BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 20, 2010

Ya Allah hamba MU mahu terbang ke sana...

Assalamualaikum...

Sejak dari malam semalam maklang rasa sungguh risau.

Hari Ahad lepas, Atok, Wan, Alang, Uncle Jai, Ucop dan Min Min dah berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah. Sebelum Atok pergi, maklang dah berpesan pada dia untuk menggunakan kerusi roda ketika bersai. Lutut atok tak berapa kuat sekarang. Ingat lagi masa kami pergi bercuti, Atok memang tak mau guna kosi roda, tup2 bila pulang dari Currumbin Park, malam tu Along kena urut kaki atok sebab sakit. The next day, barulah dia nak berkerusi roda. Dia tak nak menyusahkan anak cucu agaknya...

Maklang mulanya tak berapa risau sebab sebelum Atok berangkat dia kata rumah dia dengan Masjidilharam dekat je. Lebih dekat dari tempat yang kami tinggal tahun lepas. Tau2 bila dah tiba , dia kata kalau nak balik or pergi tu dia ambik masa 45 mins utk nak sampai. Tu pun sebab banyak kali berhenti sebab tak larat nak jalan jauh. Kesian Atok dan Wan. Pulak sekarang ni musim panas. Memang maklang bimbangkan mereka semua. Macamana lah Alang nak jaga semua dengan anak 2 yang masih kecil. Uncle Jai pulak tak berapa sihat sekarang ni.

Alhamdulillah, maklang teringat pada seorang kawan yang maklang kenal kat sana. Siapa lagi kalau bukan Cik Lie kita dari PDKM. Maklang cuba YM dan tinggalkan message kat chatbox dia. Tapi mungkin Cik Lie sibuk, terasa lamanya lah Cik Li nak jawab. Masa petang sebelum tu, maklang dah mintak Alang tanya2 kan hotel tempat Cik Li kalau2 dapat.


Tak sabar rasanya nak tunggu Cik Li reply. Alhamdulillah, Cik Abang ada simpan no. Cik Li. Maklang terus aje call dia dan mintak book kan bilik. Tapi Cik Li kata kalau nak bilik kurang2 kena book 2-3 hari sebelum sebab penuh. Nak buat macamana orang pun ramai. Tapi Alhamdulillah dengan berkat usaha dan pertolongan dan doa dari kami semua, dapat la Cik Li reservekan bilik utk mereka. Tak apa lah kalau duduk sebilik pun, mintak extra bed, maka InsyaAllah selesa lah. Nak kata mampu sangat tu tidak lah, tapi maklang rasa kesihatan kedua ibubapa yang dikasihi tak terbanding dengan sewa hotel tu.

Syukur Alhamdulillah jam 2 lebih waktu sana, Atok dan semuanya dah pun settle kat tempat baru. Seronok sangat semua nya dapat duduk dekat dengan Haram. Maklang pulak rasa seperti mahu terbang kesana waktu ini untuk nak join mereka semua. Ya Allah moga kau limpah kan rezeki buat kami dalam masa terdekat, dan jemputlah kami untuk menjadi tetamu Mu lagi Ya ALlah..sesungguhnya hambaMu ini amat merindui untuk ke rumah mu...

Syukur pada Allah kerana memberi kami pertolongan melalui Cik Li. Moga Allah memberkati pertolongan Cik Li pada keluarga kami. Terimakaseh banyak2 Cik Li. Doakan maklang dapat ke sana juga ek..

Terimakaseh jugak kerana update maklang tentang family maklang kat sana. Semuanya sungguh bersyukur kerana kali ini walau pun 2 hari berpenat untuk ke masjid, rupanya Allah ada surprise yang lebih besar untuk mereka...Amin..Amin..:)

Tak nampak pulak siapa yang ada dlm taxi tu...mana icop, min2 wan alang dan uncle jai?


Lega bila nampak gambar Atok..

Itu Atok dengan kerusi yang juga digunakan sebagai tongkat.,

( Gambar2 ni maklang copy dr Cik Li...TQ Cik Li)

+++++++

InsyaAllah besok maklang dan Cik Abang akan ke Kuantan nak visit kawan yg juga merupakan AJK PIBG yang accident petang selasa lepas. Khabarnya teruk jugak. Moga2 dia dan keluarganya tabah...Amin...

6 comments:

aznaz said...

salam from Makkah...

alhamdulilah..cl dah jumpa abah dan mak maklang...baik sungguh mereka...


wasalm

maklang said...

salam Cik li.

teruja maklang bial Cik Li komen kat blog maklang...

Terimakseh kerana tengok2kan keluarga maklang kat sana...Alhamdulillah..:)

ibu,mommy,mom... said...

Salam Maklang..oh cik Li pun ada:)
Syukur alhamdulillah di atas pertolongan cik Li kita...Semoga Keluarga Maklang di sana tenang mengerjakan ibadah mereka.

Maklang,mommy pun dok berdoa setiap waktu semoga ALLAH menjemput kami sekeluarga ke sana lagi.
Rindu rasanya nak ke Makkah dan Madinah lagi.

Ibu Sayang said...

Salam maklang,


Maklang tak yah risau..mak & abah maklang selamat dibawah lindungan Allah SWT dan jagaan Cik Lie.. InsyaAllah..

maklang said...

IMM:

Syukur ada Cik li...Allah permudahkan perjalanan umrah mereka...

Nanti dah konfem semuanya, tolong beritahu maklang eh...

maklang said...

Ibu sayang,

Memang maklang bersyukur sangat2..TQ to Cik Li