BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 18, 2012

Updet hari Rabu

Assalamualaikum...


Cepatnya masa berlalu. Seolah2 tak perasan dah hari Rabu dah hari ni. Dan maklang cuba nak updet setiap Rabu...hehe..boleh gitu? macam malas sangat nak updet. Sibuk menjahit pun satu hal. Nak2 bila ada yang urgent sebab ada nak bagi hadiah laa etc. Kadang rasa malas nak terima tapi kesian pulak. Dan lebih kesian yang dah menunggu berbulan2...Alahai....nak buat cepat macamana lagi tak tahu!. Jari ada 10 aje. Ni pun setiap hari pegang dari pagi sampai malam. Tapi nak buat macamana sebab kadang ada kawan datang, kadang melayan anak2 nak makan macam. Ni pun sekarang, sikit je masa memasak sebab dah mintak bibik yang siap2 kan bahan and maklang tinggal masak aja. Bila Cik Abang tak ada kat rumah, kadang tu minta bibik je masak simple2. Masalahnya bila bibik yang masak, mulalah dengar desas desus dari anak2 tersayang ni...hehe...

+++


Last weekend, badan memang tak berapa sedap. Agaknya asyik kena hujan aje. Kejap2 keluar kena ujan. Lama2 badan lemau! Hmmm...nasib baik tak lah teruk sangat. Cuma rasa tak sedap sikit laaa...Alhamdulillah dapat gak buat sulaman2 dan juga dapat masak Laksa Nyonya. 2 kali masaklaa. Tak cukup yang masak pagi so petang kenalah masak lagi. Cik Abang pulak, tak leh kalau minta bibik yang tambah...so kenalah maklang turun ke dapur kejap, tumis2 dan masak2 kejap. Malam tu maklang tak lalu dah nak makan, so maklang makan roti ngan telur aje. Letak kicap. Sedaaaap...Alhamdulillah:)



Maklang sempat gak dok layan2 pokok last wiken. Dah macam hutan rumah ni. Hmmm...tapina asik sibuk pukul nyamok laa...musim hujan, nyamuk pun sedap sembunyi celah daun2..tak aleh2 kena usik. Yang heran bibik ok je, tak ada pon nyamuk nak gigit. Layan pokok2 bunga ni memang maklang suka, tapi setakat cakap kat bibik mana nak buang, mana nak potong, angkat ke sana sini laa...sendiri tak boleh bikin, takut jem satu badan. Lega bila tengok dah kemas sikit....Alhamdulillah


Sempat jugak mengepos yang berikut pada tuannya. Tp yg tak best tak ada buat QC sebab nak cepat, 1 bag, tak berjahit sambungannya kat dalam...Dah minta tolong org tu pos semula ke maklang dan maklang akan repair...Hmmm...tulaa lain kali pastikan di QC! huhu


dah lama siap ...pastu tuan asal tak nak sebab kata dia tak ada budget...:(, maklang jual kat org lain


ni uk hadiah org kawin kata kawan maklang...:) suka yang ini:)


sebagai small token sebab order banyak. sempat selit senaskah yasin:)


ada banyak jugaklah yang di pos. tak boleh nak upload. Bila upload, blank aje kluar...apasal tak tahu...tak larat nak layan lama2:(

Have a nice day all...

No comments: