BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 22, 2010

Cuti..cuti Gold Coast

Salam...salam...

Maklang tak berapa sihat hari ini. Tekak perit, hidung pun tersumbat, badan mencucuk...hmm...ni lah akibatnya lepas balik cuti panjang. Antibodi dah tak kuat...( dah tua lah tu...) Nasib baik masa cuti tak kena camni. Tapi memang hari pertama tu, gusi berdenyut. Bukan sebab nak tercabut gigi tapi sebab wisdom tooth baru nak keluar dari gusi...masa tulah dia nak keluar. So, 2 hari pertama bercuti maklang dok telan panadol sebab badan rasa nak demam.

Lepas dah balik dari cuti, duduk pulak kat tempat baru siap. Habuk simen masih ada, jadiknya maklang yang allergic kat benda2 ni memang lah cepat terkena nya...Adus...sekarang tekak ni perit semacam. Memang kejap lagi nak ke Dr. Nak mintak cuti sakit. Takut kalau hari ini ke pejabat, menjadi2 pulak semuanya. Sebenarnya semalam memang dah rasa tak sihat. In fact kat office pun dok tahan2 mata ni...Memang paksa keje walau rasa dah semacam...Dok telan obat dari malam sebelumnya tapi tak ada effect apa2 pun...harap2 lepas balik dari Clinic nanti, akan kebah sikitlah hendaknya...

+++++++++++


Hari ini nak cerita pasal cuti yang lepas.


Maklang dan keluarga serta kedua ibubapa tercinta pergi terbang jauh sikit kali ini. Sebab tiketnya dapat murah dari airline murah tu , yang maklang dah book even b4 maklang pi umrah last year, maka dapatlah kami terbang agak jauh kali ini. Memang dinanti2 oleh seme sebab tak pernah lagi menjejakkan kaki ke negara kangaroo ini. So, kalau tercerita berlebih tu mintak maap lah ye... We were too excited!

Oklah takat ni buat pagi ini...nanti maklang sambung bila rasa ok sikit..

5 comments:

pB said...

salam mak lang


wah best nyerrrrrrrrrr

ibu,mommy,mom... said...

Bestnya Maklang...Mommy suka bumi kangaroo tu:)

MULAN said...

wahh.. mesti best kan.. photos & photos..

Erna said...

semoga mak lang cepat semboh...bolih la syer dan kami lihat gambar2 percutian maklang..

zany said...

jangan citer kalau takde gambar, he, he....