BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 2, 2010

Part 2 of 3: Pemeriksaan Sebelum LASIK yang Menyeluruh; Comprehensive Pre Operation Examination (POE)

Pak Lang baru balik dari 1 week post operation punya follow up, hari ini. Mata Pak Lang OK gembira. Hari ni Pak Lang dah 8 hari tak pakai spec. Antara perkara yang baru jumpa ialah, setelah lebih 3 dekad pakai cermin mata, baru Pak Lang dapat tengok rupa Pak Lang sendiri tanpa cermin mata. Baru nampak tembam kat pipi, sebab dulu ada cermin mata tak nampak tembam sangat. Dulu kalau tengok muka dalam cermin, pasti bercermin mata. Kalau tak pakai tak nampak. Tapi kali ni nampak muka tanpa cermin. OK gak. Kalau cukur sideburn, misai dan janggut pun semua kena pakai cermin mata.

Balik kepada cerita LASIK. Kira-kira 2 minggu setelah menjalani initial inspection, Pak Lang pun buat appointment untuk Pre Operation Examination. Untuk POE ini, kena lebih 4 jam. Pak Lang ajak Mak Lang untuk bawa kereta selepas POE.

Kat UIA, the POE is very comprehensive. Banyak alat yang digunakan, lebih kurang 10 machine. Ada alat untuk ukur tekanan belakang mata, ada machine untuk ukur topography of the cornea. (macam topography muka bumi), ada machine untuk tengok urat saraf, dan macam-macam lagi. Semua pemeriksaan ini dibuat oleh optometrist UIA.

Salah satu alat tu, setelah Pak Lang jalani ujian, Optometrist tu kata, En Pak Lang ni juling ke? Terperanjat jugak. Pak Lang kata saya dah 47 tahun, tak pulak pernah tahu saya juling. Rupa-rupanya memang juling. Sebab center of the eye dan center of pupil tempat focus mata paklang tu tak sama. Jadi ni yang kena adjust sikit masa buat LASIK tu. Kalau tidak, nanti mungkin pening ke, tak kena ke, ada baying ked an sebagainya. Lepas tu baru lah rasa geli hati. Oh juling manis jugak diri ku ini.

Satu lagi alat tu kena buka pupil mata tu besar-besar supaya cahaya dalam mesin tu boleh tengok apa ke benda yang nak tengok. Bila Optometrist tu bubuh ubah yang buka kan pupil mata kita, lepas tu pupil tu tak boleh tutup, tu yang orang lain kena bawa kereta lepas POE ni.

Total masa buat POE ini lebih kurang 4 jam. Total cost untuk LASIK kat UIA ni ialah RM 3500. Untuk POE ni kena bayar RM600. Jadi baki RM 2900 tu bayar masa hari operation.

Setelah menjalani POE ni, Dr Opthomalogist tu pun jumpa kita, untuk terangkan apa yang nak dibuat. Pak Lang punya rabun jauh lebih 500 dan 700 power nya. Pak Lang pun ada astigmatism (orang melayu kata silau) dan sebab umur yang semakin meningkat, Pak Lang pun ada rabun dekat.

Disebabkan mata kanan Pak Lang dominant, tapi lemah, dan mata kiri yang tidak dominant tapi kuat, Pak Lang tidak disarankan untuk baiki rabun jauh, dekat dan astigmatism semua sekali. Tapi buat LASIK untuk rabun jauh dan astig saja. Ni dari pemeriksaan yang dijalankan lah. Rabun dekat kena pakai cermin mata lah. Kalau buat semua, kemungkinan tak boleh nak adjust ke atau apa ke. Jadi Pak Lang pun buat lah.

Pak Lang berterima kasih pada Dr Mona di Kerteh ni, kerana recommendation dia tentang LASIK kat UIA ni. Antara perkara yang amat penting ialah Pemeriksaan Sebelum LASIK yang Menyeluruh. Ini yang mengurangkan kegusaran untuk membuat LASIK. Sebabnya kalau tidak menyeluruh, banyak perkara yang tidak diambil kira, yang mungkin menjadikan LASIK ni kurang sempurna untuk diri kita.

Sekian untuk kali ini. Tulisan ni besar, sebab Pak Lang tak nampak dekat. Maaf lah ye. Counselling dan actual Operation tu nanti Pak Lang cerita pada part ke 3 ye.

7 comments:

maklang said...

ye..suami tercinta ku juling manis dan hitam manis, serta ada tahi lalat amnis, di tepi bibirnya..he..he..manis lah segala2 nya...asal jangan minum manis2 sangat sudahlah ye...

Unknown said...

kalau org kata kulit saya hitam manis, saya cakap mane ada hitam manis... hitan tu hitam la... haha... tapi memang saya manis... keh keh keh...

Ibu Sayang said...

Salam Pak Lang,

Alhamdulillah...semuanya baik-baik belaka..

IKHWANI said...

terima kasih kerana share cerita ni Pak Lang. Kalau tak kita ingatkan orang ada astig tak leh buat lasik..

maklang said...

zuhairi...

laaa kesian sungguh adek maklang sorang ni...perasan tak abis2...manis sebab banyak makan coklat hersheys laa tu...

Anonymous said...

OO
bukan hanya Astig, rabun jauh, rabun dekat semua boleh. Tapi ini bergantung kepada individual assessement.

PakLang sedang bergumbira, sebab tak yah pakai cermin mata. Kalau keluar dari kereta aircon pun tak payah nak lap cermin mata kat baju kerja. He he.

Nanti sambung part 3 eh.

Pak Lang.

Mulan said...

tak kena pakai glasses macam welder pakai ke? zaiyan buat kat vietnam, kena pakai welder glasses for few weeks rasanya..