BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 15, 2010

Surabaya Part Two

Yang di atas tu maklang updet masa di Surabaya. Nak upload tak boleh sebab punya lah slow internet dia. Ingat2 nak buat anak2 jeles...he..he...

++++
Hari 1
Alhamdulillah kami merayap ikut suka hati aje sebab semuanya free and easy. Cik Abang dah book Pak Supir dari Malaysia lagi. Setibanya di airport dia dah tunggu dah. Kami sewa Innova. Mudah kalau book dari internet. Kami cuma sewa Pak Supir and kereta aje. Minyak kena tuang sendiri sebab ikut mana nak pergi. Untuk 4 hari cuma 1.4 juta aje. Kira2 dalam RM 550.00 which is so reasonable. Kalau campur dengan minyak dari 1st day sampai last day total dalam 350,000 rupiah aje. Lumayan jugaklaa. Tapi pun kami tak jalan jauh mana pun.

Hari 1, sebelum check in kami dah pergi makan dulu kat kedai ayam bakar. Oklah jugak makanan dia. Ni gambar makanan yang di soru tengahari tu.


Lepas makan, check in, rehat sebentar dan solat dan lepas tu kami menuju ke Tunjungan Plaza. Memang tak ada agenda tengahari tu sebab malas nak kejar2. Tak ada apa sangat nak beli lagi pun. Kalau kat Plaza ni sama aje barangan yang ada kat Malaysia. Tinggal harga mahal dan murah aje. Sempatlah mengangkut beberapa helai pakaian sebab murah sangat. Separuh harga gitu! Lepas dari situ maklang jumpa Marks and Spencer. Nak beli barangan kat sini memang lah kurang mampu. Jumpa bedak buy 3 get 1 free. Hangkut lah 4 botol . Lumayan gitu... Ada pulak yang dah booking. Cik Abang kata yang beli masa kat Bali pun tak habis pakai lagi...he..he..Ampun tuanku!

Hajat hati nak cari katun ( cotton), tapi tak jumpa pulak. Ada kakak dari Indonesia yang maklang jumpa kat kedai pakaian siap bawak maklang ke kedai Alta Mode ( kira2 begitulah ejaannya), tapi selai pun tak berkenan. Banyak yang kaus ( yang stretchable), takkan nak guna itu buat baju. Ada yang berkenan texture kain cotton tu, tapi warna pulak out. Tak jadilah beli apa2. Kami round2 Tunjungan Plaza dan kemudian singgah untuk dinner. Cik Abang makan gado2 sementara maklang makan soto dan lontong je ( kalau kat sini lontong= nasi impit). Bolehlah, tak adalah sedap mana. Makan pun untuk nak alas perut aje supaya malam nanti tak payah keluar2. Sempat singgah supermarket Hero kat bawah sekali untuk nak beli roti dan air.



Kat tepi pasaraya Hero ada pulak benda ni...saje2 nak ukur tangan pemain netball compared to orang biasa


Ini kira high tea laa. Pulut panggang tak sedap langsung, macam fishcake aje.


Berkilat muka lepas jalan2 ...nak gak posing dengan berlatar belakangkan Tunjungan Plaza


Ni kumpulan rap yang masuk competition tu


Kat Toko Buku Agung...Heaven!

Masa kat Tunjungan Plaza ada competition tarian rap. Memang hebat sekali. Maklang tengok dari atas tak berkelip tengok ketangkasan mereka menari, sampai Cik abang cuit maklang ajak jalan. Competition sempena NBA kot.

Oh ye. ..lupa pulak sebelum cerita kat atas tu, kami ke Toko Buku Agung. Hai...mabuknya tengok buku2 craft. Pilih punya pilih dekat 10 buah maklang hangkut. Cara2 jahit beg, sulam2 dan juga paper craft buat anak no. 2. Then tengok pulak buku2 tulis yang cover2 dia menarik. Teringat masa maklang kecik2 suka kompol buku macam ni masa tu. Banyak di jual di blog M. Masa tu Wan Sara memang duduk dekat2 blog M. So, senang lah nak pergi beli . Lebih 30 tahun punya cerita tu!.....

