BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 2, 2011

RE dan yang sewaktu dengannya..

Assalamualaikum..

Dua tiga hari ni mata pedih aje. Penat agaknya mata ni sebab asyik mengadap jahitan. Petang tadi masa nak ambil anak2 dari sekolah lepas office, mata ni macam kelabu aje. Walhal spec baru tukar. Tapi tukar pun power ke rendah. China kedai spek kata, mata maklang berkurangan power. Masa mula2 ambil spec tu, dunia terasa terang sangat, tapi hari ni kabur pulak. takkan dalam masa seminggu power dah balik asal...


Semalam petang lepas dari office maklang sempat mengadap mesin. Dah siap dah 2-2 kusyen pengantin yang Alang tempahkan. Beg untuk kawan Alang pun dah siap. Beg untuk kawan maklang di Kerteh pun dah siap. Lega rasanya. Beg bunga daisy pun dah selesai. Tapi tadi kena tetas sikit sebab kat tali dia tak berapa lurus jahitan dia. Sekarang ni memang tak cukup tangan. 30 helai apron yang sepupu maklang tempah pun, maklang sub kan ke office mate maklang yang suka menjahit. Moga sama2 dapat cari rezeki ..Amin..





Ni kejap lagi, nak mula jahit lagi. Kalau boleh nak siapkan satu beg telekong. Then bolehlah maklang kemas2 riben2 maklang . Insya Allah petang besok, maklang nak gi jalan. Belom pun bertolak, tapi rasanya hati maklang dulu dah tiba ke sana...Rindunya nak jumpa seseorang. Doakan perjalanan kami selamat dan selamat berhujung minggu.:)

4 comments:

zino said...

mata tu nak rehat...

IXORAROXI said...

lawo lawo beg beg tu

MULAN said...

makin penoh bunga2 re kat beg tu... cantiknya... tolong sambung bunga kat beg kita boleh ke... hahahaa...

Izariza said...

maklang, saya duk cari butang 'like' nak tekan tapi tak jumpe heeee ... (cantik sungguh hasil tangan maklang tu ... salute ...)