BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 26, 2010

lasik...paklang...

LASIK Part 1 out of 3.

Hari ni Pak Lang diundang menjadi penulis jemputan kat blog Mak Lang ni. Kali yang terakhir Pak Lang dijemput ialah ketika Mak Lang menjalani pembedahan tulang belakang, kurang lebih 2 tahun lalu.

Semalam Pak Lang menjalani ‘pembedahan’ LASIK untuk membaiki mata supaya tak payah pakai spec lagi. LASIK ni buat di Eye Clinic gi UIA Indera Mahkota. Hajat nak buat LASIK ni dah lama, tapi tak dapat ilham untuk teruskan. Tak sampai seru lagi kata orang.

Suatu hari, masa jumpa Dr Mona, di klinik dia di Kerteh ni, dia recommend untuk buat LASIK kat UIA. Bukannya recommend buat LASIK, tapi, buat LASIK kat UIA. Sebabnya pemeriksaan sebelum LASIK tu amat menyeluruh, untuk mengurangkan kebarangkalian keberkesanan LASIK ni. Orang putih kata ‘reducing the probability of error’.

Bila dah dapat hasrat tu, Pak Lang pun pergilah pemeriksaan awal ‘initial assessment’. Pergi ni masa temankan Maklang yang kena kerja di Kuantan beberapa hari Jumaat yang lalu.

Dalam Pemeriksaan awal ni, Optometrist bertugas di klinik memeriksa mata, nak tahu tahap kekaburan kita. Ada juga mesin yang mengukur tekanan dibelakang mata, ketebalan kornea dan sebagainya. Kalau kurang tebal kornea tu, mungkin lasik tu tak bolehlah. Pemeriksaan awal ni mengambil masa dua jam aje, Sambil-sambil tu Optometrist bertugas tu pun interview kita untuk memastikan hasrat kita tentang LASIK ni.

Selepas pemeriksaan awal ni, kita jumpa doctor untuk dibagitahu keputusan tu. Pak Lang punya power agak tinggi > 500 dicampur dengan astigmatism dan rabun dekat (kerana usia yang semakin matang he he) menjadikan LASIK ini bertambah menarik untuk Pak Lang. Doktor kata Pak Lang menepati sasaran untuk menjalankan LASIK. Maknanya, tak susahlah sangat, dan tak banyak kesusahan (complication) nanti.

Untuk mengetahui perihal selanjutnya, kenalah menjalankan beberapa ujian menyeluruh yang mengambil masa 4 jam. Tapi ujian menyeluruh ini kena bayar RM 600. Bayaran ni akan termasuk dalam semua bayaran untuk LASIK yang waktu ini ialah RM 3500 untuk kedua-dua mata.

Ujian menyeluruh ini, termasuk dalam PART 2 ye, dan pembedahan LASIK tu nanti Pak Lang cerita dalam PART 3 ye.

Besok Pak Lang kerja….dengan tak pakai spec he he he. Nanti Part 4 Pak Lang cerita kan tentang kesan-kesan tak yah pakai spec ye. Selamat malam.

9 comments:

Unknown said...

salam...

terbaek la paklang & maklang... ada sesi penulis undangan...

makin kemaruk facebook la paklang lepas ni...

MOKCIK AZWA said...

wah ini baru la menarik..kerana mendapat info dari orang yang mengalami sendiri LASIK ittew..omputih kata hearing from the horse mouth itself hehehe

tak sabar nak tunggu part 2 and 3 tu paklang...

maklang said...

zuhairi...

at least maklang tak yah risau nak upset...penulis jemputan dah nak buat 3 parts...lega banyak...he.he...

paklang facebooking 1-2 jam je...:)

maklang said...

Azwa:

Memang maklang mintak dia yang tulis, mudah dia boleh explain semua memandangkan ramai yang berminat tu,...he..he...so, layan jelaaa blog maklang masa ada penulis jemputan..tukar angin lah kan...:)

Anonymous said...

balang........ shida tgk hang tak pkai spec,, sbj muke MAK!! wah....


shida..

maklang said...

Shida...

Balang kan anak mak sayang...he..he..jangan mare..:)

Dr Singa said...

paklang nampak makin muda kan tanpa spek??
:)

maklang said...

Dr. Singa...memang dia nampak muda...senyum meleretlaa dia bila org cakap cam tu...:)

Kama Irahsa said...

mak lang, saya terbaca post mak lang pasal lasik surgery ni. macam nak tau lebih lanjut. mak lang ada emel yang boleh saya tanyakan soalan tak?e-mail saya pacific_ii@yahoo.com

harapa mak lang boleh reply..