BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 29, 2012

Time off

Assalamualaikum...


Hehe ..ari ni mood baik punya. kenapa ek? entah!


Pagi2 lepas siap buat sarapan, masak asam pedas tenggiri ( ari ni tak sedap sebab tawar..) and tauhu goreng dengan kicap bango dan of coz lepas sarapan bersama Cik Abang dan Along, maklang sambung menjahit laa...

Tengah seronok menjahit kusyen cover yang ke4 dalam masa 4 hari kot...semangat makcik wiken lepas!...dapat pulak mesej dari anak murid maklang nak datang beli riben. Alhamdulillah rezki ada hari ni...Lepas dari itu, maklang dan Along keluar konon2 nak pergi gunting rambut yang dah makin menebal ni...Along pon dah bising kata lama dah nak gunting rambut. Setiba kat situ, kedai pulak tutup. So, maklang ajak dia ronda kat tepi kuala nak beli ikan. Masa tu dah pukol 10:00 lebih agaknya.. Ikan yang naik pagi dah abis..Jommm Dhirah kita ke Kemasik. Semenjak tak keje ni ada 2-3 fon number pok-pok jual ikang maklang simpan. So lepas dah call Pok Itang kat Kemasik and konfem ada ikan, kami pun zoom ke sana. Alhamdulillah ikan kembong keras2 lagi. Maklumlaa baru naik dari laut. Beli jugak entah apa nama ikan yg berwarna warni. Lepas dari situ, singgah L-mart pulak nak beli sayur2. Jommm Dhirah bawak mak ke Paka. Konon2 nak beli udang. Wah berjalan sakan ari ni. Sampai Paka tengok ikan layu2 je...beli kangkong dan cencalok je kat Pasar Paka. Dalam perjalan balik, singgah pula kat Pasar Kerteh. Beli udang putih 1.5kg dan 1kg ikan cencaru. Sejak bibik dah balik ni, maklang kenalaa menyibuk kan diri kat dapur, or else kesian jugak kat kakak. Alhamdulillah siap lah goreng2 sayur dan ikan fresh just in time sebelum Abang balik for lunch.


Yang best sangat hari ni, maklang start menjahit sebiji kusyen utk rumah! Alhamdulillah dah 1/2 siap dah. Tak kira dah asyik jahitkan utk org aje, bila lagi nak menjahit utk rumah. Cik Abang kadang2 ada juga cakap2 bila laa nak buat utk rumah...secara tak langsung laa...hehe..Sendri mau tau laaa...takkan lah rumah orang aje nak cantek rumah sendiri tak berbela..hehe.. InsyaAllah tahun ni dapat buat langsir baru selepas lebih 5 tahun langsir tak berganti....tu pon tempah je kat kedai:) In fact, langsir yang tengah pakai waktu ni maklang beli 10 tahun lepas. Alhamdulillah masih boleh pakai lagi. Ini pun buat sebab naklaa berganti. Kaler pepel pulak sebab sofa pun tahun ni nak pakai sarung kaler pepel...wah wah semangat nak raya...InsyaAllah chair back cover yang berRE yang maklang jahit 2 tahun lepas akan dapat disambung dan dipakai tahun ni. Rasa macam lama sangat tak berganti yang baru...InsyaAllah moga dapat mencapai hasrat.


Inilaa ni bakal menjadi penyeri ruang tamu tahun ni, InsyaAllah dapat buat 2 buah dah seribu rahmat!

Ok sekian bicara malam ni. Ada hal nak kena siapkan sebelum nak beradu malam ni...Selamat malam semua!:)

No comments: