BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 17, 2010

Updet jangan tak updet


Assalamualaikum,

Berhenti kejap dari menjahit. Teringat lama tak mengupdet blog. Kalau lama2 tak updet nanti lupa apa yang dibuat. Almaklum, blog ni serupa macam diari maklang.

Hari Rabu masa di KL tu, akhirnya maklang ke rumah Alang jugak. Entahlah malas nak duduk sorang2 kat bilik. Bosan. Lagipun Alang kata nak hantar balik, jadi beranilah nak ke sana. Kalau nak jalan sorang2 dari LRT tu ke Concorde takut jugak sebab kat situ sunyi sikit. Pulang dari rumah Alang, maklang mandi manda dan siap gosok tudung untuk hari esoknya.


Hari Khamis tak ada apa sangat. Kami ke Client's office utk nak carik dokumen. Boss ajak jalan kaki aje. Memang tak jauh mana, tapi mengah lah jugak, berpeluh.Sampai kat sana, kami selongkar drawings2 yang perlu dibawa balik. Satu perkara yang dah lama tak buat sebab semuanya dilakukan oleh adek2 muda kami. Dah hampir setengah abad ni tak sanggup dah nak mengangkat mencari drawings segala. He..he...Ingat tengahari dah boleh balik sebab dah siap apa yang dicari. Tau2 masa maklang baru sudah solat , boss kata tak leh balik. Gelihati sangat bila immediate boss kata dia dah cek out and then cek in balik bila dapat call dari boss. Kami yang menurut perintah ni terpaksa ke pejabat client semula. Kali ini naik taxilaa ke office Client..panas nak jalan waktu tengahari. Hmmm...last2 petang tu kami balik lewat dan tiba hotel dekat pukul 7:00. Naik taxi kena RM23.00 untuk perjalanan sekitar 2.6km. Mak oi mahal betul. Semuanya sebab naik taxi premier sebab taxi seme tak nak ambik! Lagipun ada beberapa inci drawings berat2 yang nak kena hangkut. Malam tu, tak larat betul even nak pergi makan. Berbaringan sambil berbual2 dengan kawan maklang yang keje kat situ. Terimakaseh layan maklang malam tu..

Malam Jumaat tak dapat nak tido. Sebab takut terlewat bangun. Kena leave the hotel around 7 sebab nak ke Kl central then ke KLIA naik ERL. Alhamdulillah tak ada masalah. Beg baju kirim kat boss mintak bawa balik so tak payahlah mengheret all the way to the airport. Lagi pun ada gunting, memang kena cek in laa..susah...Alhamdulillah by almost 10:00 dah jejak kat Kuantan airport dan darling maklang dah tunggu. Dengan Akim and Maya.

Kami sempat ke Kamdar, maklang shop langsir utk kelas budak 2 dan jugak kain2 untuk jahitan maklang terlanjur ada sale. Then ke Johney's makan2 kejap. Sebenarnya cik Abang amek maklang pun sebab nak servis kereta tapi tak jadi pulak. Berpusing keliling nak cari masjid tengahari tu sebab dah terlewat solat Jumaat. Nasib baiklah mamasita beritahu masjid renovate tu dah ada gantinya...Terimakaseh kak...Nanti satu hari maklang nak terjah rumah mamasita laa...boleh tak kak?

Kami tiba Kerteh lewat petang tu, tak larat nak buat apa, landing sambil baca buku cerita ( yang sampai hari ni tak khatam2 lagi!)

Sabtu, maklang relax aje pagi tu. Memang tak larat. golek2 baca buku cerita. Bestnya...lama tak buat macam tu. Wan masak hari tu...sedap...asam ikan tenggiri tak silap.

Petang Mak angkat Maya sekelauarga, sampai. Maklang dan cik abang pi shop groceries sikit. Yang best tu, food were prepared by darling and Along. Beef stew dan ayam panggang. Memang relax wiken tu. Tukang masak ambik cuti! Maya was so happy tengok Mak Enon and Baba dia. Terimakasehlah kasi Maya bear sebesar Maya tu...nampak betul happy dia. Puas lah dia bermanja dengan Mak Enon dan Baba...Dan terimakaseh kerana nak tido kat rumah kami...
Gambar ni kami rakamkan sebelum kami bertolak ke KT dan Mak Enon dan famili ke KB .


Ahad, kami sekeluarga ke KT. Sempat jumpa Cik Milah kejap kat Rantau Petronas. Kat KT kami hadiri majlis menyambut menantu Wan Pari. Sedapnya makanan hari tu. Lama tak makan beriani sesedap tu...Seronok jugak dapat jumpa sepupu sepapat maklang yang lama tak berjumpa. Kami tiba kat Kerteh around 6. Hmmm...cuaca panas menyebabkan kami berasa sungguh letih.

Ini dia pengantin baru. Kami doakan moga jodoh berpanjangan sehingga akhir hayat dan dikurniakan ramai anak2..Amin...


Malam pula, kami menyanyi lagu birthday utk Angah. Dah 14 tahun anak dara maklang sorang ni. Suka benar dia dapat cake blueberry cheese. Makan kek aje malam tu, dah tak larat nak makan lain...Lewat2 malam Mak Enon and family call kata nak tido kat rumah. ( Mereka ke KB pagi tu, nak cari hotel masa nak balik ke Kerteh, seme nya full...). So, kami tunggu Mak Enon sampai barulah tido.




Pagi Ahad, Mak Enon balik KL. Lepas dia balik, maklang ke MM cari bahan nak masak lauk. Ada sedara pangkat pakcik nak datang. Tak ada masak apa pun. Sebab dah ada lontong kat fridge, maklang minta bibik masakkan lodeh. Maklang buat sambal sotong. Lepas lunch mereka pulang. Petang tu, maklang tido mati. Terkejut bangun pun sebab ada call dari Client tanya if boleh tak attend meeting minggu ni...Hmmm...nasib baik dah puas tido!he..he..

Rasanya sampai hari ini tak hilang penat lagi. Macamana nak hilang, bila ada masa lapang, maklang menjahit. Dah way off schedule. Tak sangka banyak betul aktiviti cuti baru2 ni. Ingatkan sunyi, maklang dah plan nak jahit2 aje. Walau macamana pun, maklang enjoy dengan kehadiran teman dan saudara mara menceriakan hidup kami...

Wiken ini mungkin kurang acara. Besok sunyilah sebab Atok dan Wan dah nak keKL. Cik Abang pulak ada mtg di KL lagi. Petang besok akan terbang ke sana. Padahal, baru aje terbang ke sana pagi tadi, dan balik sini petang tadi...Ni pun dah berkeruh tido sebab kepenatan. Apa nak buat..kerja nak cari makan utk anak isteri...

Setakat ini dulu, buat kali ini. Berjumpa di lain waktu...InsyaAllah..:)

10 comments:

ibu,mommy,mom... said...

Salam Maklang,penat baca entry maklang memalam ni...hehe...

maklang said...

salam IMM:

Memang penat sungguh...bila terlalu penat, susah nak tido..ni pun tadi dah tido baring lepas balik opis..

ibu,mommy,mom... said...

Maklang kerja apa maklang kalau tak keberatan menjawab:)

Mulan said...

hepi besday to besday girl... stay sweet & rajin2 tolong mak tau..!! bak mai la sikit kek tu..

MAMAMIA said...

Packed nya lah diari kehidupan Mak Lang ni.....

maklang said...

imm:

maklang keje biasa aje, pegawai letrik, atau lebih dikenali dengan jurutera letrik..dan tukang jahit cum tukang masak...he..he..

maklang said...

muni, kek dah habis, kamis ni ada sebiji lagi, coklat indulgence pulak!

maklang said...

mamamia:

nampak je pack. tapi memang semputlah masa wiken tu...

Zareda Norman said...

mak lang

padatnya masa mak lang.. sepenuhnya digunakan dengan pelbagai aktiviti,.. heheh

ibu,mommy,mom... said...

waaa maklang...terrornya:)