BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 22, 2010

Family Day Out

Salam...

Hari ini maklang berehat sikit.

Lepas balik dari Kuantan semalam, memang rasa nak berehat laa..Tapi dalam rehat2 pun sempat jugak maklang siapkan 2 beg yang dipesan oleh kawan2. Tapi belom 100% siaplah masih ada kemasan yang perlu dibuat...

Ni gambar semalam. Maklang tengok makin tembam sibujang ni. Semalam pagi dia tak mau pi taekwando tapi lepas puas dipujuk baru nak pergi. Tak ada lah nak terkejar nak ke Kuantan sebab waktu melawat pun pukul 1:00kan. So pagi relax2 dan cadangnya nak singgah sekolah Hakim nak bawak dia sekali. Tau2 bila tengah nak siap, dia dah sampai ke rumah. Maka maklang hangkut dia sekali. Bukan main suka lagi manja maklang sorang ni. Yang lain sibuk sebab nak periksa.. Maya pula ke tuition dia...


Kesian kawan maklang tu. Memang teruk keadaan dia. Tapi maklang salute tengok suami dia. Tabah betul nampak dia. Cuma anak perempuan dia aje yang nampak sedih sangat. Sedih maklang tengok mereka. Moga ibu mereka sembuh dengan segera. Kami masuk dalam ICU cuma sebentar. Doa kami buat teman yang terlantar sakit...

Selesai kat hospital, Cik Abang turunkan maklang kat rumah 'sepupu' maklang. Apalagi kalau bukan nak menambah koleksi kain maklang. Tapi kali ini bukan untuk koleksi, tapi untuk nak buat RE aje. Kain memang tak ada yang tinggal utk kaler cream. So, borong lah sikit. Sempat juga belek2 kain untuk nak buat baju Melayu Cik Abang dan Hakim. Kain Viscose sebab kain ni sejuk kalau dipakai. Memang Cik Abang pun suka kain jenis ni sebab nampak kemas bila dipakai. Kira nya ni preparation untuk Hari Raya lah ni. Untuk anak2 perempuan maklang, tak siap apa pun sebab kalau untuk mereka, senang aje, boleh jahit sendiri InsyaAllah.

Selesai solat Jumaat, Cik Abang ambik maklang semula. Kami pi makan kat New Horizon. Maklang ajak makan kat situ sebab dah pernah makan masa ada meeting dikawasan sekitar Kuantan. Officemate yang bawak. Chinese food tapi owned by a Malay man from Kelantan. Memang sedap2 makanan dia. Entah berapa kali Cik Abang dok sebut...Sedap...sedap...Tapi memang sedap. Makanan pun boleh tahan aje harga dia. Set for 2-3 person RM57 aje. Ada 4 dishes. Memang se'eh lepas makan..



Ini ikan siakap bersos mangga..memang highly recommended.

Dan ini pula udang goreng dengan nestum...Maklang suka...:)

Kami singgah rumah datol semalam. Datok nampak sihat Alhamdulillah.

Tiba Kerteh dah nak masuk waktu maghrib. Maklang spend the rest of the night with my RE..tu pun jahit separuh tertidur...Cik Abang pulak...pecah rekod! Dia siap kata...best jugak ek FB ni...he..he..baru terkena lah tu...:)

+++++++++++

Hari ini konon maklang berazam nak jahitlaa as usual. Tengahari pulak dah plan nak bawak anak2 pi makan kat SR...Selagi tak bawak...mereka tak puas hati sebab dah 2 kali berturut2 pergi ber2 aje! he..he..

Masa masuk MM, ada pertandingan spell-it-right. Anak kawan maklang menang 3rd place semalam. Nak masukkan gambar, tapi bila upload gambar jadi terbalik...tak de rezeki laa...



+++
Kami makan yang offer aje. Lunch set for RM12 jer...Tapi kenyanglaaa..




Ini black pepper chicken. Oklaa...


Ni maklang dengan yang tercinta...


Maya lepas balik dari sekolah tadi..


Ini Hakim dan kawan Hakim , Daniel, yang datang untuk nak main2 Wii dengan Hakim pagi tadi. Kami bawa Daniel pergi makan sekali...

Ni dua anak gadis maklang...senyum meleret si Angah sebab nampak foooood...he..he..

+++++++++

Ni lah beg2 yang maklang cerita tadi. Masih ada 2-3 order untuk yang ini. Cantek pattern dia. Bukan nak puji diri sendiri..sebab ini pattern maklang ikut dari Ina. Dah dapat kebenaran baru buat..tapi maklang masuk2 sikit lah sendiri punya jugak...TQ ina..




Dan ini pula kecik je beg nya. Bunga sepenuh2 nya. Kawan maklang tempah untuk nak dibuat hantaran kawin nanti..InsyaAllah...





++++++++++

Balik dari MM tadi, kami lalu2 kat kawasan Kemasik dekat2 MM. Nampak sebuah rumah yang hampir siap. Kami ambil gambar ni sambil tertanya2...Inikah rumah orang yang tinggal kat Paka tu?



Sekian buat kali ini...InsyaAllah akan update lagi...

Terimakaseh kerana sudi datang kat sini...

6 comments:

manzlie said...

salam from Makkah...


bestnyer dah buat baju raya...

cl nanti balik baru buat maklang...hehehhe

waslam

zino said...

macam2 cerita.. hazwan pun dah makin tembam hehe

fa*atip said...

aduh, ada chinese food kat Kuantan? Jalan kat mana tu ye? dah terliur dah ni. :D

maklang said...

Cik Lie,

baju paklang memang payah nak cari...dia suka yang serap peluh, kain lembik2 dia tak suka..

maklang said...

zino:

sekali updet seme masuk! senang !

maklang said...

Fa, kat seberang jalan dari Mega Mall. Dekat dengan kopitiam..makanan memang BESSST...cubalah..