BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 2, 2011

How I celebrated my new year weekend..

Assalamualaikum…

Seronok hari ini tak kerja. Bermakna weekend ni 3 hari lah bercuti. Maklang ingatkan boleh lah siapkan dalam 20 buah pouches untuk di REkan, tapi malangnya, tak ada yang siap pun. Harap2 hari ini kalau dapat siap setakat 3 lagi jadilah…Macamana nak siap….hari Jumaat sibuk ke dapur. Menyiang segala bahan yang Cik Abang beli dari pasar. Kemudian masak. Masak apa ye…lupa dah…nanti letak gambar baru ingat kot. Then, petang tu maklang menjahit.



buttered prawns, kerabu mangga dan kailan shiitake mushroom, for the house and ayam bakar with coleslaw utk anak2 kawan baik maklang yang nak masuk ke asrama besoknya..


Tapi petang sangat lepas asar, kami berdua sembunyi2 keluar rumah nak ke Giant Kijal . Saje nak tengok. Ingatkan nak lah beli kukusan kecik yang ada offer masa pembukaan on 16th Dec ari tu. tengok2 harga dari 28 dah jadi rm68…terus tak jadi beli. Tunggu bila ada offer lagilah. Cik Abang kata, kalau nak ambil jelaaa…( orang offer tu..), tapi entah malas pulak nak mengambilnya. Instead maklang ambil periuk tanah 2 biji. Total price was about Rm25 jer…jadilah..Nantilah kalau ada rezeki, boleh lah beli pulak.mengempiskan perut ketika gambar ni di ambil:)





Satu pagi was a rainy day. Kami mula2 cadang nak pi makan roti canai kat Kemasik. Tengok2 by 8 dah ujan. Ingat tak jadi nak pergi, tapi bila ujan reda sikit, kami pun pergilah ber3 dengan anak no. 1, yang lain sambung mimpi lagi… Sedang kami duduk2 makan, eh nampak Wan Pari dan Tok Uncel bersama 2 anak mereka datang nak makan. Wan Patri mulanya tak perasan. Dk tercari2 tempat duduk! then maklang sergah dia..he..he..terkezut dia. Rupanya dia otw to Jengka nak hantar 2 anak2 mereka.


Maklang tak masak tengahari semalam. Instead Cik abang and Angah yang duduk dapur sementara maklang menjahit beg2 yang dah lama org tempah. Macam tak cukup masa betul sekarang ni . Semuanya terkejar!. untuk maria..
iphone n ipod pouch juga untuk maria, beg utk Reha.

Hmmm...teruk laaa..lepas dah lunch with lamb chop, maklang terus tumis untuk laksa nyonya sebab kot2 wan Pari and Tok Uncle singgah kang, tak ada pulak yang nak dihidang kan...after that sambung lagi menjahit sampai petang.
laksa nyonya kali ini kuahnya agak cair...tapi Alhamdulillah habis seperiuk!

Malam pulak melayan Wan Pari and tOk Uncle sampai lewat. Cik Abang pun sempat bagi training kat Tok Uncle guna iphone yang dia baru beli. wan Pari kata beli pun sebab suka iphone tu boleh baca n jadikan huruf dia besar2:)
training iphone sampai lewat malam...maklang awal2 dah surrender...

TQ wan Pari n Tok Uncle singgah tido kat rumah kami...sehingga berjumpa lagi:). Bye, kami nak kluar lunch kat PH, MM...:)

8 comments:

Zareda Norman said...

mak lang
permulaan tahun yang sangat best kan...

zino said...

makanan yg nampak sangat enak hehe

MULAN said...

bila nak sampai giant kijal ni..??

ibu,mommy,mom... said...

salam maklang...i've missed reading your blog too..
ibu hilang sekejap dari alam bloggers...now muncul kembali:)

maklang said...

zar:

Alhamdulillah and InsyaAllah kan..moga kita berjaya dalam apa yang diidamkan

maklang said...

zino:

nampak je enak...rasa belum tentu..tapi untuk kami sekeluarga...Alhamdulillah enak dong! ( he he puji diri sendiri dah ni!)

maklang said...

Mulan...

rumah awak lagi dekat dari rumah Maklang...vrooom je ...10 mins sampai dah!:)

maklang said...

IMM,

memang I miss you too...do come again, nape tak boleh tengok yr blog..