BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 12, 2010

Jom cuti cuti lagi..

Salam..salam...

Syukur Alhamdulillah..malam tadi kami tiba di Kajang lebihkurang jam 11 malam. Maklang tido dalam kereta sambil dibuai lagu Ella Fitzgerald yang berlatarkan penyanyi dari Kerteh ( or dah jadi utama kot malam tadi)...Boleh tahan merdu walau lyrics almaklum kalau masuk jangan lupa lyrics..sure kalah...ha..ha..Kalau tak menyanyi takut mengantuk kata Cik Abang. Anak2 semenya tido cuma sekali sekala kedengaran Along bercakap dengan Abahnya..

Entah sejak dari pagi melayan kerja di pejabat, maklang terasa mata seperti mahu tutup aje. Mana tidaknya hari sebelum tu maklang dok melayan jahitan yang tak habis2, sempat juga menjahit blaus Maya yang maklang dah potong sejak masa nak Raya hari tu, tapi tak sempat2 nak dijahit. Alhamdulillah, bila maklang paksa diri maklang sempatlah selesai ketiga2nya. Dapatlah Maya pakai nak pi jalan ni. Malangnya..baju tu dah nampak kecik sikit dah. Cepat juga sikecil molek tu membesar...Tak apalah, nanti boleh buat basahan...

Malam semalam pula, maklang ambil masa 2-3 jam melayan baju2 yang nak dibawa berjalan. Memang tiap kali berjalan, yang paling tak suka ialah mengemas baju2. Biasanya maklang akan suruh anak2 siapkan baju2 mereka, dan lepas tu maklang akan pilih2 yang mana nak dibawa. Sebabnya kadang2 tu baju2 yang dibawa ada yang koyak2...he..he..baju yang mereka sedap pakai laa...Ialah sekali sekala berjalan, biarlah yang nampak cantek sikit...dan juga jangan lah bawak yang tebal2 yang susah nak dicuci dan akan memberatkan beg2 kami...Terkorban jugak 2-3 jamlah melayan baju2 ni...mana tidak nya nak kira baju cukup ke tak, lepas tu nak susun2 dalam beg. Itu pun kadang akan ada yang tertinggal. Bila dah dalam bercuti pulak, maklang akan siapkan baju2 untuk anak2 dan suami pakai, pagi dan petang. Susun untuk setiap seorang sebab kalau tak buat macam ni, habis satu beg kena selongkar. Habislah renyuk2 baju tu. Pulak tu kalau cara maklang kemas baju memang tak sama ngan Cik Abang. Maklang suka lipat besar2 supaya tak banyak tanda lipatan, tapi Cik Abang suka lipat kecik2, dia kata mudah...hmmm...so siapa nak ikut cara dia, dialah kena kemas...:)


InsyaAllah petang ni kami akan berangkat menuju ke destinasi kami. Masa perjalanan lebihkurang 8 jam. Moga perjalanan kami akan selamat dan percutian kami menyeronokkan InsyaAllah...

Oklah ye..selamat bercuti utk semua...Insyaallah, ada kelapangan maklang akan updet serba sedikit..dan kalau ada connection laa...

Maklang ni nak tunggu Wan dan Atok sampai dari rumah Alang. Mereka pun turut serta percutian kami ini...

Sehingga berjumpa lagi di lain waktu...

14 comments:

mannira said...

mak lang..nak g mana plak...Selamat bercuti...

ibu,mommy,mom... said...

Salam Maklang...Bestnya nak pergi holiday...
Enjoy ye Maklang

Acik Erna said...

salam mak lang..selamat bercuti dan hati2 dijalan..
akak pulak kalau nak berjalan..sorang satu beg..penuh bonet ngan beg aje...

My Life My World said...

Salam Mak Lang ... semoga perjalanan Mak Lang sekeluarga dilindungi Allah sentiasa. Amin

Memang gitu lah kita mak mak ni, kalau nak bercuti, kita lah yang paling sibuk sekali nak siapkan semua barang. Belum lagi prepare nak bawak ubat, kalau kalau nak guna masa emergency nanti ker.

Bila dah abis cuti, lagi satu kerja lak nak mencari baju baju busuk yang harus di bawak pulang kan kan kan :)

CASA QASEH said...

salam ML dah lama akak x jengok ke teratak laptop x berapa sihat. ML n family cuti lagi kali nie kemana pula jgn lupa update N3 yer boleh kita kongsi percutian tu sama2. ML akak terbaca yg ML dah ada kat Kajang dah beli rumah kat sini ker? Kajang area mana?

maklang said...

mannira:

cuti2 dah nak tamat...jalan dekat2 jer...nanti maklang cerita..

maklang said...

ibu,

dah enjoy dah...dah bali pun! thanks..

maklang said...

mlmw:

memang ibu macam tu kot..semenya macam tu kan..:)

maklang said...

salam kak erna:

biasalah ut...kita mak2 yang sibuk mengemas...

maklang said...

kak eids:

seronok jalan2 ni..tapi ni nak updet pun susah sebab ada org mengendeng nak pakai pc maklang...sebab masih tak tiba kat rumah lagi...

saya kat Tiara Residence @ Bukit Mewah..sementara je kak...meh lah datang, maklang ada kat sini sampai sabtu tengahari jer,,akak call lah maklang eh, no ada kat blog jahit..

CASA QASEH said...

sorry, akak sekarang nie ada kat penang. lagi satu nak tanya bukit mewah nie area mana/berdekatan dgn taman apa yer?

maklang said...

kak eids:

dekat dengan tamab Jasmin

sebelah taman jasmin, rumah ni atas bukit sikit, kalau dari bandar kajang, kalau metropoint ( ye ke) belah kiri, akak terus,b4 simpang trafik lightkat kedai getha tu masuk belah kanan, terus dalam 300m , ada simpang belah kiri rasanya, akak akan nampak rumah 3 tingkat warna putih, dan ada hilite turqoise...tulah rumah nya..call aje maklang kak...senang crita..he..he.

maklang said...

kak eids:

dekat dengan tamab Jasmin

sebelah taman jasmin, rumah ni atas bukit sikit, kalau dari bandar kajang, kalau metropoint ( ye ke) belah kiri, akak terus,b4 simpang trafik lightkat kedai getha tu masuk belah kanan, terus dalam 300m , ada simpang belah kiri rasanya, akak akan nampak rumah 3 tingkat warna putih, dan ada hilite turqoise...tulah rumah nya..call aje maklang kak...senang crita..he..he.

JC said...

wah kuat berjalan mak lang nie, takper jauh perjalanan luas pemandangan :), hati senang badan pun sihat :)