BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 28, 2011

Bunga2 berkembangan...lagi

Assalamualaikum...

Malam ni maklang nak amek masa sikit laa...nak updet blog ni kejap. Sedar tak sedar dah 4 hari tak updet. as usuallaaa...alasan nya sibuk sesangat. Sampai tak dan2 nak updet. Sebab banyak pulak yang nak kena maklang siapkan . One of them is my beloved sis punya laaa...dia punya dah siap dah, katanya kawan dia nak, tapi ni tak tahulah macamana, jadik ke tak kawan dia ambil ni. Kalau kawan dia tak jadi ambil, maklang nak jual aje kat blog. tengoklah macamana nanti.


Macam biasa, Jumaat sibuklaa. Tapi Jumaat yang baru lepas ni, maklang siap cepat. Tak beli banyak barang sebab fridge masih penuh. Alhamdulillah lega bila dapat check out dari dapur cepat. Banyak jugaklah maklang dapat menjahit hari Jumaat. Begitu juga hari Sabtu, maklang dapat siapkan beg2 telekong 3 buah, dari tengahari sampai lewat malam. Sabtu pagi kena panggil gi check distribution board yang contractor baru deliver kat opis ( opis maklang nak tambah staff so, kenalah dibesarkan lagi, amek rumah kedai 2 buah dibelakang ofis sekarang.. Alhamdulillah...)

Lepas dah tengok2 DB tu, maklang sekeluarga gi amek spec kat Kijal. So, maklang, angah dan Maya pun berspec barulaa...Kira Maya pendatang baru laaa dalam dunia memakai spec ni...seronok benar dia bila pakai specmata ( kata org Ganu). Kalau maklang laa...memang malas. Tak suka betul and most of the time memang tak pakai pun unless nak drive. Alhamdulillah mata ni masih boleh melihat dekat. kalau membaca or menjahit masih ok without speckmata... so, sekarang jom kita jamu dengan gambar2 sekitar last wiken...:)


ini dia hasil2 beg. tuan dia dah nak pindah Miri, barulah terkejar2 nak jahit. yang putih tu dah lama siap tapi yang ceklat tu baru aje dalam seminggu dua. lama betul dah dia tempah, sejak raya puasa...

yang ni pula baru 95% siap. tinggal matikn jahitan dan tampal butang aje, baru siap maghrib tadi:)


ni breakfast hari sabtu ...sempat buat mee mamak melayu...Cik Abang nak makan cepat, so, memang mencampak2 je dalam kuali pula

Sebenarnya ada 2 beg lagi dah siap. Entah letak kat mana agaknya, tak ambik lagi gambarnya. nantilaa ye, kalau letak semua kat sini, nanti entry akan datang tak meriah pulakkan...

Yang ini pula, maklang mula jahit pagi semalam before pergi office..
My WIP...harap2 malam ni can selesai
rezki pagi tadi, maklang terima beberapa buah buku dari Publisher di Indonesia, Dian Rakyat...InsyaAllah ada rezeki adalah buku masak pulak ye...


Teruja sangat nak ambil gambar bunga hydrangea ni..memang tengah lebat sangat2. Memang bersyukur dengan nikmatNya..Moga rezeki dan kebahagiaan kami sekeluarga juga berbunga2 macam pokok bunga ni...




Sekian buat malam ni, ada rezeki kita jumpa lagi di lain malam ye:)


Terimakaseh kerana singgah kat sini..jemput datang lagi...

3 comments:

Mulan said...

Happy Belated Birthday Hakim.. Lama tak jumpa hakim..

cantiknya bunga hydrangea tu.. macam kat highland..

IXORAROXI said...

cantiknya persekitaran rumah MAK LANG dengan bunga-bunga yang berkembangan..best!

ithnin said...

seronoknye tgk bunga biru cantik2.saya pernah tye maklng pasal bunga nie nak cri kat mana mse duk manchester hari tu.nie dpt rezeki kt bumi kijal,dekat betul ngn rumah maklang rasenya. hari2 belek blog maklang alih2 pindah kat kijal pulak. ader rezeki nak jumpa maklang belek2 hasil tgn maklang..
happy belated birthday dr saya