BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 24, 2012

Kalau dah rezki...Alhamdulillah


Assalamualaikum...




Masih penat lagi. Mata pun macam kelabu aje. Maklang baru balik dari KT dalam 6:30pm tadi. Keluar dari rumah dalam almost jam 11:30am.  Pergi xerox IC, pos barang, ambil docs dari Cik Abang kat office dia, ambek kawan yang nak teman, then ke rumah JKK utk nak mintak sign some documents. Petang semalam dah pusing keliling, jumpa JKK jugak dan Adun kat sini nak minta sign. Terpaksalah maklang  pergi zoom zaam nak siapkan keperluan. Rugi kalau tak buat...at least dapat gak nak bantu anak yang nak bli BB dia. Alhamdulillah tiba KT almost 2 pm, pergi makan dan about 3:00pm urusan selesai...Dapatlah ongkos bantuan masuk IPTS. Sangat mesra alam En. Mazalan kat Yayasan. Terimakasih kerana menyenangkan urusan tadi dan TQ Mi kerana teman akak ke sana:) Syuur Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya:)









Selesai aje, kami singgah pasar payang sebab kawan maklang nak beli baju utk suami dia. Maklang sempat rembat kaftan aje..2 utk mak kakak ( kakak nak balik cuti kawin InsyaAllah bulan 10 ni) dan 2 untuk sendirilah. Berkenan tengok batik lip lap tapi macam tak tergamak nak beli sampai beratus2 RM. Sebab sekarang hidup dengan bantuan keewangan dari suami. Kalau masa kerja sendiri dulu boleh lah suka2 hati nak joli...Tapi tak apa pon...I am happy the way it is...Alhamdulillah





Malam ni nampaknya kenalah siapkan table runner yang maklang dah mulakan 2 malam lepas. Tinggal manik sikit and nak buat bunga sikit2 je lagi.




Moga Allah permudahkan...Amin...

2 comments:

mamasita said...

AsSalam..Syukur Alhamdulillah..
Kak turut gembira dengan rezki dan kebahagiaan Lina sekeluarga..
Alhamdulillah..Ameen.

maklang said...

tq kak mamasita