BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 21, 2011

Muaknya menjahit...

Assalamualaikum…



Dah 2 hari tak update. Dah 2 hari badan rasa tak sedap. Lagipun maklang tersangat sibuk. Kalau ikutkan hati nak campak aje apa ada dalam tangan tapi apakan daya, dah terpaksa jugak siapkan sebab maklang cuma ada seminggu aje lagi sebelum nak deliver the pouches. Alhamdulillah cuma tinggal 14 aje yang nak di jahitkan jadi pouch. Ada 3 aje yang belum di RE. InsyaAllah hari ini kalau maklang tekun, bolehlah siap semuanya. Lega rasanya, InsyaAllah. Dalam pada tu, maklang kena juga buat lagi 2 hadiah utk kawan maklang yang maklang nak visit . 1 dah hampir siap, yang satu belum nampak bayang. Harap2 minggu depan maklang tak sibuk dan tak penatlaa…


Hari Rabu lepas, waktu pukul 12 tengahari, maklang mintak keluar sekejap. Nak pergi majlis kecemerlangan SPM dan PMR. Angah tahun ni ambil PMR. Kenalah belajar kuat2 Ngah. Kena sama ngan Along punya result. Kalau tak, malu lah Ngah…Petang tu, maklang balik, maklang jahit 20 pouches. Lepas tu, sempat jugak maklang RE kan beg untuk kawan maklang tu. Malam as usual lah, sambil maklang mengRE tu, sambil mengadap Hakim buat homework. Hakim ni, kalau buat kerja sekolah OK, taklah liat nak buat homework. Tapi kenalah kita ada sebelah dia. TV pun tak on, malam tu. Anak2 yang lain aje, kalau buat keje sekolah nak dengar lagu. Lagu Korea. Masa malam rabu tu Hakim tidur lewat. Dekat pukul 12! Homework siap lambat sebab lambat start dan sebab petang tu Hakim main basikal sampai dekat maghrib!( basikal dia baru dibaiki..tayarnya pancit)



Semalam dapat lagi jahit 11 buah pouches. Tu pun dah mengah semacam. Tak dapat jahit banyak sebab keletihan masih terasa. Pulak pagi semalam maklang tidur salah bantal! Teleng kejap. Ni pun ok dah sikit sebab Cik abang dah tolong urutkan malam tadi. Or else, sure senget lagi...



Semalam yang best, lepas balik ofis, mesin jahit maklang sampai ...Alhamdulillah...tapi takleh nak memesin terus sebab nya mesin tu terlalu laju. Dengan nak cepat menjahit pouches ni, maklang rasa tak sempatlah maklang nak practice menjahit kat mesin besar tu. Harap2 maklang akan cepat lah membiasakan menjahit guna mesin tu...:)


Malam kami ke PH. Maya tak ikut sebab dia dah pengsan dulu...letih sebab siang nya ada merentas desa..





Lepas dari PH sempat maklang main2 kain pulak sebab sangat teruja nak buat Biscornu ni...Alhamdulillah walau senget2, maklang tetap suka..Ada lah tempat parking baru untuk my jarums:)

OK sini dulu. As usual, jumaat memang is a bz bz day for me.....Masak2, jahit2 and kalau sempat kemas2 bilik jahit yang dah macam tongkang pecah...hu hu ....

2 comments:

IXORAROXI said...

kalau bilik menjahit kemas bersih, tu memanglah tak menjahit...cantiknyaaaaaaaaaaa tempat jarum tu

kak Erna said...

maklang..penat2 pun siap jugak tu.
walaupun kata muak..mesin baru dah sampai ..lagi la kena rajin..