BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 5, 2010

Cuti-cuti Malaysia Dec 2009 - Penang

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...dah pun hari Selasa. Hari ni towards petang baru lah ada bz sikit je kat office. Discuss projek yang dah hampir 2 tahun tutup buku. Installation work baru bermula. Kita yang involve buat design pun dah lupa2. Kat server pun dah tak ada. Semua dah diarchivekan...

Pagi tadi, cik Abang ke KL. So, maklang ambil alih tugas menghantar anak2 ke sekolah lah pagi tadi. Hari ni biasa2 aje..tak ada apa yang best. Tapi ada gak berita baik. Maya naik klas. Masa dapat result akhir tahun last year memang dia kecewa betul...tak payah nak cerita lah..asik belajar cakap Indonesia aje...manalah nak pandai buat penulisan dalam Bahasa Malaysia! Tapi alhamdulillah bila dia pulang dari sekolah tadi dia kasi khabar berita yang dia masuk balik kelas lama dia...Syukur...Maklang cuma kata...Maya kena ubah...kena lebih rajin usaha...Target Maya mesti nak dapat 5A...lawan Kak Long dan Kak Ngah tu...he..he..InsyaAllah...mak doakan Maya berjaya macam kakak2 Maya nanti...

+++++++++

Sebab tak banyak cerita, ni maklang nak tempek gambar masa cuti..di Penang

Pagi pertama, lepas breakfast, kami pi ke flee market atau lebih dikenali dengan bazaar
Wan berposing kat flee market. Letaknya kat stadium. Pada pandangan maklang barang2 kat sini boleh tahan lah. Tapi keychain yang kami beli mahal jugaklah harganya..
Eh...gambar Wan lagi...ni ada orang jual barangan tembaga lama. Loceng besar harganya samapi beratus...Malas nak beli laa...
Bila dah jalan2 dan penat, semua kena niak satu kereta sebab nak jalan kat kereta lagi satu, jauhlah sangat. Bayangkan ada 11 orang dalam 1 kereta! Dulu2 Wan pangku cucu, tapi sekarang cucu pangku Wan..Nasib baik cucu lebih besar dari Wan!
Lepas tu, kami ke Masjid Terapung kat Teluk Tanjung Bungah. Ok lah. Wan dan Atok semua solat kat sini. Kami seme solat kat hotel je..
Yang uniknya, kipas kat masjid ni standing fan. Macam fan yang kat sini tapi terbalik!
Ini budak kecik paling nakal. Asyik kena kejar aje...tak boleh duduk diam langsung! Tu kemek dah sebab kena tangkap.
Lepas dari situ, kami pergi carik makan. Mula2 singgah kat kedai Along Gurney Drive. Terkezut Cik Abang bila beli 2 bungkus pasembor kena ketuk RM27!. Nasib baik bawak balik jer, kalau makan kat situ sure tersembur segala2nya sebab terlalulah mahai...Then kami stopped by kat kedai satu lagi along that road. Kat sini ada macam2...telor ikan masak kari, ayam madu dan ayam masak bawang are among the recommended dishes. Harga pun murah. Kami cuma beli lauk sebab pagi2 sebelum bertolak dah masak nasik kat periuk nasik tu. At least jimat sikit.
Lepas makan tengahari ( yang dah dekat pukul 4 lebih!), kami keluar ke Chowrasta. Kat sini barang2 murah. Keychains murah kat sini. Sempat gak maklang beli tudung beberapa helai. Tudung bawal made in Korea. Cantek sulamannya. Abang sempat beli belah jeruk2 yang memang kesukaan dia. Penatnya berjalan petang tu..

2nd day kat Penang, anak2 dah malas nak ikut. Lepas breakfast kami tinggalkan anak2 kat hotel je, while mak2 dan abah2 pi jalan2. Kami ke bazaar pulak. Ingat kan lain dari semalam pagi..rupanya sama aje...Sempat lah kami makan beradap..sambil berdiri..sedap popia basah tu..dari pagi sebelum tu, Busu dan Cik Abang dok eye benda tu...Mamak tu siap cakap kat kami suruh promotelaa gerai dia..kasi ambil itu filem kata dia...tapi memang sedap...terletak kat luar bazaar je..

