BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 3, 2010

Surabaya Part Last

Assalamualaikum...


Wah diam tak diam, dah dekat 3 minggu hari since last updet. Punya cepat masa berlalu. Betul tak sedar. As usual my reasons are the same. Terlalu sibuk dan malas...he..he..


Last 2 wikens pula, kame ke KL. Ada majlis perkahwinan sepupu Cik Abang. Kali ni memang mesti pergi sebab the last wedding untuk anak ke2, kami tak dapat hadir. Baju semua dah siap jahit seronok nak jalan, tapi tak dapat pulak sebab Cik Abang demam. So, boss kata tak pergi, kita dok dendiam aje laa. Alhamdulillah sampai ke KL kali ini. Memang lah seronok bila pergi wedding sedara mara ni. Ramai jumpa sedara mara yang lama tak dapat nak bersua muka. Syukur dapat bertemu kali ini.

Hari Khamis kami tiba jam 11 lebih. Angah, Hakim and Maya ikut sebab terlalu seronok nak jumpa kakak. Malam tu, entah pukol berapa mereka tidor sebab bersembang dengan kakak. Pagi Jumaat kami ke clinic bawa kakak dan bibik Ju ( bibik Alang) untuk fomema. Lepas dah selesai amek ucop dan hangkut semuanya ke Kajang.

Alhamdulillah perancangan nak pegi rumah Kak Ezza tertunai. Sedap mee udang Kg. Pandamaran kak Ezza. Tinggal suku je gaknya dari yang Kak Ezza hidang!Nanti lah maklang cerita.. Cerita waktu menghadiri perkahwinan sepupu Cik Abang pun kalau rajin, maklang cerita eh. Ni kita selesaikan Cerita Surabaya ni dulu ye..



+++++++++

Hari ke 3

Hari ke3 punya rancangan kami buat masa dalam perjalanan pulang dari Jambatan Suramadu...Biasa laa...tak tahu mana nak pergi. Ok, pagi2 kami berangkat ke Tanggul Angin pukol 8:30pagi. Sebab perjalanan ambil masa lebihkurang 1 jam ,maka kami bertolak awal supaya dapat pergi tempat2 lain kalau dah pegi awal pagi. Dalam perjalanan Pak Por bercerita tentang macam2 lah juga. Kami juga banyak bertanya, kalau tak tanya, nanti banyak yang tak tau.

Memang tak sangka yang kami akan singgah kat bandar Sidoarjo. Sempat jugak singgah tengok lautan lumpur yang dah hampir 4 tahun lumpur keluar dari bawah tanah sehingga menutupi seluruh daerah kecil di sana. Dalam masa 4 tahun lumpur yang sedalam 10 meter dah mengalir menutup 3-4 daerah. Kerajaan sudah pun meninggikan benteng setinggi 10 meter, tetapi tidak cukup untuk menampung semuanya. Moga2 cepatlah lumpur yang mengalir tu berhenti..Amin...


Dalam perjalanan pulang kami singgah di tempat jual sulam2an. Bestnya . Walau pun ad hoc je sebab tak ada perancangan nak ke mari..Duduk bersila lah maklang memilih kerudung2. Aduuuhhh cantik2 bangat. Green pulak asyik berkelip je...so apalagi sambar sekali lah untuk anak2 and untuk buat Raya sekali...Thanks darling layan isteri tercinta ni..he..he..

Dari sini kami bertolak balik. Sempat singgah kat kedai2 jual lukisan sebab hajat cik Abang nak beli lukisan belum tercapai lagi. Nak buat macamana, tak ada pulak yang menjual lukisan2 macam kat Bali or Jakarta. So, tak adalah membelinya. Lepas tu kami pergi makan dan balik rehat. Petang kami ke Plaza nak cari kain katun ( cotton). Ingatkan kedai tutup lewat rupanya pukul 5 dah tutup. Apalah nasib. Dapat beli sehelai 2 aje dan sepotong yang lain untuk ole2 seseorang yang maklang agak rapat. Alhamdulillah dah sampai pun kat tangan tuan dia dan dia suka..Lepas tu kami pergi beli satay. Cik abang teringin sangat nak makan satay kambing. Pak Por recommended satay kat satu tempat tu, secucuk 13 ribuan. Besar dia macam ibujari kaki . Daging kambing dipotong kecik2 dan dicucuk kat lidi and then dibalut dengan kepingan daging kambing lalu dibakar. Maklang rasa segigit je. Tak leh masuk sebab ada bau. Cik Abang pun makan sikit aje dan yang lainnya tong sampah yang kenyang! Ada jugak beli satay ayam sikit, tapi yang tak bestnya separuh cucuk tu lemak ayam. Ish tak leh masuk terus. Kata Cik Abang satay kat Surabaya fail ngan tekak dia... tak lawan Satay kat Malaysia!

