BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 30, 2010

Cuti Gold Coast Part 2

Assalamualaikum..


Apakabar? Maklang mintak maaf sebab lama tak updet. Ialah kerja kat opis banyak, and by the time balik rumah, tak larat nak buat kerja lain. Menjahit pun banyak sebab dah ada order yang due pun. Tu yang tinggal terus blog ni. Lagipun nak mengupdet ni takes ages nak upload gambar. Tapi kesian jugak, sampai ada yang hantar email ke maklang tanya kenapa tak updet ye Yana...Yang benarnya maklang memang sebuk lepas dari mengupdet last week.

Mana taknya hari selasa maklang kan meeting kat Kontan. Lepas habis meeting tu pi tengok FIL masuk sepital. ALhamdulillah dah discharge pun petang tadi. Masa pi tengok FIL tu takut gak bawak kereta sorang2 kat bypass Gebeng yang sunyi sepi. Tak kiralah menghentam paddle tu sampai 140km/hr. Kalau dah gelap kang, jalan sunyi pulak, takut kalau apa2. Last2 tiba tumah 9 lebih. Tu pun lewat sikit sebab berenti solat maghrib Isyak kat Kemaman.


Then tau2 hari Khamis ke KL pulak. Dah satu hari wasted. Balik tu pulak kepala pening aje. Mabuk sebab naik plane kecik. Kena tiup angin bergoncang2. Jumaat ke Kontan lagi. 3 acara sebenarnya tapi dapat tunaikan 2 dan tambah yang uplanned. Dah buat routine cekup utk pinggang dan Alhamdulillah Dr. kata OK. Then ke HTAA lawat FIL and jugak pi bawak Hakim jumpa Dr pakar yang merawat Hakim masa baby. Semua geram tengok dia yang tembam. Dr Chin nama dia. Dia kata Hakim memang look the sama macam masa baby. Memang dia sayang sungguh kat Hakim ...selalu dia tengok Hakim waktu malam masa Hakim di wat ICU baby tu.

Lepas dari hospital, Cik Abangku tercinta bawak maklang pi MAXIS. Dia hadiah kan maklang phone baru. Hari ni baru dapatnya. Then lepas dah selesai baru pi makan lunch. Lepas tu singgah pulak pi cari meja makan utk nak letak kat dapur...Tiba rumah dah melepek!


Sabtu pulak sibuk dengan PIBG sekolah rendah. Cik Abang kena lantik lagi jadi YDP. Lepas PIBG, maklang marathon siapkan 30 pouches yang belum berjahit. ( RE nya dah siap). Alhamdulillah malamnya dah selesai...


Then Ahad dah keje, malasnya nak keje sebab wiken sibuk sangat. Semalam pulak maklang ke facial. Rasanya muka ni hitam lepas balik jalan baru2 ni. Ni malam ni baru dapat nak rehat. Tapi ada gangguan gak sebab hati dah pada fon yang Cik Abang baru hadiahkan..Anyway, ni nak updet cepat2 supaya boleh main toy baru tu...


+++++++

Panjang dah intro tu, kita sambung lah dengan cerita yang dah nak basi ni...


The 2nd day kat sana, kami bercadang nak ke Brisbane. Saje nak jalan2 sebab memang tak ada plan mulanya nak ke theme parks sebab tiket terlalu mahal. Tapi malam sebelum nak ke Brisbane Abang dah plan nak bawak pula anak2 ke Dream World and White Water PArk. So ikut lah mana2, orang nak bawak.

Kami bertolak ke Brisbane lepas breakfast dan lepas masak lauk utk bekal.Memang dah tau yang makanan mahal. So, semuanya bersedialah nak makan bekal aje. Mulanya nak terus ke Brisbane aje, tapi masa otw ke sana, maklang terima msg dari anak sedara sepupu yang belajar kat Bond Uni. Dia kata dia baru tiba dr Malaysia. Sebab Abang pun dah tersalah masuk exit utk nak ke Brisbane dan dah termasuk kat exit airport, maka kami pun terus lah ke airport dan jumpalah anak sedara sepupu maklang tu. Kejap aje kat situ then kami bertolak ke Brisbane.

Di Brisbane, maklang dah janji nak jumpa Kushnur, a Fijian. Kawan pada kawan maklang yang pesan nak RE maklang tu. Alhamdulillah dapat jugak jumpa. Kushnur datang dengan sebuah beg besar berisi makanan yang belum dimasak dari Ana. Ana pulak tak ada sebab menunaikan umrah. Te rimakaseh banyak Ana. Hanya Allah aje yang akan balas jasa Ana tu pada kami sekeluarga.


Sebab dah lapar, maka kami lunch kat food court. Makan Kebab yang kami pasti halalnya. Kushnur yang beritau. alhamdulillah, tapi kempis lah poket sebab sepinggan/ sebungkus kebab dah 10AUD. kalau dah 8 pinggan...Aduh bayangkan sekali ngap kena sampai macam tu.Kalau makanan macam2 tak pelah jugak, tapi cuma kebab jer..

Tengok tu, sekeping kebab. Tapi sedap laa..berbaloi...



Yang ini roti pitanya di serve lain2.
Kenyang perut. Alhamdulillah rexeki kami murah sebab tokey kebab tu kasi kami macam2 turkish delite dan juga baklava yang memang sedap, tapi tak leh lawan dengan yang Simah kasi kat maklang tempohari!
Untuk kenangan sempat lah amek gambar kat sini..

Ini pulak gambar kat Carara market ( tertinggal dr n3 lepas, maklang masukkan jugak sebab nak majukan orang Islam gak ni...)


Lepas dari situ kami ke DFO. Tempat yang diintroduce oleh org Malaysia yang kami temui di Harbour town. apalagi, bila abang dah kasi pitih, maklang borong la Corelle 2 kotak, pyrex sekotak dan macam2 lagi...anak2 bising sebab kat rumah dah macam ada kilang pinggan...Dah nak buat camana, mak mabuk pinggan!

Ni pulak budajk2 orang ni bergambar..Adalah tu yang di gelihatikan kat gambar tu...Cuba lihat betul2 tulisan yang tertera kat kotak putih tu..
Jamie Oliver pun ada jugak kat situ. Dia memanggil2 kami supaya bergambar dengannya..

Then lepas selesai menunaikan solat kat Masjid Brisabane, kami bertolak balik dengan mengikuti route lain. Kami lalu ka Tamborine Mountain utk melihat kecantikan kat sana. Memang sungguh cantek.





sekian saja. maaf kalau ejaan berterabur..maklang dah terlelap depan pc dah ni...jumpa lagi ye..

5 comments:

zino said...

bestnya jalan jalan

ibu,mommy,mom... said...

Salam Maklang,tu la mommy tengok maklang tak update pun.Sure maklang busy tu.

Maklang,masa di Oz tu,maklang tak masuk ke tempat ripleys believe it or not?At surfers paradise.Tak tahulah ada lagi tak tempat tu ke tak

Mulan said...

seronoooook nya... cepat la update & taruk gambar byk2..

Unknown said...

henpon baru? kat maxis?
jeng jeng jeng...

maklang said...

zino:

mmg best kalau jalan...

IMM:

bestnya dah selalu pi sana, maklang tulah pertama kalinya. yang ke2 kalinya entah bila lah agaknya..

Muni:}

Tak sempat nak update..bz..bz..bz...zzzz

Znl Zhr:

Alah...macam tak tau pulak...ke saje buat tak tau...he..he..