BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 14, 2012

Hari ini ada pelangi...:)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dapat jugak maklang nak updet blog ni. Payah betul nak cari masa sekarang ni. Nama aje duduk rumah tak ke pejabat tapi maklang rasa maklang macam tak banyak masa nak berblog...huhu... Sibuk sangat sekarang...

Macam hari ni, lepas Subuh tadi  maklang terus aje ke dapur nak buat breakfast. Walau dah cakap kat bibik minta gorengkan karipap yang maklang buat beberapa hari lepas utk dibuat bekal anak2. Hakim pulak tak berapa suka karipap. Dia suka yang inti keledek. Sama juga dgn Cik Abang. So, tadi pagi sempatlah goreng kan nasi utk Hakim dan Abah dia.

Selesai breakfast dan setelah Cik Abang ke office, maklang sempat jugaklah mengkaler2 RE maklang. Kejap aje kot. Pukol 9 dah berenti dan bersiap utk ke pasar. Peti ais dah nak kosong tak ada bahan utk nak di masak. Cuma ada ayam jelaa. Tiap hari makan ayam muak. Maka maklang pun ajak bibik ke pasar Kerteh. Ikan tak berapa nak ada sebab sekarang hampir tiap hari hujan lebat aje. Maklang pulak dah 2 minggu tak ke pasar pun. Cik Abang je yang pergi. Alhamdulillah dapatlah sikit ikan merah, ikan cencaru dan udang. tapi nampak macam tak berapa fresh. Maka menyupirlah maklang ke Kemasik utk cari ikan lagi.  Alhamdulillah dapat ikan kunyit, ikan kapas dan ikan selar dan seekor lagi ikan cencaru...Serba sedikit...Then zoom ke Kg. Cabang ingatkan nak beli jagung untuk nak buat sayur asam yg Cik Abang suka sangat, tapi tak da rezeki. Bibik laa yg buat sayur asam tu sebab I tak reti. almaklum masakan orang Indonesia macam yg makan kat rumah Wan Sarah tempohari. Sampai ke rumah mengerjakan peti ais sampai dekat kol 11:45 kot. Then masak sebab cik Abang balik lunch pukol 12:35 gitu. Aiyooo maaa...kena cepat2 sangat. Sambil masak  sambil siang ikan. kelam kabut sungguh tadi. Bila dengar bunyi kereta terus lah berlari ke atas utk nak bersiram. Sempatlah I berlunch dgn Cik Abang.

Sambung kemas fridge lg, solat , amek anak dah pukol 2:45pm. Kemas riben2 sampai dekat magrib baru siap...sib baik angah tolong2...


Macamana nak mengupdet. Wiken lepas pulak ke KL...Macam tak sempat rehat aje...huhu...Anyway. jom jamu mata lagi:)


 ada yang dah warnakan ada yg tak nak diwarnakan...
 hari ini orchid pelangi berbintik..seronok main warna2 ni... therapi minda betul!

 dapat pulak hadiah brooch dari Malaysia Timur hari ini...Alhamdulillah:)
Sehingga ketemu lagi...daaaa

Tuesday, October 2, 2012

Mewarna:)

Assalamualaikum...


Alhamdulillah hari ini badan rasa sihat sikit. Maklang tak makan ubat selsema dah sebab ubat ini mmg akan menyebabkan mengantuk tahap gaban..Biar batuk sikit2 tak pe...selsema sikit2 pun tak apa..yang tak boleh tahan ngantuk banyak2 tu..Lemah 1 badan!

So..bila dah sihat mulalah menyambung minat baru maklang. Lepas selesai menyulam...maklang lepas tensen dengan mewarna...sangat2 membuat maklang bahagia!:) Jom cuci mata:)

Sejak lepas Isyak dan lepas berbual ngan wan atok kat talipon tadi, dalam 9:40pm maklang mula main2 warna..Mengasyikkan sungguh. Siap utk 5 pouches ni:)




 Semalam siang, maklang layan memanik utk dijadikan bag. Permintaan dari seorang peminat beg2 maklang di seberang tambak Johor. Kali ke2 dia menempah dari maklang...Alhamdulillah

 Yang ni belum bertuan...tapi kalau tak ada yang nak atau ada yang nak boleh jugak dipertimbangkan!

