenduri hari Sabtu ni. Thema is purple. Dok mencari dalam lemari tapi macam tak ada lah pulak. sempat lah gunting 2 helai baju and konon nak jahitlah tadi. Tapi malangnya mesin jahit tepi buat hal...maka tak berjahit lah baju2 tu. Tapi besok terpaksa lah jugak jahit sebab Maya tak tak ada baju purple. Anak2 lain pakai baju yang dah ada. Korek punya korek jumpa pun baju2 tu..Alhamdulillah....:)

Malam ni maklang nak jait kusyen pulak untuk pengantin. Tak pe kot kalau letak kat sini b4 khenduri...2nd one sikit lagi siaplah Insyaallah. Harap2 mata tak merajuk and ajak tido awal:)
Salam Maal Hijrah buat semua...:)

Sunday, December 5, 2010

Ahad tiba lagi

Assalamualaikum...


Sekejap aje dah Ahad semula...and I do not like Ahad so much...hu hu...


Semalam seronok. Hujan sepanjang hari. Maklang tak berapa perasan samada lebat sangat atau tak. Tapi memang sejuk cam kat London rasanya. Macamana nak perasan lebat ke tak. Seharian maklang duduk terperok kat celah bilik atas kerusi feberet maklang. Melayan jahitan lah sambil2 melayan Cik Abang tengok TV...Alhamdulillah banyak yang siap. Masak pun mintak kakak yang buatkan steam siakap and goreng sayor. Maklang buat breakfast nasi goreng. Makan pun dah tak leh banyak2..Kena jaga sebab cholestrol tinggi you. Takut pulak.


Malam tadi jugak maklang siapkan 2 pouches dia sebab nak tunjuk kat tuan dia pouches dia. Senang dia boleh pilih kaler yang mana dia berkenan, sebelum maklang meneruskan misi menjahit
Ini pulak carnation utk beg telekong. Lama dah kawan ofis maklang tempah, baru semalam dapat pegang..

Banyak jahitan terbengkalai yang maklang dapat siapkan...Memang teruja. Maklang pun dah potong baju untuk nak pakai masa wedding Wani nanti. So, sekarang ni tengah mencelah mengRE sempoi2 untuk baju sendiri. Kain batik utk pakai ngan baju kosong pun tak berjahit lagi. Berangan hari Selasa ni maklang nak siapkan, baju maklang, Maya dan satu lagi, samada Along or Angah boleh lah pakai. Baju Hakim tak ada purple, mungkin dia pakai pink kot. Baju Darling maklang sepasang ngan kain maklang. Kami beli masa kat Indonesia beberapa tahun yang lepas, ni baru nak pakai...:)


Tengahari tadi makan mee kari. Maklang buat pakai santan kotak sebab nak cholestrol free konon. Pekat pulok...Tapi anak2 and darling I enjoy je nampaknya makan. Lain kali kalau buat nak pakai fresh milk je...macam kat US dolu2...




Petang tadi kami gi makan kat BK. Tengahari tadi Along dah pujuk Abah dia suruh belanja makan kat situ...Layan jelah anak manja sorang tu. Maklang share aje satu Whopper dengan Cik Abang..kenyang lagi...( hmmmm sape lah melepaskan gas ni...bucuk giler...nak menaip pun rasa nak muntah!)
Tu budak yang ambil SPM...mana2 pergi mesti dia hangkut buku dia..Moga lulus dengan cemerlang hendakNya..Amin..
wah Cik Abang..enjoy...
Tu...sedapnya makan...

Oklah setakat ni aje...tak ada apa nak cerita laa...RE lambai2 tu, takut nanti baju maklang sebelah aje yang siap!

Sehingga berjumpa lagi besok atau lusa atau tulat...atau bila2 ada masa dan rajin nak updet!