BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 11, 2010

Bz setiap masa..

Assalamualaikum...


Maklang kesunyian hari ini. Ye..hari ini dan esok. Sebab itu kena membizikan diri. Bila Cik Abang tak ada bersama, rasa sunyi pulak....dah terasa rindu walau baru pagi tadi dia terbang ke KL atas urusan kerja. Anak2 adalah ni bersama, suruh solat dia buat lagu rap pulak...Sabor je laa...kang mak tinggi suara kang, moncong jadik sekaki! Itulah dia bujang maklang...


Wiken lepas maklang sibuk. Sebab tu tak ada updet. Ni pun kejap aje ...

Mana tak sibuk, plan2 nak menjahit macam2.

Hari Jumaat, Wan Pari, Tok Uncle dan Aiman singgah kat rumah maklang. Bawa tauhu, taugeh dan lontong kiriman dari Wan..Alhamdulillah.

As usual, Jumaat sibuk menyiang ayam, ikan dan udang. Masak soto untuk tengahari. Nasi impit ( lontong ) dari Wan tak cukup sebab ada 3 aje, so, ptg khamis dah mintak bibik tolong buat lagi 4.

Tengahari pulak kawan Wan Pari yang also Cikgu Along datang. Lama mereka tak bertemu. Seronok bersembang dan makan2. Alhamdulillah.

Wan Pari dan keluarga balik ke KT lewat petang. Bila mereka dah pulang, maklang sambung menjahit. Alhamdulillah siaplaa sebuah beg lagi, dan beberapa pouches. Malam maklang menjahit RE pulak.

Sabtu lebih sibuk. Masak asam pedas ikan tenggiri utk lunch dan buat kacang pool utk breakfast. Selesai di dapur, maklang report duty kat bilik jahit. Seronok sebab 3 anak2 manja berkumpul sekali kat bilik jahit cum study. Adalah masa dengan mereka. Cik Abang pulak melayan TV kat bilik dan Angah pulak melayan Fb agaknya kat bilik dia.

Alhamdulillah sempat lah maklang siapkan alas katil berbantal 6 yang maklang potong beberapa hari sebelumnya...Syukur...

Ni dah 2-3 hari ni , maklang sibuk pulak wrap kan yaasin utk perkahwinan sepupu maklang. InsyaAllah raya China ni akan berlangsunglah majlis sambut menantu.

Kalau ada sesiapa berminat, Yaasin ini boleh jugak dibuat utk tanda mata untuk majlis cukur jambul ke, majlis baca Yaasin ke...Kalau berminat, maklang boleh buatkan. Harga sebuah RM4.50 sahaja...

Ni nak sambung pulak menjahit tag nama kat baju kadet Along yang baru ambil dari tailor petang semalam...

Selamat malam semua, jumpa lagi dilain waktu, InsyaAllah..

6 comments:

Helena said...

productive betul la mak lang ni :D

buku yassin tu maklang balut macamana yer.... mcm buku sekolah ker, atau balut style lain....?

maklang said...

helena:

lamanya tak nampak...sihat ke??

Ye balut macam buku sekolah, tapi kat dalam dia ada kemasan tambahan...kalau berkenan boleh tempah...he..he..:)

tireless mom said...

Alahai... sunyi lagi ke? Cik Abang pergi kejap je kan?

Kacang pool... ! Lama tak makan, Terasa rindu pulak.

ummu said...

salam MakLang
cutenya...
saya pun kalau semua gi sekolah dan hubby kursus berhari2,mulalah bosan..

IKHWANI said...

Salam!!!

Lama tak jengok akak kita yang sentiasa sebok ni..sihat la sebok menjahit tu..

Akak, nak jemput akak melawat blog masakan kita ni..ada buat iklan sikit...silalah bila free :)

http://jeligho.blogspot.com

Mulan said...

wuuiii.. banyak nya jahit.. slow2 sikit, pinggang tu kena jaga tau..