BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 7, 2011

santai je...

Assalamualaikum...

alhamdulillah dah Jumaat dah. Ni break sekejap dari memasak. Pusing2 cari resepi. Konon2 nak buat ravioli hari ni. entah jadi entah tidak. Anak sulong nak makan ni. Kena juga usaha buatkan. Daging pun belum keluarkan. Kang ilang kisah nak buat raviolli jd karipap bulat pulak. maya tanya...camana mak nak buat bentuk bulat tu? mak nak guna cetak tartlaa...cetak yang ada biku2 tu...haha..raviolli pesen barulaa...jap lagi google lagi resepi cari yang senang. 2-3 ari lepas dah google nampak senang resepi tapi tak bookmark pulak. Jap lagi mmg kena turun masak jugak. Ni pon dah pukul 10.00 lebih

Balik dari pasar tani lepas breakfast sempat masak sambal udang utk nak ke KL dan masak lemak kobis yang angah dah beberapa hari sebut. Lately ni sejak mak tak keje...seme kalau boleh nak mak yang buat. Ada aje komplen kalau bibik yang masak. muka kerepot2! hmm...semua anak2 macam tu agaknya. Along pun dah kata, kalau mak tak keje..mak masak utk Dhirah je eh...

Last week, sempat jugak maklang buat kan sardin roles utk anak2 . suka nya makan berebut2. Tapi bila dah sejuk tak mau pulak. Alhamdulillah laa mereka suka. 1 tin sardin tu dapat buat about 30+ gulung. Oklaa tu.


Angah hari ni relax sikit dari last week. Kesian dia PMR. 1st day pg, gelabah jugak mek tu. Maklang sempat gak jaitkan beg dia...konon2 nak ceriakan dia utk nak PMR.
Harap2 Angah berjaya cemerlang InsyaAllah...


Dan pada hari jumaat ni baru laa dapat rehat tak payah keluar masuk rumah banyak kali. Jumaat lepas teruk sgt. 7 kali pergi balik layan anak2. Tapi nak buat macamana...dah tugas..buat ajelaaa


setakat ni dulu...ayam2 dan ikan2 tengah tunggu nak kena masakkan...anakanda kat KL nak dimasakkan apa agaknya utk mggu depan...sambal udang dah siap..buat telor ikan masak lemak kuning, ayam cashew nut, ayam masak merah dan ikan percik kot...alahai ..bab pikir nak masak apa ni yang melemahkan ni...

selamat berhari jumaat dan terimakaseh kerana sudi singgah sini..

1 comment:

Umm N said...

Salam Kak.

Macam tu ibu ni kan? pikir bab masak tak habih2...mati kutu kengkadang resepi apa nak dibuat...

Selamat berweekend.