Yang ini maklang buat lepas tengahmalam tadi ( kira ari ni laa..)..seronok mencampur warna...dan bila dah siap macam batik pulak...Bahagia jiwa...Syukur Allah beri ilham utk dapat nak buat macam batik..so sikit lebih kurang tahulah macamana nak hasilkan lukisan/ sulaman batik!


Ok ...selamat malam....jumpa lagi di lain waktu:)

Monday, October 1, 2012

Tumbang!:(

Assalamualaikum ..

Hari ini hari ke2 tumbang...tergolek je atas katil for 1/2 hari. Bila malam telan ubat selsema, pasti besok lepas subuh kena continue tidur! huhu...banyak rugi masa. tapi Allah suruh rehat agaknya. dan maklang akur. or else tak sembuh lagi banyak keje tak jadi:(

Sebenarnya penat pun iye, kena ujan pun iye. Last khamis kami ke KL. nak hantar Icop n Min balik KL sekali dengan nak letak alamat malaysia kat paspot kakak. Malam tu kami tiba cepat. Ada pilot bertugas atas jalanraya! haha..bertolak 6:05pm ( dalam ujan lebat tu)...tiba chukai berenti kat bank jap dan bergerak ke KL sekitar 7:25. Pukul 10 :15 kot dah tiba KL. tu pun sebab brenti isi minyak kat Genting Sempah dan beli Mc D yang amat slow about 15 mins baru dapat pesanan. Apa2 pun alhamdulillah selamat sampai. Takut jugak den malam tu...huhu..Alhamdulillah perjalanan Allah pelihara. Janganlah buat lagi. penat rasa sebab badan tercampak2 sebab jalan kat situkan ke simpang siur sangat...

Jumaat pagi maklang ada mengajar. Malas sungguh nak buat. 1 orang je pulak. Maklang kalau sorang ni maklang mark up sikit fee . 4 jam je mengajar nya. maklang ajar rose Cameron Highlands dan matahari stumpwork.
 

 Cik abang , angah dan kakak ke Kedutaan untuk urusan paspot. Selesai kat situ, cik abang ajak ke rumah makngah kakak cik abang. Lama tak bersua dan biasalah bila bersua...updet cerita anak2 dan diri masing2. Seronok. Cik Abang lagi seronok sebab dapat makan satay Willie! lama dah dia nak makan ni ( tapi Cik abang kalau satay tiap ari pon tak pe sebab kesukaan dia). Balik dari rumah makngah, maklang dah rasa weng sikit..


Sabtu pergi ke wedding kawan cik Abang punya anak. sempat bertemu dengan kawan office lama dia  cik Penyu Lawa yang terkenal pandai masak...:)
  Cerita projek apa tu?

 Maklang ngan Penyu lawa...lamanya tak bersua..kalau tak di tegur mmg maklang tak perasan...PL kata, puas dia lambai..bila maklang tak nampak dia dtg tepuk bahu maklang...Maaf ye PL..biasalah bila dah ramai2 tu..mata I jadi kelabu tak tahu mana nak nengok!
balik dari majlis, cik abang bawak maklang ke IPC kat Ik@no...Alhamdulillah dia belikan maklang 1 biji ni...sebab dah penuh sangat kot PC ni ngan gambar riben:)...kena keluarkan masuk dalam benda ni. Satu lagi tu utk anak dara maklang yang jauh di mata...mengengek bagus punya...abah dia pon beli 1..abah kata...ganti je ngan duit baru dapat tu...hehe..

Bertolak balik ke Kerteh sekitar 6 ptg, lepas stopover kat Wendy's kat Kiara ..anak2 nak makan...tiba rumah jam 10:45pm lepas berenti solat kat Kuantan rest area. Pilot penat so co-pilot bawak dari Meraga Brisk sampai ke rumah. Alhamdulillah..


Doakan maklang sembuh dari batuk ni..keje banyak menunggu!



Monday, September 24, 2012

Kalau dah rezki...Alhamdulillah


Assalamualaikum...




