BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 20, 2011

Bujang melawa

Assalamualaikum

Alhamdulillah pagi ni senang nak kejut sibujang. Ingatkan dia pasal nak gi sekolah ada jamuan raya, pakai baju Melayu Raya. Wah..sejak malam tadi dia dah bersiap. Baju dah suruh bibik gosokkan, brooch dah sangkut kat songkok...kasut mana nak pakai pon dan minta tolong kakak siapkan. Perkara biasalah tu kalau si bujang nak melawa. Sah2 ikut Abah and Angah dia. Hmmm..semuanya nak kemas dan menarik..teringat kata2 arwah MIL..yg Cik Abang kalau pasal bergaya...bukan main...hmmm...lama dah MIL pergi. kadang2 teringat kat dia. Moga dia tenang di sana..Amin..Al fatihah buat MIL..


++++++

Baru selesai memasak ni. Terrrajin nak berblog. haha..perkara yang jarang2 berlaku dalam kamus harian maklang...

Lepas hantar anak2 ke sekolah tadi, maklang cek- in kat bilik jahit. Dari jam 745 lebih kurang sampai 915am, sempatlah sambung2 beg 3 biji. Alhamdulillah...nanti kakak dah letak butang dan kemaskan boleh lah di pos.

Kemudian turun pulak masak. Hari ni macam biasa, tak tahu nak masak apa. Pikir punya pikir maklang buat sup petola dgn telur dan kononnya ikan kembung pais. Entah apa rasa sebab baru 1st time buat ..hehe..main campak2 je .. Maklang, Maya dan kakak masih berpuasa. Angah tak puasa sebab rasa dah tak sedap badan. Maklang suruh dia jaga kesihatan sebab takut demam. Periksa tinggal beberapa hari aja lagi. Moga anak ke2 mak berjaya macam kakak dia. InsyaAllah..

Hari ini...macam biasa akan bermain dgn riben lagi. Kadang ilang idea dah nak lentok rose atau tulip atau matahari ke arah mana. Moga Allah beri ilham yang terbaik utk hari ini...Amin


Terimakaseh kerana melawat teratak maklang...moga hari ni baik utk semua:)

4 comments:

Mulan said...

wuuiiihh.. byk nya makanan kat bawah tu.. bila buleh rasa ni..??

Lee said...

Hello Maklang, Saya at Mokcik Azawa place nak mintak lawyer tolong, isteri da chabut, ha ha ha....noticed gambar of handsome man ad boy.
Itu hubby? anak?
I noticed you orang Trengganu, Kerteh?
Saya suka Trengganu, da lama ta'makan nasi dagang.

You tatau masak apa? Wokay, saya give idea.
Beii ikan chincharu, goreng, sumbat sambal. Lepas tu, buat your special sambal belachan Kerteh.
Then send me telegram......jemput makan.

Ha ha, ni just joke joke, ya.
Have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

ibu,mommy,mom... said...

salam maklang,dah lama tak visit blog maklang,
ibu harap maklang sekeluarga sihat walafiat...

Unknown said...

Salam Mak Lang, petola tu my favourite...tumis cair saja. Sedap kalau makan masa suam suam ku. Dapat ikan kembung goreng panas...lagi menyengat.