BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 23, 2010

Cuti Gold Coast...Part 1

Salam,

Maklang dah beransur sihat lepas telan2 ubat..Alhamdulillah. Bukan telan ubat aje, melepak atas katil pun iye, tak pegang jarum pun. Baca buku jer..sikit2..Tu agaknya dah ok sikit...Insyaallah besok dah boleh lah keje balik...Tapi kira ari ni macam keje kejap jugak lah, curi2 masuk tengok email pejabat! he..he..kalau Along tau mesti dia bising sebab tengok jugak keje dari rumah.

++++++++


Percutian kali ini memang sangat2 di tunggu2. Almaklum, kami seme tak pernah lagi ke negara Kangaroo ni. Dan Atok serta Wan pula memang dah lama mengidam nak ke sini. Alhamdulillah. masa AA offer tiket murah tahun lepas, maklang grab cepat2. Cik Abang pun kata suruh ajak Wan dan Atok sekali. Lama tu, lebih 1/2 tahun dah book tiket. Kalau tidak harga memang jadi 2 kali ganda...ish...tak boleh nak shopping kalau dah tiket terlalu mahal..

Kami bertolak ke LCCT jam 6 ptg hari Jumaat. Alhamdulillah tak ada masalah. Naik van yang boleh memuatkan all 8 of us dengan beg yang sarat. Ada 6 beg yang nak masuk kargo dan tiap seorang ada hand luggage. Mana tak banyak, 2 beg berisi makanan dan periuk belanga! Jangan tak tahu, maklang bawak periuk aluminium yang nipis ( tak pakai pun sebab bila letak atas hot plate tu, piuk tu cam menari2 sebab terlalu panas! Last2 buat isi makanan yang dah masak aje). Ada juga pinggan, pisau, cawan dan periuk nasi letrik tu. Beras 5 kg, segala macam brahim, maggi, sambal kacang ikan bilis by wan and bibik, dan juga garam dan gula. Semua bahan kena seal betul2 sebab kawan2 yang dah pergi kata kalau tak seal betul2 takut kena masuk dlm tong. Bahan tenusu memang tak ada bawak. Tapi coffee 2 in 1 tu tak lepas sebab dia kata ada milk produk ( nama saintifik apa entah) so, tak lepas laa. Tapi yg buatan spore lepas pulak. Apa2lah asalkan sambal kacang ikan bilis dan beras lepas, dah syukur banyak! Alhamdulillah. Keropok pesanan teman ( maklang tak pernah tengok muka, cuma tau dia sebab dia tempah RE maklang) dan juga ikan kering dengan mudah lepas untuk dibawa masuk. Kawan pun dah pesan, baca ayat Wajaalna tu...ayat kat surah yaasin. InsyaAllah lepas dengan mudah. Dan yakin bahawa Allah sentiasa dengan kita..:)

masa kat LCCT bertemu pulak dengan sedara maklang..pangkat wan jugak...and yang kelakarnya bila anak dia nampak Cik Abang macam terkejut sebab muka Cik Abang sebijik sebijan cam kawan dia. Bila dia baru nak tanya, maklang terus aje konfem, ye...ni abang kepada Jo...
Muka2 ceria yang nak pi bercuti...yeay...
Keletah anak2 tercinta...

Selamat tinggal malaysia...


Lepas dari immigration, Cik Abg pi amek kereta yang dah di book dr malaysia. Tak mahal mana. Sewa kereta seminggu 500AUD. About Rm 1.5 K je...Dah dapat kerete, Cik Abang hantar barang2 dulu bersama atok dan wan dan angah sementara maklang dan anak2 yang 3 tunggu kat airport. kalau nak naik airport txfr dan 22aud, kali 4 x 3, dah berapa tu...so, kami tunggu jelah kat airport. Sempat jugak akim dan maya tido sementara along baca buku dan maklang menjahit...he..he..
gambar ni menunjukkan yang dah lebih separuh jalan..kes tak ada keje dalam plane..entah apa2 gambar yang diambil..
selamat datang ke Gold Coast..Coolangata air port...sebesar airport Kuantan jer..
seronok seronok tu...
Troli kalau ambil didalam free, kalau kat luar airport kena aud3, bila pulang balik, dia kasi 50cent jer...
sambil tunggu cik abang nak dtg balik, sempat jugak menjahit, 3-4 kuntum bunga..tu bujang senang merajuk lah tu...tak leh salah sikit sebab tak cukup tido!

Bila dah selesai urusan bilik ( kami tinggal di Tiki Village kat Surfers Paradise), Cik Abang datang ambik kami. Dari airport kami ke kedai membeli bahan untuk di masak. Waktu itu dah hampir jam 11 waktu GC ( malaysia lambat 2 jam). Shop2 apa yang patut dan of course harga yang murah, kami balik lah ke apt. Apt cantek. Atok dan Wan cukup berkenan sampai nak ikut design utk nak modify kat umah dia..he..he..
rambutan sebiji Rm3 lah jadiknya..masa tu baru nak appreciate rambutan yang melambak!
air kelapa...
kentang sebesar tapak tangan, tapi tak sedap..

jagung..


