BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 3, 2010

Hari Pertama Sekolah..



Assalamualaikum,

Akhirnya sessi persekolahan dah pun bermula...

Malam semalam memang semuanya kena tidur cepat. Kami ber2 aje yang lewat. Melayan blog dan Cik Abang sedang browse2 internet untuk mencari sedikit maklumat untuk tempat yang bakal kami lawati cuti bulan 3 nanti( baru masuk sekolah..mak dia dah ingat cuti lagi!). InsyaAllah..perancangan dah dibuat sejak sebelum kami ke umrah lagi. Punya lah lama, semuanya pasal nak grab tiket murah. Kalau tak memang tak termampulah kami...InsyaAllah cuti bulan 3 ni nak pi jalan lagi. Dan mungkin untuk 2010 ni itu saje percutian kami memandangkan tahun ni 2 anak tersayang akan menghadapi peperiksaan besar. Along dengan SPM dan Maya pula UPSR, InsyaAllah..Moga kedua2nya berjaya dengan cemerlang...Amin..

Hari ini agak letih buat maklang. Badan tak berapa kuat hari ini. Agaknya sebab semalam tak ada break mengemas dan menjahit. Dari celik mata sampai lah kemalam. Memang ler, dah lebih 40 ni, badan cam lemah aje, kena pulak minggu2 cuti ni. Kat ofis pun mengantuk tak boleh tahan punya. Tapi Alhamdulillah dapat lah nak siap sampai balik..he..

Bila balik dari opis, ke TMC, beli barang dapur. Sayuran dan habis. Lepas tu ke pasar malam di Kemasik ingat nak beli ikan. Hakim dah komplen asyik makan ikan selar aje! Rezeki tak menyebelahi kami sebab ikan tak banyak choice. Yang ada pun ikan selar kuning aje. So, tak membeli lah..

Bila balik rumah dah pukul 6 lebih. Makan apa yang ada kat atas meja. Korek2 jugak fridge. Kebetulan ada sekeping murtabak dari JB yang difreeze, so makan tu dan bibik goreng karipap sikit. Tu ajelah makan malam. Angah sempat gak goreng mee kuning lebihan dari breakfast semalam. Cukuplah makan 2-3 suap sorang buat rasa. Jadilaa...malasnya nak masak kalau badan tak berapa selesa ni.

Lepas maghrib, kami ke Kemaman. At 1st tak ada perancangan pun. Hmmm..semuanya gara2 semalam masa Abang buka TV kat bilik ni dia kelip2. So, terpaksalah tengok TV kecik yang dapat free. Tak puas betul mata melihat dan sebab tak ada benda nak tengok, we went shopping lah tadi. Buy 1 get 1 free ( kata aje tu...he..he.) So now,Cik Abang tengah sibuklah tu dengan toy baru dia...So, kami tengah excited lah ni dapat toy baru ...InsyaAllah partner dia dapat 2-3 hari lagi. Tak ada stock kat kedai tu....

+++++

On the whole the start on the new week, Alhamdulillah lah buat kami sekeluarga.

Anak2 happy ke sekolah. As usual paling excited is Maya laa. Hari ni pun dia dah start tuisyen. Seronok sangat dia...Yang lain dah mula ada kerja sekolah except adek bongsu yang manja.

Waktu siang rumah sepik kata bibik, dan lunch cuma kami berdua aje, tak macam selalu riuh rendah.

Cukup lah setakat ni maklang berceloteh. Mata ku sudah hampir lolap. Malam ni RE maklang entah kemana...Cutilah barang sehari dua ni , berangan nak jahit alas katil. Kain nya maklang beli masa di Bali...dah dekat setahun tersimpan dalam lemari...


1 comment:

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!