Lepas balik jalan2, malam tu kami berehat aje. Maklang onkan PC dan sambil menjahit maklang menonton NSCI yang maklang bawak kat Thumb Drive




Hari 2.
+++++++


Acara hari kedua memang Cik Abang dah plan. Oh ye, lupa ..kat sini waktu Subuhnya seawal jam 4:25 pagi. Memang awal betul. Lepas dah selesai solat, maklang sambung jahit lagi. Cik Abang apalagi, sambung titon laa...

Lepas breakfast sekitar 9:30pg, kami bertolak ke Pasar Atum. Since banyak lagi yang belum buka lagi maka kami minta Pak Supir hantar kami ke Pasar Ampel. Lebihkurang jaraknya 15-20 mins. Kat sini tak boleh cakap pakai berapa km kerana jalan agak sibuk. Tapi bearablelaa tak semacam kat Jakarta yang macet teruk! Alhamdulillah kami tiba sekitar jam 10. Plan2 nak duduk kat situ dalam sejam setengah sebab Cik Abang nak solat kat Masjid Cheng Ho. Kami pusing2 kejap. Pasar Ampel juga dikenali dengan Pasar Seng(?) atau Pasar Arab sebab persamaan macam Aked kat belakang Masjidil Haram. ( Sekarang dah kena roboh dah yang kat Mekah tu). Memang banyak jual jubah, tasbih, kupiah, dan korma. Minyak wangi etc. Macam2 laa. Memang macam kat Mekah. Maklang cuba2 jugak jubah. Cantek diperbuat dari kain sari. Cik Abang berkenan yang itu, tapi sebab tengok kain dia tak berapa nak sejuk, tak jadilah maklang beli. Harga pun ratusan ribu dong..Tak pelaa..masih ada banyak masa nak shop lagi. On the way nak balik sempatlah singgah belikan Maya sehelai baju maxi. Memang kami berkenan. Harga tak leh tawar banyak. Agaknya sebab dia tengok kami orang Malaysia. Baru nak buka mulut je, dia dah tahu. Mungkin perawakan dan pakaian esp. cara pemakaian tudung dah nampak kita ni orang Malaysia...he..he...tapi nak gak kena cakap bahasa mereka sebab mereka dok pahang! he..he..

Bila balik ke kereta, maklang tanyalah Pak Supir. Memang sikit sangat ke Pasar Ampel ni? Dia kata...eh tidak Buk...ada di sebelah masjid tu, masih panjang lagi....Kami keluar balik dari kereta dan jalan balik ke arah masjid. Kat Pasar Ampel ni ramai jugak peminta sedekah. Jadi takut pulak bila mereka dok ikut aje...Cik Abang dok tarek je maklang ikut dia. At last kami tiba kat tempat yang Pak Supir maksudkan tu. Kat sini lebih lagi macam kat pasar Seng kat Mekah tu. Sempat jugak maklang hangkut tudung sarung kain kaus untuk Maya beberapa helai. Cik abang pula beli songkok Cheng Ho. Songkok ni kat tengah dia tinggi sikit dari yang tepi, macam songkok orang China dolu2 kat Melaka tu...


Di depan pintu gerbang Pasar Ampel




Kat Pasar Seng..sebiji kat Mekah. Pulak ramai yang berupa Arab



Lepas dari situ, Cik Abang hantar maklang kat Pasar Atum semula sementara dia pergi solat kat Masjid Cheng Ho dengan Pak Supir. Jalan sorang2 ni tak best. Main redah aje. Takut jugak kalau ada tukang copet. Ialah walau tak ada bawa duit banyak pun, takutlah jugak. Maklang pusing sorang2 cari kedai jual kain katun. Tak jugak jumpa, sampai lah maklang naik tingkat 2. Barulah dapat. Tu pun tak ada choices banyak. Adalah beli beberapa helai. Oklah. Dalam pada pusing2 nak cari baju mandi untuk Alan, anak Busu, waktu pun berjalan laa...Tau2 dapat message dari Cik Abang kata dia dah tunggu kat tempat dia turunkan maklang. Sesat jugaklah nak cari tempat tu. Macam tawaf keliling. Dia ajak balik laa...tapi masa on the nak balik ke arah tempat janji dengan Pak Porweito, the driver, terlintas depan satu kedai kain jual banyak kain cotton. Puas hati betul! Main tunjuk2 je nak yang mana, Cik Abang Ok je. Tu yang best. Rupanya ada hikmah kenapa tak jumpa kedai...ada orang nak bayar kan rupanya..Alhamdulillah...