Sampai kat apt, maklang singsing lengan, curah susu dalam periuk nasi( masa ni baru tau piuk aluminum tu menari2), masak nasi kat microwave sebab piuk nasik dah digunakan utk buat telur masak lemak. Anak2 heran kenapa masak lemak guna susu! Maklang kata..oooh...ini perkara biasa utk kami masa belajar kat luar negeri dulu. Goreng sayur yang teramat lah fresh tu dan juga ada sambal kacang ikan bilis. Wah berselera betul makan tengahari tu. Lepas dah siap solat zohor jamak ( zohor masuk kol 11lebih), dan selesai cuci baju, barulah maklang menjamu selera. By that time, ada yang dah tido pun. Cik Abang pulak, sesampai aje kat apt, terus tidur dulu sebab kepenatan dalam plane tak tido!( Camana nak tido! kosi sempit betul utk kami2 yg 'slim2' ni).

Hari pertama di surfers paradise, kami surf atas katil dari petang sampai malam ...he..he..letih teramat...Kena rest utk nak jalan the next day.


Day 2:

kat sini suboh pukul 4:30am. First day dah terlajak. Sedar2 dah 6:30 pg waktu sana ( kat mesia 4:30pg). Apalagi melompot dari katil, terus angkat wudhuk dan solat. Tak dengar langsung bunyi alarm! memang set awal dan azan kat fon maya pun tak kedengaran. Tido mati semuanya. Wan kat bilik apt sebelah tak pulak teringat nak kejut kami ( maklang, cik abg, hakim dan maya share 1 apt, yang lain apt sebelah). Lepas dah siap semua bersolat, maklang ke bilik wan. Masak kat 1 bilik jer. Yang bestnya Along dah siap goreng kan nasi untuk sarapan. Second day menu, kami masak biasa2 aje. Juga dah siap campurkan tuna utk nak bawa bekal masa berjalan.

Lepas breakfast dan dah cuci baju ( seme cuci tangan!), barulah kami ke Carrara market. Tempat ni macam a market place yang jual macam2 , makanan ada, buah tangan ada, pokok2 ada, mainan ada. Infact seme adalah. Mula2 tu maklang pusing2 dulu. Survey apa yang berkenan sambil tgk harga. Maklum lah semenya kena x3. air mineral 750ml dah 2.5AUD. Dah 7.5Rm tu. Puas pusing baru jumpa yang AUD1. Terus beli 5 botol. Sempat jugak beli some cookies yang dibuat oleh Muslim Australian . Katanya dia dr Zimbabwe dan dah menetap 27 tahun kat australia.


mula hakim ingat ni ferrari..rupanya mitsubishi je...tengok kat lambang memang ferrari terus dia excited nak bergambar!
dan of coz kak aya dia..
dalam Carrara market
antara barangan yang dijual


Lepas dari Carrara market, kami cari masjid utk solat zohor. Buat jamak qasar sebab dah plan nak ke brisbane besoknya. Then kami ke Harbour town. Cari ikan dan udang. Kawan maklang dah beritahu, kalau nak cari sea food kat sini. Udang sekilo dah 22Aud. so belilah juga sebab takkan nak makan telur je tiap hari. Beli jugak ikan. Alhamdulillah total tak sampai pun Aud20. Udang pun tak sampai sekg. Kira cukup2 utk sekali makan aje. Lepas tu kami ke Harbour town shopping center. Kat sini pun banyak jual souveniers dan ada jugak asian grocery stores. Ada jual halal meat jugak. Anak2 sempat beli salami dan cheese. Masa kat sini kami jumpa Malaysian, suami dia keje kat Brisbane dan mereka pernah menetap kat Kerteh dulu. Dia siap beritahu, kalau ke Brisbane pergi lah kat DFO ( Direct Factory Outlet)..ada Corelle on sale..murah sangat...Tak terdetik pulak nak membeli...he..he..
ni yang paling maklang suka, tapi tak beli pun..tukaran wang ..menjadikan ia nmpak suatu pembaziran

ingat nak amek gambar berdua, tp ada jer yang interframe!

jmahal2nya..

Kat GC ni kedai2 pukul 4 or 5 dah tutup. Kami kat mall tu sampai kedai tutup lah! Sampai apt, biasalah, sinsing lengan, hari ni masak sardin masak asam ( beli sardin kat grocery store lepas solat tadi).





..Berakhirlah hari ke 2 di sini...besok or lusa baru sambung eh...

5 comments:

Pp said...

whoarrrr best nye! family holiday mmg best lagi2 pula ke lokasi seperti gold coast....enjoy maklang dan famili...u all deserve it!

nanti share gambar2 lagi...

ibu,mommy,mom... said...

bestnya maklang...Mommy dulu pi sana lah honeymoon and tiap tiap tahun lepas tu...
ni dah lama tak pergi.Rindu rindu

tireless mom said...

Dah baik demam mak Lang? Pergi gold coast pun asyik sinsing lengan je ye. Best nya....

Zareda Norman said...

bes tak gold coast? macam plan nak pi jugak...

purplish.pink said...

salam,
since maklang dah gi sana, nak tanya sket. insya-Allah nanti bulan 11 nak g golkos jugak. dok kat surfer paradise. agak2 kalo 3 hari punya bajet bape ek? cane nak sewa keta? time imigresen cek apa makanan yang tak leh bawak? cane nak apply visa? nak bawak ape?

urm, banyak pulak tanya. hehe. harap dapat membantu =)