BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 7, 2010

Cuti- cuti Malaysia Dec 2009 - Cameron Highlands

Assalamualaikum...

Lambat hari ni nak updet. Maklang pergi ke MM dengan anak2 tersayang dan suami tercinta lepas dari office tadi. Anak2 sibuk nak beli file dan bahan2 untuk sekolah pulak. Selagi tak dibawa, tiap hari mereka mengengek. So, bila dah ke sana, kami makan kat PH. Lagipun nasi ayam yang bibik masak tadi dah habis. Pulang tadi dah dekat pukul 8.oo.

Ni nak masuk gambar pun ambil masa yang agak lama. Nampaknya nak menjahit pun lambat lah ni. Nak kena siapkan kusyen kawan yang tinggal sikit lagi ni supaya besok maklang boleh menjahit dgn mesin aje. Jawabnya kena tidur lewat lah nampaknya malam ni...Jom kita layan gambar kat CH pulak hari ini.

+++++++++++

Kami tiba kat CH dalam pukul 3 lebih. Memang sejuk kat sana. Tengok lah temperature kat luar was 16 deg. C. Sejuk you...Rasa cam kat luar negeri pulak...Terus terindu masa2 belajar dolu2.

Kami naik ke CH ikut Simpang Pulai. Oklah jugak sebab jalan tak terlalu berbelit2. Takut jugak muntah dan mabuk. Tapi Alhamdulillah sebab cuaca agak sejuk, melayan perasan konon2 kat luar negeri kami terlupa jalan macam ular kena palu...he..he..

Singgah kat Brinchang. Mabuk tengok sayuran. Memang kami nak beli sayur untuk nak makan tengahari. Nasi memang sedaplah sebab dah masak kat hotel di Penang pagi sebelum bertolak. Lauknya ada rendang dan sambal ikan bilis dari JB ,yang Wan buat. So, tinggal goreng sayur ajelaa...Singgah kejap kat Tanah Rata nak beli bawang dan lain2 bahan sekejap. Setiba di apartment kami, ( kami sewa kat Prima Villa di Tanah Rata. Booking dah buat lebihkurang 2 bulan awal dapatlah murah sikit. Biasa RM500/nite utk apt 3 bilik with dapur dan living room, tapi kami dapat RM350/nite),maklang dan Aunty Leen sinsing lengan mula bersilat dengan periuk belanga. Perut seme dah berkeroncong dan kami semua makan tengahari lewat hari tu.
Sedapnya sayur fresh. Maklang ketuk bawang putih dan goreng dengan oyster sos, lada putih dan sikit gula...Laku...



Petang semuanya berehat . Tapi maklang dan paklang sempat keluar ke Tanah Rata utk nak beli2 lagi sikit. Bekalan mesti cukup untuk nak masak pagi besok tu. Sempat jugak maklang cari kek untuk nak celebrate anniversary Busu dan Tie Leen yang ke 9. Alhamdulillah...










Setelah 9 tahun mendirikan rumahtangga, adek Bongsu maklang dah ada 2 anak lelaki dan sorang lagi dalam perjalanan tapi tak mo keluar dari perut Busu...( ampun tuanku...lama tak sakat u...)

+++++++++++




Besok pagi lepas dah breakfast dan masak ikan yang paklang beli dari pasar utk makan tengahari, kami keluar. Entah apa nama tempat ni. Memang mabuk kami tengok bunga ( asik mabuk je maklang!). Ada lah jugak mengangkut beberapa pasu kecik cactus. Biasalah kan, laling kata jangan beli, dia beli gak...last2 nak bawak balik Kerteh tak muat kereta, so sekarang ni adalah kaktus tu sedang menunggu untuk dibawa ke mari dari rumah Wan kat JB.








Memanglah mabuk dan geram tengok bunga2 an..ni..






Awww...ibu tercinta bergambar sebelah bunga2...memang dolu2 kami panggil Wan, Cik Bibah bunga2, sebab Wan suka buat bunga2. Jual bunga kertas jugak..Sekarang dah turun kat anak dia lah pulak!




Cik Maya pun suka bergambar kat bunga2. Itu sempat nak makan apa ke nama tu candie floss atau kami panggil alos semitai...masa kecik2 dulu...ada India angkat Tin biskut and jual kat kg2.







Lagi bunga2. Tak dapat nak tunjuk seme kat sini. Tapi maklang memang amek byk gambar bunga utk menjadi inspirasi utk menjahit RE maklang.







Kudup bunga matahari ni memang saja maklang ambil sebab masa kat CH maklang jahit bunga matahari. So, siaplah kudupnya malam tu..








Sempat jugak maklang bergambar bersama yang tercinta.








Dan snap gambar Atok dan Wan sedang berehat








Then kami ke KEA farm. Memang menggila tengok sayuran. Walhal lebih mahal dari kat bawah...Tapi mabuk punya pasal...hangkut jugak. Yang paling best was cendawan goreng tepung kat jalan masuk nak ke KEA farm ni. Memang sedap. Satu bungkus RM2.50 tak silap. Tapi meamng lah sedap. Strawberry celup coklat tu taklah sedap mana. Jagung manis tapi sebatang sampai RM3 tak silap. Mahai betul wooo..