Masih penat lagi. Mata pun macam kelabu aje. Maklang baru balik dari KT dalam 6:30pm tadi. Keluar dari rumah dalam almost jam 11:30am.  Pergi xerox IC, pos barang, ambil docs dari Cik Abang kat office dia, ambek kawan yang nak teman, then ke rumah JKK utk nak mintak sign some documents. Petang semalam dah pusing keliling, jumpa JKK jugak dan Adun kat sini nak minta sign. Terpaksalah maklang  pergi zoom zaam nak siapkan keperluan. Rugi kalau tak buat...at least dapat gak nak bantu anak yang nak bli BB dia. Alhamdulillah tiba KT almost 2 pm, pergi makan dan about 3:00pm urusan selesai...Dapatlah ongkos bantuan masuk IPTS. Sangat mesra alam En. Mazalan kat Yayasan. Terimakasih kerana menyenangkan urusan tadi dan TQ Mi kerana teman akak ke sana:) Syuur Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya:)









Selesai aje, kami singgah pasar payang sebab kawan maklang nak beli baju utk suami dia. Maklang sempat rembat kaftan aje..2 utk mak kakak ( kakak nak balik cuti kawin InsyaAllah bulan 10 ni) dan 2 untuk sendirilah. Berkenan tengok batik lip lap tapi macam tak tergamak nak beli sampai beratus2 RM. Sebab sekarang hidup dengan bantuan keewangan dari suami. Kalau masa kerja sendiri dulu boleh lah suka2 hati nak joli...Tapi tak apa pon...I am happy the way it is...Alhamdulillah





Malam ni nampaknya kenalah siapkan table runner yang maklang dah mulakan 2 malam lepas. Tinggal manik sikit and nak buat bunga sikit2 je lagi.




Moga Allah permudahkan...Amin...

Friday, September 21, 2012

Assalamualaikum!

Assalamualaikum...

Hmmm..Lama tak updet. 3 bulan kot! Malas dan sibuk. sebab kalau nak sangkut kat sini mau berjam2 sebab suka letak gambar. So hari ni ni kalau rrrrrajin je kang adalah gambar. Banyak yang berlaku sejak 3 bulan tak updet dan maklang pun lupa apa yang maklang dah buat! hehe

Yang paling ingat...maklang baru balik dari Bandung. Shopping tak ingat punya. Tak ada rancangan nak shopping tak ingat pun sebab tak ada hajat nak menjual kain. Tapi bila maklang updet gambar baju kahwin kakak ( ye...akhirnya Kakak nak kawin dah InsyaAllah dalam bulan raya ni! ~ Alhamdulillah!), ramai pulak yang nak membelinya...Rezki dari Allah. maka bermulalah explorasi mencari jubah2 yang kawan2 maklang berkenan. dan juga membeli koton2. Maklang cari yang maklang suka je. Sebab dalam hati sekiranya tak terjual...pakai sendiri lah jawabnya...Setakat ni memang sangat memberangsangkan..Alhamdulillah...


Sebenarnya ke Bandung, asal tujuan bukan kerana itu. Tujuan asal nak gi tengok baby maklang yang dah pun masuk kuliah di UnPad...alhamdulillah besar dah anak mak. InsyaAllah 5.5 tahun lagi gradlah dia. Doa mak sentiasa buat anak sulong mak dan anak2 yang lain. Sibuk jugak selama 5 hari 4 malam di sana. Tiap hari berulang ke Jatinangor dan juga ke Pasr Baru ( hehe). Jatinangor ni 20km je dari Bandung, tapi nak tiba ke sana..took us about 1 hr lebihkurang sebab macet gitu. Maklang pulak bila naik kereta je, mulalah nak tido. entah kenapa...so tak laa payah nak layan jem. Jem kat mata je layan!

 Alhamdulillah selama di sana dapatlah melayan anakanda tersayang membeli keperluan dia. Nak beli tilam lah, book shelves la, periuk nasiklaa, carpet laa, tikar laa...dan macam2 lagi.. Kat UnPad ni best jugak, dorm dia share ber2 dan ada attached bathroom jugak. Tahun pertama di dorm, tahun ke2 seterusnya duduk luar. Alhamdulillah Along dah OK dah nampaknya.. Mak harap Along belajar rajin2 dan berjaya dunia akhirat! Amin...


