BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 25, 2010

minggu pertama berakhir...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah minggu pertama SPM telah pun berakhir. Bukan anak aje yang rasa lega, mak anak pun rasa lega. Dapatlah lepaskan tension sikit waktu weekend ni.

Tak ada rancangan apa2 pun cuma akan menyelesaikan tempahan pouches untuk hari perkahwinan adek kawan. Terkial2 maklang menjahit. Baru siap 6 aje yang jadi pouch. InsyaAllah besok memang menjahit ajelah jawabnya. Ni updet pun sebab dah penat menyulam pouch. Masih ada 7 lagi yang belum bersulam. Nak jahit jadi pouch satu hal lagi, sure berjam2. Nasib baik kakak tolong potongkan kain untuk dalam dia. Mula2 menjahit pouch pertama, it took me more than one hour! Terok betol! Macam tak pernah menjahit pulak. Mana taknya kain silver ni dah lah lembik, dalam pulak guna lining yang licin..berlari-larian di tepian mesin lah jawabnya...geram betul!

So for the next one, maklang gantikan dengan kain koton. Senang cerita. Melekat aje dia kat kain silver tu. Alhamdulillah jadi kemas dan senang lah melayan dia! Petang tadi lepas balik office, maklang cuba lekatkan. Dapat siap 6 dah semuanya. Dan lagi 9 ke lebih dah jahitkan kain putih ke kain silver. Besok tinggal kemaskan. Besok juga lah maklang nak siap kan yang belum tampal kan kain silver, masih berbaki lagi - ada 7 lagi...dah seram sejuk dah ni. Tuan dia nak by Rabu...moga2 siap lah hendaknya...InsyaAllah..

Besok jugak lah maklang nak gi pasar tani, nak masak, nak jahit beg untuk host parents angah. Banyak nya kerja besok. Tapi besok semangat sebab besok tak kerja dan by nite time InsyaAllah the 3 peopke yang dah berjauhan dari maklang hampir seminggu akan balik sini...

Dan moga besok Allah beri maklang kekuatan untuk menjalankan2 kerja2 yang dirancang..InsyaAllah..

so, besok jugaklah kita jumpa lagi, kalau sempat...selamat malam dan selamat2 lah semuanya..


salam hujung minggu!

3 comments:

MULAN said...

cantik cantik... penat nengok maklang menjahit re dll... jaga diri tu jugak eekkk..

maklang said...

mulan...memang penat..meh lah tolong and bantu:)

maklang said...

mulan...memang penat..meh lah tolong and bantu:)