BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 4, 2010

Macam2 peristiwa..

Assalamualaikum...

ALhamdulillah punya sedikit kesempatan nak update blog. Malam tadi dalam kepenatan maklang cuba nak updet jugak, tapi internet tu slow lah daripada siput sedut...hmmm...connection teruk benar beberapa hari. Memang tak berfb pun beberapa hari ni. Tak ada mood tapi yang benarnya tak ada masa nak berfoya-foya di alam maya...Perkara2 yang ada di alam realiti pun tak tertanggung!

+++++++++

Keluarga kami sekali lagi ditimpa musibah. Adek paklang yang ke 5 ( ke 5 dalam keluarga), telah pergi meninggalkan kami buat selama2nya hari Selasa lepas akibat sakit jantung kata Dr. Beliau meninggal di Kuala Lumpur . Terkejut besar seluruh keluarga kerana pergi nya memang tak disangka langsung. Tapi menurut isteri beliau, lately ni beliau asyik menyebut pasal mati aje. Jenazah di bawa pulang ke Kuantan untuk dikebumikan. Cik Abang yang kebetulan bekerja di KL, bergegas menuju ke rumah beliau setelah diberitahu oleh kaklong. Jenazah dibawa ke PPUM untuk pengesahan kematian. Setelah dikafan dan disolatkan di PPUM, jenazah dibawa pulang ke Kuantan. Cik Abang yang menemani jenazah didalam kenderaan jenazah. Alhamdulillah jenazah selamat dikebumikan sekitar jan 5:30pm di tanah perkuburan Kg. Pandan (?), Kuantan.


Maklang pada mulanya tak pasti nak pergi ziarah ke tak. Bukan tak biasa bawa kereta ke sana, tapi disebabkan Along sedang SPM, maka tak tentu nak buat decision. Lagi pula sekiranya jenazah lewat tiba di Kuantan, takut pula nak drive balik bersama anak2. Alhamdulillah Allah beri ilham. Maklang ambik cuti maklang yang dah nyawa2 ikan dan pulang ke Kuantan setelah Along masuk dewan untuk paper petang. Minta tolong Ustadz ambik Dhirah dari sekolah petang tu. Barulah boleh nak bertolak ke Kuantan. Alhamdulillah dapat jugak maklang menghadiri pengkebumian beliau. Doa maklang moga roh arwah dicucuri rahmat Allah..Amin...


++++++++++


Kami pulang ke Kerteh ( Cik Abang dapat cuti 3 hari dan tak payah sambung keje kat KL tu...he he), lewatlah sikit. Kalau sendiri , mau selesai aje pengkebumian, maklang pecut balik ke Kerteh bersama Hakim dan Maya. Sampai rumah dah 11:30 malam. Sempat lah bertahlil sebentar. Kami bergilir bawa kerete sebab Cik abang keletihan setelah 2 hari sibuk menguruskan perihal kematian ni.


So, Khamis sebab badan tak berapa nak sedap..macam nak kena selsema and batuk je...maklang pun pergi lah melawat Dr yang dah lama maklang tak jumpa. Dr. kata, maklang ni mesti stress sebab anak peksa...Aha Dr. memang maklang stress. Anak peksa, mak pun letih. Layan lah anak sementara anak tengah peksa ni sebaik2nya...Alhamdulillah Dr kasi cuti sehari. Tengok rupa maklang pun dia kesian kot. Berehat aje kat rumah...


Tapi malam tu sebab tak tahu nak makan apa, kami gi makan kat MM. Apalagi kalau tak pizza...



Malam tu seme melepak...maklang continue jahit kejap, sampai tersenggut sebab memang peristiwa semalam tu meletihkan minda...:(



Ni sample utk tempahan pouches terbaru...nak kena buat 1-2 utk pengesahan warna...Alahai susahnya nak get the right tone!