Jumpa lagi nnt...InsyaAllah



Sunday, July 1, 2012

Alhamdulillah impian terlaksana:)

Assalamualaikum


Alhamdulillah akhirnya impian terlaksa selepas menunggu hampir 1 tahun setengah:)



Inilah dia buku masak Dari Dapur Maklang yang di beri nama Dari Dapur Melayu oleh penerbit Dian Rakyat dari Indonesia. Moga ianya laris manis InsyaAllah...Ya Allah ku mohon bantuan Mu...Amin...


Moga selepas ni ada lagi buku2 masakan maklang...:) Doakan ye:)


Sunday, June 24, 2012

Long silence

Assalamualaikum


Sorry for the long silence...has it been that long...?

Well sometimes ( now most of the time) when I am busy I tend to forget about time! Plus now that I am not working, I always forget the date but luckily not the day of the week yet. Thank you to the morning classes that I normally attend during weekdays or else I would also forget what day it is!. :)

Here are some of the things that I have been doing.

I made this Chinese style baked Chicken for lunch today. And Along made the salad and the potatoes to go with the chicken

 I have ventured into a more advance technique with my RE and I am so happy that I have something new to play with. Here are some of the work that I have done the past week:). Alhamdulillah




This big RE for frame is not yet 100% completed. Sakit pinggang wooo...bila mau siap? I still need to sew the back part of the embroidery and need to paint some of the flowers to make them more intersting to look at.

The best part of my long silence was I learned how to sew the 'express' tudung as my sis calls them and Alhamdulillah I did a tutorial for it in my fb. I wonder if I put the link here, anyone who aren't in my friends list could also view it or not.:). Try this link..
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150875891999080.408964.657129079&type=3




Thats all for now. My eyes just refused to open ...so its goodnite to all...and hope to meet again, InsyaAllah:)

Saturday, June 9, 2012

Wish me Luck!

Assalamualaikum...


See I told you, when I am away from the house I have much more free time. Hmm...tapi sama aje kot kalau nak difikirkan. I am still the one who cooks and bibik is still the one tidying the house. But somehow I have more time to at least update this blog.

Anyway, this will a very short entry as I have to get ready for the ribbon embroidery class which I will be organizing in less than an hour and I have not freshened up after doing some cooking for breakfast and lunch.

So its goodbye for now. Have a pleasant day All...I am in an OK mood today and hope that the class will be smooth sailing, InsyaAllah...Wish me luck!

Friday, June 8, 2012

Kita merancang, Allah yang tentukan:) Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Pagi ni barulah dapat pegang PC. Maklang bz last week . Almaklum rumah penuh! Alhamdulillah..Datok, Atok, Wan, Alang dan anak2 semua ada kat rumah. Dan Alhamdulillah kawan2 kalau dah mula datang, jawabnya, dari pagi hingga ke petang tak berenti! Memang dah gaya gitu nak buat camana? Anyway.. I am happy as the way it is.

Thank you to Mak Teh and her 3 kids and her adek beradek for stopping by. Sorrylah the mee rebus was done in such a hurry! Alhamdulillah dapat jugak tunaikan sekali craving Along yang dah berminggu nak mee rebus. Sungguh malas nak buat sebab kelecehan dan sebab nnt semuanya nak bedal banyak2. Nasib baik maam ni tak berapa suka kalau makan mee kuning. Anyway...Alhamdulillah. I still owe my darling Cik Abang some laksa Johor yang tersangat lama dah tak buat. Ikan lately ni payah betul nak dapat - excuseslaa tu...InsyaAllah try laa dalam seminggu 2 ni. Mana tau ada rezki nak masak laksa Johor. Laksa Penang I tak pandai:(

We are in KL now. Only the 4 of us. Kerete penuh betul! with Datok and Alang n anak2 and bibik and the 4 of us! Kereta cam lori! Tu nasib baik Angah n Maya tak masuk! Semalam pagi singgah Kuantan otw to KL. Hantar Datok balik rumah dia. Dekat 2 minggu laa dia duduk rumah kami. Datok nowadays dah tak berapa kuat dan tak berapa ingat. Alhamdulillah dapat jugak laa jaga makan2 Datok walau for a very short period. Iyelaa bila lagi nak berbakti kan. Masa Datok kat rumah, Cik Abang laa yang sibuk melayan ubat dia. Maklang masak2 and minta kakak yang serve2 makan dia sebab Datok makan at odd times. Just kena make sure there is food on the table for him...


