BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 14, 2010

Kepala rasa lega...

Assalamualaikum...

Hari ke4 berpuasa dah...cepatnya masa berlalu kan...

Maklang ni tak masak lagi. Sebab hari ini kami makan nasi goreng sebab ada nasi berlebihan. Lepas tu nak makan mee rebus aje. Ada kuah mee yang dah siap. Sempat tak kalau nak masak in 1 jam je? Goreng nasi and ingat nak buat cucur udang dan juga cucur jagung. Tak siapkan bahan lagi utk nak buat cucur. Kejap lah...maklang nak updet kejap. ada 18 minit je lagi b4 kena turun ke dapur..he..he.. Biar nanti boleh makan panas2...barulah enak...InsyaAllah..


Hari ini rasa lega betul...Sebab maklang siap jahit 6 helai kusyen. RE nya dah seminggu selesai bunga nya..or lebih lama dari tu. Lepas tu maklang siap lining kan telekong yang maklang beli dah bertahun. Telekong yang ada sulam penuh tu agak jarang. Dah lama berangan nak hantar kat tailor tapi tak ingat2..tu yang tadi gagahkan jugak membuatnya. Alhamdulillah siap dah 2 helai. Sempat jugak menjahit telekong untuk angah. Simple aje. Letak renda je...

Bukannya tak ada telekong, tapi yang bersemangat tu sebab tiap hari dah kena tukar telekong. Sejak berterawikh kat masjid dengan anak2 ni, tiap kali lepas selesai solat, dengan baju serta telekong lencun dek peluh. Bak kata Kak liza, macam sauna pulak...Kak Liza solat dengan kami sejak 1 Ramadhan hari itu..macam berpakat pulak, tiap malam mesti jumpa...seronok ...:)Tak selesa nak pakai lagi sebab keharuman baunya...adoi....


Tahun ni anak2 tak semangat sangat nak mintak itu ini, so maklang main masak jelaa...he..he..nak tengok apa yang maklang dan bibiks masak??...silakan...

sup ala2 cina, ni makan ngan pasta
paru goreng ketumbar
sambal tahu dengan telor feberet Hakim
ayam masak kicap...mak yang nak makan..
kacang panjang bertahu terdelete pulak...besok tampal balik..hv to go dah 630, nak masak ni...

1 comment:

Kak Ezza@makcik blogger said...

lina

sedap nya paru goreng ketumbar tu...