Lepas dari situ, tak tau mana nak pergi. Kami ke PISA. Penang Internationa Sports Arena. Mesti tertanya kenapa kesana. Sebabnya ada Metro sale...Ha..ha...sempat maklang rembat pinggan mangkok putih yang menjadi kegilaan ku sekarang. Nasib baik Boss tak bising sebab dia pun memang peminat jugak! Dah dekat petang baru kami balik. Singgah kat Bangkok Lane. Beli mee mamak. 2 years ago kami pergi, memang sedap. Tapi entah kali ini tak sedap mana pun..Agaknya sebab dia goreng terlalu banyak at one time.
Pagi besok pi carik nasi lemak lagi. Sama dengan the 1st day. Sedap kat sini. Harga dah naik dari RM1.20 dah jadik RM1.50.


Lepas breakfast kami menuju ke Feri...dah nak balik dah...sedey ...

Sempat lah bergambar atas feri..
Sementara Atok dak tidur dalam kereta..
On the way to CH, anak2 pulak tidur...

Mana gaknya gambar Tie Leen dan Busu...tak ada dalam simpanan!


Next akan maklang letakkan gambar2 kat CH pulak...

Selamat malam semua..it is jahit time!

11 comments:

kenari said...

maklang and the geng ronda sakan di penang nooooo

maklang said...

mestilah nak ronda2...kalau tak rugi dah datang dari jauh2 ni...sayang kita tak sempat jumpa...meh lah datang Kerteh...

Cat Cat said...

maklang,
Meleleh air liur Cath tengok nasi lemak bungkus daun pisang tu... Nom nom nom nom.

Zhr Znl said...

Maklang,

Pinggan putih tu macamane? Bagi gambar sket...

Gi mkn kat Line Clear tu tak? Hari tu saya pegi (hujung2 bln 10), tapi tempat tu kureng sikit la, tak children-friendly... Rasanya kat Nasi Kandaq Beratuq lagi kemas, kat kaki lima... Tapi tak sempat nak pegi sbb bukak mlm je...

maklang said...

memang sedap tu cath...kalau ke penang mesti carik tu..

My Life My World said...

Pulau Pinang memang Syurga Makan. Saya suka pergi Penang ... sebab makanan dia. Tapi paling tak sukat kalau nak lalu town, aduhai pening. Very bad Town Planning, dengan jem dan sesak serta jalan jalan yang sempit. Paling saya suka makan Pesembur kat Gurney Drive (near Mc D) masa waktu malam. Memang mahal tapi sedap ... dengan pemandangan laut yang cantik dan angin malam... Heaven sungguh

Zareda Norman said...

mak lang tak pi toy museum dah dekat sangat dengan masjid terapung tu...

I love Penang for the food.. memang syurga.. murah dans edap tapi pasembor tu memang mencekih darah

maklang said...

zhr znl: pinggan putih macam kat hotel tu je...

Memang maklang pun tak berapa suka line clear tu...tak berapa sedap. Along geli nak makan sebab orang tu pakai tangan aje masa ambik2 makanan..

sekali aja kami pergi beli makanan kat situ. lain2 pi beli kat Gurney Drive tu..

maklang said...

MLMW:

Pasembur Gurney Drive tu memang mahal betul..serik nak pi lagi!

maklang said...

Zar:

Memang tak pi...hasrat hati nak pi gak, tapi Boss tak nak bawak he..he..

Kalau makan kat Kelantan pun best tau...jom kita pi Kelantan pulak!

Hotel in Malaysia said...

Penang ka, saya dulu pun pernah ke Line Clear nie, biasa ajer tak tahulah sedap kat mana, lama dah aku tak kesana ....