We are here in KL pon sebab nak tunggu Along nak exam for her UGM/ Pajajaran exam. Sekarang ni nak try mana2 U kalau dapat dia masuk utk pursue her studies. Dia tak berapa keen but since Daddy dah kata ambik je and mak pon kena cucuk jarum and pujuk her to just study and do her best. At least bila dapat result then she will have a choice nak ke mana. So far, nampaknya macam mengikut kata. Alhamdulillah:)


Kalau tak kerana nak exam, tak laa kami berada di sini. Di Kuantan mungkin sebab ada khenduri kawin anak sedara belah Daddy. Hmm...memang lah terpaksa...Masa depan anak woi...InsyaAllah moga Allah permudahkan segalanya...Kita cuma plan, tp Allah yang tentukan the course of event. Mana tau apa nak jadi in the future kan..


Alhamdulillah since dah tiba sini semalam, sempat jugak maklang gi shopping beli barang2 kerja maklang. sempat jugak menyelit beli beberapa helai kain utk nak buat skirt labuh yang dah teruk2 tu. Beli juga selai 2 kain utk nak buat jubah ( hehe..Alhamdulillah Alang belanja selai). Terimakaseh jugak utk Cik Abang yang sudi menjadi supir tercinta sementara menunggu Cik Adek membeli belah semalam petang..


Yang paling tak sangka...no plans at all, cuba sekadar update di fb kehappian dapat bawa tas baru berjaya...tiba2 ianya dapat membawa pertemuan sekali lagi dengan En. Zino kita dan maam. Alhamdulillah...



dek kerana tas inilaa pertemuan yang tak dirancang terjadi:)


dan TQ alang for the 'Homst'ious dinner yang sangat2 lazzat itu!



Monday, June 4, 2012

kelas sulam riben 9/6/2012

Assalamualaikum...

Maklang cadang nak buat kelas lagi hari sabtu 9hb June 2012, InsyaAllah..siapa yg teringin nak join boleh email ke nazdin_2000@yahoo.com.

nanti maklang kasi details..

TQ

Wednesday, May 23, 2012

Kembar 3 seiras tapi tak serupa

Assalamualaikum...

Malam ni sangat teruja..hehe... Akhirnya siap pon si kembar 3...dan sempat siapkan 1 yang kecil. besok pagi InsyaAllah boleh hantar kat Kak Shima. Masih berbaki sebuah lagi yg tak serupa langsung dan ada lagi beberapa pouches yang kena siapkan...:)...boleh senyum sekejap sebab tak perlu buat pattern yang sama ..huhu ( masih ada yang mahu pattern ini..Alhamdulillah:)





dan petang tadi maklang dapat buat Ala-ala Vietnamese Noodles..hehe...sebab tak puas makan kat Resipi Rahsia...maka paklang kata...buatlaaa..Alhamdulillah Allah beri ilham... resepi ada kat sini:)

http://daridapurmaklang.blogspot.com/2012/05/ala-ala-vietnamese-noodles.html

( Vietnamese noodles tak tahu nak cari mana..so maklang guna kuew teow..boleh jugak laaa kan..Alhamdulillah:)




Selamat malam...jumpa lagi InsyaAllah:)

Sunday, May 20, 2012

Terbang ke?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah hari Ahad lagi. Tak sedar rasanya...Have been very busy lately...with sleep. Dalam keadaan cuaca yang tersangat panas sekarang ni asyik2 mengantuk aje. Nak2 lepas makan tengahari sambil2 dok menjahit ni pasti nak terlelap:)

Tulah rasa cam lama dah tak updet blog. Memang betul pun. Tapi tak ada yang interesting pun...hehe..makan , jahit, kemas2 sikit then pusing2 macam tu...masa pulak terbang aje..kejap2 dah berganti hari...


Oklaa sampai sini aje dulu..maklang nak bersihkan diri nak tidur dah kejap lagi..InsyaAllah...

