BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 7, 2010

nasi tomato

Assalamualaikum



Seronok tak kerja hari ini. Lepas memasak untuk makan tengahari, maklang menjahit lagi. Buat sebulan dua ini, memang penuh dah dengan menjahit. Kadang mata kelabu asap sebab dok tenung riben. Kadang datang jugak pening kepala. So sebelum melarat, sebab rasa nak muntah dah tengok riben , baiklah berenti kejap. Kita blog kejap...

Mula menjahit benda ni tengahari tadi..tak siap2 lagi...

Angin rajin datang hari ini. Campur pulak rasa guilty sebab sejak SPM ni, maklang sama sibuk melayan buah hati no. 1 nak peksa. So, tengahari tadi kami makan nasi tomato, berlauk kari daging dengan daun selasih bersama dengan kacang botol goreng dengan ikan bilis dan kacang tanah. Elok lah tu, Dr dah suruh jaga makan, kita makan lagi benda2 cam ni, tapi pandai2 laa..jangan lah sampai berpinggan2...he he..Anak2 sukalah tu...Along especially. Cik Abang di KL lagi. Angah pun waktu ni dah sampai kat KLIA..entah2 tak habis lagi makan BK ngan Abah dia..:)Rindu kat Angah..apalah cerita dia kat Jepun tu...

Nasi tomato dengan kari daging dan telor berdaging...resepi baru minggu ini, Maklang makan masa kt Sara Thai di Kuantan last Friday, so, bega2 lah resepi:)


siap jugak jahit 2 kusyen untuk Wani petang tadi jugak. Mak De dah ambik pun untuk di bawa ke Kuantan besok..Harap2 Wani suka:)

Kalau kat kedai ST tu, nama resepi ni...Telor Beef steak tak silap...


Lepas dah lengoh menjahit maklang buat lagi pasta macam semalam. Along nak lasagna pulok. Yang lain tu kalau makanan camni...bukan main lagi:)

Terpaksa guna fettucini ( yg leper tu kan) dan ada bow pasta...lepas tu letak white sos, tomato and kentang hiris. Lepas tu parut cheese then bakar...Hmmm...takut tgk budak2 ni makan...:)


Mata dah nak lelap. Tapi rasanya nak tahan sikit lagi, kalau boleh nak siapkan gak jahitan tadi. 17.12 ni banyak sgt yg due...


Sehingga berjumpa lagi...:)

4 comments:

zino said...

tengok nasi tomato pun boleh kelabu mata ni hehe

kak Erna said...

salam mak lang,..nasi tomato.kegemaran hero2 akak tu..tapi jarang akak buat..tak berapa pandai buat nasi tomato..
mak lang.cantiknya..hasil kerja mak lnag tu..

maklang said...

zino,


nasi tomato kaler oren...camana boleh mata jadi kelabu?

maklang said...

kak erna, terimakaseh...hasil jahitan dan ilham semua dari Allah jua...Alhamdulillah...


Ada respi nasi tomato kat blog masak maklang...cubalah...senang aje...:) and sedap!