BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 25, 2010

Perginya tak akan kembali...

Assalamualaikum...

Hampir sebulan maklang tak updet blog. Sibuk as usual. Hujung minggu juga masa penuh dengan aktiviti. Menjahit jangan cakaplaaa...memang sibuk aje. Sekarang rasa tak cukup tangan dah. Sibuk juga dengan di jemput dan menjemput kawan ke rumah sempena hari raya. Maklang tak buat open house tahun ni. Selain budget lari, badan pun rasa tak larat nak memasak banyak2. Jadinya jamuan hari raya tahun ini kecil2an aje. Jangan kecil hati sekiranya tak di jemput. InsyaAllah ada rezeki nanti akan dijemput juga, dan sudi2 lah datang kalau ianya terjadi InsyaAllah...

Minggu lepas pada hari ini (Isnin), maklang sedang dalam perjalanan ke JB. Satu2 adek ipar lelaki belah maklang telah pulang ke rahmatullah jam 5:30ptg di PPUM. Sedih tak terkata. Moga Allah mencucuri rahmat buatnya. Kami pada mulanya rasa macam tak terlarat nak travel jauh sebab Sabtu sebelumnya kami baru aje pulang ke Kerteh dari KL. Kiranya penat travel tak hilang lagi. Maklang pun tak nak lah paksa Cik Abang bawa maklang balik. Kalau nak ke KL mungkin tak ada masalah tapi jenazah dikebumikan di JB. Alhamdulillah Cik Abang menawarkan diri nak bawak maklang pulang ke JB. Terimakaseh wahai suami ku yang tercinta. Kalau tak di offer memanglah tak balik maklang.

Alhamdulillah malam tu Cik abang di beri kekuatan untuk nak drive sehingga ke Kulai jaya. Dengan kuasa Allah maklang bertembung dengan Atok dan Wan yang bertolak dari KL jam 9 lebih. Alhamdulillah juga Atok diberi kekuatan untuk drive ke JB sebab petang tu Atok baru aje tiba di KL dari Kerteh jam 7 malam. Semuanya telah disusun dengan begitu baik sekali. Di Kulai jaya maklang mengambil alih memandu kereta. Lepas tol kat Kempas, kami bertembung pulang dengan van Jenazah. Atok dan Wan mengiringi van jenazah ke rumah ibu arwah. Kami pulang langsung ke rumah Wan untuk berehat. Cik Abang pun setiba si rumah Wan, terus solat dan tidur. Kesian dia, mana tak nya, pulang pejabat langsung nak drive balik ke JB.


Jenazah selamat di kebumikan di Tanah perkuburan Mahmoodiah. Suasana agak muram. Hujan renyai2 turun sekejap seolah2 menangisi pemergian arwah. Moga Allah tempatkan beliau bersama2 orang yang dikasihiNya...dan buat adinda maklang dan 2 anak2 yang masih kecil, banyak2 kan bersabar dan moga Allah beri kemudahan dalam segala apa yang dirancang InsyaAllah. Kami sentiasa bersama mu, InsyaAllah...

Alfatihah buat arwah adek ipar maklang...

8 comments:

ibuintan said...

takziah... semoga roh aruah di tempatkan di kalangan para syuhadah.. alfatihah ,,,,amin

mannira said...

Al-fatihh..moga roh nya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin...

hanieliza said...

Salam.
semoga rohnya ditempatkan dikalngan orang-orang beriman..

My Life My World said...

Al-Fatihah untuk Arwah, dan Salam Takziah untuk Keluarga Mak Lang.

MOKCIK AZWA said...

Al Fatihah. Takziah buat keluarga arwah semoga tabah menempuhi dugaan

Ibu Sayang said...

Salam Maklang,

Al Fatihah....

Semoga roh arwah ditempatkan bersama2 solihin. Amin

MAMAMIA said...

Salam Takziah Mak Lang. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah.

AlFatihah....

Actually, saya ni lama dah tak masuk blog.

kak Erna said...

Alfatihah..buat yang telah pergi..
dan takziah buat yang tinggal..semoga tabah,..