Lepas malam tu, beg dah siap pack semua. Maklang tidur awal. Tak larat dah rasanya...


Hari 4

Besok pagi lepas breakfast, seawal 8 pagi kami dah bersiap sedia nak ke kg. kakak. Ye, misi kami ada lah untuk melawat family kakak dan bawak kakak balik ke Malaysia. Alhamdulillah setelah hampir 2 bulan urusan untuk mengambil kakak bekerja dengan kami akhirnya selesai juga. Kakak yang sebenarnya nak keje semula. Bosan kerana kekurangan wang kat sana, akhirnya kakak nak datang kerja dengan kami semula. Alhamdulillah. Dapat juga ambil saudara kakak yang nak keje dengan Alang.

Dalam perjalanan sempat juga kami singgah kat tempat wisata- cantek tempat tu - macam waterworld diGambang tapi entah 4-5 kali lebih besar. Walau tak masuk, tapi nampak tempat tu amat besar..

Total perjalanan dari Surabaya ke kg kakak ambil masa sekitar 3 jam. Ingatkan ulu sangat lah tempat kakak ni, rupa2nya besar dari bandar Dungun...Meriah juga bandarnya..Yang lain was history. Happy dapat bertemu keluarga kakak. Ialah dah kenal kakak sejak along berumur 2 bulan masa kakak mula2 keje dengan maklang. Sekarang dah 17 tahun, tolak cuti setahun masa maklang beranakkan Hakim dan berenti selama 4 tahun, kakak masuk balik nak keje semula. Alhamdulillah...:)



Perjalanan pulang ke bandara ( airport) ambil masa 2 jam aje. Sampai airpot ejen yang uruskan paspot utk dicop di kedutaan Malaysia uruskan semua paspot kami. Tak payah tunggu2 kat imigresen nak dicop. Senang aje lah. Syukur. Masuk Malaysia yang masalah. Utk kakak ok sebab majikan ada bersama, tapi untuk Alang tersekat sebab dia nak copy of IC uncle Jai pulak. Yang kami bawa cuma surat undertaking aje. Selalu ok je dengan surat. Puas pulak tunggu Uncle Jai faxkan IC dia. Uncle Jai balik JB hari tu dan it was almost 11 lebih bila kat imi KLIA. Mesin fax rosak laa, jemlaa. Both sides dari Uncle Jai dan kat airpot tu; Last2 buat muka tak malu, ada pejabat Malaysia Airport yang maklang mintak tolong if boleh fax kat dia. Syukur pukul 1:30pg, baru fax masuk . Dan ALhamdulillah selamat semuanya. Kami tiba rumah ALang pukul 3;30 pg sebab hantar barang untuk sedara kakak dulu. Alhamdulillah now dah masuk 3 minggu kakak diMalaysia tapi baru aje ambil kakak masa gi KL, sebab kakak dok train sedara dia keje kat rumah Alang dulu. Anak2 happy sangat. Maya sampai sanggup tidur atas lantai asalkan sebelah kakak...Memang mereka seronok. Alhamdulillah...:)



tu dia...duduk bersila pilih tudung2 sulam..kalau boleh nak hangkut seme...



berlatar belakangkan lautan lumpur di Sidoarjo

lunch di restoran Kg di kota Surabaya

Wisata ..cantek tempat ni


Upin dan Ipin begitu popular disana. nampak kita dr Malaysia je terus mereka kata ..betul..betul..betul !


Berlatar belakangkan wisata


Cantek rumah kakak, bersih dan kemas...besar pulak tu


Mak kakak dan saudara2 nya diruang tengah rumah kakak


Kami dijamu dengan soto ayam

Sebelum meninggalkan keluargsa kakak, kami sempat bergambar..



Sekian buat kali ini...InsyaAllah jumpa lagi

3 comments:

MOKCIK AZWA said...

romantiknya pengantin lama...hehehe..

lautan lumpur...dari mana datangnya ya..subhanAllah..

Ibu Sayang said...

Salam maklang,

Alhamdulillah selesai sudah misi utama maklang ke Surabaya. Nanti lepas ni tentu maklang dah ada masa utk berblog sebab separuh dr kerja maklang telah di serahkan kepada kakak. Tak gitu maklang...?

Mulan said...

bila nak sampai surabaya ni.. nak makan puas2..