Cik Maya pakai baju tebal Wan. Sojuk you..Cam kat London..













Ni cauliflower purple tak biasa nampak...kiranya macam jakunlah sikit!




Si kenit yang sungguhlah energetic. Kalau Abah dia tak pegang...mau dia berlarian cam tak ingat punya..






Cik Maya lagi bergambar dengan bunga2an

Lepas makan tengahari kat apt. kami keluar ke rumah kawan Wan. Kak Hanim sama2 ke haji beberapa tahun yang lepas sedang bekerja kat Hospital CH. Sempat la kami bergambar kat taman diluar rumah dia.






Maklang nak gak bergambar...teruja tengok bunga lily ni. Putik bunga lili nilah yang dikeringkan di masak air. Sedap jugak kalau digoreng. Kimcham tak silap nama putik lili tu.




Besok pagi kami pergi cari tempat untuk strawberry picking tapi tak ada strawberry pulak. Dapat bergambar dengan kaktus jadiklaa..




Dua dara dan 2 bujang bergambar..kat taman bunga






Sempat jugak beratur atas tangga bergambar lagi..ni kat tempat Strawberry kat Brinchang. Masuk free. Tapi mabuk kat sini. Bunga cantek2...











Tengok tu tomato banyaknya...geram. Memang sedap betul tomato kat sini...manis sangat.



Semuanya ada strawberry...



Sempat dia usik atok pakai handbag.
Strawberry sundae. Rm 6. kot. Tapi berbaloi!







Turun dari Brinchang kami singgah kat tempat wajib bergambar - Old Smoke House. 4 tahun lepas kami ambil gambar kat sini jugak. Masa tu kami ber6, tapi kali ni maklang dapat anak baru dah ber7. Maya yang hilang..

Pasangan romantis. Cik Abang paksa I pegang2 tangan dia tu...
Biasalah, Akim kalau tak merjuk tak sah! Merjuk sebab dia tak dapat nak snap gambar. Sebenarnya lapar tu!
Keluarga Busu.
Like father like son..part mana??



Lepas bergambar kami ke Taman Sedia borong jam Strawberry. Murah kalau beli jam kat sini. Pulaknya bumiputra punya. Memang berbaloi. Kalau beli kat pasar malam harganya lebih mahal by RM1.00 tak silap. Tapi memang maklang recommend untuk nak beli kat sini. Agro kat Taman Sedia.


He..he...semuanya meng 'dog' Alan dan Hakim yang merjuk...lapar tak boleh cakap tu...

Waaaa..pasangan bahagia...Alhamdulillah..Moga panjang umur, murah rezki dan diberi kesihatan yang baik..


Aaawwww...manjes..



Ni kat Agro di Taman Sedia




sempat makan2 kat sini...jangan tak tahu..acar strawberry pun ada.



+++++++++



Sebelum nak bertolak balik, paklang dah kasi sorang sebiji pil mabuk. Tiba kat Bharat teh kami singgahlah. Cik Along sibuk nak makan scone. 2 for Rm 12. Mahai betul Tie leen belanja 3 serving share2lah kita..Sedap gak laa..

Lagi gambar 2 sejoli.


Bujang tu merjuk lagi ke...tiap kali datang sini dia merjuk. 4 tahun lepa sada gambar kat sini..Merjuk gak. Tapi masa tu, kurusnya lah Hakim dan Angah pendek lagi masa tu!
Sampai aje kat Tapah R&R, Cik Abang bentang sleeping bag dan comforter dan kami bukak bekalan.. dan soru laa..apa lagi...









Kami tiba KL jam 4:30pm...Seronok betul jalan kali ini..Alhamdulillah...



InsyaAllah kalau punya kesempatan akan updet lagi. Tapi bila belum tahu sebab besuk rasanya tak nampak ada masanya . Banyak yang perlu di jahit..




Selamat berhujung minggu semua...:)


Sebelum tutup tirai...ni adalah 2 product yang siap masa cuti2 hari tu..Insyaallah besuk mau jahit kasi jadik kusyen cover..



5 comments:

Ajzie said...

alos semitai...nostalgia betul tuh.

arwah mak saya pun ajar kami panggil benda tuh alos semitai... atau mmg org Johor panggil benda tuh alos semitai mak lang....?

Cat Cat said...

maklang,
Tapah tu kampung Cath... Waaaah, rindu ooooo.

My Life My World said...

Salam Mak Lang, kelakar nyer la muka Hakim. Sama macam anak saya Hilman. Kalau dah lapar tu tak leh nak tahan sabar, lagi satu kalau nak satu barang tak dapat tu, terus sentap satu hari... ish ish ish :)

zany said...

tiap kali tengok bujang maklang merajuk, kelakar sangat. tajam betul mata dia, mulut muncung je, he, he....

Sherry said...

good pics dah lama x pergi CH