BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 11, 2011

Selesai sudah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah selesai sudah PMR Angah. Moga usaha dan doa Angah dan ibubapa sekelian utk anak2 diberkati dan dikabulkan oleh Allah swt. InsyaAllah...Amin..

Alhamdulillah selesai juga maklang berulang alik 3-4 kali atau lebih ke sekolah yang terletak lebih kurang 6km dari rumah. Walau pun periksa dah habis, doa dan solat hajat tetap diteruskan moga yang memeriksa kertas periksa Angah lembut hati dan moga cita2 Angah nak memperolehi seperti Along akan tercapai InsyaAllah

+++++


Tak tahu nak updet apa sebab rasanya baru sangat maklang updet jumaat lepas. Sejak 2 menjak bermalasan nak updet blog ni rasanya macam tak ada idea nak tulis apa. Biasa aje tak ada apa nak cerita sebab routine maklang tak berubah. Lepas balik dari hantar anak2 ke sekolah, samada maklang masak2 atau terus menjahit sambil tengok TV9 yang ada rancangan agama. InsyaAllah sedikit sebanyak boleh lah menambah ilmu pengetahuan maklang yang cetek ni. Lepas tu continue menjahitlaa sampai petang dan last sekali pergi ambil Hakim dari tabilas.


Kadang2 ada gak kawan2 yang datang ziarah. Maklang ni memang malas sangat nak kluar rumah. Tak iye iye memang tak keluar. Nak-nak wiken bila Cik Abang balik, kadang tu kalau tak keluar sampai hari Isnin seterusnya sebab kena hantar anak2 ke sekolah. Hmm..dok rumah lagi best. So sebab banyak sangat dk dalam rumah, maka terjadi lah peristiwa2 kat dapor...macam2 rasa nak masak, cuma masa aje tak mengizinkan..Tapi Alhamdulillah jadilaa
jugak:)




semalam buat Hummingbird cake..rasa dia sedap gak...1st time cuba. ada pisang ada nenas..sekali rasa cam lepat pisang pulak...







konon2 nak buat raviolli...bentuk olah sendiri..tp ada jugak orang buat cam ni. kalau kat buku yang maklang tengok cam bentuk empat segi. Cik Abang kata raviolli ni sama je ngan wantan. Cuma rempah ratus daging letak parsley dan oregano. Betullah tu..Alhamdulillah anak2 suka...:)


Sehingga berjumpa lagi di lain siarang. Terimakaseh singgah sini:)

No comments: