BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 8, 2012

Pening kepala

Assalamualaikum...

Cepatnya dah Rabu...Maklang rasa cam baru je updet. tengok2 dah 3 hari dah. Teringat jugak nak updet malam tadi tapi bila dah dibelit ulit dgn riben, lupa segalanya...nak2 malam tadi tengah pening nak buat design dan nak campurkan warna...aaaaahhhh...sungguh lemah kalau nak buat kaler lemah lembut sebab maklang ni bukanlah org yang lemah dan tersangat lembut ( walau makna nama lembut...hahaha)..tapi maklang seorang yang ceria...hence kaler bunga2 maklang kebanyakkan ceria dan riang ria hahahahaha...





Masih belum selesai lagi ni...masih nak letak manik2 emas kot kat jejari yang lopong tu...harap nampak idup sikit...InsyaAllah.. ( lepas dah uplod 3-4 kali baru lah cantek sikit!)





Alhamdulillah sempat jahit 2-3 lagi RE kecik2..tapi bila lah nak jahitkan jadi beg ni!
++++


Pagi ni as usual kelam kabut. Yang dah tau nak bawak bekal makanan berat, tak buat apa yang disuruh. Bukan susah pun. Mintak tolong beritahu bibik, bangun pagi nnt tolong masakkan nasi and keluarkan sotong, so that mak boleh goreng nasik utk bekal. Sebab balik pukol 5 agaknya, nak bekal lempar ( macam pulut panggang tapi isi ayam -sedap!) aje tak cukup laa...So pesan, tolong beritau bibik masak nasi and keluarkan sotong..nnt pagi mak goreng. Kita ingatkan message sampai tapi tak rupanya. Bila turun bawah, kecoh jap. Mintak bibik microwave kan nasi se put. Ingatkan nak goreng. Sotong masih kejung keras! Camana nak masak! Goreng telor, letak bawang and lada merah potong, then buatkan ikan bilis berlada...nasib sempat!

Hmm..dan bila Abah tak ada ni ( Abah ke KL ptg semalam, ada keje kejap kat sana)...rythmn lembab kembali lagi...Hmmm anak bujang kalau Abah ada cepat dan ringkas je..kalau mak yang kejut...Alahai...20-30 mins tak selesai lagi...nak buat camana...sejak hari pertama dok usik dia...kenapa kalau abah kejut awak senang je nak bangun nak siap? Dia kata...Suara Abah kuat, senang nak bangun...kalau mak kejut, lembut sangat, pastu mak tepuk pipi Hakim suruh bangun...Yelaa Hakim...kalau suara mak kuat sikit awak dah merajuk...habis camne tu? Hmmm..kadang penat nak layan...tak pe...nanti bila dah besar, tak ada pulak mak nak layan..tapi tak leh lebih laa kan sebab nnt lemak pulak! hehe...


Dah..dah lah komplen. Baik menjahit semula. Kejap lagi pun dah nak siap ke Surau Rantau ada majlis Maulud InsyaAllah...:)


jap-jap nak letak gambar food pulak:)

Hari Ahad lepas akhirnya tertunai permintaan Angah nak makan nasi dagang kelantan...Mak baru cuba2 buat...kali ke3 masih tak sesedap yg nak sebab main google resepi dan cuba2..pulak santan tak ada nak buat lemak2 ...nnt kena cuba dan cuba lagi...InsyaAllah


sempat buatkan Along Oreo Cheese ni. Masa dia balik, tak sempat nak buat ( malas sebenarnya:)..so kirim semalam ke dia, 8 biji, ke Alang 6 biji...Alhamdulillah yang kat rumah tinggalkan 10 dah selamat dah...mmg sedap ni..tapi kalori tebal ler...




Jumpa lagi nnt bila rajin melanda kembali... ( Syok sekarang sebab sejak Cik Abang ada sini dapatlah merasa macamana isteri2 yang tak kerja rasa..bila suami balik nak makan tengahari, kita dah ada kat rumah sambut dia, makan sama2 dan etc2..Alhamdulillah:)..happy mode sekarang!

2 comments:

pB said...

rajin tul mak lang

Umm N said...

kak lina, sukaaaaaaa yang first photo tu!!! kaler dia soft sangat!!! oh, I fall in love with that combination!!

OO