BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 25, 2010

Le tour d'Terengganu..

Assalamualaikum...



Alhamdulillah...akhirnya le tour d'terengganu yang bermula jam 10 pagi akhirnya tamat jam 5:20 ptg dan sekarang yang mengambil bahagian sudah lega boleh berbaring sambil merehatkan badan dan minda sementara pasangannya sedang mengupdet blog! anak ke 3 entah kat mana sekarang...tengah tengok Tv agaknya. cuma dia seorang aje yang nak ikut! yang lain nak rehat aja kat rumah!


Maklang, Cik Abang dan maya pergi ke KT tadi pagi. Memang dah lama cadang nak pergi ke khenduri Din, engr yang sedepartment dengan maklang... Alhamdulillah kami tiba jam 12.00 . Seronok dapat tengok Din jadi pengantin...dan of coz dapat makan...

Sempat jugak maklang jumpa Boss maklang dan 2-3 orang dari pejabat.


Lebihkurang jam 12:50 kami bertolak balik . Singgah kat Marang untuk solat jamak taqdim. Alhamdulillah dah selesai bergerak semula dan sempat berhenti kat Kelulur gerai 008 yang ada keropok lekor yang sedap! Belilah 4 bungkus keropok kering dan sedikit keropok lekor.

Kemudian meneruskan perjalanan untuk ke rumah ke 2. Kami singgah kat Dungun ambik mesin jahit tepi yang dihantar service. Lega mesin dah siap. Sekarang ada 3 mesin jahit tepi kat rumah...jahit jangan tak jahit! he..he...1 maklang pinjam dari Wan, 1 Alang punya dan 1 sendri punya...Alhamdulillah...nak kena ada spare kalau ada problem senang. Wan punya entah bila boleh hantar balik, tapi Alang punya tu macam nak buat harta je sebab dia pun tak menjahit pun!

Then kami tiba rumah pengantin, Hafiz dan Hakimah ( ofismate) di Paka, lebih kurang jam 3:30pm. Memang tak makan pun! Maklang sempat jamah lengkong, ambil pisang sebiji dan minum air sirap segelas. Cik abang dan Maya pun sama...perut tak leh terima pun! Adalah dalam 15 mins kat situ.

Rumah ke 3 di Kg Baru Kerteh, kami tiba hampir jam 4. Cik Abang ambil adalah 2-3 ketul kecik, ambik nasi sikit, tapi maklang dan maya tak makan pun...adoiii...perut sudah sakit...:(. Adalah 10-15 mins kat situ gak.


Rumah ke 4, ialah rumah Cikgu besar sekolah Maya dan Hakim. Setibanya kami di kawasan khenduri, DJ kata...kami mengucapkan terimakaseh atas kesudian Tn Hj. N dan isteri....laa terkejut maklang...dah lah kita tiba lewat, ada pulak yang jemput macam tu kat loud speaker...he..he..rupanya cikgu2 sekolah yang kontrol jadi DJ...sempat lah kami amek2 gambar...atas pelamin lagi you...Cik Abang kata...ha...ni kira our 19th anniversary picture lah ni:) . Cantek khemah dan perhiasan kat khenduri Cikgu besar. Anak pertamalah katakan..
ni si maya comel...ambik gambar kat gerbang..
ini bilik pengantin...cantek betul..
ni pengantin lama...19 tahun 1 bulan 3 hari..Alhamdulillah...
Lagi pengantin lama...


Potong kek pulak ( cikgu kata...untung datang lambat...org tak de, kita pulak yang beriye bergambar he he:)
Serba pink cikgu2...yang no 2 dari kiri cikgu besar..
Maya pula kat bilik pengantin

Moga semua pengantin bahagia sehingga ke anak cucu...

2 comments:

IXORAROXI said...

mengimbau kenangan ya bila bergambar atas pelamin macam tu:)

choclairissa@intan marliana said...

wahhh tak sangka mak lang ambil gambar sekitar perkahwinan saya..terima kasih kerana datang memeriahkan majlis kami yg tak seberapa..tolong doakan kebahagian kami..-intan anak cikgu khadijah-