++++++

Jumaat pagi kami ke Kuantan. Sempat singgah kat rumah kak Mah yang maklang baru kenal lebihkurang sebulan lalu masa kat KSH. Perkenalan yang memang tak disengajakan. Masa tu kak Mah menemani suaminya kat bilik Physio. Dia nampak sedih aje. Maklang tanya kenapa. Rupanya dia sedih sebab dah 1 bulan kot suami nya menjalani pembedahan tulang belakang macam yang maklang pernah lalui, tapi masih tak kuat nak jalan. Dia kata, ramai orang yg dtg cakap...kenapalah buat pembedahan ni...kan dah tak boleh jalan. Kak Mah kata budak physio pun cakap macam tu. Hmmm...sedih maklang dengar bila kak mah cerita. Apa nak buat, dah memang bahagian suaminya. Tapi maklang cuba beri semangat...tak apa kak, InsyaAllah suami akak boleh jalan nanti. Saya buat jugak dulu dan Alhamdulillah saya boleh jalan. Malah lebih sihat dari sebelumnya...Akak bersabar dan solat hajat serta berdoa kak. Allah nak dengar suara kita merayu pada Nya. Memang lah kes orang lain2 mungkin suami akak perlu masa yang lebih lama dari saya. Kak Mah terus cerita, katanya ada orang sampai suruh dia sue Dr. Maklang kata, tak payah kak, mana ada Dr nak buat patient dia sakit. Dr pun manusia biasa, dia pun dah solat dan minta pada Allah agar semuanya lancar, jadi tak payah lah nak sue. Jgn dengar cakap2 cam tu. akak doa aje...

Sejak hari tu, kak mah rajin bermsg dengan maklang. Alhamdulillah maklang dapat menyuntik semangat pada kak mah dan sarankan supaya kak mah cuba juga rawatan Islam.

Semalam masa maklang tiba rumah kak mah, nampak muka kak mah dah berseri kembali. Tak nampak sedih macam hari maklang jumpa dia sebulan lebih yang lepas. Alhamdulillah suami dia pun dah boleh menapak menggunakan tongkat kaki 4. dan suaminya dah boleh bawak kereta...Syukur. Pelan2 dan bersabar lah...moga suami kak Mah akan sihat seperti biasa...

Lepas dari rumah kak mah, Cik Abang dan Hakim ke masjid, sementara maklang dan Maya pergi ke rumah sepupu maklang, Ms. Kamdar...Seronok tengok kain2 melambak dan cantek2. Yang kelakar sedang maklang memilih kain, ada org tegur...eh..eh..macam kenal ajelaa...Maklang pulak terkejut...sape pulak ni..tak rasa kenal pun...sebab sekarang ni mmg payah nak ingat orang ( dah tua laaa tu...)..rupanya dia kata, dia selalu intai2 kat blog jahit n blog2 maklang yang lain...siap beritahu...akak lama tak updet blog kan..yelaa...saya sibuk lah dik:)...


Lepas dah beli apa yang perlu, dan sempat gak Cik Abang belikan baju2 serta kasut2 sekolah utk Hakim dan Maya, kami bertolak ke KSH. Seram sejuk nak tengok result peksa yang lepas. Berdetak detup jantung I. Paling takut kalau ada tanda2 yang tak bagus...Naudzubillah...Tapi Alhamdulillah seme ok except for 2 known things...sebab badan yang comel dan sebab cholesterollah...sama aje dua2 suami isteri. Lepas ni kena makan berhemah dan excercise sokmo2...Ya Allah beriku semangat!

Lepas dapat result, maklang kata kat Cik Abang...Wah ada angin macam gastrik kat perut abang tu yg nampak kat x-ray tu..akim kata..Angin hud hud ke mak...yang kalau tak cukup makan tu..abah naik hangin...kelakau anak ku...laser jer...


Makan pukol 5. Memang best in the worldlaa sebab lambat betul lunch.

Ramai pulak orang Kerteh makan kat Sara Thai jalan Gambut, petang tu...lepas sorang2.
kerabu mangga dia simple sangat tapi sedap, nanti nak cuba cara ni pulak.
sayor campur dia sedap. Just nice aje...sotong2 ( cholestrol you!)...sedap...
tom yam campur
the 2 buah hati in my life...kalau pasal bergambar...

As usual , sebelum nak makan ada hangin kejap!
Ni memang sedap..ada gambar tahu with ayam and cendawan ..sedap jugak...mana ntah gambar tu...nak cuba buat nanti!

Kami tiba rumah around 7:30pm. Malam lepas mandi manda, maklang sempat gunting baju sekolah angah beberapa lai dan baju utk nak attend khenduri pada 11hb 12 ni..Anak sedara Cik Abang nak kawin...Tahniah...Wani...:)




Takat ni dulu, nak kena menjahit lagi ni...Sekarang dah pening sebab tak tahu mana nak capai dulu..Kalau2 maklang menghilang beberapa hari tu...taulah maklang kat mana ek:) Enjoy the wiken...kalau nasib baik, adalah maklang menyibuk kat sini melepaskan tension!

3 comments:

zino said...

al-fatihah....

MULAN said...

al fatihah..

maklang said...

zino and mulan...

thank you..