BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 2, 2010

Keje keje keje

Salam,


Kita cerita bergambar lah ye. Malas nak cerita panjang.

24.2.10: Hakim turned 9. As usual mesti nak kek. Mulanya nakkan Ben10, tapi yang tinggal cuma Pokemon. Tak pelaa. Pokemon pun oklaa...( gambar kena upload kemudian, 3 kali upload tak mau keluar..malam ni internet terok betul!Gambar2 kat bawah ni je yang dapat...)

Along Angah rajin masakkan daging lembu dan lamb bakar, tapi liet...anyway sedaplaa.. Yang best sekali was the baked potatoes. Thanks dear...


Last wiken kami ke KL. Ada urusan sikit. Terpaksalah maklang berkorban waktu menjahit. Banyak dah overdue. Maaf ye kalau ada yang terlambat sikit atau banyak. Kadang2 tak dapat nak elak bila ada urusan yang terpaksa diselesaikan segera. Macamana pun, maklang tetap hangkut bawak ke sana ke mari. Bukan sebab rajin tapi sebab nak habiskan tempahan dari kawan2 laa...Alhamdulillah ada jugak yang siap. Kadang dalam kereta pun maklang jahit. Tapi tak leh banyak2 sebab nanti mabuk. Lagi payah...

So, last wiken, dalam pada nak selesaikan kerja Cik Abang kami sempat singgah makan. Breakfast makan hampir pukul 11 pagi. Makan nasi briyani. Memang sedap sangat. Entah sebab perut lapar ke, tapi memang sedap sangat. Kat Kajang, kat belakang pada Metro Kajang. Nama kedai tu Restoran Ayza. Memang enak sekali...

Makan lunch, pukul 5 lebih, nasi kerabu dekat2 Giant yang hampir dengan Saujana Impian. Ada kedai nama Nasi Kerabu Yati. Memang 2 thumbs up. Sedap lagi...Mana lah nak kurus, asik sedap aje makannya..


Kami tiba Kerteh lewat hari Sabtu malam...maklang drive dari Sungai Ular sampai kerumah. Semuanya tidur keletihan..
++++++++
Jahitan maklang masih diteruskan, Alhamdulillah...Walau pun penat balik dari pejabat ( sekarang kerja banyak sangat), maklang tetap kena menjahit kat rumah. Kusyen2 kat bawah ni kena siap untuk dihantar masa cuti sekolah. Ada 6 semuanya. Sekarang ni maklang tengah buat yang ke 6. Tapi yang betul2 complete sulamnya cuma 2 aje ( 2 tengah nak kemaskan jahitan dan lagi 2 adalah dekat 3/4 siap). Aaaarrrggghh..camana nak siap ni. Entah2 kena jaga sampai larut malam, yang hanya boleh waktu malam hari tak kerja...Doakan maklang dapat siapkan semuanya...Amin...

Semalam petang pulak, maklang terbang ke KL. Dialogue session cuma 2 jam aje. Tapi masa pergi dan balik...aduhai...lamanya...Maklang hangkut lappy kecik maklang yang baru dapat pada 25.2.10 yang lepas. Saje beli yang kecik sebab nak bawak ke sana kemari mudah sikit. Taklah sakit pinggang hangkut laptop Cik Abang yang agak berat tu ( laptop maklang yang lama,toksah cakaplah, macam bawak batu sebab besar!). So, bila dah bawak ke sana kemari, dengan tak berbaju, kesian dia takut tercalar pulak. So, sesampai aje dari airport tadi, lepas dan asing2kan baju kotor, maklang masuk ke bilik jahit dan mula potong2, sulam2 dan cantum2 kain2 untuk menjadikan ianya sebuah sarong laptop untuk sendiri...Lamanya tak buat untuk sendiri..

Sekian sahaja buat kali ini. Besok will be another long day, tapi Syukur sebab Khamis kami tak keje...Yeay!

4 comments:

nadhs kayel said...

creative la mak lang ni..tringat lak kat arwah mak saya..ada jer idea dia..tapi sayang..saya x ikut 'kekretifan' dia..
oh..lupa lak..saya baru kat dunia blog ni..tapi dah lama gak dok ngintai diam2 blog maklang..suka sangat..saya dok kat kerteh gak..

MOKCIK AZWA said...

maklang...bizinya makan hehehe

beg utk lappy tu menarik nyerr...one of these days nak tempah satu nie..tapi tunggu beli lappy cinonet dulu

take care maklang

mannira said...

happy belated birthday akim...bagus anak² mak lang..rajin..dan pandai memasak...

leen said...

Ye lah Mak Lang ni...ader je idea. Comel la lappy case tu. Nanti Leen nak order satu boleh?... yg ada gambar panda :-)...just kidding..