BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 21, 2012

Assalamualaikum!

Assalamualaikum...

Hmmm..Lama tak updet. 3 bulan kot! Malas dan sibuk. sebab kalau nak sangkut kat sini mau berjam2 sebab suka letak gambar. So hari ni ni kalau rrrrrajin je kang adalah gambar. Banyak yang berlaku sejak 3 bulan tak updet dan maklang pun lupa apa yang maklang dah buat! hehe

Yang paling ingat...maklang baru balik dari Bandung. Shopping tak ingat punya. Tak ada rancangan nak shopping tak ingat pun sebab tak ada hajat nak menjual kain. Tapi bila maklang updet gambar baju kahwin kakak ( ye...akhirnya Kakak nak kawin dah InsyaAllah dalam bulan raya ni! ~ Alhamdulillah!), ramai pulak yang nak membelinya...Rezki dari Allah. maka bermulalah explorasi mencari jubah2 yang kawan2 maklang berkenan. dan juga membeli koton2. Maklang cari yang maklang suka je. Sebab dalam hati sekiranya tak terjual...pakai sendiri lah jawabnya...Setakat ni memang sangat memberangsangkan..Alhamdulillah...


Sebenarnya ke Bandung, asal tujuan bukan kerana itu. Tujuan asal nak gi tengok baby maklang yang dah pun masuk kuliah di UnPad...alhamdulillah besar dah anak mak. InsyaAllah 5.5 tahun lagi gradlah dia. Doa mak sentiasa buat anak sulong mak dan anak2 yang lain. Sibuk jugak selama 5 hari 4 malam di sana. Tiap hari berulang ke Jatinangor dan juga ke Pasr Baru ( hehe). Jatinangor ni 20km je dari Bandung, tapi nak tiba ke sana..took us about 1 hr lebihkurang sebab macet gitu. Maklang pulak bila naik kereta je, mulalah nak tido. entah kenapa...so tak laa payah nak layan jem. Jem kat mata je layan!

 Alhamdulillah selama di sana dapatlah melayan anakanda tersayang membeli keperluan dia. Nak beli tilam lah, book shelves la, periuk nasiklaa, carpet laa, tikar laa...dan macam2 lagi.. Kat UnPad ni best jugak, dorm dia share ber2 dan ada attached bathroom jugak. Tahun pertama di dorm, tahun ke2 seterusnya duduk luar. Alhamdulillah Along dah OK dah nampaknya.. Mak harap Along belajar rajin2 dan berjaya dunia akhirat! Amin...


Jumpa lagi nnt...InsyaAllah



3 comments:

My Life My World said...

Lama nyer duk menunggu khabar dari Mak Lang, akhirnyer muncul juga. Tak ada gambar pun tak per Mak Lang, cerita pun dah boleh bayangkan.

Along dah sambung buat Medic kat Bandung yer. Alhamdullilah. Seronoknyer, boleh ler berulang alik selalu ke sana yer .

riri mahadi said...

assalamualaikum maklang
baru terbaca entry maklang pasal cuti di hongkong. boleh bagi nama apartment maklang duduk kat sana tu tak. inshaallah kami se keluarga nak pergi bercuti hongkong bulan depan
terimakasih
riri

maklang said...

MLMW: Tq lawat blog maklang yang tak popular ni...Alhamdulillah Along dah ke sana...:)

Riri Mahadi

Waalaikumsalam...

Maklang tak ingat dah nama dia. kami duduk apt. rasanya ada tulis kat cerita2 maklang tu..paklang google je tu cari tempat tinggal..