Lepas kami balik dari Pasar Atum, kami singgah makan kat Sederhana. Kat sini tempat makan makanan Padang. Biasalah penuh semeja. Tak berapa sedap lah makanan Sederhana as compared to masa kat Bali dan Jogja. Tapi makan jelaa sebab tu aje makanan yang ada. Lepas makan, balik rehat dan solat.




Petang kami keluar semula. Cik Abang nak pergi ke Museum Seomporna ( sorry kalau salah eja!). Tak ada apa sangat. Cik Abang kononnya nak beli painting. Tapi lepas pusing2 kejap aje kot dalam 20 mins, tak nampak bayang pun apa2 lukisan untuk dijual. Dari situ kami bertolak ke jambatan paling panjang di Indonesia ( Yana, Thank you for the correction:)) - jambatan yang menyambungkan Surabaya dan Madura, hence dinamakan jambatan Suramadu. Setibanya kami disitu dah pun gelap. Disini cepat betul gelapnya. By 5:30pm memang dah gelap betul. Dah masuk maghrib pun. Sempat lah singgah solat somewhere dalam perjalanan ke Suramadu. Kami sempat beli sedikit ole2 kat situ. Terpaksa berkejar balik sebab maklang dah buat temujanji untuk pergi Spa. Tu pun terlewat dalam 15 mins sebab mandi dulu before ke Spa. Memang 1st class Spa by Martha Tilaar...:)









Oklah besok or lusa or tulat or bila maklang free maklang updet lagi.

8 comments:

liyana said...

salam maklang..just nk wat correction..jambatan pulau pinang is the longest bridge in south east asia.panjang jambatan pulau pinang, malaysia(saje nk bangga sket)ialah 13.5km manakala jembatan suramadu cuman 5km aja buk..suami saya org sanapun malu bila org sana claim yg jembatan suramadu plg pjg.hmm tuh la masalah klo media sana xwat research.dah byk kali dh dorang asyik judge malaysia..panas gak hati tp memandangkan suami org sana n kluarga diapun baik2 knalajaga hati tp sy xplain gak kt dorang..pape jambatan pulau pinang,malaysia tetap yg terpanjang di asia tenggara melainkan klo jambatan yg di war2 kan indonesia menghubungkan sumatera dan jawa terlaksana,maka ia mmg yg terpanjang tp susah sketla byk masalah krn mukabumi yg xsesuai selain kawasan gempa..scary!!papepun..seronok bc catatan perjalanan maklang..hihihi

maklang said...

Yana, thank you...maklang main dengar aje...tak kisah lah if they nak kata jambatan terpanjang...he..he..apa yang depa kata tulah yang maklang tulis..Ignorant jugaklah kiranya sebab tak lah pulak nak menghafal jambatan siapa lebih panjang..he.he..

Thanks:)

Ibu Sayang said...

Salam Maklang,

Seronok sungguh berhoney moon, siap pergi spa lagi...bukan kata along, angah, maya & hakim aje yg jeles, kita pun ikut jeles tau...

My Life My World said...

Salam Mak Lang ... best nyer pergi Honeymoon dengan Pak Lang ....

Dapat shopping lagi lah best. Bila lah nak sampai tempat tu saya nih.

Annabuadiary said...

salam ..boleh dptkan number pak supir? saya nkpergi dlm bulan september 2012

Annabuadiary said...

salam mak lang , boleh saya dapatkan number pak supir ..sbb kami ada trip september 2012

hafiDz haMid said...

salam..boleh saya dapat kn contact supir di sana..saya akan ke surabaya november ni..
kalau ade tlg emailkn ke aoteat@gmail.com.. terima kasih.

maklang said...

hafidz..paklang google je...kami tak simpan no phone tu..sori!