Wednesday, May 16, 2012

Kita rancang Allah yang tentukan:)

Assalamualaikum...


Maaf. Kita merancang Allah yang menentukan. Ingatkan nak buat kelas wiken ni tapi tak jadi pulak. So kelas kena tunda pada 26.5. 2012. Kalau ada sesiapa yang nak join 26.5.2012 ini...silakan...

Monday, May 14, 2012

Kelas Asas Sulam Riben

Assalamualaikum...

InsyaAllah 1-2 hari ni maklang akan sibuk melayan anak2 untuk persiapan hari guru. Malam ni melayan membalut hadiah...:)

InsyaAllah , maklang cadang nak buat kelas sulam riben  di Kuala Lumpur pada hari Sabtu ini, 19hb Mei 2012. Kalau ada sesiapa yang berminat, sila hantar email ke nazdin_2000@yahoo.com utk keterangan lanjut.


Terimakasih...Moga berjumpa lagi..InsyaAllah

Sunday, May 13, 2012

Tak produktif

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...walau pun hari ni maklang tak ada menghasilkan apa2 dari RE...maklang rasa bersyukur kerana dapat buat benda2 lain...


Semalam seharian melayan RE so hari ini maklang tak layan RE...tapi rasanya kejap lagi memang kena layan. Semalam dah ada orang tanya bila beg dia nak siap. Tadi petang baru nak gunting...


Hari ni memang tak pegang lagi. Mabuk batik tadi pagi. Semenjak musim panas ni memang lah kerjanya pakai kain batik dengan baju pendek aje. Memang tak semonggah. Tak kuasa nak pakai cantek2 kat rumah. Asal bersarung sudah. Teramat panas sangat. Tak kiralaa kalau baju dah lusuh pun. Sauk jelaa asal rasa selesa dan sejuk. Sorilah nak pakai baju lengan panjang ni.

Sebab sedap pakai kain batik musim2 panas ni, maka sejak hari jumaat maklang dok pakai kain batik yang dijahitkan getah. Tadi pagi marathon menjahit sampai 6 helai. Alhamdulillah siap...

 

lepas  lbhkurang 2.5jam siap 6 lai..oklah kan:)

Selesai menjahit, maklang gi buat grocery dengan Along. Sempat gak singgah kat Romantika. Dapatlah beli bekas2 utk nak isi bahan2 jaitan maklang yang sekian lama bersepah2...dapat juga beli hadiah utk cikgu lelaki. Yang utk perempuan dah dibeli masa kat KL aritu. Kena cepat2 sebab belum masak and darling dah nak balik lunch!

Cik Abang nak keKL pulak tu. So, memang kena cepatlah. Alhamdulillah bila dia balik maklang dah siap masak. Paling senang sebab buat paprik udang je:). Lepas hantar Cik Abang ke pejabat, ( dia nak terus ke airport KT dgn taxi dari ofis), maklang sempat singgah menyopping tupperware. Baru aje cik abang kata...wah abang tak de ni sure nak merayau kan...hehe..belum pon dia terbang, isteri tercinta dah merayau dah...pastu satu sen tak bawak!. Bukan apa kedai tupperware tu kat laluan nak balik rumah aje...Alhamdulillah apa yang diidamkan dapat. Maklang teringin nak tambah koleksi tupperware besar2..konon2 senang bila nak buat makan2 kalau ada yang tempahan...InsyaAllah...:)


Petang pulak gi ke MM gi ambil langsir, beli wrapperlaa...etc. Dari MM pegi ambik sikecik. Alhamdulillah kete2 yang cedera aritu dah balik kat rumah...Hmm...pening kepala bulan ni pikir pasal kereta...Tak apalah asal tak ada yang cedera dah bersyukur banyak pada Allah...Alhamdulillah...

 Bila mklg call Cik abang if dia dah sampai KT, dia kt meeting dia cancel...dah dia dah sampai Marang bila dapat tahu meeting kensel...So berpatah balik laa ke Kerteh. Sian dia penat. Tapi tak pelaa...suka kalau dia ada rumah...kalau jauh2 ambe tak suka:) Alhamdulillah...



