BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 8, 2010

Alhamdulillah...bertambah setahun lagi umur maklang..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bertambah setahun lagi umur maklang...Syukur ke hadrat Illahi keran mengurniakan kesihatan yang baik dan keluarga yang bahagia. Syukur kerana punya suami yang bertimbangrasa dan sangat bertanggungjawab terhadap maklang dan anak2. Memang itu yang dipinta setiap kali selesai solat dan juga bersyukur kerana diberi rezeki yang tak pernah putus..Syukur kerana punya ibubapa dan adek beradek yang maklang sangat kasihi..Shukur atas segala2nya...Aminn

Pagi tadi lepas menonton Tanyalah Ustadz..maklang masuk ke bilik jahit...Terkejut bila nampak yang di bawah...Seronok sangat rasanya...Thank you Angah. Patut semalam dia nampak sibuk semacam. Rupanya ini kerja dia...




Sempat jugak snap barang2 jahitan maklang yang tengah serabut...Mesti Wan pening bila dia tengok sepah camni...Alhamdulillah tinggal 10 pouches lagi belum bersambung..


Maklang tak masak hari ini. Memang rest day betul. Rest kat dapur jer, tapi kerja kat bilik jahit tak leh tinggal..Tengahari lepas solat anak2 dan cik Abang dah cadang nak belanja maklang makan. Kami pi makan omputih kat Residence Paka...Lamanya tak kemari..

Macam-macam gaya anak2 ni...

Biasalah bujang ni memang manja aje dengan Along dia..

Kembang setaman di Maya tu



Fish and chips maklang..lepas dah habis...cam tak cukup jer..



Ini second serving untuk Cik Abang



Ini maklang share dengan Maya



Ini kami share2 beramai2



Ini gaya suami tercinta..:)

Lepas dari Residence kami ke MM. Nak ambik kek kat SR. Cik Abang dah tempah.

Sementara dia ambil kek, maklang dan anak2 ke Popular dan bertemu dengan Blogger Popular Puan Silversarinah..sempat gak sembang2 jap..



p/s Simah...tudung tu cantekkan..


Ada gak tadi Kemasik Idol sedang berlangsung kat MM..Kadang dengar sedap mereka nyanyi, kadang tak sedap...kami tak tunggu pun cuma dengar masa dok pilih2 buku..

Sebentar tadi upacara tiup lilin macam biasa. Saje suka2. Lepas tu sesi makan2 lah pulak..







Sedapnya...:)


Buat ibu2 yang maklang kasihi, Selamat menyambut Hari Ibu dan buat Mak yang tercinta...hanya ucapan Syukur yang dapat anakanda ucapkan buat Mak..Moga Mak panjang umur, murah rezeki dan diberi kesihatan yang baik...Amin...

14 comments:

mamasita said...

Selamat Harijadi MakLang.
Happy Mother's Day to you, your beloved mum and your darling sister.
Syukur Alhamdullilah kita berjaya sebagai ibu2 yang baik dan prihatin.
Ameen.

fa*atip said...

Hepi Hepi Birthday to you...semoga sihat selalu and sentiasa ceriaaaaa.... :D

pss..now dah tak aintsuperwoman, ye.. :D

Ibu Sayang said...

Salam maklang,

Lama tak jumpa.. maklang semakin comel. hihihi

Hepi birthday once again tuk maklang...

maklang said...

Mamasita:

Shukur kak kan..Allah Maha mengasihi makhlukNya...Moga hidup kita diberkati dan dilimpahi rahmatNya selalu...Amin..

maklang said...

fa*atip:

laa...maklang ingat sape tadi..bila kita nak meet buat perjumpaan hari Ibu pulak? Belated pun tak pe...Jom kompol2 lagi nak tak?

maklang said...

Ibu sayang:

makin comel ni banyak maknanya ni..makin kembang lah tu..mana taknya dok telan baking powder je keje nya...

Ibu sihat tak? bila nak mai? rindu2 mehlah singgah!:)

indahhouse said...

salam maklang,
Selamat hari jadi,kak. Moga dimurahkan rezeki, dan kesihatan yang berpanjangan. Selamat hari ibu juga :)

mannira said...

Happy Birthday..dan Selamat Hari Ibu... moga berbahagia dunia dan akhirat...

kak Erna said...

selamat hari lahir mak lang..selamat hari ibu juga..semoga mak lang terus sehat, ceria dan bahagia sentias..

Zhr Znl said...

selamat hari lahir ke-** (tgk lilin dah tau, hehe...). sorry lambat, hari nibaru balik KL, amik cuti sehari...

semoga panjang umur, sihat sejahtera bersama keluarga, murah rezeki dll yang baik...

maklang said...

Indahhouse: terimakaseh..rajin2 lah kemari..:)

maklang said...

mannira:
tq...lama tak nampak awak, bila nak balik sini?

maklang said...

kak Erna,

Tq kak..

maklang said...

zhr Znl:

eh..maklang tunggu depan pintu, ingatkan dapat hadiah tau...cedih maklang...

pandai pun nak kira umur orang..he..he..tq for the wishes...:)