BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 28, 2011

Jumpa2 kawan

Assalamualaikum...



Hari ini hari lahir suami tercinta...sedih tak dapat nak sambut bersama. Malam tadi dah pun balik ke KL semula menyambung tugas bekerja di sana yang masih bersisa sebulan lagi InsyaAllah. Kalau ikut kan hati nak aje ikut sekali semalam. Tapi apakan daya hari ni ada kelas. Dah atur sejak sebulan dua yang lepas. Pelajar pulak ada yang datang dari Melaka. Ingat nak postpone pon tak sampai hati. Ada juga dari KT. Tak apalah berkorban ajelah. InsyaAllah hari Jumaat ni Abang akan balik dengan Along sekali. Then kita boleh buat double celebration sempena kejayaan Angah dalam PMR dan harilahir suami tercinta. Apa2 pun maklang doakan suami tercinta maklang panjang umur, murah rezeki, hidup diberkati Allah dan menjadi seorang suami yang soleh dan dapat membimbing kami ke arah jalan yang di redhoiNya...Amin...

ni gambar 2 hari lepas...kira sambut birthday awal dgn nasi lemak...:)
+++


Rumah masih sunyi. Dengan cuaca yang sejuk ni, lepas Subuh tadi anak2 bergolek kejap, lepas tu tau2 dah sampai kat London agaknya. Malam tadi tidur entah pukul berapa. Itu aje acara anak2. Kalau tak ber Wii...kejap lagi tengok Korea. Hmmm...sekali sekala tengok leka je...mak pon bersuara laaa....Tak baca buku ke??? Lepas tu kejap jelaaa baca buku...tak dan 1 jam dah pegang Lego, dah tengok Korea. InsyaAllah...minggu depan, seme kena sorokkan...sekolah nak start dah sayang2 Mak...:)


Maklang pula sejak balik bercuti ni, melekat kat kerusi faberet maklang laa. Alhamdulillah..dapat jugak siapkan beberapa jahitan. Seronok bila tengok banyak kerja siap. Tak macam di KL, lambatnya nak siap 1-1 jahitan tu. Tapi Alhamdulillah adalah jugak yang siap. Dan yang dah siap tu dah sampai kat tuan dia dan tuan dia dah buat pon repeat order. Alhamdulillah..Sekarang ni tengah bertungkus lumus nak jahitkan utk seorang silent reader maklang yg tinggal di NZ. Maklang harap dia dapat contact maklang dengan segera...Ti, tolong call maklang ye...nak tahu nak pos ke mana?


++++


Alhamdulillah cuti yang lepas adalah cuti yang terpaling panjang dalam masa 10 tahun yang lepas. Almaklum tak kerja ni rasa bebas sangat. Alhamdulillah. Seronok laa...nak2 bila semua nya bersama...


Ni maklang sambung cerita maklang masa cuti yang lepas.

+++++++++

Akhirnya...dapat jugak maklang bertemu dengan Jun dari CupCake Kekasih, setelah lama bercadang nak jumpa. Selalunya Jun berkirim salam kat Alang je...Jumpa Jun baru sekali tulah. Tapi mesra nya macam dah bertahun kenal. Maklomlah...Jun ni ramah betul orang nya. Seronok dengar cerita Jun mengenai kerjaya dia. Macam2 yang dah Jun lalui semasa menjadi penulis. Best sangat.




Wah...Jun posing abis...puas dah kita betul2 kan tudung...3 kali snap baru puas hati...hehe...harap2 pertemuan sekali lagi dapatlah maklang belajar bentuk2 kan bunga utk kek pulak, InsyaAllah

++++++++


Sebelum jumpa Jun, maklang ada attend reunion Class of '81 kat PJ Hilton. Seronok jumpa kawan2 lama. Sihat2 walafiat belaka semuanya...Tapi ada jugak yang maintain comel je macam dulu. Maklang kata...now taklah rasa terlalu besar sebab ramai yang dah 'besar'..tapi perangai masih macam dulu lagi. Tergelak2 ingat cerita2 dolu2 ..seronok..memang kena meet lagi sebab kejap sangat...tak puas!





++++++++


Hari Khamis lepas, kami dah bersiap nak balik ke kampung halaman. Oh...betapa rindunya..bukan saja kat katil. Kat shower pon rindu. Sedapnya mandi dengan air shower yang besar2...taklah halus macam ujan renyai2 kat KL..Alhamdulillah.

Dah balik, rehat kejap lepas makan tengahari. Lepas tu gi shopping baju ucop pulak. Seronok ucop dapat baju baru..bergaya sungguh ucop. Almaklum nak jalan lagi besoknya...ke KB pulak!

ok..time's up...kena prepare for class...rajin nnt maklang updet lagi, insyaallah..


Terimakaseh singgah sini:)..

3 comments:

Unknown said...

Askm Kaklong...

Rindu Icoppp!!!!

-Mommy-

Hany Gallery said...

Salam. Kak Jun my Sifu & rasanya mcm kenal adik maklang, dr Ereen. Dia studied medic kat UM, ex 8 kolej?

Mulan said...

happy new year...

happy, healthy & dirahmati always..!!