Oklah...nak bersiram ..dah lewat dah ni...:) sehingga berjumpa lagi jika umur panjang...:)


Friday, May 11, 2012

Rezeki dari Allah..Alhamdulillah:)

Assalamualaikum...


Maklang tak sedar and lupa maklang tak update blog dah 3 hari! Punya laa sibuk mengalah kan masa maklang kerja dulu.

Hari Rabu lepas, maklang mula sambuang semula menjahit table runner yang dah terbengkalai sejak bulan 12 hari tu. Banyak2 nak buat RE ni paling maklang tak sukalah kalau buat table runner. Rasa macam tak siap2. Ni ada tengah buat 1 lagi pun sekerat jalan aja. Malas sungguh.


Hari Rabu lepas, klas agama kensel sebab ustadz ada hal. So, pagi tu tak kemana lah cuma menyebokkan diri memblend perencah2 dan buat sambal nas lemak. Cg sekolah tempah masakan utk makan pagi hari Khamis. Tengahari Rabu, cg kata nak tambah pulak meehoon lada hitam. Then kawan call pulak nak tempah kek coklat. Petang kawan call pulak nak beli pouch nak kasi kawan yang nak pindah. Menggigil jugaklah bila rezeki nak masuk banyak2 dalam masa sehari! Alhamdulillah...ALhamdulillah juga dapat dilalui dengan sempurna. Terimakaseh Allah kerana memudahkan segalanya:) ...








Alhamdulillah pagi2 lepas Subuh tinggal masak nasi lemak, letakkan santan dalam tumisan masak lodeh yang dah dibuat petang semalam dan juga masukkan meehoon dalam perencah. Tapi malangnya taak dan nak pergi sekali dengan anak2 masa ke sekolah. So, Along pergi hantar kat sekolah semula dalam pukol 8:30pg.



Sibuk betul semalam. Lepas memasak, maklang sempat siapkan sarung bantal yang kawan tempah. Beriya2 lah maklang siapkan. Tau2 bila dia tengok, bukan size yg itu yang dia mahu. Dia nak bantal panjang, huhu...so maklang kenalah buat yang baru untuk dia. Yang dah siap tu maklang akan jual...sedih betul! mmg salah sendiri pon. tak cek buku order ...terlupa langsung tentang size cushion tu...










Lepas siap semua, maklang ke klas agama. Habis kelas kelas agama, kami bersurai dan ke PMo nak dengar ceramah Ustadz Azhar. Maklang memang suka dengar ceramah dia kat Youtube..Alhamdulillah diberi peluang utk dengar ceramah dia live:)



Berkejar dari PMO then kesekolah ambil Angah . sebelum tu hantar kusyen cover yg salah tu ( masa ni tak tahu lagi salah!),  lepas tu terus ke opis abang. Masa tu dah dekat 2:30pm. Almaklum ada kereta 1 bj je...so terpaksa lah keliling kota nak ambik orang. gigil dah sebab table runner masih belum bersambung...Alhamdulillah petang @ 5:30pm. kusyen, runners dan buku serta kits yang dipesan dapat di pos...tau2 maklang terlupa jugak tu nak siapkan beg yang dah separuh jalan siap!






Sempat
jugak siapkan 1 bag masa hari birthday...Ingatkan nak buat utk sendiri teringat kat mak sebab lama dah tak kasi dia beg...so InsyaAllah nnt bila dah siap boleh kasi mak...lagi pun besday dia dah dekat:)



 


Sekian dahulu...cepat benar rasa ngantuk...moga dapat bertemu kembali:) InsyaAllah...

Tuesday, May 8, 2012

Surprise!

Alhamdulillah...dah bertambah usia setahun lagi dan semakin dekat dengan mati...Moga2 hidup yang mendatang akan diberkatiNya dan masa yang ada akan dapat digunakan dengan lebih bermanafaat.

Terimakaseh banyak2 pada anak2 yang dikasihi kerana buat surprise makan2 untuk mak. Love you loads..

Sunday, May 6, 2012

Malang tidak berbau

Assalamualaikum


Semalam tak ada mood nak update. Maklang tidur awal malam tadi. Penat dan tension agaknya.

