BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 10, 2010

Kawan dan RE

Salam..salam ..salam...


Dah 2-3 hari teragak nak updet, tapi ada aje yang menghalang. Dah 2-3 malam juga maklang sibuk menghabiskan jahitan dan juga berinteraksi dengan client maklang yang baru di Mesir ( orang Malaysia sedag belajar di Mesir). Ialah nak ambil specs dia apa yang dia nak maklang buat untuk dia. Nak pakai fon..alamak..takut tak terbayar bil nanti..Alhamdulillah dah selesai dah apa2 yang dia nak...Moga nak execute pun semudah yang dibincangkan...InsyaAllah...

++++

As usual lah kalau hari maklang ni bz gila2 punya. Tak pe..minggu depan cuti sekolah, InsyaAllah maklang pun akan cuti gak...:) . Tak sabar nak tunggu besok kerana besok kami akan memulakan percutian kami, lepas Hakim balik sekolah lah of coz. Entah pukul berapa baru bertolak. Kami akan bermalam di Kajang besok malam, InsyaAllah..

Sejak dari last wiken, rasanya masa berterbangan begitu pantas. Maklang sekeluarga ke KL. Kali ini hangkut anak2 dan bibik semuanya. Boleh jugak tolong2 nak siapkan projek Cik Abang. InsyaAllah dalam 2-3 minggu selesailah projek dia dan moga2 cepat2lah boleh dicommissionkan...Doakan moga berjalan lancar.

Dalam pada sibuk2 mengexecute projek Cik Abang, sempat jugak maklang pujuk2 dia mintak tolong hantar maklang kat Giant around Saujana Impian tu, maklang nak jumpa kawan sekolah yang dah hampir 29 yrs tak bertemu. Alhamdullillah apa yang dirancang tu, terlaksana..AMin..Seronok jumpa. Keluar segala cerita masa kat sekolah dulu. Gelihati..



Petang pulak maklang ke Alamanda. Jumpa Kak Ana yang duduk dengan Maklang masa di Uni dulu. Memang paling rapat dengan dia masa belajar dulu. Sampai sekarang masih rapat. ALhamdulillah. Memang payah nak cari kawan sebaik kak Ana...Terimakaseh Allah kerana mempertemukan kak ana ngan maklang...:)

Malam pula, kami pergi lagi makan kat Ayza's di Kajang. Alang sekeluarga pun ada. Maklang jamulah Alang sempena besday dia yang ke..3....biarlah rahsia. Letih sugguh hari Jumaat tu...Tapi memang seronok.

ok lah setakat ni dulu, kita jumpa bila maklang ada masa terluang ye...:)

Meh tengok RE maklang yang sangat menyibukkan malam2 maklang selama ini..










nanti jumpa lagi...

4 comments:

Acik Erna said...

salam mak lang..setiap kali menjengok kesini..hati mesti jatuh cinta..cantik2 la apa yang mak lang jahit tu..betul2 satu anugerah kepandaian mak lang ni..

larradanish said...

mak lang..cantiknyer..kalo cenggini berape rm? maklang..saje nk risik2 kot leh pezen kt mak..hurm ..cantik sungguh

maklang said...

erna:

Tq dtg sini...Syukur Allah beri sedikit kemahiran..jemput datang lagi ye:)

maklang said...

larra:

satu biji maklang jual RM130. Cuma yang ada 3 kuntum ros tu je yang RM85. Warna dia boleh ubah kalau nak..kat blog http://jahitanmaklang.blogsopt.com pun banyak lagi Re maklang...silalah lawati blog jahit maklang tu ye..:)