BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 14, 2012

Hari ini ada pelangi...:)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dapat jugak maklang nak updet blog ni. Payah betul nak cari masa sekarang ni. Nama aje duduk rumah tak ke pejabat tapi maklang rasa maklang macam tak banyak masa nak berblog...huhu... Sibuk sangat sekarang...

Macam hari ni, lepas Subuh tadi  maklang terus aje ke dapur nak buat breakfast. Walau dah cakap kat bibik minta gorengkan karipap yang maklang buat beberapa hari lepas utk dibuat bekal anak2. Hakim pulak tak berapa suka karipap. Dia suka yang inti keledek. Sama juga dgn Cik Abang. So, tadi pagi sempatlah goreng kan nasi utk Hakim dan Abah dia.

Selesai breakfast dan setelah Cik Abang ke office, maklang sempat jugaklah mengkaler2 RE maklang. Kejap aje kot. Pukol 9 dah berenti dan bersiap utk ke pasar. Peti ais dah nak kosong tak ada bahan utk nak di masak. Cuma ada ayam jelaa. Tiap hari makan ayam muak. Maka maklang pun ajak bibik ke pasar Kerteh. Ikan tak berapa nak ada sebab sekarang hampir tiap hari hujan lebat aje. Maklang pulak dah 2 minggu tak ke pasar pun. Cik Abang je yang pergi. Alhamdulillah dapatlah sikit ikan merah, ikan cencaru dan udang. tapi nampak macam tak berapa fresh. Maka menyupirlah maklang ke Kemasik utk cari ikan lagi.  Alhamdulillah dapat ikan kunyit, ikan kapas dan ikan selar dan seekor lagi ikan cencaru...Serba sedikit...Then zoom ke Kg. Cabang ingatkan nak beli jagung untuk nak buat sayur asam yg Cik Abang suka sangat, tapi tak da rezeki. Bibik laa yg buat sayur asam tu sebab I tak reti. almaklum masakan orang Indonesia macam yg makan kat rumah Wan Sarah tempohari. Sampai ke rumah mengerjakan peti ais sampai dekat kol 11:45 kot. Then masak sebab cik Abang balik lunch pukol 12:35 gitu. Aiyooo maaa...kena cepat2 sangat. Sambil masak  sambil siang ikan. kelam kabut sungguh tadi. Bila dengar bunyi kereta terus lah berlari ke atas utk nak bersiram. Sempatlah I berlunch dgn Cik Abang.

Sambung kemas fridge lg, solat , amek anak dah pukol 2:45pm. Kemas riben2 sampai dekat magrib baru siap...sib baik angah tolong2...


Macamana nak mengupdet. Wiken lepas pulak ke KL...Macam tak sempat rehat aje...huhu...Anyway. jom jamu mata lagi:)


 ada yang dah warnakan ada yg tak nak diwarnakan...
 hari ini orchid pelangi berbintik..seronok main warna2 ni... therapi minda betul!

 dapat pulak hadiah brooch dari Malaysia Timur hari ini...Alhamdulillah:)
Sehingga ketemu lagi...daaaa

5 comments:

Kasih Ilmar said...

Salam. Kerja tangan maklang sangat cantik dan menarik...

Kasih Ilmar said...

Salam. Kerja tangan maklang sangat cantik dan menarik....

Masrina Yunos said...

Salam maklang. Saya wan dr kuantan. Just nak tanya pasal lasik paklang yg dibuat di uia ktn tempoh hari. Bagaimana pekembangan matanya setakat ni. Nampak ada spec kat leher dia tu.. harap sudi jawab. Tq

Batu Adventure said...

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

ibu,mommy,mom... said...

Assalamualaikum maklang
Lamanya tak datang sini..
Hopefully semua di sana sihat ye

Hope to see update from maklang soon