Kereta kecik Along yang baru aje balik dari spital last week kena sakit kuat lagi semalam. Alahai...macam terobek hati maklang bila tengok pintu belah driver terkepak ( terkaypak) tak leh nak tutup. Adalah salah seorang yang tak ada lesen saje2 turun kan handbrake and put on reverse dgn pintu kereta terbuka! Lepas tu kereta tu undur laa...and yang malangnya pintu tu mencalarkan kereta kat sebelah dia. And juga the bumper yang baru betul tak dan 2 bulan. Sungguhlah malang mmg tak berbau! Innalillahiwainnailahirojiun...Tapi syukurlah tak ada apa2. Terkejut jugak dengar anak2 menjerit semalam. Kejadian cuma di garaj rumah sahaja! Hmmm....duit kalau nak keluar tak kira masa kan...Tak apalaa asal anak2 tak apa. Itu sudah seribu rahmat. Alhamdulillah. Tengahari tadi Cik Abang dah bawa kereta kecik tu ke spital dia..huuhuuu..sian kete kecik tu..Moga lepas ni tak ada apa2 laa.. Maklang nak amek gambar pon tak sampai hati..:(



Sebelum dari kejadian sedih tu, Cik Abang ada buat steak. All on his own. So, tukang masak biasa dapat cuti dan merajinkan diri menyiapkan jahitan:) Alhamdulillah...


Hari ini pula pagi2 maklang dah mengkuew teow...Alhamdulillah walau pun lembik sikit sebab dah dicerai beraikan dan disimbah air oleh kakak...Kuew teow kalau dah masuk esbok dan dicuci memang lembik nyek bila di goreng. Tapi kalau digoreng cepat2 taklah dia hancur...:)

Then terus aje masak simple2. hari ni bendi rebus asam dan ikan kerisi berlada je. Lain2 maklang panaskan lauk2 yag banyak dalam esbok tu.

Lepas tu apalagi...sessi menggunting kain utk persedian kelas nak buat beg besok dan juga gunting2 kain2 tebal utk ada yang tempah...Dapat lah maklang siapkan juga separuh jalan sebuah beg dan separuh jalan 6 bj pouches. Dan yang best sekali hari ni setakat ni 6 buah pouches lagi susah siap disulam:) Alhamdulillah... ( ada lagi 23 buah plus 100 lagi huhu)





Insyaallah kalau mata larat nak gak jahit 1 lagi...:)


Setakat sini dulu..rajin2 lah dtg melawat sini :)

Saturday, May 5, 2012

Main warna dan riben

Assalamualaikum...

Ingat2 nak update malam tadi. Tapi maklang tengah seronok sangat main warna dan menjahit. Almaklumlaaa baru2 cuba benda baru. Jahit punya jahit dah hampir 11:30pm. So, tak kuasalah nak menaip lagi. Baik tido. Semalam pun dok meleka menjahit...mandi pon dah lewat..Ish ish...tak elok untuk kesihatan...2 hari ni rasa tak sedap badan...padan muka...

Ni maklang letakkan gambar2 mainan maklang...mmg enjoy betul..sampai Angah bising...habislaa alat2 sekolah dia maklang kerjakan...hehehe




Lepas dah siap no.1 , maklang buat pulak yg kedua...kaler2 background dia...


 



Yang 2 atas ni pun maklang mula paling awal...tengok orang punya cantek2 so apasalah kita cuba sendiri pula...Nampak cam best je...tu yang maklang cuba pula kat bunga daisy dan bunga ros..hehe..




Sebelum maklang main2 riben dan mewarna semalam, sempat juga maklang buat nasi ambeng. Serunding kelapa dah siap 2-3 hari lepas, yang lain2 buat pagi semalam...Sambal udang pun yang sambalnya left overs tinggal masuk udang nya..Makan sebungkus nasi ambeng ni kenyang sampai ke malam..Alhamdulillah...


Hari ini Paklang kata dia nak buat steak...So kita tunggulaa apa jadi hari ini...dapat ke maklang bercuti memasak???? Kalau dapat cuti memasak...maklang nak main acrylic paint pulak, InsyaAllah...Doakan yang terbaik utk kita semua..

Terimakasehlaaa kerana sudi menyinggah kat sini:) Jemput datang lagi:)